Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 July 2011

[siri pakcik2] Antara rasa syukur dan kagum.

Assalamualaikum semua!

Diharap semuanya sihat-sihat dan baik baik sahaja. Hari ni, aku bertemu dengan 2 orang pakcik..

Situasi 1
Baru sahaja tak berapa lama melabuhkan punggung di kerusi fakulti sastera. Aku didatangi seorang pakcik, bukan orang Malaysia. Dia membawa sekeping kertas (surat aku rasa) dan sebiji pendrive. Memberitahu nak tumpang laptop untuk dia edit surat dia tu. Maka aku pinjamkan, dengan bahasa inggeris yang masih di bawah paras mahir, aku gagahkan jugak nak bercakap dengan pakcik ni.

asalnya dari Iran, dan sekarang sedang menyambung PHD di fakulti bahasa dan linguistik. ada juga beliau menceritakan tentang kelantangan Ahmadinejad yang memberi kesan kepada rakyat Iran dan tentang seorang anak perempuannya yang sebaya aku yang sedang menyambung master di Perancis.

Umur pakcik ni dah sebaya bapak aku, gagah betul dia belajar sampai ke negara orang. Salute! Life long learning. Patut dicontohi ni!

Situasi 2
Ketika aku sedang menghadap asam laksa di Enzo Kopitiam, aku didatangi pula oleh seorang pakcik tua berbangsa Tiong Hwa. Umurnya 75 tahun. Jalannya lambat-lambat.
"Boleh saya duduk sini? tak boleh jalan jauh, sakit" sambil memegang bahagian hatinya.
"Uncle kerja sini ke?"
"Eh taklah, saya dah 75, dah tak boleh kerja lagi. Saya pesakit kat sini"
"Oh sakit apa? da berapa lama?"
"Kanser hati. 4 tahun. Setiap hari saya bersyukur kerana dikurniakan sehari lagi untuk hidup"

T_T. sebenarnya, aku memang selalu mempunyai perasaan syahdu yang bercampur kagum apabila berhadapan dengan pesakit kanser,
Kesakitan mereka, entah bagaimana untuk kita bayangkan. 
Tetapi kekuatan mereka, luar biasa dari yang kita sangkakan!
Dia hanya makan beberapa gigit roti bakar dan separuh cawan teh panas, katanya sekadar memberi tenaga untuk memandu pulang. Nak makan banyak pun sakit juga katanya.

Untuk situasi yang aku temui hari ni, yang mampu aku katakan, Alhamdulillah dan terima kasih Allah untuk  nikmat sihat yang masih Engkau pinjamkan kepada hambaMu yang sering leka ini.

Wallahualam!

2 comments:

SyuhadaAdros said...

pakcik pertama tu iranian? hmm. masa blaja kat upm dulu pun raaamai iranian yang sambung belajar kat fakulti saya. masing2 dah dekat lima puluh tahun dan lebih. diorang mmg gigih belajar. selalu cakap budak2 malaysia ni untung dapat belajar masa muda2. mmg terharu je rasa. :')

hehe. serba salah nak guna aku ke saya nak komen ni. last2 guna 'saya', sopan sikitttt. :P

Merentas Horizon said...

haha.. takde masalah aku atau saya. yg penting mesej sampai.

tulah. kagum betul.. setakat ni baru jumpa sorang la.. mungkin soon akan jumpa ramai lagi yg mengagumkan. hehe.

Subhanallah, semuanya makhluk Allah jua.