Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 September 2010

Innalilah

Salam kepada semua para pembaca budiman.

Setiap yang hidup pasti akan merasakan mati. Pertamanya, ucapan takziah ditujukan buat keluarga Ustaz Dahlan.. (Mudir Hilal Asyraf).. Meskipun tidak mengenalinya secara individu.. tetapi selalu mengikuti ceritera hilal dari blog beliau.. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan segala ilmu yang beliau ajarkan menjadi bekal terbaik untuk beliau diSana..

Seperti manusia, haiwan juga takkan lari dari maut. Kerna setiap makhluk itu kan telah ditetapkan ajal masing2. Mari kita bukakan cerita. Alkisah,

Ahad lalu, 3 Syawal.. ayah membawa pulang 2 ekor arnab.. katanya kawannya dah tak lalu nak menjaganya.. Lalu Amin dan jiha excited nak menjaga binatang terbaru di rumah batu hitam..

Jiha menjadikan rutin mengambil kangkung dibelakang rumah.. dan memberi makan kangkung dan palet kepada arnab. Sementara Amin merajinkan diri memandikan arnab.. (disebabkan arnab ni dah terberak-berak dan kencing dengan membusukkan kawasan parking kereta).

Aku sesungguhnya tak berapa nak amik port sangat tentang pet ni. Menurut Amin dan Jiha, salah seekor arnab ni.. dia memang tak makan bila diberi makan.. manakala yang sekor lagi steady. makan dan bermain dengan rancak. Meskipun yg satu lagi xmakan tapi beliau masih aktif bergerak.

Sementara itu, dibelakang rumah ayah sibuk membangun kandang baru untuk arnab.. memandangkan kandang asal beliau perlu dipulangkan kepada tuan asal arnab. Setelah bertukang begitu-begini. Maka, hari ni siaplah kandang arnab.

Malang tak berbau.. cik sekor yang xmau makan tu mula menunjukkan petanda2 tidak bagus. Keadaannya begitu lemah. sampai tidak boleh tegakkan badan. Hanya terlantar mengiring. Ayah usahakan juga masukkan kedalam kandang baru. Kemudian aku sua kan kangkung dan lobak kemulutnya.. tapi langsung tak dijamah.. aku hulurkan air pun langsung xngombeng.. Tak lama selepas itu, dadanya berombak kencang.. dan beberapa minit kemudian air keluar dari mulutnya.. dan, berakhirlah sudah penghidupan seekor lagi makhluk Allah diatas muka bumi.

Kini rumah baru mereka cuma untuk seekor arnab. *sigh*

Sayup2 azan Asar berkumandang saat merakamkan detik pengebumian cik arnab yang belum pun diberi nama sejak mereka berpindah ke rumah kami :(

video

Semoga Cik Arnab tenang di alam sana.. T_T

Kg Gajah,
9.37 malam

No comments: