Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

23 October 2010

Rumah Sakit

Semalam, balik kerja terus bergegas (tak sangatlah, since jam teruk di Puchong dan LDP juga of course.. maka sejam jugaklah perjalanan) ke Hospital Putrajaya..

Paklang masuk hospital.. sekali lagi..

Sebenarnya beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk penyakit yang sama pada hari raya tahun lepas. Menyebabkan memang keluarga kami turut meraikan hari kebesaran itu di hospital bersama-sama. Bak kata orang, susah senang bersama-sama. 1 for all and all for 1.

ok, berbalik kepada paklang. Masalah beliau adalah penyakit usus. iaitu, tidak boleh menyahtinja dengan sempurna. mau dekat sebulan jugak beliau mengalami masalah tersebut. Kalau tak boleh 'membuang'.. secara automatik mestilah kita punya selera makan pun akan terganggu kan?

Jadi, paklang decide untuk di hospital sahaja, sehingga masalah 'membuang' nya itu selesai..

Overall.. ketika aku sampai beliau nampak bertenang dan sihat2 sahaja. hospital sebagai R&R katanya.. paklang.. paklang.. memang suka berseloroh juga sakit sakit pun.

~ bila tengok orang dah mula sakit2 ni saiko pulak aku.. tba2 aku pun bila sakit sikit, mula memikirkan segala jadah penyakit kronik yang ada di dunia. haih la sarah .. T_T

ok, since aku pun xsure sangat pasal penyakit paklang ni.. mari aku kongsikan satu artikel tentang penyakit2 usus yang dikeluarkan oleh Berita Harian.. Jangan tak tau pada 2008 penyakit berkaitan sistem pencernaan ni menduduki tempat ke-6 penyebab utama kematian di hospital kerajaan.Check it out!

Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia, Dr Tan Huck Joo, berkata pada 2006 dan 2007, penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan berada di tangga ke tujuh sebagai penyebab utama kematian di hospital kerajaan.

Bagaimanapun pada 2008, walaupun masih berada di tangga tujuh penyebab utama pesakit dimasukkan ke hospital kerajaan, namun ia menduduki tangga keenam punca utama kematian di hospital kerajaan.

“Barah gastrointestinal juga sangat signifikan di Malaysia. Barah usus adalah barah kedua tertinggi di Malaysia, merangkumi 11.9 peratus daripada semua kes barah yang dilaporkan. Ia paling kerap ditemui dalam kalangan lelaki dan menduduki tangga ke tiga sebagai barah pembunuh di kalangan wanita,” katanya.

Di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 940,000 barah kolon dilaporkan setiap tahun dengan 500,000 daripadanya berakhir dengan kematian.
Masalah pada sistem pencernaan bukan satu tetapi ada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan.


Sekian,
6.40am,KJ


No comments: