Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 December 2011

Proses Evakuasi

Assalamualaikum,

hari ni aku akan menulis sepanjang yang mungkin. konklusi untuk perjalanan sepanjang 2011, ngam kan? aha.. tau sangatlah dah ramai yang menanti post baru yang lebih bernas dari ku kankan? aha.

ok, hari ni merupakan last day on 2011. tadi jam menghampiri 11 malam kami 3 bersaudara di rumah sewa ni, baru sahaja melakukan proses pemindahan barangan buat kali ke-berapa-ntah. Oh ya, sempena 2012.. kami keluarga bujang di Kelana Jaya ni akan berpindah ke rumah baru di SS2. Jadinya, atas alasan malas nak menyewa lori yang mahal, maka kami pun berdikit-dikitlah memunggah barang.

Balik kerja tadi, ada juga orang pindah di tingkat 12, jadinya lif digunakan, maka itu yang jadinya berpindah terlebih malam tu. Alhamdulillah, proses evakuasi berjalan lancar. Sekejap saja rupanya nak memindahkan barang, cuma mengambil keputusan untuk berkemas dan memindahkan saja yang lama, dari sehari bawa ke sehari. Macam tulah.

Ok, sekarang mari masuk ke summary of 2011. Tahun 2011 sebenarnya merupakan tahun ke 2 aku bekerja. kalo ikut genapnya.. adalah bersamaan 15 Julai 2011. Tapi malangnya, tanggal 20 Jun 2011 aku dah pun diberhentikan (baca: retrench) dari syarikat. Mula-mula kena berhenti, sangat shock dan selepas tu ada rasa macam kosong dan entah apa lagilah perasaan yang tak tergambarkan.

Siapa sangka, lepas dari pemberhentian aku tu, banyak lagi episod gembira yang berlaku dalam hidup aku. Dalam kekalutan aku yang masih terumbang-ambing tu, aku dapat emel dari UM, permohonan untuk sambung master aku diterima, (punyalah  masa aku nak apply master ni.. esoknya tarikh tutup.. malam ni baru aku kalut call adik di kampung suruh carikan segala bagai dokumen yang ada kat rumah) Alhamdulillah rezeki.  Meski demikian, aku tak meneruskan niat asal menyambung Master aku tu, disebabkan beberapa nilai tara yang aku buat di belakang hari.

Dalam masa yang sama, aku juga dapat panggilan untuk interview kerja. sehari selepas aku dapat berita tentang master, esok tu aku di panggil untuk interview. Dan, seminggu selepasnya dipanggil masuk bekerja. Tarikh aku mula bekerja di syarikat baru adalah 2 Ogos bersamaan 2 Ramadhan. Nak kata aku macam akward tempat baru, tak sangatlah sebab aku memang boleh kata biasa gerak sendiri juga. Cuma, mungkin sebab suasana kerja yang baru yang mana semua rakan sekerja adalah non-muslim, jadi kena beradaptasi semulalah.

Sebulan setengah selepas aku kerja, 16 September aku join pulak company trip. Antara sebab aku join adalah,
1.aku rasa itu merupakan jalan singkat untuk nak kenal orang. Bagi aku cepat mesra, cepatlah kita nak selesa ditempat baru.
2. of course sebab hadiah2 yang tersedia. Haha!
Dengar kabarnya ni first time syarikat buat trip secara besar-besaran. Berkampunglah di Tambun kami satu bas. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu kan kan? Yes! Antara keinginan dan impian aku yang tertangguh di tahun 2010 tercapai pada tarikh tersebut, dapat First Prize Lucky Draw, sebuah tablet yang bernama Samsul Maarof. (ok abaikan saja nama, aku random pick je masa awal-awal dulu, mana tau adik aku amik seriuslak) + Voucher Parkson RM100.00

Bulan Oktober, Nasyrah join company.. dan keadaan nampaknya semakin membaik. Kami semua mula hidup dengan rukun di pejabat. Mereka perlahan-lahan mula memahami Melayu-Islam, dan kami juga sedikit-sedikit mempelajari sosio-budaya cina. hihi.

Oh ya, dan di awal Disember akhirnya dibukakan pintu hati untuk membeli kereta. Mungkin tak cantik atau tak besar mana.. tetapi InsyaAllah, semoga dapat dimanfaatkan untuk gerak kerja Islam. (Sarah, now you can stop 'beralasan'!)

Seperti yang sedia maklum di awal-awal karangan ni.. sempena 2012 ni, aku juga akan berpindah rumah. Rumah baru, bolehlah dijadikan satu analogi untuk sebuah penghijrahan. Semoga ada membawa perubahan yang lebih baik, InsyaAllah.

Kemas-kemas rumah, seperti menyimpan balik semua lampiran-lampiran kisah sepanjang 2 tahun lebih meninggalkan alam belajar. Dari rumah ini kosong, menjadi penuh dan sekarang akan menjadi kosong semula! Ok sedikit syahdu.

Esok, akan ke masjid negara, mengulang lagi pengalaman manis bersama sahabat2 1000Jiwa1Hati penghujung 2010 yang lalu!..


Tahun baru datang lagi, semoga menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.


Selamat Tinggal 2011, Happy New Year 2012!


(workplace, lokasi terbaru kawasan paling stress dan paling fun) 

22 December 2011

Stressure

Dalam sebulan kebelakangan ni keadaan di pejabat agak tegang sebenarnya. tahun dah nak berakhir kan.. maka semua kerja perlu dibereskan. nak dapatkan payment jualan dan sebagainya.

Tambahan ada seorang kakak telah ditugaskan menjadi orang tengah diantara team programmer dan team sales..apa yang aku sedar, sejak itu keadaan seperti bertambah tegang (err bukan apa, kakak ni strict wooo! huhu) Sebenarnya, jika dilihat jangka masa panjang, orang macam kakak ni memang sangat bagus. Dia yang memperjelaskan lagi garis-garis panduan yang selama ini sekadar dalam kertas.

So, katalah dalam rules cakap satu laman sesawang perlu siap dalam tempoh 5 hari, maka pada hari ke-5 akan tercongoklah kakak ni bertanyakan status projek. phew~ (selama ni, bleh tahan lagi dragging sikit masa sehari dua, sekarang.. manyak kancong!!)

Keadaan yang tegang ni jugak membuatkan aku pun bertambah tegang. perasaan dia macam perasaan aku awal2 masuk kerja dulu. Memang aku masuk kerja mengadap laptop sampailah balik kerja.. tak pandang orang dah. Sebenarnya aku perasan aku stress (haruslah kan) tapi tak sangka ada orang lain perasan jugak.

"Hei Sarah why i did'nt see you smile lately?" - Jess.

Huh! tengok, punya lah sibuk kerja sampai senyum pun tak sempat. Tak sangka senyuman aku memberi makna pada Kak Jess, mesti dia sedih sebab beberapa hari aku tak senyum kat dia. kahkah!

Harap-harap fasa peralihan ini cepat-cepat berakhir. dan aku dapat belajar sesuatu di hujung jalan. Ameen.

nota-nota:
1.bekerja bersama majoriti non-muslim adalah benar-benar menguji pengetahuan dan kekuatan islam kita sebenarnya.
2.data entri syarikat telah pun meletak jawatan, kemungkinan besar diatas bahana tekanan yang melampau. Err.. siapa-siapa nak kerja as data entri calling2 k! Requirement? capable to work under super extreme pressure. hihi.
3. >.< dulu seronok sangat kerja baru, sekarang da rasa jugaklah dipukul ombak..
4.Fahamilah stress anda adalah berbayar.

14 December 2011

Kenangan Lalu

Sekarang dah 2011 bersamaan 24 tahun penghidupan di muka bumi Allah ini. Dan sepanjang perjalanan kehidupan ini juga, dah beberapa zaman di tempuhi. Baik dari segi teknologi, ilmu mahupun industri hiburan tanah air.

Dalam perkembangan tersebut, industri nasyid tanah air juga tidak terlepas dari mendapat tempias arus kemodenan. dari sekadar ber-percussion-kan bonggo dan kongga, sehinggalah tekadang gitar dan drum juga telah bergabung sama.

Meski demikian, aku tetap mencintai yang asli. kerana identitinya yang tersendiri dan tidak dipengaruh zaman, juga pada liriknya yang lebih utama dari merdunya alunan suara.

Bersama-sama redupnya langit petang dan semilirnya hembusan angin, ayuh kembali ke masa lepas..



Sambil bernostalgia, sambil bermuhasabah. 

Sekian, Assalamualaikum.

05 December 2011

coretan hujung minggu 4 disember.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca!

Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi untuk menulis. Hujung minggu lepas, meskipun cuti adalah sekadar 2 hari bersamaan cuti hujung minggu tapi terasa sangat lama pulak kan.

(orang kata kalau bersama yang tersayang masa yang sekejap pun terasa panjang..)

by the way, hari sabtu aku dah menghabiskan masa sepanjang pagi menyiapkan tudung seorang kakak ni, yang dah tertangguh usaha-usaha penjahitan selama hampir 2 tahun (what???!hehe)

tengahari pula ke SS2 mengemas rumah baru disana, letih! Oh ya, kami keluarga 13-13 akan berpindah ke sana dalam masa terdekat. Err kalau ada yang sedang mencari rumah sewa sekitar Kelana Jaya boleh la bagitau, boleh aku kabarkan kepada tuan rumah. Begitu-begini mengemas rumah, sampai lah nearly maghrib.

Maghrib dirumah KJ, kemudian bertolak pulang ke kg halaman di Kuala Selangor. Tidurlah semalam di Kuala Selangor.. esoknya bertolak pulang sekitar jam 3ptg macam tu. Asalnya plan balik awal sikit tu, nak jumpa cik pemilik tudung, dengar-dengar beliau turun KL. tapi tulah, tak berkesempatan nak berjumpa.

Maka, area jam 3.45ptg kami menukar route perjalanan ke Bukit Jelutong, rumah ucu. makan, tengok tv, makan lagi.. Jam 9 malam bertolak lah kami pulang ke KJ.

Apa yang nak disimpulkan? sebab hari yang panjang tersebut, pagi ni aku lupa bawa access card ke ofis. heh!

Sekian.

26 November 2011

Internet oh!

Akhirnya, sekali lagi berada di kampung halaman.Perak Darul Ridzuan ^______^. Bas jam 9.45 malam, maka sampai nya di rumah sudah pun 2 pagi. Jadinya, perasaan mengantuk tu dah kurang tapi, kepala memang agak berat dah ni.. tapi nak gak gagahkan menaip kan. :P

Aha, rasa2nya banyak perkara besar akan berlaku hujung tahun ni. haiya, means --> breaking down (haiyark, saing2 pulak dengan keluarnya movie breaking dawn kat panggung kan ~ ok xde kaitan >.< kihkih)

2 hari kebelakangan ni, pejabat aku mengalami masalah gangguan internet. dan sesungguhnya dimaklumkan disini, dalam banyak perkara tentang programming punya bidang ni.. network problem adalah perkara yang aku paling benci sekali. Nak nak time tu, semua orang akan cari programmer.. "eh, I xleh connect internet lah. kenapa ye da berapa hari da ni"

Dan soalan kenapa lagi bikin aku rungsing. Orang akan membuat andaian programmer adalah tahu semua tentang IT. But, for me it's not! (tapi memang sangat awesome la dan outstanding kalau tahu semua kan, err tapi aku rasa normally programmer should know la basic networking atleast.. ah pity of the banana in me)

Tapi, betul lah kan? logik la programmer and networking totally a different rite? haha! (masih in denial disitu) Ok to the point, and the worst part is today, bila semua senior programmer are not around and left behind these helpless junior programmer :P. But luckily, Mr Sonny came, dia lah yang membantu memperbaiki setting router/switch di setiap tingkat. sehinggalah all the wired and wireless connection kembali normal.

Phew~ hari yang panjang untuk khamis dan jumaat. Tetapi pada akhirnya, aku  menyedari sesuatu. aku ada gain ilmu baru tentang networking. (err basic je kut, yang rata2 normal person pun tau. tapi aku baru tau. ok lah kan?) Mungkin next time, aku boleh berjinak-jinak dengan networking plak? at least tau flow of network in office ok lah kan? for basic.. dan, aku rasa memang nak sangat memahami apa yang tersirat dan tersurat dalam router setting page tu. huhu~

* rasa menjadi programmer yang ter-sangat-lah hopeless, bila xdapat tolong overcome masalah internet nih. T_T

*off to bed, assalamualaikum~ 3.30am.

22 November 2011

Cuti Sekolah

Yeay! musim cuti sekolah tiba lagi.. meskipun aku bukan lagi pelajar, tapi orang selalu menyalah-anggapkan aku sebagai budak sekolah.. so, oklah aku nak bergembira dengan kedatangan cuti sekolah kan??

ok sebenarnya, selaku manusia yang sudah bekerjaya, apa lagi di lingkungan bandaraya metropolitan ini, cuti sekolah ada significant tertentu dalam kehidupan.. apa tu??

ahha.. jalan raya semestinya lebih lengang dari selalu. ya, itulah yang harus di bangga dan gembirakan.. [hai adik-adik cutilah lama lagi ^_____^. hakhak]

ya, dan satu lagi yang berkaitan dengan cuti sekolah.. BETUL!! kenduri kawen.. haiya, boleh tahan penuh juga hujung minggu dengan undangan perkahwinan.

ada kawan yang nak kahwin, tapi senyap-senyap saja. tau nak kahwin pun dari rakah lain.. rasa macam taknak datang tapi akhirnya datang jugak.

ada kawan yang nak kahwin, even kad tak sampai lagi, both pengantin sudah call suruh datang.. rasa macam nak pegi sangat tapi macam tak dapat..

oh, apa lah semua ni kan.. sedang taip laju-laju sebab semuanya dah desak nak cepat pegi makan.

till then, assalamualaikum.

17 November 2011

Dilema sehari-hari

(tidak pernah aku fikirkan pada masa lampau yang pada masa terkehadapan aku akan mengalami dilemma sebegini pada tiap-tiap harinya.. *sigh*)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca budiman.

aku sebenarnya banyak nak tulis dan share ( banyak jugaklah post aku yang tersadai sekadar menjadi draft..).. tetapi nak buat macam mana, kerja pun masih banyak yang pending..

jadi aku share kalian ni saja lah,


Jom, belajar chinese. haha~

Ok, tajuk dan isi karangan adalah tidak berkait. Sebab aku tak de banyak masa kan aku cakap tadi, nanti in one fine day, aku akan karang panjang panjanggg tentang itu. ok?

p/s: awanis, alhamdulillah termakbul jugak cita-cita nak guna tajuk diatas ^_____^

02 November 2011

Tazkirah Hari Ini.

"When you disappoint someone, you avoid contact with them.."


when you and I disobey Allah, where we want to go? who do we turn to? we have no other else to turn.

untuk teguran pada diriku, juga diri kalian.
kerana hari-hari kita sentiasa terjebak dengan kesilapan.
May Allah Bless.
(rasa nak nangis, mengenangkan kasih sayang Allah)

30 October 2011

Jalan Terpilih

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat" 
(Riwayat alBukhari & Muslim )

Nauzubillah.. T_T terasa begitu berdosa beberapa hari ni, Begitu sedihnya, juga takut. Wahai mulut, wahai mata, wahai pendengaran. Mengapa kau lebih suka akan dunia ini? 

*sigh*

*ok post pun begitu berkecamuk ya. nampak begitu tidak stabil, semalam macam confuse, td pasal steve, now this hadis. ah ternyata kecelaruan aku memang mudah dibaca. haih~

Steve Jobs

sebenarnya aku bukanlah orang yang begitu 'into' kepada barangan apple @ mac. memang takda satu pun apple stuff. tetapi, pada satu hari yang tenang. bersamaan beberapa hari selepas pemergian beliau, seorang rakan di ofis memberikan satu link address. Disana terdapat banyak gambar-gambar menarik, tribute to lelaki yang memberi satu wave pada dunia.. (ok, really couldn't recall the website)

Dalam ratusan gambar yang tersenarai, ada 3 yang menangkap perhatianku. Share with you guys la! ^_____^













.. ok gambar ni aku dah lama ambil di internet, tapi dihari yang mendung ni.. aku terasa nak share dengan kalian. sapa yang buat gambar2 ni.. Smart! especially the last one. Nice! 

29 October 2011

coretan hujung minggu.

Hari ni, aku bercadang untuk menaip panjang. dan aku harap berhasil untuk membuat satu karangan yang panjang. Memandangkan, sudah seharian dilingkari rakan-rakan tercinta, aku rasa ini adalah masa terbaik saat bahasa melayu aku pulih seperti sedia kala.. :P

Dalam dunia hari ini, macam-macam yang kita tak pernah bayangkan satu masa dulu.. telah terjadi. Bayangan tentang jalan hidup yang lancar, belajar di sekolah kemudian matrik, kemudian universiti dan bekerja. Lalu berkahwin dan mempunyai anak cucu. Ah, keterlaluan membaca novel atau menonton drama kali.. Menjadi dewasa menyedarkan aku tentang banyak perkara, dan ternyata apa yang selama ini kita bayangkan sebenarnya bukanlah semudah yang kita sangka.

Watak-watak manusia yang biasanya aku bayangkan adalah tipikal manusia, mungkin sedikit dalam bayanganku tentang manusia yang begitu outstanding. Melewati hari-hari dewasa, aku sedar yang watak dalam kehidupan ini, ternyata tak sama dengan apa yang aku bayangkan. Subhanallah, semuanya ciptaan Allah. Sungguh, seharusnya kita hargai meskipun lama terhenti dan terkeliru memahami situasi.

Untuk manusia-manusia yang bernama keluarga, sahabat, teman dan rakan yang mewarnai hari-hariku. terima kasih. Alhamdulillah Ya Allah. untuk segala warna yang kau coretkan sepanjang perjalanan kehidupanku. Meskipun pada satu sudut ada warna yang belum aku fahami keindahannya.. atau definisinya, biarkan aku terus bersyukur.

untuk hari ini yang panjang kerana keceriaan pada pertemuan kita, dan garis ceria pada tiap-tiap wajah kalian.. semoga Allah izin dan perpanjangkan usia untuk kita bertemu lagi. Hingga masa bertemu lagi kelak, aku harap Allah akan sebaiknya menjaga kalian :P. Ternyata masa-masa yang lalu meski tak terbangkitkan pada perbualan hari ini.. ada nilainya yang tak terungkapkan.

.terima kasih.

untuk sahabat yang telah melangkah ke alam baru hari ini. tahniah! jalan kau kelak mungkin akan panjang dan berliku dari zaman bujangan, tabahlah menghadapi! insyaAllah, menjadi isteri itu lebih menenangkan hati dan menjana pahala berpanjangan.


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

sahabat, semoga kau berbahagia. 
err.. untuk yang lainnya yang masih berhempas pulas menatap hidup, yang masih belum belum ketemu jodoh kalian.. terus berusaha dan jangan berhenti berdoa. Good Luck ^____^ hehe.

26 October 2011

24


sebenarnya tak banyak yang aku inginkan pada hari lahir aku, sebab Allah dah makbulkan kebanyakan sebelum dari tarikh ni. thanks for both my housemate, untuk kesudian makan-makan bersama :)

p/s: untuk nan seorang yang memberi kad dan hadiah. terima kasih daun keladi ^____^!!

