Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 July 2009

satu cerita hidup

Dini hari 30 Jun yang lalu akhirnya kami(aku,awanis dan jiha) bersetuju untuk melawat Ben yang telah ditahan di ICU dek kemalangan yang menimpa diri beliau.

alkisah.
malam sebelum kejadian, Ben bermain futsal sehingga telah terlewat tidur malamnya. bangun pagi dalam keadaan masih mengantuk, beliau terus mengambil barang2 yang perlu dihantar dan menghala ke damansara. MAta yang mengantuk membawa ke alam mimpi meskipun sedang menunggang motosikal. Ben terlelap, dan melanggar pembahu jalan, topi keledar tercampak dan sebelah badannya terkoyak. Kulit muka juga telah rosak sebelah. Menurut Shah (rakan despatch beliau) wajah Ben xdapat dikenalpasti pada awalnya, tapi sbb Shah kenal henset Ben maka tau la dia lelaki yang sedang parah itulah Ben.

begitulah alkisah.

petang itu, rakan sekerja, kaum keluarga terdekat mahupun pengurus syarikat ada bersama, membantu menguruskan rawatan Ben dan memindahkan beliau dari PPUM ke HKL memandangkan kos yang tinggi di PPUM.

Maghrib menyingsing dan kami beransur ke surau, pulang dari surau kami singgah lagi di ICU melihat-lihat kalau keadaan Ben sudah membaik..

"S dah smbhyg mgrb belum?"tny aku kepada seorang rakan ini yang setahun muda dari aku.
"belum"
"pergilah sembahyang dulu..surau kat sana"sambil menuding ke satu arah. Tapi beliau hanya senyum namun tidak berganjak.

Lama menanti.. Ben masih belum boleh keluar. Masih dijahit di bilik jahit. Pengurus ke hulu kehilir. Jam membelok jam 8 malam.
"Abang R dah magrib belum?"
"Belum, xboleh sembahyang lagi.. ambulans nak angkut Ben ke HKL xdapat lagi.. sekarang tolong abang cari nombor St John Ambulans" tutur beliau cemas.
"Tapi.. sembahyang lah dulu dah lewat ni" dia menggeleng dan berlalu. gaya cemas dipamerkan dan terus berlalu.

Mana kah tali kita menggantung harap sebenarnya?Pada siapa?Mana kita letakkan tuhan dalam kehidupan ini?Adakah saat segalanya sudah membaik.. atau kita rasakan yang segalanya membaik kerana usaha kita sendiri?

Mari kita renungkan.
Ben sedang parah di ICU.. namun keadaannya yang rawan tentu2 sahaja ada di bantu oleh nurse mahupun doktor di Hospital itu.
Namun, rakan2 yang sedang menunggu Ben diluar itulah sebenarnya yang lebih parah.. tanpa ada siapa pun yang merawatnya..

Kita telah melangkah sejauh ini dalam menatap hidup.
Ayuhlah koreksi diri..
Mahu apa lagi kita di sini?di dunia ini..
sementara nafas ini..
masih dipinjamkan tuhan..
kita sentiasa punya waktu untuk MEMBAIK..

*esok last day @ PosMArt.. rasa apa sepatutnya yang hadir?

sekian.
Ampang,Selangor

No comments: