Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 June 2009

Ben masuk spital

walau pun anda xkenal.
tp mau aku kabarkan. sorg ofismate ku telah masuk hospital. kemalangan motorsikal. tp xtau cerita lebih lanjut. dengarnye bahu patah. masuk PPUM. ben ni despatch kat sini.

summary :
1. bawa motor memang bahaya.. orang selalu xperasan moto..
2. kalau kemalangan tu nak jadi, naik keta pun bleh kemalangan kan?..
3. hidup kita Allah yang atur. hadapilah sebaiknya. semua ada hikmah tersendiri.

kan?

sekian, jam di ofis ni pon da bunyik.. tanda nye 5.30 ptg dan kena la balik..

* nak melawat ben ke?ntah.

Ampang, Selangor

Selamat Hari Lahir Mak


3 hari selepas hari lahir ayah adalah hari lahir mak

30 Jun 1960 - 30 Jun 2009 (49 tahun)
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Teacher Miskiah. Mak adalah seorang ibu yang best.
Sehingga hari ni, setiap kali aku demam/sakit.. pasti emaklah manusia pertama yang akan dikenang.. sebab mak akan membuat aku rasa tenang dan selesa. kalau lenguh badan, emak picitkan dan sapukan minyak panas.. kalau demam mak yang buatkan air halia kasi sejuk badan.. begitulah seterusnya. Tu baru sentuh bab demam.. kalau bab2 lain usah katalah.. Mak selalu menjadi no 1..




Terima kasih mak kerana melahirkan dan membesarkan aku yang banyak kerenah ini. Semoga hidup mak terus sentiasa berada dalam rahmat Allah..

Amin.

Ampang, Selangor.

29 June 2009

Thanks~

Ini ada mel dari seorang kakak ^_^. kongsikan untuk kamu, biar rawat hati yang rawan..

Cari hati di tiga tempat:
ketika solat, ketika baca Al-Quran, dan ketika mengingati mati. tapi kalo masih tak jumpa, ada baiknya kalau kita berdoa kepada Allah, supaya diberikan kita sekeping hati yang lain. kerana jika kita gagal mencari hati kita di tiga tempat ini, bermakna sudah hati kita menjadi mati. dan kita disarankan meminta agar hati kita sekarang ini digantikan dengan sekeping hati yang lain

Untuk kalian-kalian dan aku yang sedang bingung menatap hidup, lalu menanti kemana hidup akan membawa kamu.. jangan bermimpi..

kerana hakikatnya bukan hidup yang membawa kita ke mana-mana, tapi kitalah yang bertindak membawa hidup kita ke arah yang kita ingini.

Ya!Jadilah seperti Umar Al-Fateh..
Katanya..
Konstantinopel akan aku tawan satu hari nanti..
bukan,
Mampukah aku menawan Konstantinopel..


So??Tabahkan hati..BerUSAHA!!hiduplah dengan nafas Ilahi..jika dia
meminjamkan nafas..masakan tidak
dipinjamkan kuat!!kan??

counting days : tolak hari ni tinggal lagi 4 hari..[wee~sukenyEe]

PosMart,
Ampang,Selangor.

H1N1

Jumaat lepas pegi usrah, sorang makcik cerita yang anak muridnya di sekolah disyaki H1N1 sebab demam, tambahan pula budak tu baru balik dari Hong Kong.[Situasi: anak murid - mak cik tu : mak cik tu - aku : kami sedang sedut udara yang sama]

Sabtu pagi, aku bangun hidung sumbat dan rasa sikit flu. hurm~ xada pape kut, hny kegagalan bernafas dgn baik di pg hari.. tp aku saja buat havoc dengan mengaitkan H1N1..hehe

PEtang gi Ulu Yam,air dia sejuk.. ingat nak berlamaan tp hujan. maka balik.. aku kene hujan.. tp balik tu xmandi pulak..panas pun berkumpul..

Ahad, gi UM.. dari pagi.. balik tu da lewat petang.. sepanjang hari tu aku rasa xsampai 500ml mineral water yg aku teguk.. balik rumah, terlalu penat aku tdo. bangun je da sakit kepala.. mgkn panas dlm.. bersin2 dan selsema.. housemate aku yang sorang da seram dengan aku.. sbb H1N1.. pulun ajak aku g klinik meskipun jam da 1030mlm.

Awalnya, aku xnak.. sebab..
1.aku biasa demam klu panas dalam sebab xmandi
2.aku xsuka jumpa doktor.hehe

tp, atas kehebatan psiko kawan aku.. buat aku rasa aku mgkin menjangkiti beliau jika benar aku H1N1.. (mcm katun je citer ni..) setelah memikirkan kemaslahatan umat sejagat.Aku pun bangun dan mandi.. eh ringan lak rasa kepala.. then aku ajak member ni gi klinik..

Sampai klinik..
"ni bukan H1N1 ni..flu biasa aje..demam pun xde lagi" kata doktor itu.

haha..tgk!!demam pun xlagi.nyata aku telah terpsiko dengan persekitaran aku.haih!

Ampang,Selangor

27 June 2009

Selamat HAri Lahir Bapak!!



Ya Selamat HAri Lahir kepada CIkgu BAsri..

27 Jun 1959 - 27 Jun 2009 (bapak da umo 50tahun..)
Terima Kasih untuk segala jasa budi bapak selama ini.. c0ol gila bapak aku ni.. kalau mintak belikan gadget2 komputer ni, cepat je dia belikan.. ^_^..

semoga panjang umo bapak!! sehat2 selalu.. gembira2.. rajin2 right kertas exam.. ehhe~

enjoy the pics la ea..ni la bapak saya..

kenduri kawin kak mimi
kenduri kawin abang eri
bawa amin sunat.
ya, inilah incik bapak!!ehhe~
c0olios~

Sekian dari anakmu yang jauh di mata dekat di hati..ahakz

Ampang, Selangor

26 June 2009

Aneh

perasaan manusia itu memang aneh.

Hari ni, aku dan rAkan seRumah ke amPaNg Point.. plus sorang incik supervisor bernama nizam. ye en nizam dlm episod kantoi yg lalu. nak buat macam mana, da terlajak kata nak belanja dia domino bila gaji keluar.. so langsaikanlah..

disebabkan bergerak selepas balik kerja, maka habis makan domino, maghrib menjengah.. kami pun menuju tgkt atas dan solat. Balik dari solat, ronda-ronda sikit dalam Ampang Point.. ada sales ^_^ 50% - 70% potongan kau.. hehe.. usha sikit.

Ada jugak la terserempak dengan Norish Karman ngan Kak Tun (ezora). selisih diorang buat tak kenal je.. hehe. ala tapi sapa la sangat diorang tu kan.. ye.. part las sekali bila kwn aku ni terserempak ngn mmbr chat die (yg tlh bbrp kali kuar date bersm) nmpk je mamat tu, dia terus kejar.. mengejar bayangan.. mana nak dapat. hurm~

ktorg pun pusing lg se'round' kasi kawan ni puas hati, memang mamat tu da xda.. nak di jadikan citer, punya lah nak lari, kalau Allah nak susun hidup kita ni.. jumpa jugak kan.. keluar dari ampang point, mamat ni ada dekat situ. parking depan ampang point. dia dengan sorg wanita asing. kami berlima pakat pandang. mesti mamat ni da rasa pelik.. heh!

dia pergi, kami pun masuk kereta, kawan ini bising2..
"kenapa dia tipu aku?dia cakap dia da balik UK" ye bau emosi memang kuat disitu.

haih. aku rasa mereka ini, barulah sangat berkawan. xsampai sebulan kut. tapi perlu kah dia begitu kecewa bila tgk member ni keluar dengan awek lain? hurm~

aku tak paham, kenapa nak emo-emo lak..adeh~

perasaan manusia yang aneh.. atau aku yang asing kerana tidak mampu memahami perasaan manusia?haih~

pelik-pelik..

Ampang, Selangor.

serah : perang jamal II

Salamalaik..
disini ada pemberitahuan, setelah membuat sedikit penelitian terhadap sumber sejarah yang dipercayai, bolehlah dikatakan bahawa, Abdullah b Saba' sememangnya wujud. Namun, terdapat segelintir pihak Orientalis mahupun Syiah kontemporari yang sengaja meng'hazaf'kan susur galur kewujudan Abdullah bin Saba' ini dari sejarah.

Caranya mudah, Saif Ibn Amr Al-Tamimi yang merawi kisah Abdullah bin Saba' ini membuat rujukannya di Tarikh At Thabari. Namun, Tarikh At Thabari ini adalah satu himpunan kisah-kisah sejarah yang lepas (bahan mentah).. kisah2 di dalam Tarikh At Thabari tidak di analisis rawinya.

Ramai pula yang mengatakan hadis yang diriwayatkan oleh Saif tidak boleh diterima, kerana hadis2 yang diriwayatkan olehnya adalah lemah.

Apabila datangnya para Orientalis mahupun Syiah Kontemporari, mereka semua merujuk kisah Abdullah b Saba' ini dengan riwayat Saif Ibn Amr Al-Tamimi sahaja. Sedangkan, banyak lagi hadith2 dari Al-Kishi, Abu Jaafar Al-Thusi, Al-Muzaffari, Al-Sayyid Muhsin Al-Amin.

Abdullah bin Saba' tetap tsabit dan kekal di dalam sejarah sebagai pemain utama di dalam penyalaan api fitnah yang membawa kepada pembunuhan Uthman bin Affan Radhiyyallahuanhu dan tragedi itu akan terus dikenang sebagai suatu bencana kepada perpaduan umat Islam yang terjejas hingga ke hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah-kisah Abdullah bin Saba' ini..bolehlah membuat kajian yang lebih serius dengan pakar-pakar sejarah yang dipercayai.

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas Usman, di antaranya seperti `Ammar dan orang yang lebih utama daripada `Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

Sekian, wallahualam.
Ampang, Selangor.

25 June 2009

berita apakah?

aku baru tahu yang ini..

asma amran akan berpindah ke UNIKL..

tetapi mengapakah?

sedangkan tinggal setahun lagi nak habiskan degree SnT di UM..

hurm~

pemikiran manusia memang kompleks..

kita takkan mampu memikirkan apa yang didalam pikiran manusia lainnya..

all the best sis.
moga ada penjelasan tentang yang ini..(",)

aku,
masih di Ampang..

Spagetti

uh yeah.. bagi yg terliur dengan gmbr mentega udang di post bawah, sile ke blog tersebut dan ambil resepi ye.. ehhe.. sebenarnya niat asal nak try buat..tp disebabkan hujan lebat di ampang petang semalam..plus beras kt rumah da habis,akhirnya plan bertukar ke membuat spageti..

lihat yang ini..nyummy2..salin2 resepi..

hasilnya..

*oh untuk makluman.. saya tlg bg smgt je ketika proses masak-memasak ni berlangsung plus buat air teh blackcurrant..pastu makanan siap,tolong makan.ahha~sedapp..

^_^ 9.31am,
Ampang,Selangor

24 June 2009

selamat berbuka!!

Asalamualaikum

dengan penuh takzimnya, saya ingin mengucapkan..

^_^
Selamat Berbuka Kawan-kawan!!
rajin-rajin puasa lagi ye..

nah ini untuk berbuka..
butter prawn..

mari berdoa,
moga-moga puasa kita hari ini bersama redho-Nya..ameen..

@Posmart,
Ampang, Selangor

23 June 2009

Rejab sudah tiba..

Asalamualaikum kawan2 ^_^

yea hoo.. nampaknya esok hari pertama bulan Rejab.. sekejap betul masa berlalu.. ye betul!!
ini, aku salin dan tampal satu artikel dari yahoogroups.. moga bermanfaat!!

puasa jom kawan-kawan!!

Selamat menyambut bulan Rejab (esok Rabu 24/06/09), bulan yang penuh barakah & keampunan.Banyakkanlah berpuasa di siangnya dan bertahajjud di malamnya sebagai bekalan untuk kita di akhirat nanti.

*artikel terpaksa ditarik balik memandangkan hadith2 terlibat berunsur dhaif dan munkar*
*maaf untuk segala permasalahan..selamat berpuasa dengan ikhlas ^_^*

*oh, xlama lagi Ramadhan tiba, rindunye MUBARAK di 12th..ouch!

5pm,(re-edit 4.32am 24june2009)
Ampang, Selangor

Perlus vs Nuang v2

hurm~

sakit!

aku raser seswai kut word diatas untuk merujuk trekking ke Jeram Perlus,Ulu Langat kelmarin.

d' sinopsis :
*bertolak dari Shah Alam jam 4.15 pagi dengan sebuah bas kilang bersama 2 buah kereta yang lain..
*jam 6 pagi, berhenti solat subuh di Ulu Langat (Masjid ape xleh nak ingat lak..huhu)
*sampai di tapak pendakian.. dalam 7 pagi (plus minus).. stretching.. sarapan.. task : hafal al-anfal 58-63.. ok. bersedia untuk bertolak!! tengok sket jam >> 830 pagi..
*group name : Transformers Du'at(ini idea hajar ye..kredit sket sama hajar).. memang bersemangat kami, first group akhwat yang sampai ke checkpoint pertama. ok mari mulakan pengembaraan..

baru je gerak.. tbe2.. ada anjing bah!!..oh no!anjing..(biasala kampung org asli)..nak lalu je anjing tu da menyalak-nyalak sambil menghampiri..aku?nak patah balik/stop?? mana bleh.. xc0ol nanti.aku pun lalu sambil tutup mata. naseb la uncle akek tu gi halau.. fuuh~
terus berjalan..jalan..jalan..jalan lagi..jalan..jalan..pergh!bila nak habis jalan neh!adeih.kaki da lenguh, kapla lutut mcm nk cabut da ni..
dalam 10/10.30 pagi.. tiba jua di empangan sg langat.
Subhanallah!!terlalu cantik lukisan alam yang membentang di ruang pandang.. bersama kabus2 pagi..gunung2 nampak macam dalam lukisan saja..wow!! hilang sekejap lelah direngkungan..
xberapa lama.. terus bergerak.. menurut Al-Akh Abu Dzar.. kami perlu pusing empangan.. da pusing habis empangan, maksudnya.. ada lagi separuh perjalanan.. WHATT?? err..

"siapa kat sini ada rasa da xlarat?sampai kat sini pilihan yang tinggal antara teruskan.. atau teruskan juga.. da xboleh berpatah balik" - Abu Dzar...

aAaAa... gagaga.. yes nak patah balik pon jauh gak tu.. so, teruskan aje..

berjalan lagi.. berlari anak.. sambil hafal ayat.. 2jam 30 mnt.. sampaila ke tahap paling kronik.. kecuraman menghampiri 45 darjah.. mendaki pula..

klimaks,

lingkungan jam 1.30 tengahari.. tibalah di Jeram Perlus.. uh yeah!! sejuk.. masuk je terus menggigil.. mula, aku xnak terjun.. nak main air je.. tp ad hoc da sorokkan sardin dalam air.. klu xcari.. xdpt mkn tghr.. ouch! masuk je air trus menggigil..

sembahyang zohor di atas batu besar jeram. best2..part macam ni paling aku tunggu bila camping masuk hutan.. ^_^.. dekat jam 3petang.. semua pun berkumpul untuk bergerak pulang..langit pun da mendung.. oh! nampaknye gerimis pun dah menitis..

haha.. ye, perlu treking pulang dalam hujan..

" untuk perjalanan pulang, kita akan jalan ikut trek yang sama.." Abu Dzar

ha'a??adeh..tak semena-mena badan rase berat.ahha~

perjalanan pulang, hujan turun mencurah-curah.. lebat SANGAT.. bila sampai di kawasan yang mencuram.. semua da pakat menggelungsur je bila jalan yang dilalui da jadi licin.. aku?xnak la kotor2 sangat.. ikut jalan di celah-celah pokok buloh.. pijak sket sama daun kering + anak pokok..

habis tempat curam.. jalan datar.. tapi masih jauh untuk sampai aku rasa.. strategi kami bergerak adalah.. jogging 10 mnt.. jalan 10 mnt.. tukar ganti.. bila wisel bertiup tukar mode perjalanan.. tapi.. bila da perjalanan balik ni, aku rasa semua orang buat bodo je bila wisel di tiup.. haha.. sorryla.. dapat melangkah ni pon da kira baik.. nak suruh lari anak??xmungkin..

selepas 3 jam,

tbe la kami di empangan semula.. Alhamdulillah.. jam 6 petang itu, kami pun ke empangan dan membersihkan badan dari pacat dan lumpur.. lalu mengambil wudhuk dan solat Asar berjemaah di empangan.. atas tar..