21 October 2011

Benarlah, rezeki itu datangnya dari Allah, kalau bukan Allah takdirkan rezeki pakcik penjual ayam rangka tu dari poket aku, maka memang tak dapat lah kan.

The story begin,

sejak dari petang tadi hujan turun mencurah-curah. kejap gerimis. kadang lebat. seperti biasa, sejak akhir-akhir ni aku memang selalu balik dengan nasyrah, rakan satu supervisor masa universiti merangkap rakan sekerja sekarang ^____^. Maka dalam lebat hujan ni, kami redah kesesakan federal highway untuk aku sampai ke stesen universiti.

Walaupun sedikit 'kancong' nak drop by aku, tapi aku berjaya turun gak :D. Bila nak lintas jalan, kederaan ni banyak la pulak kan.. tiba-tiba aku terbau sesuatu yang harum. Oh! ada pasar malam. Aku pun ikut aroma tersebut, sehinggalah ke satu kedai menjual rangka ayam. Peh, ayam baru naik ditambah pulak sejuk2 hujan ni kan. Tanpa berpikir lanjut terus lah aku mintak makcik tu bungkuskan rangka ayam dan ayam kepak. :)

Nyum2x. sedapnye.

"semuanya RM5.30 dik"
"ok" sambil buka dompet. Alamak! aku baru menghabiskan wang terakhir tengahari tadi. Selak punya selak ada sekeping not seringgit je. ayyo! Makanan da bungkus ni, aku agak kalau berlaku 5 tahun yang lepas, aku mesti tak tau nak bereaksi macam mana. haha.
"er makcik, dalam dompet saya ada RM1 je, boleh tak saya nak cancel ayam ni"
makcik dan pakcik yang sedang mengangkat ayam di gorengan hanya senyum-senyum simpul. Hakhak. ok, segan sedikit disitu. Semoga akan ada orang lain yang akan beli rangka ayam makcik dan pakcik ye! Maklumlah hujan-hujan gini kadang susah nak dapat pelanggan.

Meskipun demikian, keistimewaan zaman kini ni adalah, waima korang takde duit nak pegi beli makanan, korang masih ada peluang nak balik rumah dengan syarat Touch n Go telah terisi secukupnya ^____^. Haih, me-nopup Touch n Go tak agak-agak. Tengok, sampai bajet sudah lari :P

Ok, sampai situ sajalah dulu. Semoga perkongsian ini boleh bagi pengajaran pada kalian semua!!

*kancong - nervous

7.48malam,
Dataran Sains,
Universiti Malaya.

Keyboard Cover

Assalamualaikum dan selamat petang..

Bersua kembali. Sebenarnya hari ni, aku nak cerita tentang keyboard cover. Sebab? Tadi ada rakan se-ofis telah tersedak ketika minum kopi kerana boss kami menceritakan sesuatu yang menggelikan hati. Maka, kerana sedang minum-tapi-tetap-nak-gelak, tersemburlah air kopi yang beliau sedang minum. dan bersemburlah air kopi di laptop dan meja beliau.


Nasib agak baik, beliau mempunyai pelindung papan kekunci. Maka tidaklah titisan kopi masuk dicelahan papan kekunci tersebut.. ^^,


Tiba-tiba aku terkenangkan kembali, masa zaman-zaman pakai PC dulu, kopi pun merasa, tomyam pun merasa keyboard lama ku itu. hoho~

p/s: oh! aku punya keyboard cover dah tertinggal dalam laptop company masa dipulangkan dulu. T_T kena cari baru ni. Bahaya jika kejadian lalu berulang kembali.

19 October 2011

Wall Deco

Rumah atau pejabat anda membosankan? put some decoration on it!! Barulah ceria hari anda.. ^_____^


ta da!!

Try it your self!!

17 October 2011

Broga and Mun Wedd's

Hari ni, turun tangga dah rasa lagi sakit dari naik tangga. haih, teringatlah hari-hari awal selepas pendakian menuju Jeram Perlus. lagi perit yang tu. kalau orang ajak aku sekarang, nak hiking tak? harus aku jawab TAKMAU! haha.. so, tunggu 2-3 minggu lagi.. baru ajak eh.

Oh, semalam setelah memendam keinginan sekian lama untuk panjat Broga, akhirnya termakbul. Alhamdulillah! (Alhamdulillah Ya Allah, tahun ni banyak sangat rasanya keinginan menjadi kenyataan. Juga untuk jalan-jalan lain yang Engkau permudahkan) Berkumpul di Tesco Puchong, bertolak jam 5.30 macam tu, singgah Subuh di Petronas Semenyih. Memulakan pendakian kurang lebih jam 6.15 pagi. Masih gelap, jadi haruslah bawa torchlight. (Awanis, I pinjam your torch. hehe) Sebelum jam 7 sampailah kami ke puncak ke-4, (ada 3 lagi puncak yang tak sanggup untuk kami terus daki) dan melihat indahnya bumiMu Allah.



pada matahari yang baru muncul, Subhanallah.
pada saujana pemandangan, Subhanallah.
pada angin yang sepoi-sepoi bahasa, Subhanallah.
maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?(55:13)

peringkat awal pendakiran rasa macam ok lagi, sampai curam agak-agak  macam 45 degree dah rasa macam.. wallaweh, kalau naik ni macam mana nak turun. haha.  

"I feel like hanging on the sky.Why? sebab I rasa dah sampai atas ni tak tau macam mana nak turun balik. So hanging kat sini" - Joseph

Begitu dan begini, lepas stay atas tu dalam 15-30 minit, kami pun turun. Singgah di mamak (somewhere in Semenyih) untuk sarapan. Lepas sarapan bertolak pulang.

* * * * *


Petangnya, ke kenduri perkahwinan Mun :) anak YB Haniza. Bila aku recall tak banyak memori yang aku ingat tentang Mun masa dia belajar. Mungkin pernah berjumpa 2-3 kali dalam program. Tapi menjadi agak rapat sejak Mun banyak bergiat di PJ.. ^___^ Barakallah!

15 October 2011

HD-PCT1TU3/BB

Nampaknya, ada yang sudi memberi cadangan di comment box untuk post lepas. Ahha, terima kasih daun keladi aku ucapkan, lain kali bagi cadanganlah lagi ^___^.

Tadi pagi singgah pasaraya 99, maka banyak pula diberi baki syiling. seperti cadangan Puan Basyirah, maka semua baki syiling di dalam purse aku masukkan dalam tabung :P

Cadangan cik Jue kita, InsyaAllah akan di mulakan next cycle :).

Oh ya, semalam ada liqa' sedikit diantara rakan-rakan seperjuangan (oh lama tak berkumpul macamni rupanya. rindu! Fauhan juga ada, lepas lah rindu :P)  Maka, tajuk yang ada dibangkitkan adalah istiqamah.

Istiqamah sebenarnya adalah sederhana dan berterusan (ni menurut kata-kata naqibah aku la). mengapa sederhana? maksudnya untuk sesuatu amal tu, kita takleh lah nak buat begitu ekstrim sehingga akhirnya kita penat dan terus stop. So, its better be it sederhana, kita mampu lakukan dan berterusan. Macam tu lah lebih kurangnya. Tapi seiring peningkatan masa, amal yang sederhana tu boleh lah ditingkat kan sikit2.. sbg cth, dari jarang-jarang baca Quran, so make it sehari baca separuh muka. istiqamah baca separuh muka. Then, dah agak-agak sebulan atau macam da boleh komited baca setiap hari, maka up sikit sehari satu muka. macam tu lah. So, yang ni boleh dikira sebagai hari ni lebih baik dari semalam. macam tu.. ^___^

Aku saja nak share apa yang aku dapat semalam, kebetulan boleh dikaitkan lah pulak dengan post semalam tu. Istiqamah lah menabung. Cerita pasal menabung, ntah macam mana.. after balik dari Iman Villa pagi ni.. aku terlencong ke Digital Mall dan membeli lah pulak perkara dibawah,


oh! jangan salah sangka.. aku dah rancang lama. tup tup hari ni berkelapangan, terus lah meneruskan hasrat yang terpendam itu. Err.. nampak ke apa yang dimaksudkan? maklumlah black-lover ni semua nak warna hitam, kan..

P/s: Gadget adalah satu perkara yang menjadi cabaran utama (bagi para muda belia) untuk bertahan dengan Sang Nafsu. Haih.
P/s II: Kira aku kalah tak ni dengan nafsu?aiyark!

14 October 2011

Jimat Cermat Amalan Mulia

Pagi ni, aku ke sebuah kedai runcit berhampiran Flat Taman Sentosa. Kedai ni biasa akan aku singgah untuk membeli roti atau coffee. tapi pagi ni, aku berhenti sebentar depan kedai, keluar purse dan selak-selak beberapa keping not biru yang berbaki. kemudian aku tutup semula purse dan berlalu tanpa masuk pun ke kedai tersebut.

Huhu, belum pun sampai pertengahan Oktober.

Ok semua peminat sekalian, jangan bimbang ini sebenarnya bukan bermakna tahap kekeringan aku semakin menjadi-jadi atau pun aku dah tahap pokai sehingga tak mampu lagi nak membeli setin coffee berharga RM2 tersebut. Sejak akhir-akhir ni, aku dibayangi oleh satu berita yang aku baca awal minggu yang lalu. tentang 41 belia muflis setiap hari. (sebenar aku tak paham, apsal di akhir 41 tu xda penjodoh bilangan, aku nak tau gak 41 tu refer pada orang, organisasi atau peratus. kan?)

Maka, sebagai salah seorang yang merasakan diri ini masih muda belia, aku pun mula mengambil langkah berhati-hati dengan mencatu balik perbelanjaan mingguan. Bila dah mencatu ni baru aku perasan, banyak aku spend selama ni. Boroskah? tak nak mengaku! haha.. Susah sebenarnya nak menahan nafsu ni, kat sini aku dah nampak kenapa jihad melawan nafsu adalah lebih tinggi ganjaran dari jihad di medan perang.

Ini kira detik-detik awal aku nak belajar berjimat cermat. Ok rakan-rakan sekalian marilah kita sama-sama menjadi lebih baik, berjimat hari ini untuk masa depan yang lebih baik.

Nota kaki
1. Berjimat yang aku nak maksudkan disini dari segi perbelanjaan peribadi, tapi jangan berjimat sehingga lupa bersedekah
2. Banyak kita jimat, banyak boleh menabung, nanti esok lusa senang lah bila nak pegi umrah atau bernikah.

 Sekian sampai sini dulu,
jom kerja!

13 October 2011

Pit stop


tempat ni da jadi aku punya pitstop hampir setiap hari. sambil melihat manusia yang pelbagai ragamnya. ha pembaca sekalian, jika terserempak.. hello hello lah, nanti aku bagi sign autograf. hehe


oklah, train sudah sampai, jumpa lagi di masa depan ^___^

p/s: aku nasihatkan kalian, agak2 takde idea nak menaip, ghentikanla pegang keyboard tu. ini le jadinye kalau xdiberhentikan.

*maaf telah bazirkan 2 minit kalian untuk entri tak bermanfaat ini. heh~

11 October 2011

bahasa

kata orang bahasa jiwa bangsa. betul kah?

Cik C:
"Dulu masa I kerja di kedai handset, ada seorang pakcik cina datang mau beli handphone. Dia ingatkan saya malay, so dia cakap melayu dengan saya. Tengok aa, cina sama cina tapi cakap melayu"

Encik F: where are you heading to sarah?
aku: Im heading to surau to perform zohor prayer. (sambung..) oh not bad, i can speak english
Encik F: heh, u kat UM dulu tak speaking english ke?
aku: belajar memang in BI, tapi cakap tak lah.
[melayu sama melayu tapi cakap english]

aku pun tak taulah nak bagi kesimpulan apa, saja jot down, kasi tambah bilangan post dalam blog (boleh macam ni?) bagi sedikit suasana di tempat baru untuk dikongsi bersama.

p/s: pada aku takde bahasa di dunia ni yang begitu terhormat, melainkan bahasa arab. kalau orang cakap BI is powerful, Mandarin is the most useful language in world.. aku pun tak kesah. Aku hanya akan kisah, jika bahasa tu menjadi perantara untuk aku mendapatkan ilmu ^_____^.

** selepas semuanya (direct translation), ayuhlah kita menggilap bahasa Al-Quran kita, kerana itulah bahasa komunikasi di syurga.

09 October 2011

Pagi nan Indah

Berpagi-pagian di kampung dengan dingin air yang mengigit tulang. Sunyi dari hiruk pikuk suara kenderaan. Sambil nikmat udara yang masih dpinjamkan ini disyukuri, pendengaran ini pula di dendangkan dengan carta IKIM.

Wah! memang satu suasana terbaiklah! Terkenang pulak zaman sekolah menengah dulu, selepas subuh, di hujung minggu akan kedengaran lah tazkirah-tazkirah atau bacaan alQuran dari corong radio. Memulakan hari dengan perkara yang baik ternyata memberi hari yang gembira kepada kita. Cubalah ^____^!

Oh,
hari ni.. cubalah kalian dengarkan lagu ni, mungkin boleh menenangkan kalian dari kekusutan dan keserabutan menyelesaikan sesuatu urusan. Tidak salah berehat seketika untuk mengumpul semula motivasi sebelum melangkah lebih laju! enjoy..

Syahadat - Dian Pramana Putra

p/s: saat-saat yang seketika di Ampang, subuhku dikejutkan oleh azan dari masjid/surau berhampiran. Ah, nyaman~

06 October 2011

Pastry

Bila tak de kerja, mulalah crawling sana sini. Yeah, rasa macam belum pernah recommend link pun kan.. So, hari ini.. aku nak share satu link yang selalu aku terjah bila link dia berada diatas dalam senarai makan-makan (maksudnya dia update blog la kan) Nak tau blog siapa? Klik gambar di bawah ^______^


Nyum nyum. Gambar pun da super nyummy.. bayangkan pulak la isi kat dalam dia. Sebenarnya aku tersangkut ke blog ni dari blog kak nor. Blog kak nor pun boleh tahan melazatkan. hehe. Dulu kalau ada rasa balik rumah nak masak, memang blog kak nor ni la sumber inspirasi. Sekarang memang harapan la aku nak masak bila sampai rumah. paling cepat jam 8.30mlm baru sampai :( (tapi percayalah, ini sungguh jarang terjadi).

Oh, lupa pulak isu nya aku nak promot blog Kak Rima kan tadi. haha! Haih, tengok.. selalu sangat lost focus :P. Ok tentang blog Kak Rima ni, apa yang menarik? Dia sangat-sangat rajin dan suka buat pastri dan segala jadah cake.. Datang ke blog dia untuk menjamah makanan dia dengan mata sajalah. So, agak-agak lapar dan takda duit nak pergi makan hebat-hebat. Bolehlah beli roti gardenia 60sen, sambil makan tu usha blog Kak Rima :) . Oh selain macaron and all the pastries.. beliau juga mempunyai seorang anak yang comel! Sonia namanya.

Ok sekian dulu cadangan blog hari ni. ^______^

05 October 2011

Gambar

Pagi tadi, bermula lah semula aktiviti yang telah lama aku tinggalkan (lama tak lama dekat 4-5 bulan gak la aku tak berapa nak aktif dengan dunia blog) iaitu blog hopping.

So, dalam banyak-banyak ni. aku jumpa satu blog rakan. Dia ada letak gambar dia dengan rakan2, melutut di baris depan perempuan dalam 5-6 orang dan berdiri di belakang adalah 4-5 orang lelaki. Gambar dia masa sekolah rendah dulu. Gambar ni bukan gambar kelas tau informal punya gambar.

Tengok je gambar ni.. mengingatkan aku pada zaman aku darjah 6. Sebenarnya dari aku sekolah rendah rupanya aku kurangla berkomunikasi dengan lain gender. Tapi entah macam mana, di penghujung tahun 6 tu, aku ada sekeping gambar dengan sangat ramai budak lelaki, perempuan dalam gambar tu adalah 2 atau 3 orang.

Asalnya gambar tu aku simpan, tapi lama-lama.. (nak nak pastu masuk sekolah agama, belajar pulak isu-isu silang jantina.) Tiba-tiba aku rasa berdosa, lalu gambar tu aku koyak-koyakkan hingga sebesar ibu jari, pastu aku tanam. Sedangkan waktu tu aku baru tingkatan satu. yang hakikatnya tak banyak keputusan yang boleh buat sendiri.

Lalu dari kes ini, aku terkenangkan seorang sahabat kecil Rasulullah yang bernama Sa'labah. Beliau yang tumbuh malu didalam dirinya lantaran terpandang aurat wanita yang bukan muhrimnya. dan ketika itu beliau baru berusia 7 tahun.

dan dari dua situasi ni, aku dapat simpulkan rasa malu itu adalah fitrah manusia. Sehingga bilakah rasa malu itu akan subur bergantung kepada sejauh mana kita menjaga hati kita.

tok tok, ketuk hati tanya kanlah,
"sekarang telah 11 tahun berlalu, masih malukah kamu melihat gambar kamu bersama lelaki-lelaki yang bukan muhrimmu?"

ayuhlah bermuhasabah!

nota kaki tambahan:
1. Tahniah untuk mempelai Shakina dan Sharifuddin yang melangsungkan perkahwinan pada Sabtu yang lalu.
2. Kepada Basyi juga, untuk baby yang comel. Ah! saat Iman Zulfa kamu lahir, saya masih dalam fasa lintang pukang menghadap hidup, maka satu entri khas untuk anak saudaraku itu tak dapat dipahat disini :(
3. Graduan API!! Selamat berkonvokesyen!!

5.16pm, PJS1.

02 October 2011

Atlast..

Alhamdulillah suma alhamdulillah..

Akhirnya, berhasil juga aku menyusun atur blog ni. rupa-rupanya blogspot memang ada simpan all my bloglist! phew~ takdela susah-susah nak kena jump satu satu blog nak cari balik rakan-rakan sekalian. Oh ye, tapi blog list  yang tukartiub, cursingmalay dan seangkatan dengannya takdek lak ek. kena boikot ke hape? huhu

Meskipun dah lama dah rasa nak kemas, tapi tak kemas-kemas.. rupa2nya aku kena setel kemaskan rumah dulu baru lancar nak kemas blog. hehe. (Harap-harap lepas ni lancar nak setelkan kerja SKIPJ dan kerja web.ahha)

Hujung minggu kali ni dinamakan hujung minggu event bioinfo. Sabtu ke Kuantan, wedding shake dan tadi tengahari ke Gombak, akikah anak Basyi. ^___^

oklah, itu dulu update.. esok ada rakan sekerja baru nak masuk, excited sikit.. nak ada malay officemate la katakan ;P

(tetap template coklat yg dulu bertahta dihati, tapi apakan daya tak backup.. :(( waa.. )

26 September 2011

Mentari Hidup

Lagu ni aku pertama kali dengar, masa matrik dari kaset Has. Sekali dengar je lirik dia memang menangkap.. bila aku da pandai download mp3 kat internet, maka aku download la lagu ni.

Lirik dia sangat menginsafkan, maka aku kongsikan dengan anda semua!!


