Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 January 2012

Hurm

Baru semalam aku rasa gembira dengan perubahan sorang kawan ni,

tapi hari ni aku dah jadi risau. Almaklumlah, ajaran sesat pun tak kalah banyaknya. Sangat-sangat mudah sebenarnya untuk kita fall to the wrong part kalau kita memang tak pernah dapat asas Islam yang kukuh.

Rakan-rakan.. dapatkan ilmu agama yang cukup dan dari sumber yang benar.. jangan letih menuntut ilmu Islam, kerana Islam itu adalah cara hidup.. juga, didiklah anak2 kalian biar akidahnya tak goyah bila terpukul dengan rakusnya jahiliyah.

:( Takut.

29 January 2012

Nasi Lemak...

.. teh O.

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya.


Alhamdulillah, hari ni bersamaan pagi tadi, telah berjaya dan berlangsungnya program yang telah dirancang sekian lama, iaitu Nasi Lemak Teh O. (takleh la nak guna nama kopi o kan, kang kena saman ngan TV9, sapa nak jawab?) Program, memberangsangkan! Ummi Rose punya sportsmanship memang xleh nak dinafikan pun kan? Well as a muslim, i think it is a must, to be excellent in every way..

Meskipun terdapat banyak kekurangan dan kelemahan dari aspek perjalanan program, tapi aku rasa itu adalah normal. Apa yang penting, next time perkara yang kurang itu dapat di tambah baik lagi. kankan?

Untuk kawan-kawan bloggers sekalian, yang berada di sekitar Petaling Jaya, jemput lah datang bila ada program ni lagi next time k!.. Ye lah, kadang-kadang hujung minggu ni bosan jugak kalau tak ke mana. Nak berdating? haih kalau tiap hujung minggu dating dengan muka yang sama tak ke bosan? Lagi satu..(bagi yang dah bekerja) cuba ingat-ingat balik, lepas habis belajar ni.. berapa kali je kita join program-program bersama masyarakat?? Kalau masa universiti dulu oklah kan, sempat lagi join projek kolej, anak negeri atau jabatan. Dah kerja ni? kalau tak tengok muka housemate, tengok muka officemate. Muka ni lah yang akan kita tengok untuk beberapa tahun akan datang, Fuh, betapa bosan dan kecilnya dunia kita ni.

So, jom jom jom! Keluar bermasyarakat dan dapatkan kawan baru, mengenali orang baru memberi ruang untuk kita bersyukur sebenarnya, dalam masa yang sama memberi ruang untuk kita memberi sebanyak-banyaknya. Kan erti hidup pada memberi? kankan..

Atleast, we give something before we gone. Isn't it?

Ok rakan-rakan semua, next time aku promosikan kat sini tentang program ni. Before ni aku share kat FB je. So, mungkin tak dapat tulis panjang-panjang dari segi promosi. Bukan apa, rugi sangat-sangat rasanya, jika masa muda kita ni terbazir tanpa 'memberi'.

Malam ni ada juga ceramah khas di SUK Shah Alam, jemputlah bagi yang berkelapangan :)


p/s: oh selain dapat seru dan termotivasi dari sembang pagi Ummi Rose, aku jugak terkesan dengan filem Uwais Al Qarni yang aku tengok malam semalam. Orang biasa yang tak dikenali penduduk bumi, tapi menjadi buah mulut penduduk langit. Awesome kan? Ah, betapa jauhnya langit dan bumi mu Allah!

Sekian dulu, wassalam.

26 January 2012

Seronok!

Seronok.

Dalam kamus Macromac, perkataan ini merupakan perkataan yang paling kerap digunakan oleh Mr Lee. Tapi hari ni aku tanak sentuh apa pun pasal Mr Lee. Cuma, aku nak bagitau aku pun sangat seronok hari ni.

^_______^

Ada seorang kawan lama. ya memang sangat lama, selepas kawan sekolah aku rasa dia lah orang yang paling lama aku berkawan. Dah lama juga tak berhubung, tiba-tiba hari ni dia YM cakap akan ke Mekah untuk umrah bulan depan. Alhamdulillah.. Di tambah lagi dengan cerita-cerita beliau tentang perubahan yang telah berlaku dalam hidupnya.. InsyaAllah sudah semakin membaik..

Kadang aku rasa macam bersalah sebab rasa macam aku tak pernah ingatkan dia pasal hidup nya yang keliru dan kacau tu.. hakikatnya aku ada ingatkan, cuma dia tak pernah berubah.. Namun, lama-lama aku sedar..

"God works in a mysterious way"

Kita usahakan, hidayah tu.. Biar Allah yang tentukan. kan?

p/s: Rata-rata kawanku ramai yang sudah menjejakkan kaki di tanah suci tersebut, bila agaknya masaku tiba. Kena niat ketat2.. dan usaha lebih gigih.

25 January 2012

Hari ke-3

Mengikut Kalendar Ying lah kah.. hari ni merupakan hari ke-3 tahun baru.

Ok tak de nak ulas apa pun tentang kalendar dan segala asal usul kalendar cina ni.. yang aku nak maklumkan, hari ni sangat sepi tanpa rakan sekerja. mungkin akan berlanjutan sehingga minggu depan.

Meski demikian, ini masanya untuk mengenali dari lain sudut terhadap rakan sekerja Melayu yang jarang2 berkesempatan berbual.

dan. nampaknya ada banyak ilmu baru, dan banyak banyak banyak lagi yang kena topup ilmu di dada ni.

So?

Lets Struggle peeps!
(aku ada banyak nak citer, tapi masa terhad. Nanti aku sambung dari rumah. Harap-harap aku tak malas bila kaki da jejak rumah satgi..)

17 January 2012

Syukur dan Sabar

Tak sangka betul aku punya kekerapan menge-pos artikel setiap hari (pada satu masa dahulu) adalah sangat2 sukar dilakukan sekarang. Apakah yang telah terjadi sebenarnya keatas diri sendiri?

Makin sibukkah?  .. atau
Makin malas sebenarnya?

Kalau tengok edit post.. banyak je berderet post-post yang beratur sekadar jadi draft. Selalu aku berkobar-kobar je nak menaip.. idea datang mencurah-curah.. then, buat halfway.. ada lak something ganggu mood, mesti masuk kat draft la alamatnya.

Disebabkan tengok post awanis pasal kek raibow beliau. maka aku terpanggillah nak tulis blog kan.

Update kehidupan. 
Kehidupan macam hari-hari biasa sebagai seorang programmer. Depan laptop menghadap apa2 yang ada di server mahupun internet. Everyday pun berulang perkara yang sama. Kalau job baru masuk, maka pulun lah nak siapkan. Kalau job tak masuk, maka QC lah projek-projek lama. Almaklumlah.. dulu awal2 punya kerja, ada benda yang kita tak faham lagi, bila da faham dan tau flow sebenar.. barulah alter balik kes2 lampau.

Selain tu? 
ok ini ada satu yang aku rasa perlu aku kongsikan dengan kalian. Dalam melakukan aktiviti sehari-hari.. sama-samalah kita memperbetul dan memperbaharui niat kita. Kenapa kita bekerja, kenapa kita belajar dan kenapa kenapa kenapa lagi. Sebab kadang-kadang bila kita lost tentang ni, mulalah kita merapu buat perkara yang bukan-bukan dan sekaligus menjadi manusia yang tak bertanggungjawab.

Ok, setelah perbetulkan niat, yang kedua adalah, ada masanya tak dapat dinafikan ada saatnya kita akan teruji dengan perkara-perkara yang beyond our limit. Dan biasanya rasa amarah kita meruap-ruap. Memang kalau fikir diri sendiri memang meletup time tu jugak. Burst, spill and everything la yang sama maksud dengannya.

Maka, aku nasihatkan sama-sama beristighfar... kadang-kadang bila marah ni kita tak rasional. dan selalu kita fikirkan perasaan kita sorang je. Sebenarnya fikir kan jugak perkara lain.. seperti keluarga misalnya. Apa akan terjadi kepada our loved one jika kita ambil tindakan macam ni.. Be rasional.

Sekian dahulu peringatan dan blogpost untuk hari ini.

er.. fahamke?


p/s: Benarlah hiburan yang paling indah bagi umat Islam adalah syukur dan sabar.

05 January 2012

It Islam and all of us were Muslim.

Sebenarnya ada ramai orang di dalam dunia ini yang sangat ternanti-nanti dan dahagakan sinar dan nur yang melimpah dari cahaya Islam itu sendiri. Dalam kita sedar mahupun tidak, tapi itulah hakikatnya. Baik bagi yang belum Islam begitu jua yang telah Islam kerana tidak dapat dinafikan lagi telah tertulis di dalam kitabul Haq, sesungguhnya agama yang diredhai itu adalah Islam.

“..pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu..” – (Al-Maidah:3)

Menjadi dai’e atau individu yang telah merasakan Izzahnya AlQuran dan Islam itu sendiri, seharusnya kitalah yang berusaha untuk menyampaikan.

“Balighul anni walau ayah” (sampaikanlah daripadaku walau satu ayat) - Hadith

Tekadang mereka yang disekeliling kita ini, hanya perlukan satu perkataan atau satu ayat dari kita yang menjadi titik pusing bagi mereka (turning point) Aku sampaikan beberapa kisah..
Semalam, di usrah.

Kisah 1
Ada seorang doktor yang kepakarannya adalah menjurus kepada bahagian gastro (usus dan perut etc) Walaupun begitu, beliau juga mempunyai penyakit sembelit yang belum belum juga sembuh. Entah bagaimana beliau mengetahui tentang sunnah nabi mengenai kunyahan 40 kali. Sejak mengamalkannya, sembelitnya sembuh. Sekarang, beliau telah memeluk Islam

Kisah 2
Seorang ikhwah, pergi membeli kereta. Habis beli kereta, beliau berbual dengan cina penjual kereta. “You agama apa?” “Buddha” “Bila nak peluk Islam?” “Oh, I tak pernah fikir pun lagi”. Setahun kemudian saudara cina tersebut menghubungi ikhwah tadi kembali dan menyatakan tentang keIslaman beliau.

Kan? Hidayah itu satu kuasa Allah, usaha kita adalah memberi peluang untuk mereka berfikir tentang agama yang hak ini. Agama kebenaran. Selebihnya, dalam pencarian tersebut Allahlah yang akan membantu.

Hari ini, seorang rakan sekerja (err boleh kira bos sebenarnya) telah mula memakai tudung. A lil bit shock, but it was Subhanallah!

Sahabatku, di mana-mana pun hari ini, Islam sudah mula berkembang luas. Perkemaskan langkah, ketatkan prinsip. Antara kita mahu ikut menjadi muslim sebenar, atau terus menjadi Islam sekadar nama.

Pilihan, kitalah yang menentukan sepertimana kita yang memilih mahu menjadi penduduk syurga atau neraka.

Sekian, wallahualam.

01 January 2012

Its 2012

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum semuanya. Alhamdulillah, bernafas lagi kita pada tahun 2012 nih. Tahun baru, spirit baru tak? Ya sempena aktiviti sambutan hujung tahun? Seperti yang dikabarkan.. aku memilih Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati. (ok sebenarnya jadi AJk, so no choice lah kan? hehe)

Himpunan tahun ni? fuh luar biasa!! outstanding.. siap masa majlis penutup Ummi Rose request Dataran Merdeka lagi untuk next himpunan.. hehe, will see. tahun ni pun dah banyak aktiviti ilmiah dalam acara-acara sambutan tahun baru, so tak mustahil kalau next year himpunan di Dataran Merdeka, kan? hikhik.

Ok tentang program semalam, aku yang menjadi ajk picisan ni tak berapa pasti sebenarnya total kehadiran peserta. Tapi berdasarkan desas desusnya, more than 1000 yang hadir. Nak percaya ke tak? Memang kena  percaya tau, sebab kat dewan muktamar tu saja, dorang sampai duk kat tangga tak cukup seat. Phew~ Naik stress jugak JK TTK yang ditugaskan untuk uruskan kedudukan peserta dan bukan peserta.

Overall, bagi aku melalui kacamata AJK, sepatutnya boleh buat lebih baik. Tetapi bila dengar adik-adik peserta gembira, aku pun ada rasa sedikit relief.

Ada satu yang aku perasan bila menyertai aktiviti-aktiviti berunsur Islami ni. Semua lelaki-lelakinya tampak kacak bergaya, dan perempuan-perempuannya pula cantik belaka. Bukan senang nak cari anak-anak remaja yang lebih mendahulukan hiburan islami berbanding hiburan semasa. Adik-adikku, semoga kalian juga seterusnya menjadi mata rantai perjuangan para nabi. Ameen!

++Ringkasan++
Sabtu. petang: pendaftaran, perasmian permbukaan. malam: forum (fetri yahya, ustzh firus, aishah) + konsert (shoutul harakah) + ceramah (ustz zahazan) + ikrar tahun baru (abdullah omar) + bacaan selawat (imam muda)
Ahad. pagi: qiam dan tazkirah subuh (imam muda hassan), larian ke taman tasik perdana, aktiviti, Breakclaps (Bro Bit) + perasmian penutup

*Dapat jumpa lagi fasilitator dan adik-adik peserta tahun lepas.. T_T rasa macam reunion, letih tapi seronok. Ngam kan?

 p/s: Tadi sepanjang perjalanan pulang dari program idea mencurah nak menulis. Tapi disebabkan tertangguhnya pertemuan dengan laptop dan internet. Maka, beberapa perenggan ini sajalah ye.