Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

16 May 2011

program wanita

ok, ini sebenarnya cerita semalam. semalam aku berada di Taman Medan almost a day jugak lah kat sana. seawal jam 7.30pagi - 4.30 petang.

ini first time aku jd AJK untuk program wanita. mula-mula, agak terkejut yang amatla. sebab sedar tak sedar, aku punya tugas semua dah merangkap merangkap, bidang kerja memang sangat mencapah. itu kerja sebelum hari kejadian. Hari kejadian aku jadi runner terus, habis cerita.

memang sangat amatlah tak pay attentionnya. nasib persembahan multimedia jam-jam yang awal, so habis je presentation, aku pun tukar topi jadi runner. hehe. sampai tengahari lah job aku tu, sebab lepas tengahari tu dah xde formality. media pun semua da balik.. (er media yang aku nampak, majalah anis dan iluvislam)

kemudiannya, petang tu ada pemeriksaan kesihatan. adik2 dari CUCMS datang. penduduk setempat tak ramai pun yang mai. mungkin sebab dah petang kan, lepas program pagi tu, pakat balik rumah.. mungkin lepas zohor terus tumbang. (kat sini aku jumpa dengan Maisarah! Pasum batch Amal. maaf kepada cik maisarah, sebab tak berapa nak perasankan awak~ akak rasa, akak dah habis UM lah time awak PASUM. 2009 kn?hehe)

maka, diketidak-ramaian itu.. aku pun mencelahlah mendapatkan khidmat nasihat pakarkan. oh men~ aku agak, kalau tak kawal ni mau dapat kencing manis. bahaya². kena kurangkan makan coklat nih. tp doktor tak komen pun camtu, itu pandangan aku saja.

sbnrnya fun juga buat sesuatu yang baru ni.. hihi..tapi ternyata memang letih gila, aku ingat aku pengsan kut semalam selepas maghrib. pukul 11 baru sedar. dahsyat!

*ada satu perbualan yang mengejutkan. scene ni berlaku selepas solat zohor di masjid

Kak Tik: eh napa pipi Sarah tu? nampak macam ada benjol. (tunjuk pipi aku belah kanan)
aku: benjol? benjol apa pulak ni. akak biar betul. (sambil raba pipi) takde apalah, ce tengok sebelah sini pulak benjol jugak tak?
Kak Tik: a'ahlah bukan benjol sarah da gemuk.

@_@

3 comments:

JiHa said...

i like ur statement "sarah da gemuk"...hehe...

Merentas Horizon said...

hahaha! mcm xpercaya.. tp kena percaya..

Izyan said...

hihi.. comel je kak tik, halus bhs yg digunakn :p