Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 August 2010

Nasi Goreng Kehidupan

Hari ni, Kak Ct seperti biasa chef utama 13-13. dan katanya, tajuk masakan hari ni ialah Nasi Goreng Kehidupan. (Sebab aku tanya apsal ada rasa pahit dan masin) .. Katanya lagi, macam kehidupan, bukan senang nak jumpa manis.. selalu yang kita jumpa pahit dan masin.. tetapi secara kita tak sedar.. dalam nasi tu sendiri ada gulanya.. pergh!

Ok. recap!

First time makan nasi.
Kak CT : Eh apsal tak rasa pape eh nasi ni?
Aku : Ko da taruk garam belum?
Kak CT : (menggeleng).. tak perlu ini kan nasi goreng kesihatan.
Aku : Oh, ye lah tu tadi nampak macam banyak betul ko masukkn cili.
Kak CT : Ok, tukar nama dia Nasi Goreng Cili Padi.

Petang tadi Kak CT pegi kedai sorang2. Selepas beliau balik, aku pun sapa..
Aku : "Kau pegi kedai ke tadi?Beli apa je?"
Kak CT : "Takda beli apa.Daun bawang ngan telur. Tak tau nak beli apa."
Aku : (dalam hati)OMG!Samalah macam tak payah ke kedai

Maka, resepi Nasi Goreng Kehidupan adalah ikan masin + bawang goreng + cili api + daun sup + nasi (of kos) ..

*Bawang goreng terlebih goreng kasi rasa pahit.
*Ikan masin kasi rasa masin (yang lagi dia kata tak masin)
*Cili api, biar bikin panas sikit.

hai, Layan la labu..

Kelana Jaya.

3 comments:

Hajar B said...

kehidupan kehidupan gak. Tapi rasa dah nak menghampiri kedai jala ni..jangan tak tau

merentas horizon said...

ya. itu betul gak. (tapi kenyataan itu tepat utk selepas proses panas-semula dan sahur.. )

Ahya Emerald said...

kantoi kak titi tak pose. hikhik.