Finally,
bertolak pulang turun bukit.. dan berjalan lagi.. sayup2 terdengar azan maghrib saat kami menghampiri bas..pengembaraan telah pun berakhir meninggalkan sakit badan yang TERLALU hebat.. nak tau betapa kritikal keadaannya? rumah akhwat MISI malam tu dah jadi macam rumah pengumpulan orang-orang tua.. naik turun tangga semua slow motion.. haha..

penat + puas !!

moral value :
dalam hidup ni, xda masa da nak patah balik, semua kesusahan atau cabaran mendatang.. HADAPILAH.. Allah bersama kita sentiasa.. ^_^.. semua yang bermula pasti berakhir.. sakit itu kejap aje.. manisnye nanti panjang..

@Tekad
Ampang, Selangor

award from AziraOmar


Task award:
1. Copy&Pase the award.
2. Put the pictures that you had ever cooked before. [masak air pun tape]
3. Named the food tat you had cook!


chEeFu Awards
macam xseswai je award neh..eh..

haha..ikan goreng..ok la kan..^_^

**ye, award ni saya mau perpanjangkan pada kak shira..kak mash.. sile ye!!

20 June 2009

Nuang vs Perlus v.1

yang ini jeram perlus..
perlus_1
perlus_2
perlus_3

ini Gunung Nuang.. ada trekking n air terjun..
nuang_1
nuang_2
nuang_3

hehe..mula2 rancangan awal cakap nak mendaki Nuang.. aku pon da beli kasut mau panjat gunung.. al maklum la kan.. mana pernah mendaki gunung sebelum ni.. takat lalu lalang lereng bukit tu ada la.. tapi dengan misi mendaki memang boleh cakap tak pernah lagi la..

so,
di pendekkan citer.. ad hoc cancel kan las minit ke Nuang atas sebab2 keselamatan.. (mungkin sebab hujan kut belakangan ni..) jadi, plan bertukar.. dari trekking kepada xplorace di Perlus..
not bad gak perlus.. mana2la.. yang penting..

bahasa alam pasti memberi cerita tentang sesuatu.. kan? ^_^

doakan semuanya selamat.. ameen..

Perlus, here i come..

11.02am
Ampang, Selangor

19 June 2009

Tag by awanis

Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

Your Nickname
Sarah (gambar Sarah Paulin je ade..)

Your age of next birthday
Place I'd like to travel

makkah
madinah

istanbul pun best gak

Favourite place
bedroom!wah best.. best..

Favourite food
tomyam

coklat

Favourite colours
black of course

Name of my love


Hobby
surfing the net

Bad Habit
emosional

I wish...
for

^_^
and I'm tagging:
mashirah,
hajar,
aya,
azi anuar,
ain jamaludin,
zainurul azwa

17 June 2009

keluhkah ini..

hati sedang bergalau gelisah..entahlah..mungkin dunia baru ini menyesakkan dadaku.. menyesakkan pikir ..menyesakkan rasa.. atau aku yang lemah beradaptasi.

aku rindu kesibukan berJKP..

aku rindu meeting Karisma..

aku rindu hidup yang lintang pukang..haha

aku rindu kelas

aku rindu suasana dulu

best lagi buat projek kolej / program Karisma dari deal with company.. serius.. erm~

yerp rindu terhadap sesuatu yang mustahil diperoleh lagi..*haih*

hati..sabar dan tabahlah.

*mau menawan Nuang.. namun strategi masih kelabu, nekad belum kukuh.
*mau mencari diri yang hilang..kambus bersama debu dosakah? adakah akan ku temui?
**awan,tag hang esok ek.m0od xstabil sedang berlangsung..

an update,
Ampang, Selangor

15 June 2009

Ucu dah balik

Sebenarnya, ada banyak benda dah pending..
aku kene siapkan memo baju hujan dan tunjuk sebab xhadir farouk.
letter head hyjet pon aku tak draft lagi..
repot LI..(woot?kene anta mggu ni kutt..)

lately, feel kurang masyuk la..mungkin hati da kerap sgt berlanggar dengan debu dunia. jiwa kacau. hitam da agaknye hati aku ni. lama sangat xgi membasuh.

hujung minggu ni ada xpdc panjat gunung. mcm menarik.tp jauh lak ke pahang, untuk aku yang kerja sampai sbtu cm gini..byk la kegiatan2 menarik terpaksa dilepaskan..haih.

hurm,
semalam pas kerja sempatla melarikan diri dari pekan ampang ni ha..mencari tenang di pantai murni..yea jumpa kak siti. pagi tadi kami adik-beradik memulakan tugas mulia.menziarah ucu yang baru balik umrah.

ucu cerita, waktu mendaki bukit nak ke gua hira' dia tak dapat panjat abis. dapat suku bukit je dipanjatnye.
"korang ni sementara muda, baik pegi sekarang.lagi-lagi tengah bujang camni. ajakla mak ngan ayah jadi mahram"
"sementara bujang ni senang..xbanyak komitmen lain"

kak siti da berkira-kira nak gi umrah 2013. aku nak join kak siti la. so, dari sekarang da kena start menabung la kan..

sejak akhir2 ni aku rasa hidup da makin kacau. mungkin kat sana ada tenang yang mampu membawa damai buat diri..kan?siapa tahu..

doakan.

1.12am
Ampang,Selangor

11 June 2009

Mari besyukur.

hurm.
hari ini aku mahu mengajak kalian bersyukur.

Alhamdulillah.

ok.mula nya begini,
semalam hari lahir pengurus pemasaran Tekad.Mohd Rizal Ahmad Mokhtar.umornya sudah 33tahun. Atas rasa syukur, beliau mengadakan sedikit 'makan-makan' untuk semua staf.

Alhamdulillah, dah 33tahun dapat dia bernafas di bumi ini.

dah lama xpost gambar, so here some pics..

ini makanan.

dan yang lain gambar kejadian..maafla aku snap dari satu sudut saja.malas bergerak.heh~



ok.itulah gambar2nya.

seterusnya, aku ingin katakan tentang yang ini sebenarnya.. setelah 1bulan lebih bekerja di pos mart ini.. aku baru me'merasan'i tentang.. staf yang bekerja disini rata2nya lebih muda dari aku.
umo 19,20,21tahun.. mungkin mereka ini golongan yang terus bekerja tanpa menyambung pelajaran mereka. aku tidak pula bertanya atas dasar apa mereka bekerja seawal itu.. mungkin kadar hidup kota yang tinggi.. mungkin tidak mendapat peluang belajar.. mungkin memang suka bekerja..

yang pasti,

tazkirah untuk aku hari ini : SYUKUR KERNA AKU BERPELUANG SAMBUNG BELAJAR..

Alhamdulillah ya Allah.. beri aku peluang melihat hidup dengan cara berbeza dan pemahaman yang pelbagai tentang manusia.

yuk kawan2!Alhamdulillah..

sekian,
Tekad@Ampang,Selangor

10 June 2009

jom promote!!

heh,bila anda xde keje..anda akan blog hopping..dan..nah, aku share sedutan artikel dari blog langgas.

Satu perkara yang aku boleh simpulkan sehebat mana pun kita, sekaya mana pun kita akhirnya hati yang paling dalam akan tetap merindukan yang azali. Akan tetap takut dan ingin kembali ke pangkal jalan. Akan tetap ada rasa mahu beragama dan bertuhan.

artikel buleh dibaca habis di Malek Noor Kembali ke Pangkal JAlan

ampang,selangor

09 June 2009

Sahabatku - devotees


Sahabatku - Devotees
Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesar berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
Kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku
Terus menanti saat yang manis
Akan berulang kembali
Sahabat

3.38pm
Ampang,Selangor

05 June 2009

dua situasi

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, antara keduanya terdapat yang samar dan tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa menjaga diri dari hal-hal yang samar itu, maka ia telah menjaga agama dan harga dirinya. dan barang siapa jatuh dalam perkara yang samar, maka ia telah jatuh dalam wilayah haram..."(HR Bukhari dan Muslim)

situasi 1
"awak, nak keluar tu pakai tudung tau"
"ala, bukan nak pergi jauh pun, sidai kain depan rumah aje"
*adakah aurat itu diukur dengan jarak?

situasi 2
"tau kan, keluar berdua lelaki dengan perempuan tu haram?"
"Ala bukan pegi mana pun, keluar sampai kat depan gate UM aje,makan kat Amjal"
*piawai apa yang kalian gunakan untuk jawab soalan ni?

bagi mana2 jua individu yang mahu memberi jawapan terhadap hukum Allah.Simpanlah jawapan kalian..tiada makna jawapan itu disini..melainkan kalian simpan untuk di jawab semula di hadapan tuhan nanti.

sekian,
Ampang,Selangor 

04 June 2009

Pada Mu ku bersujud

Kumenatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

::Afgan::