Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 February 2011

Perjalanan Semalam

*ok ni cerita semalam

perjalanan hari ni terasa panjang dan jauh pulak. keluar ofis nak gi PPUM jam 5.45, sampai PPUM 7.15 fuh. jauhnya lah kan?

(sebenarnya, time aku sampai bus stop tu. bas baru saja lalu.kes tertinggal bas lah ni)

ok, masuk bas tu.. hujan lebat mencurah-curah. naik fly over depan PPUM tu dah start jam. Aku saspek mungkin juga ribut. Tapi, duk dalam bas.. serius aku tak perasan pun betapa teruknya keadaan ribut tadi. Yang aku kesah cuma bila lah nak sampai ke PPUM ni.

Ok, sampai je kat PPUM, keadaan dah kembali normal. hujan dah berlalu. sungguh sekejap kejadian tersebut. Hampir macam tak terjadi.

Aku masuk ke Surau PPUM tanpa perasaan apa-apa. (Tapi dalam perjalanan dalam bas tu, ada jugak la dengar siren dalam 2 kali macam tu.polis dan ambulans) Bila adik2 ni sampai barulah diorang maklumkan, dekat kolej diorang tu, pokok tumbang kat sana sini, ada motor kena hempap, kereta-kereta besar pun ada yang tidak bernasib baik menerima hempapan juga. fuh! Dahsat juga, dan aku tak sedar pun tahap ke-dasat-annya. Siap ada adik ni cerita diorang dari Mid, ada kenderaan xleh nak gerak sebab bertembung dengan angin. Memang dahsyat tu.

(erm. apa lah yang Allah nak tunjuk ni)

Ok, selepas habis berjumpa dengan adik2, bila keluar dari surau baru aku perasan. Khemah dekat depan surau ni pun dah patah dan tumbang. siap kaki kemah dah terperosok kat bumbung kemah lagi satu. Haih, tadi tak perasan pun. Dahsat betul aku punya tahap keperihatinan. Aduh.

Balik tu, aku melintas depan trauma menghala ke Universiti Tower, ingat nak tunggu bas. Aku tengok kereta macam lambat2 je di simpang menghala ke LRT Tmn Jaya tu.. Oh ada eksiden. 2 kereta berlanggar, elok2 saja depa tutup jalan dari arah bertentangan dengan PPUM. Memang jam lah kan..

(Nampak tak perlanggarannya?tak nampak sangat pun)

Aku ingat susah gak tu bas nak lalu, jadi aku amik teksi sajalah.. (Ok, jalan2 di KL ni, korang bukan saja perlu exert jalan alternatif, korang juga perlu pandai menganggarkan keadaan trafik pada masa tertentu, dan paling penting ada event apa-apa tak yang berlangsung hari tu)

Aku cakap kat pakcik ni nak gi LRT Taman Jaya, tapi dia tak tau.. Asia Jaya dia tau pulak. So, aku cakap, kalau macam tu gi Asia Jaya je lah. tup tup aku tengok hujung jalan depan University Tower tu dia masuk kiri. Ok, kalau ikut kiri dan die nak pegi Asia Jaya..huh, mesti jam kat Federal tu. So aku pun minta juga pakcik ke Tmn Jaya (dengan harapan dapat elak jam).

Stuck! Ok, semalam Chap Goh Mei.. *sigh* memang teruk trafik di sekitar Taman Jaya, orang duk membuang oren kan ke dalam tasik Taman Jaya tu ha.. T_T, dari universiti tower ke LRT Tmn Jaya RM6.50 ok. (Iklan sikit: Pak cik teksi cerita, dorang buang oren kat dalam tasik tu, letak sekali dengan no fon, then kalo ada orang jumpa akan calling2la. So match macam tu lah. Sambutan zmn modern, siap letak fon no kau.hehe)

Selalu aku balik dengan Kak Ct, tapi semalam aku habis awal. So, nak balik sendiri lah kan, konon dapatlah awal sket.. sekali sampai rumah, beza berapa minit je ngan Kak Ct. Cait!

ok tu je. hehe. Saja share story.

*oh lupa keluar PPUM 9.45 sampai rumah 11malam.

tambah sket:

(Pokok yang dimaksudkan adalah yang disebelah kanan gambar)

Tadi aku masuk UM, lunch. Aku tengok, pokok kat Padang Varisiti (depan fak engine) tu dah tumbang satu. Dah berapa dah gamaknye umur pokok tu, tersungkur akhirnya menyembah bumi.

untuk lebih gambaran, disini

11 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

yup. dekat fakulti dental sebalah ppum ni also got same incident. pokok tumbang dan angin sangat kuat! masyaAllah. hujan kilat bersilih ganti. sesungguhnya there are sumthing happen that we dun know.. ingatan ini untuk kita sentiasa ingatkan mati.

SaMihaH said...

hg punya perjalanan selalu adventurous! hahaaa.. :)

rm6.50?? wow~~ [sudah tiba masa utk beli kereta, ngeee~]

Merentas Horizon said...

miha, haha.. itu saja nak bagitau 6.50 tu, rasa nya kalau tak jam laju je tu smpai taman jaya.. kereta? haa.. apa tu?kahkah..

basyi, itulah.. menurut pakcik teksi tu pun ada kemalangan jiwa berlaku gak.. papaer hari ni pun ada duk cerita pasal ribut semalam..

rozelt @ syaz said...

sarah thanks share cite hot nie..nak p bace paper~

bebola ketam said...

meh datang 5th, tgk mcm mana keadaannya

Merentas Horizon said...

5th? ko duk 5th ke sekarang? ke ko nk ckp 6th.. tp mmg kt area 6th la byk pokok tumbang pun.

SI PENGEMBARA JALANAN said...

heh~ hang p tanya miha apekah itu kereta? meh akak yg jawab boleh cik sarah?? muahahaha...meh nak habaq,kereta tu sejenis bahan KEPERLUAN dalam kehidupan yg datang berserta dengannya segala macam ujian dan tarbiyah dari Tuhan..( mana nk control sgl expenses, unexpected and expected one, belaja berjimat cermat, pahala yg banyak bile guna ke arah kebaikan, dosa yang berganda bile guna ke arah sebaliknya etc etc ect..)

jadinya..adekah plan anda berkenaan dgn kereta ini sudah right on track??? atau makin lama makin tersasar...hihihi...

just one thought to ponder- adekah expenses anda utk kenderaan awam utk tempoh sebulan sudah menyamai atau masih berkurang berbanding minyak kereta dan byrn tol yg mungkin anda kne kluarkan bila anda punya kereta???ngeee~

Merentas Horizon said...

kecohla kak shira ni,

mestila expense naik public lebih murah dari naik kereta, kereta rm500 tu dh confirm bulan2, belum tambah duit minyak atau insurans, tol pun xkira lagi.

klu naik public, jarang2 je pun. bkn setiap hari :P

SI PENGEMBARA JALANAN said...

muahahaha..dari cara anda menjawab je sy dah dapat agak yg plan anda makin lama makin tersasar jauh dr matlamat kan??

heh~ jom buat plan baru: balik kg, berbakti pada mak ayah, xyah susah2 beli keta,pakai je keta depa..amacam???muahahahaha

Merentas Horizon said...

ah, great.. i like!

nak berbakti konon, tapi pow gak keta depa. hahaha!

dah tua2 ni mmg eloknya mcm tu pulang ke pangkuan bonda dan ayahanda. Lama sgt duk berjauhan :P

aswad said...

wow