Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

08 September 2010

Sampul Duit Raya

Haih. (tak bagus memulakan hari dengan keluhan.Jgn contohi!).. You know my newbie, No Touch? Ha.. apa tu? Ni ha, aku perkenalkan..


Inilah sedara kita.. Si No Touch Basix NT2500.. 250GB, tak sampai separuh lagi guna da buat hal & the worst.. aku rasa memang aku slalu la menjahanamkan barang. Takleh connect sudah dengan Si Dell.. adeh~ da beberapa attempt dilakukan untuk menyambungkan silaturahim antara keduanya tetapi tetap tak berhasil! Cadangan Mr Amir, try connect menggunakan casing lain.. Sekarang ni hanya terpikir External HDD Mr Basri. Tunggu aku encik bapak, nanti pinjam u punya Sensonic eh..

Ok. Habis citer sal No Touch.. kalo dikenang-kenang sangat pun bikin hati sedih dan jiwa kacau saja kan.. So, baik biar sajalah.. jangan dipikirkan sangat.. kang tak ceria pulak hari aku ni. Apalah sangat kan No Touch berbanding nikmat udara yang masih diperolehi hari ni.. ^___^ (Sarah positif k!hehe)

Sebenarnya saya mahu cerita sesuatu, dulu ketika zaman sekolah.. aku ada hobi untuk membuat kad.. ala kad2 comel dan disebarkan kepada rakan2.. kad birthday la selalunya.. Nak outing kan jarang2.. kad lak mahal2 (untuk student aku rs mahal lah harga kad time tu).. Jadinya, layan lah buat kad sendiri.. Kalau ingat zaman tu aku rasa mmg tengah up lah buat kad-kad hand made nih. Orang kata banyak sentimental value dari kad yang beli di kedai. Sebab pembuat mestilah akan buat dengan sepenuh hati kan.. hikhik.

Tapi tu dulu.. zaman orang bertukar-tukar kad dan berutus surat menggunakan perantara posmen karat mahupun posmen berdaftar dengan POS Malaysia. Sekarang zaman pun dah bertukar.. berapa kerat je antara kita yang masih suruh posmen menghantar kad raya korang? Mesti takde kan? Ok. Adalah aku dapat 1 tahun ni. Time aku belajar di Universiti, time tu tengah up org bg sms raya.. sekarang? aku rasa, rata-ratanya semua tag gambar je kat fb.

Ah dah hilang nilai sentimental dah.. Tak feel langsung. Aku tak de buat pun tag gambar ni.. ye la takut menyemak kat photo orang kan.. So, mungkin nanti aku kasik ucapan cam mohor besar tu je lah.. post kat wall sendiri.. ^____^ Post time malam raya la. bru la raya! Time takbir sedang berkumandang di udara.. Err instead of post status di wall.. buat entri kat blog pun nampak cool gk kn?haha!

Oh. nampaknya aku dah melalut jauh dah ni.. haih susah betul orang lemah BM ni menaip.. tak tentu hala tujuan .. Sebenarnya aku nak cerita, untuk melepaskan gian aku terhadap karya2 pembuatan kad aku tu.. maka, semalam aku telah bekerja keras menyiapkan sampul duit raya untuk anak2 buah dan saudara-mara tersayang..

Kartun aku amik dari Brotherhood Arts.. dari folder dorg kat fb OSM. Harap dorang tak saman aku untuk katun yang aku amik ni.. aku xjual jangan bimbang.. sebarkan katun korang je.. logo Brotherhood Arts pun aku xbuang tau! (gaya-gaya cuak gak sbnrnya)



Ok, nak mencuba fokus bekerjaya dulu.. jam-jam terakhir perlulah gigih!
..jumpa lagi entri akan datang!

8.54am,
pagi lagi ni..

No comments: