Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 September 2010

Jaulah Melaka - Kuala Pilah

Alhamdulillah, semalam telah ke kenduri kahwin Kak Aida (Progresif) di Melaka. Mendengarkan kisah perkenalan Kak Aida & En Norisman ni dari Kak Zira, rasa macam drama melayu pulak. hehe. Kawen sepupu kan.. macam tu lah..

Sesampai di Melaka masuklah waktu zohor dan setelah bersalaman dengan pengantin.. kami pun segera ke khemah makan.. majlisnya pada pandang aku simple saja. gaya kenduri kawin orang kampung. Rumah dia tak susah sangatlah sebenarnya nak mencari, sebab betul2 tepi jalan besar.

Kat rumah Kak Aida ni +- 20 minit gitu je, tak sempat pun berjumpa dengan pengantin lelaki. Kemudian singgah di rumah Kak Maznah cum tourist guide cum x-teacher di LA.


Perjalanan ke Kuala Pilah yang mendebarkan.. kiri kanan dipenuhi hidupan alam semula jadi yang membawa bau mesra kampung.. heh! Memang tak dapat dinafikan kampung2 di Nogori Sembilan ni cantik2 belaka.. aku suke benor nengok rumah2 di N9 ni. lagi2 bumbung! haha..

Sungguh mengujakan nak gi rumah kak Ujie ni.. sebab rumah Felda kan.. sungguh di pelusuk bumi rasanya.. tapi! superb! da lama xlepak rumah kampung camtu.. yg penting xda internet! ahaha... oh rumah kampung aku yg kat slangor tu? itu memang kampung tapi dekat dengan pekan.. rumah ni lagi thrill nk ke pekan 30 mnt..

Lagi satu, yang lebih utama.. Kak Ujie ni... Kenal dah dari 1st year dulu.. tapi tau baru je tau yang kami ni 3 pupu bulan mac hari tu sebab Kak Ujie datang kenduri kawen abg arul. hehe.

Semalam sampai rumah kak Ujie baru pukul 8 malam. sempat lagi kalau kat KL tu datang beraya jam 8, dalam jam 9 baliklah kan. Tapi mengenangkan nak menuju semula ke jalan2 sepi yang sedikit menyeramkan itu.. aku rasa.. lebih baik bermalam saja. Jadi, semalam kami pun bermalam di rumah Kak Ujie. Nyenyak betul tidur, sayup2 alunan orang mengaji dari masjid yg mengejutkan kami, jam 5.15 pagi! Sungguh! terperangkap dalam demensi masa. rasa macam kembali ke zaman dahulu kala.

Now in KJ. dan perlu kembali ke dunia nyata.. mahu menyusun semula segala kerja2 yang bertimbun-timbun..

Anggota Rombongan : Kak Ujie, Kak Tik, Kak Ru, Kak Zira dan Aku
Kenderaan : Kancil Merah Kak Ujie..

Till then!

2 comments:

alia said...

wa dah kata, ng9 ni best!bile masuk kampung, feel dia, memang walla...

Merentas Horizon said...

peh. wa kena stuju dgn kata2 lu tu.. mmg xdpt dinafikan.. terus jatuh cinta. eheh~