Kala senja itu tiba 
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

~Haikal~

Untuk kita semua yang seringkali kalah dengan hidup, tapi tak pernah kalah untuk terus berjuang. InsyaAllah, sama-samalah berdoa supaya mentari hidup kita akan bersinar kembali ^_____^

Believe in yourself, Keep faith on Allah and Stay strong!

12 September 2011

belajar

ok, sekarang belum jam 6 berrmakna belum lagi masanya untuk pulang. tetapi ada perkara kusut yang memaksa juga aku menulis.

tentang tajuk diatas, jangan bimbang bukan tentang pembelajaran master. tetapi pembelajaran di pejabat. haiya! setelah berjaya mengharungi suka duka pembelajaran satu template.. dan masih merangkak-rangkak mempelajari kerangka kedua, sekarang kena belajar lagi satu kerangka!

T_T tsk. sebenarnya, kerangka ke2 perlu siapkan 2 website. tapi 1 pun belum berhasil. dan, tiap hari saya mendapat kabaran tentang projek seterusnya (perlu buat dengan kerangka ke-3).

ok dekat situ nak bagi petunjuk level stress bakal meningkat. tapi.. tapi.. tapi.. sile hold ye cik sarah.

itu sahajalah perbualan ringkas tahap rengekan sederhana aku dipetang hari ni.. chillex and enjoy your tea time!!

5.22petang,
Petaling Jaya Selatan 1.

09 September 2011

Pintu Taubat

Dah lama sebenarnya tak mendengar nasyid FM. hari ni tiba-tiba tune mode untuk back to basic. then, lagu ni keudara.. down memory lane. lagu ni selalu sangat dengar masa zaman sekolah.. zaman masih suci murni dek kelabu dosa dunia.. :(,

so, peeps.. enjoy!

Tuhan Yang Esa - Inteam

Di dalam cahaya-Mu Tuhan
kuharap pertunjuk-Mu
Di dalam sinaran purnama
kumohon keampunan
Moga terlerailah segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur

Tuhan yang Esa udara yang kuhirup
Terasa nikmat-Mu yang menggunung
Tidak terhitung harga nilaiannya
Oh Tuhan, Kau Pengasih, Maha Penyayang

Oh Tuhan, di depan ujian
Terasa diri ini memerlukan-Mu
Kuharap Kaulindungi hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun

Kuharapkan pintu taubat-Mu terbuka luas
Untuk hamba-Mu yang sering leka
Dengan rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu
Kauampunkanlah segala dosaku
Moga selamat di dunia dan akhirat

Oh Tuhan, di depan ujian
Terasa diri ini memerlukan-Mu
Kuharap Kaulindungi hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun

Kuharapkan pintu taubat-Mu terbuka luas
Untuk hamba-Mu yang sering leka
Dengan rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu
Kauampunkanlah segala dosaku

Moga selamat di dunia dan akhirat (3x)

07 September 2011

masih hidup

salam.

susah gak nak dapat kan balik satu momentum menulis ni bila kita dah stop agak lama. lagi-lagi aku dengan gatal tangan dah shut down kan blog ni untuk beberapa hari (lalu menghilangkan semua url kesayangan + tak back up lak tu) tak cukup dengan tu, punyela rajin tukar itu ini sehingga rupa parasnya sedikit hancur disitu. haiya!

tiap kali nak update blog mesti ada rasa, ah nak kemas dulu la itu ini, update link, tukar template.. bla..bla.. end up template tak betulkan, post baru pun tak masuk.. :P

kihkih, sebenarnya aku pun sedikit malas nak update disebabkan aku segan nanti korang datang blog aku ni, masih bersepah serabai di sana-sini. maka anggap sahajalah ini pemberitahuan ringkas aku kat kalian yang aku masih bernafas di bumi Allah, Alhamdulillah. ^___^

p/s: tadi aku baca-baca balik post lama.. ah, betul-betul berharap naluri menulis aku kembali semula seperti dahulu kala.

30 August 2011

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum semua!!

Apa kabar iman setelah dihantar latihan selama sebulan? semoga bertambah baik dan memperoleh kemenangan di Syawal ini ^____^

1. sebenarnya aku nak munculkan balik blog ni semalam, iaitu seiring sayup2 keudaranya suara takbir. tapi tulah.. nak buat macam mana bizi2 men katakan..

2. ada beberapa hari dalam setahun kemungkinan untuk nombor pelik muncul di handphone ialah tahun baru, hari raya, hari lahir. (walaupun hakikatnya, aku yang dah beberapa kali menghilangkan nombor dalam fon tu).

3. jadi sempena syawal ini, aku nak mohon maaf kepada semua pembaca merentas horizon diatas kekhilafan sepanjang menulis untuk bacaan kalian. andikata rata-ratanya tidak memberi kesan kepada penambahan iman.

--> semoga syawal ini memberi permulaan baru untuk hidup yang lebih baik ^_______^ !!

p/s: agak-agak blog aku punya susunan ni masih terabur sana-sini maafkanlah ek. nanti senang aku kemas :P

gambateh/hwaiting/binnajah!

Kg Gajah,
20110830

24 August 2011

Hati-hati

hati-hati kerana sangat mudah dosa itu untuk kita lihat menjadi seperti tiada apa-apa.

hati-hati kerana mungkin hari ini yang kita tahu perkara itu maksiat, mungkin esok menjadi suatu kecintaan kita.

hati-hati kerana iman kita hari ini, mungkin bukan yang sama untuk esok dan seterusnya.

hati-hati kerana hidup ini tidak pasti sampai bila

hati-hati kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada penghujung cerita.

sekian,
hati-hati menjaga hati.
(peringatan untuk diriku jua)

21 August 2011

Ralat

sebenarnye sedikit ralat sebab xpergi ke Ijtimak Ramadhan Ikram Selangor (IRIS) semalam. Lagi2 Asma' update cerita yang bikin jeles di hati kecilku ini. TT_TT

aku terlupa sangat pasal IRIS ni, sehinggalah masa iftor Ikram PJ bebaru ni, (several day before IRIS). Masa tu Kak Mela duk cari-cari siapa bleh replace seat akhwat Wanita JIMPJ, since rata-rata makcik tak respon lantaran semua nak ke IRIS. Maka, aku pun on kan jelah. Tanya putri ngan kak aida dorang pun ok je, so.. aku pun meneruskan niat murni untuk ke MIPHC kt Putrajaya.

a lil bit feeling of inferior selalu ada bila aku datang function2 orang baik2 ni. sebab aku selalu rasa aku ni tak baik dan begitu annoy selalu lari2 dari program. tapi bila aku sampai je program, actually.. perasaan2 tu sebenarnya adalah gangguan syaitan. suprisely, i felt warming welcome all over the air.

Oh, macam mana tegar seseorang berlalu pergi dari sekumpulan manusia yang berhati jernih. Ya, saya memang jeles dan sesal tidak ke IRIS semalam! T_T

Ramadhan tahun ini, entah macam mana prestasiku Ya Allah!

18 August 2011

Sebuah Perjalanan.

Salam Ramadhan ke-18 semuanya.

Bagaimana perjalanan ibadah di bulan Ramadhan tahun ini? Aku? ya ampun, kelam kabut.

Sebenarnya hari ni, aku mahu update serba sedikit mengenai perjalanan kehidupan aku beberapa bulan belakangan ni. Manalah tau kan, kut ada tertanya-tanya apa terjadi dengan blog aku yang kusam tanpa kabar berita ni kan.

Untuk pengetahuan, aku dah secara rasmi berhenti kerja pada 20 Jun lepas. Keadaan selepas tarikh tu agak tak berapa nak stabil. Perasaannya adalah bercampur antara terkejut dan relieve. Jadinya boleh kira sebulan lebih jugak la jadi penganggur. Kadang-kadang berada di PJ dan kadangkala pulang ke kampung halaman.

Senggang waktu tu. bermulalah satu fasa yang tak berapa berfaedah terjadi. haiya~ dan perangai buruk tersebut masih terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Perlahan-lahan aku usahakan untuk menghilangkannya semula. (I'll try..)

Dalam kecelaruan pemikiran seorang penganggur, aku dapat offer untuk sambung belajar. Excited. Berkobar-kobar rasa nak sambung. Esoknya, aku kena panggil interview untuk kerja.

Alhamdulillah, rezeki dipermudah dan aku sekarang menjadi pekerja semula. Untuk kali ini tak taulah berapa lama.. :P Hari ni dah minggu ke-3 aku bekerja. teringat pulak awal-awal kerja hari tu, hari ke-3 je, aku rasa macam nak quit. haha! Dah tua-tua ni mental susah sket nak bertahan dengan tekanan.

Oh, tentang belajar? setelah aku hitung-kira, kemungkinannya aku tunda dulu hasrat tersebut. Bolehlah masukkan ke dalam list hasrat yang tertunda. Kenapa? sebab.. komitmen kerja. Aku tak sangka, keputusan aku boleh berubah disebabkan status penganggur aku yang telah hilang.

Oklah, itu dulu update terbaru. sekarang ni aku dah nak kena start stretching banyak bahagian dalam diri, memandangkan gaya hidup bulan lepas yang terlampau slow. Perlu bergerak laju!!

Selamat berpuasa semua! Marilah bersama mengejar Al-Qadar!

15 August 2011

dilema

It just my foot note about my current mind situation.

..blur..
..confuse..
..cant decide..

haiya!

till then,

p/s: it's Ramadhan the 15th. Do struggle more!

31 July 2011

Akar.

Ribut melanda lagi malam tadi, maka pagi ini.. angin sejuk dari pergunungan lepas laju, menyelubungi sebuah kampung kecil di negeri ini. Pada satu sudut bahagian banglo oren yang agak tidak terurus parasnya, sebuah pohonan yang dulunya agak rendang meredupi isi rumah, tewas menyembah bumi. Akar-akar pohon nampak nyata, mungkin ributnya terlalu kuat hingga akar terlepas cengkamannya pada tanah.


"Sarah kalau pernah kau nampak orang rambut dia panjang sangat, dan jadi lebih besar dari badan dia, kena tiup angin sikit tumbanglah. Sama macam pokok tu (sambil tunjuk pokok)"
"Agak-agak sikit" analogi kak siti ni selalu aneh-aneh.
"eh betullah, tak rasa ke daun-daun pokok tu macam rambut? Dah kalau daunnye lagi banyak, mestilah tak stabil, kena tiup angin je tumbang"
"Come on lah, kasik la hujah saintifik sikit"
"tapi kan, kenapa kalau pokok tumbang bila ribut ni, mesti terkeluar akar sekali? ribut kat UM dulu pun macam tu gak"
"haah, boleh je patah dahan ke, ranting ke kan, tapi kenapa sampai akar?"
"Itulah maksudnya, dahan dia lagi kuat dari akar, tapi apa-apa pun kalau akar tak kuat maka tumbanglah pokok. akar.. pegangan.."

Maka, dapatlah disimpulkan disini. Pokok pangkalnya yang paling bagus adalah memperkuatkan akar. Sama seperti manusia, jika pegangannya goyah maka hancurlah keseluruhan hidupnya. Nauzubillah!

Ingat tu kawan-kawan, jika pegangan kita kuat, maka berkawanlah dengan siapapun, duduklah dimana pun, ataupun lakukanlah apa saja, InsyaAllah kita takkan tersasar. Pegangan kita akidah kita,

Salam Ramadhan semua!

11.23pagi
banglo oren,
di kampung kecil, negeri ini.

29 July 2011

Takdir.

p/s: sekarang mood aku masih dengan sakit gigi (the pain is killing me) tak habis-habis kan? So, harap kalian layanlah rambling aku ni, semoga bermanfaat.

Mati itu terjadi bukan apabila kita telah terlalu letih untuk hidup, ataupun apabila kita memilih untuk mati. Mati itu akan terjadi pada saat yang telah ditentukan olehNya.

itulah yang boleh aku interpretasikan sekadar pengetahuanku. Halnya sama, jika kita kaitkan ia dengan pekerjaan, pembelajaran mahupun kehidupan sehari-hari kita. Semuanya bisa kita rancang, tapi tak semuanya  mampu kita perolehi, kerana kita sekadar hamba yang tidak mempunyai apa-apa kekuasaan. Dan hanya Dialah yang Maha Berkuasa keatas segala sesuatu.

Kesakitan dan kesihatan juga adalah pengetahuanNya. Semoga segalanya lekas membaik, Dia Maha tau segala sesuatu, untuk diberi dan diambil semula pada masa yang tepat.

Hasbiyallahu wa ni`mal-wakil, wa ni`mal mawla wa ni `man-nashir.
Bismillahi tawakal tu a'lallah.

20 July 2011

[siri pakcik2] Antara rasa syukur dan kagum.

Assalamualaikum semua!

Diharap semuanya sihat-sihat dan baik baik sahaja. Hari ni, aku bertemu dengan 2 orang pakcik..

Situasi 1
Baru sahaja tak berapa lama melabuhkan punggung di kerusi fakulti sastera. Aku didatangi seorang pakcik, bukan orang Malaysia. Dia membawa sekeping kertas (surat aku rasa) dan sebiji pendrive. Memberitahu nak tumpang laptop untuk dia edit surat dia tu. Maka aku pinjamkan, dengan bahasa inggeris yang masih di bawah paras mahir, aku gagahkan jugak nak bercakap dengan pakcik ni.

asalnya dari Iran, dan sekarang sedang menyambung PHD di fakulti bahasa dan linguistik. ada juga beliau menceritakan tentang kelantangan Ahmadinejad yang memberi kesan kepada rakyat Iran dan tentang seorang anak perempuannya yang sebaya aku yang sedang menyambung master di Perancis.

Umur pakcik ni dah sebaya bapak aku, gagah betul dia belajar sampai ke negara orang. Salute! Life long learning. Patut dicontohi ni!

Situasi 2
Ketika aku sedang menghadap asam laksa di Enzo Kopitiam, aku didatangi pula oleh seorang pakcik tua berbangsa Tiong Hwa. Umurnya 75 tahun. Jalannya lambat-lambat.
"Boleh saya duduk sini? tak boleh jalan jauh, sakit" sambil memegang bahagian hatinya.
"Uncle kerja sini ke?"
"Eh taklah, saya dah 75, dah tak boleh kerja lagi. Saya pesakit kat sini"
"Oh sakit apa? da berapa lama?"
"Kanser hati. 4 tahun. Setiap hari saya bersyukur kerana dikurniakan sehari lagi untuk hidup"

T_T. sebenarnya, aku memang selalu mempunyai perasaan syahdu yang bercampur kagum apabila berhadapan dengan pesakit kanser,
Kesakitan mereka, entah bagaimana untuk kita bayangkan. 
Tetapi kekuatan mereka, luar biasa dari yang kita sangkakan!
Dia hanya makan beberapa gigit roti bakar dan separuh cawan teh panas, katanya sekadar memberi tenaga untuk memandu pulang. Nak makan banyak pun sakit juga katanya.

Untuk situasi yang aku temui hari ni, yang mampu aku katakan, Alhamdulillah dan terima kasih Allah untuk  nikmat sihat yang masih Engkau pinjamkan kepada hambaMu yang sering leka ini.

Wallahualam!

19 July 2011

frustrated?

Salam semua!

ah, lama rasanya tak menulis dengan panjang lebar di blog ni. ok, tajuk yang aku ambil secara random hari ni adalah.. keciwa!

sebenarnya, kecewa ni banyak macam. semua orang pun ada menghadapi keadaan ini. kan? hatta kalau kita tertinggal bas pun tentu kita akan rasa kecewa sikit. sambil dalam hati, kalaulah awal sikit keluar rumah tadi.. ha camtu. itu contoh kecewa yang kecik la.. contoh kecewa yang besar apa? ok, figure out sendiri k! hehe

apa yang aku nak cakap kat sini, bila menghadapi kekecewaan ramai yang amik jalan mudah, dengan menyiksa diri sendiri. kecewa, stress dan rasa diri tak berguna.. kemudian rasa dunia ni kejam.. end up merosakkan diri sendiri. kalau biasa tengok cerita2 luar negara (I think it also happened in Malaysia) bila frust diorang buat apa? minum arak kan? haah.. then dah mabuk lagi susahkan orang. tu satu jalan, paling worst.. bila cetek pemikiran dan dalam keadaan tak stabil tu amik keputusan untuk bunuh diri! terjun bangunan? teguk racun? oh.. scary!!

aku cakap ni bukan sembrono je tau. Ingat tak beberapa bulan lalu ada kes anak bunuh bapak, pastu dia bawa kepala bapak dia tu sampai ke Shah Alam. Ha, ingat tak? itu antara puncanya adalah stress lah tu, yang akhirnya membawa kepada mental illness. kalau ada baca berita tu, sebelum kes tu dia diberhentikan kerja, kemudian putus tunang. phew~ memang sakit.

ok, come to the climax point. kat sini bukanlah aku nak suruh korang semua pergi bunuh diri atau minum arak bila kecewa. aku nak ajak korang semua memikirkan tentang satu jalan lain. kebanyakan orang bila kecewa dengan dunia, dia rasa tidak betah lagi untuk tinggal didunia. apa kata kita tune kepada, bila kita kecewa dengan dunia.. kita cari akhirat? mungkin dari situ kita dapat menemui semula dunia dengan gambaran berbeza. Dunia yang lebih indah?

Semoga Ramadhan kali ini membawa kita kepada dunia yang lebih indah ^___^ Hwaiting!!

p/s: oh Ramadhan yang dirindu semakin hampir.. ternyata lewat usia ini, kehadiran Ramadhan memberi perasaan berbeza-beza.. ^____^ Subhanallah!

16 July 2011

another half


sedar tak sedar, 
tinggal 15 hari lagi..
kekasih yang dirindu akan datang lagi.

Subhanallah!
Ya Allah! Sampaikan aku pada RamadhanMu sekali lagi T_T

08 July 2011

esok.

benarlah,

Jika bukan kerana Islam itu datang.. 
maka manusia itu tidak ada bezanya dengan makhluk yang lain.

~sekadar menonton berita sahaja, hati sudah menjadi sedih dan kecewa. 

Ya Allah, besar benar dugaan Mu terhadap umat akhir zaman.
Ya Rasulullah, jika kau masih disini hari ini T_T... pasti perbedaan tidak akan membawa kepada perpecahan.

untuk kalian yang akan ke Bersih esok, bersihkan niat sebelum bergerak. Allah sentiasa bersama dengan niat yang benar dan ikhlas, InsyaAllah. 

06 July 2011

Slow the pace

[ahha, bulan 5 hari tu bukan main aku usahakan nak buat sehari satu post.]

but then, the eager feel to write loss again


[Gambar Bonus] budak yang comel ni aku jumpa masa main bowling Ahad lepas. hehe

till then.

01 July 2011

mak

dalam kehidupan peribadi aku, penyakit yang paling kerap terjadi kepada aku adalah sakit gigi. aku rasa pasni kalau ada ruangan penyakit kat mana-mana form aku kena letak kut kan sakit gigi ni? obvious sangat lak tu.

hurm. dan selalu gak lah kan time nak sakit tu kat rumah. haiyo. sakit tu memang la unbearable. tapi kena face gaklah kan. So, bagi menggembirakan hati, sambil melayan sakit gigi, aku layan la cerita2 lucu, bagi lupa sakit tu.

tapi bila mak ajak makan, bagitau la sakit gigi. tapi tu lah tu.Keunikan mak ni susah nak aku perincikan dengan kata-kata. Sebab, aku yang sakit gigi tapi mak yang risau lebih sangat. Siap nasihatkan aku suh cabut je gigi. Ohoho~.. Tu baru sorang anak, lagi 5 orang?

Cuba lak korang bayangkan mak2 yang ada anak berbelas belas tu. phew~

Mungkin aku xda anak lagi, sebab tu tak boleh nak menjiwai hati mak. Cuma aku pun tak yakin kalau satu hari nanti aku ada anak, mampukah aku menjadi seperti mak? lebih merasa sakit ketika anaknya sakit, lebih risau sebelum anaknya risau, dan lebih positif ketika anaknya down.

haih.

Mak, Selamat Ulang Tahun kelahiran (meskipun dah lewat sehari)! Dugaan dan ujian yang di harungi sepanjang membesarkan kami, semoga Allah ganjari mak dengan syurga. Ameen.

29 June 2011

keep fit

hari ni Najiha (adik bongsu) menyertai pertandingan lumba lari di sukan sekolahnya. Lalu mengenangkan aku pada satu masa dahulu. Waktu sekolah rendah maksudnya. Dulu masa aku sekolah rendah aku masuk larian. Tapi tak pernah masuk yang versi solo lebih kepada pas baton. 4x100m dan 4x200m. yang melibatkan lari ni je aku boleh sikit, mana2 yang berkait dengan bola memang fail. (haih, sungguh tak atlet)

masuk sekolah menengah pulak.. aduhai, sekolah tengah bandar. xcukup tanah dah untuk padang. (sekarang ni aku dengar sekolah aku kalau buat sukan sewa padang kat bandaran ^___^ ahha~) aku ingat kalau nak main pas baton kat sekolah tu muat untuk 4x75m je. sedih tak sedih. hehe. dan disebabkan short distance, maka sinar aku tak gemerlap dah time skolah menengah. di situ boleh lihat semakin slow terhadap aktiviti mengekalkan badan yang fit. meskipun sangat kaki bangku dan tidak atlet, aku tetap meminati sukan sebenarnya (sekadar menonton), disebabkan kesukaan ini, dapatlah jadi paramedic masa tingkatan 4. So escort la team skolah kalau ada game ^___^. Jadilah kan?

Matrik? masa matrik aku enjoy jogging. ni projek hujung minggu.. aku akan pakat2 dengan x-schoolmate untuk keliling matrik lepas subuh, boleh tahan besar gaklah matrik penang ni aku rasa, siap ada astaka dan tasik lagi (pintu gate depan ladang sawit, gate belakang tanah sawah). kalau keluar tu agak elok2 lepas subuh, bila lalu surau dengarlah kuliah subuh :)..  kalau agak2 da lewat sikit tu, kitorang takdelah lalu kat surau, nanti budak2 ni balik dari surau bertembung macam tak manis disitu. dan larian kami akan berakhir di tasik, kak situ ktorang akan mengambil nafas, sambil2 tunggu matahari naik dicelah2 pokok kelapa sawit, warna jingga yang menawan. fuhlamak! rindulak zaman tu. bestnye..

universiti? agak pancit nampaknya. kalau ikutkan pernah lah 2 kali aku main kayak. jogging? phew~ memang taklah! lain2? kalau pergi program yang outdoor jelah satu2nya harapan untuk aku beraktiviti gerak otot sikit. ahaha.

tetapi berdasarkan pemerhatian akulah kan, both matrik dan universiti dapat diselamatkan lagi memandangkan, aku constantly berjalan kaki pergi dan balik kuliah. Alhamdulillah, berlaku jugak senaman ringkas disitu.

Now? after school and graduate? phew~

Ini adalah nightmare! sebenarnya sebelum aku habis belajar aku tak pernah amik kisah pun pasal semua ni. tapi, bila umur makin lanjut ni.. dan badan pun rasa macam kurang stamina, aku makin terfikir-fikirkan mengenai peri pentingnya senaman demi kesihatan ^___^.

aku ingat kena start bersenam. nak mula dengan apa ye?

27 June 2011

Eksplorasi

dah lama tak dengar lagu-lagu dalam ext HDD. dan tiba2 tertegun sebentar dengan lagu ni. Nice! ala-ala nasyid sekolah lak, dalam satu lagu ada beberapa rentak. ^___^


Eksplorasi
Album : Koleksi 16 Lagu Nasyid Terbaik Far East
Munsyid : Far East feat. Inteam
http://liriknasyid.com

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam

Lagu: Fadzli Far East
Lirik : Ito Lara
Susunan Muzik : Eddy Marzuki
Gitar : Eddy Marzuki
Mixing : Greg Syafiq Hendersen

25 June 2011

Sweet Home Kg Gajah

pernah dengar tajuk movie sweet home alabama, kalau korang nak tau kg Gajah ni, exspecially Kg Batu Hitam adalah lebih sweet dari Alabama tau. ^____^

ok, sebenarnya nak ceritakan sikit mengenai pengembaraan aku pulang hari ni, sebenarnya nak balik semalam.. tapi berfikir punyalah lama kan. then, end up balik pagi ni.

7.45 pagi - Hairun Maju, Kelana Jaya
8.25 pagi - LRT Kelana Jaya
8.55 pagi - LRT Masjed Jamek
9.10 pagi - Hentian Puduraya
10.00pagi - Atas bas Transnasional
1.00 tghri - tiba di Teluk Intan

ok sebenarnya aku hari ni nak menceritakan mengenai pudu raya yang dah seperti airport dah sekarang ni. aku tau cerita ni dah lama, tapi disebabkan dah lama tak naik bas menjadikan ini first time la kan nak gi Pudu nye. ok, enjoy the pic la ek.

perjalanan dari LRT Masjid Jamek ke Hentian Puduraya

Wah, tu dia Pudu yang baru :)

tengok, siap ada escalator lagi nak masuk, smart! 

ni tempat tunggu bas, sungguh kondusif

ha, tempat beli tiket? takde la lagi nampak busuk kan nak kena berebut bagai nak beli tiket.
err.. dan tidak juga kelihatan ulat-ulat tiket. ^___^

place to kill the time, Gon Chan 

Kaunter Transnasional dan Plusliner kelihatan disitu

Ha ni pintu nak ke platform. kalau nak masuk dia, kena tekan button dulu.

tengok monitor ketibaan bas ni, kan aku dah cakap macam airport dah Pudu ni. 

Jemputlah semua menaiki bas dari Pudu ^___^ sangat menggembirakan. disitu tidak kelihatan kan gambar surau, aku tak naik tingkat atas tadi, surau adalah setingkat lebih atas dari tempat jualan tiket.

*oh dalam bas tadi, aku terjumpa Maggie, budak aras aku kt hostel Matrik Penang dulu. tak sangka lepas 5 tahun aku masih ingat nama dia. Meskipun dia hanyalah rakan sekelas roomate aku :).. dah jadi lawyer da dia sekarang.

23 June 2011

up and down

Words are sometime give you rejoice and always with a better meaning. 
Share this with you ^___^;

May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human enough hope to make you happy. 
-Unknown

A gem cannot be polished without friction, nor a man perfected without trials. 
-Chinese Proverb

Courage is not the absence of FEAR, but rather the judgment that something else is more important than fear.
-Ambrose Redmoon

final touch,
3.40pm,
Phileo Damansara.

19 June 2011

terkenang si boy

di petang yang dingin ini.. tiba2 aku terkenangkan Amin. aha~ adik kecilku yang dah menjadi seperti raksasa dah sekarang. besar betul beliau.

hari tu, Amin buat perangai tanak balik sekolah. ye la masa tu, aku ngan kak Siti pun ada kat rumah, Fikri pun ada. So dia rasa macam nanti dia sorang je yang kena balik asrama sementara orang lain ramai je kat kampung. Macam-macam alasan lah dia bagi, senior selalu amik barang dia la.. pastu cikgu selalu marah sebab tidur dalam kelas.. ayat hafalan tak hafal lagi. Siap nak mintak pindah sekolah lagi tu. serius betul budak ni, tanak balik asrama punya pasal. Mak ayah pun dah bukan main risau lagi. Atlast mak ngan ayah hantar dia pada Isnin keesokan hari nya.

Aha cakap pasal touching2 nak balik asrama ni, jangan cakap amin la.. aku pun ada gak masalah ni. Dulu masa aku tingkat 1 dan tingkat 2, ayah aku sambung ngaji kat Institut Aminuddin Baki, IAB. So, tiap hujung minggu dia kena balik la ke tempat study dia tu. Kena plak time nak hantar kitorang balik skolah kan (kalau aku tingkat 2, maksudnya kena hantar aku, kak ct ngan naim).. So kena lah hantar kitorang awal.. dalam pukul 9 dah gerak gi Ipoh, hantar aku gi skolah. Kiranya paling lewat jam 12 aku dah sampai skolah la.

Masa sampai tu haruslah tak ramai lagi kat skolah. Paling2 yang ada budak2 KL. Apa barang budak2 yang duk dekat nak balik awal kan. Jadi suasana sepi tu menambah lagi irama sayu di hati T_T. Kadang2 iron baju sambil menitis air mata. Huhu.. kalau agak2 ramai sket orang, pegi la mandi.. sambil air mencurah atas kepala, air mata pun tak kalah bersaing. Part ni la best, sebab nangis pun bukan orang tau. haha.

Ok, point aku nak cakap kat sini, dulu2 aku kalau bab touching ni selalu geng ngan naim la sapa lagi. lagi2 dia time tu baru masuk form 1 kan. masuk kereta nak balik asrama nangis sama-sama. Gilalah nostalgia betul. Tapi amin, nak buat cemana time dia masuk asrama kitorang semua dah ke Universiti / habis U. So, xde geng la dia nak nangis berjemaah.

Hehe. Ok post ni just random saja. Siri terkenang Amin yang nampak ganas tapi hati sentimental punya. (Kalau dia kat sekolah pastu telefon rumah, dia takkan telefon mak, mesti call ayah. Sebab dia kata kalau dengar je suara emak mesti nak nangis..)Tak sangka betul aku, amin akan sebegini sentimental, almaklumlah sejak kecik mana dia pernah berenggang ngan mak.


*boy = boyot. hehe ^____^

15 June 2011

Gerhana Bulan

alamak, terlewat pula nampaknya mengemaskini blog ni ye..
pagi-pagi busy dengan ahjussi dan ahjumma dari Before & After Clinic tadi :) ahaha~
tengahari lak siapkan sikit-sikit kerja-kerja yang tak siap lagi. :) Alhamdullillah, sudah submit dan tunggu amendment saja.

erm, sebabkan takde apa sangat yang nak share.. oh! baru teringat semalam aku pergi ke satu rumah di seksyen 17 PJ. rumah kawan kak CT, kena pecah masuk. memang horrible.. syiling pecah, semua bilik kena geledah, disamping itu hari sebelumnya dapur kena bakar lak tu. hurm, sekarang aku dah percaya kenapa orang cakap PJ ni kawasan hitam. Nak masuk rumah dia semalam pun aku dah berdebar-debar.. tambah-tambah ada satu bilik tu pintu tertutup, nasib baik bila buka pintu takde pape, takut gak kalau perompak masih ada dalam rumah kan.

dari sini boleh aku simpulkan, rumah teres atau rumah flat.. kedua-duanya ada pro dan con. hmm..

eh, lupalak.. sebenarnya tujuan aku menulis ni nak share pasal gerhana bulan malam ni, ^____^


Ada event sempena gerhana bulan di Masjid Negara pagi satgi. Jemputlah datang ye! Jumpa disana!

14 June 2011

Gempa Bumi

sedang aku melayan perasaan baru masuk pejabat, waktu tu jam 8.10pagi . tiba-tiba, aku berasa sedikit pening, dan deperti goyang sikit. Memang aku ada syak gempa, sebab sebelum ni aku penah rasa perasaan yang sama kat rumah sewa. Duk tingkat 13 kan, mesti rasa punya kalau gempa.

Lalu, disebabkan sifat ingin tahu yang tinggi, maka aku google sana-sini. Oh! haruslah belum ada sebarang berita. Checking twitter pun xde sebarang maklumat berguna. Maka, assumption awal. Mungkin tekanan darah rendah melanda. Sebab slightly giddiness happened kan.. Jadi, aku teruskan hari macam biasa sampailah Awanis maklumkan ada gegaran kat Putrajaya. Itu lagi mengancam, pejabat sekali bergegar..

Baru ni dalam jam 11, pun aku berasa terhayun skali lagi. Checking FB. dan terjumpa status di BH.

Gempa 5.9 magnitud gegar Sumatera Utara 2011/06/14 
KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi. 

Ok, maka kepeningan yang aku lalui bukan disebabkan Low BP. tapi memang gempa! ok, case closed

*err.. da beberapa tahun Malaysia asyik merasai gempa dari Indonesia.. adakah titik gempa telah berubah ke Malaysia? Nauzubillah.

13 June 2011

Bersih.

Alhamdulillah, masih bernafas kita pagi ni ^____^.  Big Apple Donut dan Caramel Macachiata Coffee betul² memberi aroma dan irama pagi yang luar biasa :) (ok sedikit over disitu) Tambahan pula sarapan sambil membaca Sinar Harian yang bebas dari bias pihak² tertentu.

(dalam earpone masih lagi kedengaran pelbagai OST dari filem A Walk To Remember. U got my token of appreciation ya Cik Mandy Moore.)

selak punya selak akhbar pagi ni, terbaca satu tajuk, 'Peserta Bersih boleh ditahan'. WHAT???!!

ok, kalau dalam filem segala background irama² yang melambangkan dalam hati ada taman terus stop sambil ada bunyi break lori sket. memang kasi spoil betul kenyamanan pagi. Maka aku teruskan pembacaan dengan perasaan saspen.
Pengamal undang-undang, Kamarudin Ahmad berkata, pihak yang mengganggu ketenteraman awam boleh ditahan pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan mengelak perkara tidak diingini berlaku - SinarHarian, Isnin, 13 Jun 2011.
Siap ada pulak NGO lain yang buat laporan membantah himpunan Bersih ni. Meskipun sebenarnya aku pun tak arif sangatkan susur galur politik negara ni kan.Tapi, bila aku kenangkan balik satu program yang Bersih 2.0 ni anjurkan kat PJ tak berapa lama dulu. Aku rasa, logik jugaklah segala tuntutan diorang tu. Menuntut pilihan raya yang bersih. Satu perkara yang baik tu, aku memang sokong. Kalau ada pihak yang mengatakan para penyokong bersih ni ada niat lain ke kan, tu aku tak tau lah pulak. As a muslim, biar aku bersangka baiklah dengan niat suci murni nih.

Tapi bila ada pihak mengeluarkan statement yang demonstrasi jalanan Bersih ni menganggu ketenteraman awam, aku pun tak paham tang mana. Ada pekedai kena rompak ke sepanjang beberapa siri demo diadakan di Malaysia ni? atau ada pekedai yang rugi sebabkan instead of demo, ada lak yang buat rusuhan.

Bagi aku, biar jelah dorang nak berhimpun. Bukan diorang nak buat ceramah atau kempen nak suruh sokong mana-mana pihak pun. Kalau betul kita dipihak yang betul, toksah duk kalutlah hai..

ok, sekian itu sajalah komen aku tentang himpunan bersih yang bakal berlangsung 9 Julai ni,


*dulu somewhere dalam tahun 2007 ada sekali diorang buat himpunan Bersih ni. Semua yang datang pakai baju kuning. Pastu mana-mana pelajar yang keluar pagar UM dan pakai baju kuning pada hari himpunan tu, semua kena tahan dan disoal. Ahha~
*tahun ni tak de la teruk sangat tugas pakgad ye dak? student masih bercuti :)

Phileo D, jam 11.33

12 June 2011

3 idiots

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

sebenarnya cerita ni memang dah lama aku tau, tapi tapi aku baru nak tengok.. dua kali tengok yang minit2 awal tapi xda subtitle, tu yg turn off tu. Ini baru tengok yang ada subtitle. Cerita ni memang me-motivasikan dikala tengah down kan? Rasa macam nak pegi sambung belajar pun ada. Belum habis tengok lagi sebenarnya, another  an hour. tapi kena stop dulu. Masa untuk berukhuwwah ^_____^. Selamat petang semua! have a nice holiday :)

11 June 2011

Babies..

Nampaknya, bolehlah dikatakan beberapa hari belakangan ni sebagai hari bersama baby,

Khamis, baby besar.. Nu'man Abd Malek, Jalan Gasing.

Jumaat, Baby Abdurrahman Arsyad b Khairul Fadhli, Kolej 12 UM.

Sabtu, Baby Ahmad Adam Affan b Ahmad Irfan, Damansara Damai

Baby Muhammad Haziq b Hisham, Damansara Damai

Baby Nur Fatin bt Shamsul, Saujana Utama.

Nota kaki: walaupun dah banyak jumpa baby, aku masih tak mampu bertahan dengan tangisan mereka.

09 June 2011

sigh


sometimes, it pretty hard to put thought into word. right?

huh.

Oh Allah, please help us with your guidance 

come hell or high water,
may Your bless be with us forever.

07 June 2011

fair enough

 DawahDaily 
bismillahirahmanirrahim ♥,

kehidupan ni ada pasang surutnya. mesti semua orang tahu kan? haruslah.. sebab kita semua kan sedang melalui sekolah kehidupan yang banyak fasanya. kalau tamat derjah enam naik tingkat satu, membawa makna apa? kita dah senior, kita da rasa upsr tu macam senang kacang je. kankan? dan mula nak cakap ala, upsr apa lah sangat.
tapi masa nak menghadapinya dulu bukan main lagi gerunnya. sampai tiap malam tak miss ke kelas tuisyenlah!

tu dari aspek sekolah lah. and the situation goes on for pmr and spm, matric and university (er tapi aku rasa exam universiti memang susah pun :( )

dari sudut dugaan dan ujian macam mana pulak? hipotesis: semakin kita dewasa, semakin besar ujian yang akan menimpa kita. macam tu lah.. bila ujian makin besar, Allah Maha Tahu yang kita dah bersedia dengan ujian tu. kalau tak ready lagi, takkannya Allah bagi ujian macam tu kan? Dia yang memberi ujian, maka Dia jugalah yang akan membantu kita untuk melaluinya. fair enough kan? oh! Maha Sweet. Biasa dengar kan, Allah itu cemburu, mungkin keadaan kita sekarang telah menjauhkan rasa cinta kita padaNya, maka Allah pun tarik balik apa yang kita ada sekarang, supaya kita kembali bertaut hati padaNya. Bergantungan hanya padaNya. Subhanallah!

Bak kata boss aku, hidup ni macam roller coaster, naik satu roller coaster dah pening, turun je gate.. masuk pulak roller coaster lain. tak sempat nak hilang pening tambah lagi pening lain. Life is about the trials and tribulations. Just face it! Teguhkan pergantungan pada Allah, InsyaAllah.. inilah jawapan terbaik untuk permulaan mempelajari ikhlas dan sabar. ^___^
 DawahDaily 
Jadinya, kepada setiap pembaca merentas horizon, bertabahlah menghadapi hidup. It is fair enough. TQ!