Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 October 2010

Punya Cinta Ramadhan


Ok. Done! Alhamdulillah..

Akhirnya, setelah lebih 3 bulan aku membeli buku ini.. dapat jua ku akhiri pembacaannya malam ni. Err.. kalau tengok kat rak tu ada lagi 5 novel tengah beratur. Phew~ xpe step by step kan?

Sinopsis sikit la kan:
Ia kisah anak muda bernama Ramadhan yang mencari cinta di sebalik rahmat bulan Ramadhan .. Kisah cinta tuhan yang memandu cinta manusia. Untuk penceritaan Novel Malaysia, aku rasa peminat novel Islamik yang tercari-cari kisah ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih.. tetapi lebih hampir kepada lenggok budaya Malaysia.. jemputlah mendapatkannya di toko buku berhampiran..

Sedutan:
"Kata walid, al-Quran itu turun dari langit. Didalamnya terkandung manual cinta Tuhan. Manual cinta itulah yang akan mengusik cinta di jiwa manusia apabila hati dekat dengan Al-Quran"

"Sayang, kalam tuhan itu pangkalnya di langit.. hujungnya menyimpul hati nurani hamba-hambaNya. Andai pangkalnya tidak diikat dengan keikhlasan, tali hubung itu akan longgar dan putus"

"Tanggungjawab sekadar memenuhi kehendak peribadi. Suka buat, tidak suka tinggal. Hairan, mengapa tidak ditimbang dengan pahala kerana walau sekecilpun kerja itu, nilaiannya ialah syurga. Bukankah pahala itu diraih kerana keikhlasan"

Ok, itu jelah ek setakat ni. blur lak nak buat huraian.

10.47pm.
KJ.

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih kerana mengulit cinta Ramadan. Biarpun ulasannya pendek, namun tetap berbekas di hati.

Jemput membaca "Namaku Bukan Maria" Hari ini, Jumaat 19 April 2013 ada ulasan di Berita Harian.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi