Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

05 January 2011

Kanser

hari ni selepas kisah kanser abg long, aku dengar satu lagi cerita kanser.. menjadikan ini kisah ketiga pengalaman orang yang rapat dengan aku, bercerita tentang kanser.

1. Abg Long - rektum
2. Ayah Jue - kolon
3. Mak Kak J - pankreas

ok persamaan yang aku nampak dalam ketiga-tiga kanser ni ialah, bila sakit, bawa jumpa doc xde masalah, 2nd cek.. diagnose kanser stage 4. tak lebih tak kurang.

T_T betullah kanser ni memang untuk orang yang terpilih. sign awal memang sukar dikesan.. kan?

mohon dijauhkan.

Tambahan info:

Statistik
Setiap tahun, 10 juta daripada lelaki dan wanita di dunia ini mengidap kanser dan 5 juta daripadanya telah mati. Jikalau negara maju masih terdiri daripada kes kanser yang paling banyak (yang dikesan!), maka negara kurang maju mungkin kekurangan kemudahan untuk pengesanan awal. Dalam Negara tersebut, frekuensi penyakit ini meningkat disebabkan oleh kadar hidup yang lebih panjang, masalah persekitaran dan pencemaran yang meningkat.

Risiko Kanser dalam hidup seseorang (Source: American Cancer Society):
1 daripada 2 lelaki mungkin menghidap kanser dalam kehidupannya (Kekerapan kanser pada lelaki : paru-paru 31%, prostat 10%, kolon-rektum 10%)
1 daripada 3 wanita mungkin menghidap kanser dalam kehidupannya (kekerapan kanser pada wanita: paru-paru 25%, payudara 15%, kolon-rektum 11%)

sumber: www.screneoncancer.com

2 comments:

Unknown said...

ecah, ada Dr penah gtau aku breast cancer and rectum/colon cancer adalah penyakit keturunan.

jadi doakan lah aku sihat dan jauh dari sebarang penyakit kronik.

Merentas Horizon said...

oh mis jue, jika anda ada keturunan yang berkanser.. saya juga ada. jangan lah anda rasa bersendirian dan sedih. InsyaAllah, bersama segala kesulitan Allah beri sekali kemudahan. bersama tiap dugaan yang hebat, InsyaAllah ada hikmahnya, kan?

cepat atau lambat semua kita akan mati T_T

yang penting Sama-sama kita berdoa, supaya kita mati dalam keadaan beriman.

~ah, saya berkata begini. tetapi saya sesungguhnya juga berasa takut. T_T