Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 August 2010

Separuh Masa

Salam semua. Salam 1 Malaysia. eheh~

Sedar tak sedar dah 15 Ramadhan. kan kan? Sekejap betul.. dan malam ni da 16 Ramadhan.

Cepat. Laju. Pantas.

Siapa duk termangu dan asyik berpikir-pikir nak buat ke tak segala amal ibadah (dengan pahala berganda.berbaloi-baloi~).. tapi tak gerak2 lagi.. Aku cakap satu, rugi bai~ Bila lagi nak dapat tawaran harga runtuh gini.. untung! tak dapat dah bulan2 lain.. Kalah jualan penghabisan stok Kamdar tu. Huh~

Orait. Hari ni, bertuah lak rasa dapat pergi ke Kuliah Sebelum Maghrib Cik Saidah tadi. ~_^. Banyak ilmu baru bertambah ++.. 40 minit tu kuliah dia.. Tentang Ramadhan.

Info yang baru ku ketahui hari ini. iaitu, nama putik kurma iaitu balah. Selain balah, kurma basah di sebut rotab, sementara kurma kering ialah tamar. (Ini pun baru tahu tahun ni, Kak CT bagitau.^__^) Banyak ilmu baru tahun ni..

كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).


Ok, untuk entri ni aku share kan hadis diatas la ek.. Jangan lupa berdoa sebelum masuknya waktu berbuka puasa tau!!.. kerana sesungguhnya bagi orang yang berpuasa yang berdoa ketika menghampiri waktu berbuka puasa,doanya xkan ditolak..

Till then! Selamat berjuang rakan2 dan sahabat2 sekalian. Berusaha!! ^___^

No comments: