Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 April 2012

Random Thought~


Wah.. blogger sudah update baru punya la.. first time guna jakun sikit. Hehe..

Oh by the way,
Pagi ni aku bersembang dengan seorang klik di pejabat, dia bagitau esok dia cuti buat minor operation. Aku rasa mungkin lump je kut. Sebelum ni pun sehari selepas abang long meninggal, aku ada sembang dengan seorang lagi kawan. Pun pernah ada lump, dan da buang 11 tahun yang lepas. Both ada keturunan yang menghidap kanser payudara.

Hurm, ada sesiapa nak menafikan kanser adalah penyakit keturunan? Siapa pun tak tau tentang ni kan? err.. para doktor sekalian mungkin boleh bagi penerangan atau korang tolong researchkan untuk aku, then comment kat bawah ni ok?

Apapun, kanser memang merupakan penyakit terburuk dan paling meluas dewasa ini. Mungkin inilah yang biasa kita dengar, pada akhir zaman akan tersebarnya penyakit yang tiada ubatnya?

For over two decades now, MAKNA has not faltered in its fight against cancer, which is estimated to put one in seven Malaysian males and one in six Malaysian females at risk of developing in their lifetime.* (source:http://www.makna.org.my)

Ok itu sahaja info mengenai kanser. Oh ada lagi satu, sebelum berakhir, lump for breast cancer, pd peringkat awal dia mudah bergerak mengikut aliran darah. So, ada kemungkinan hari ini ada kat bahagian tertentu, esok hilang. Jadi jangan cepat menarik nafas lega, cuba cari dibahagian lain. Jika ada, segeralah berjumpa doktor.. mungkin pembedahan kecil akan dilangsungkan.. Better late than never. Isnit?

Itu cerita kanser, kedua aku nak cerita tentang satu slot yang aku dengar di Ikim masa balik kerja semalam. (malangnya aku tak tangkap lak nama penyampainya) Fokusnya, beliau nak menceritakan tentang satu program terbaru bertajuk "Kana Mislina" <-- ni perkataan arab yang membawa maksud ikutlah seperti kami. Itu merupakan slogan yang dipegang oleh para sahabat. Pergi mana-mana, akan promot this kind of motto. Sekarang nampaklah kan, macam mana Islam tu boleh tersebar sehingga ke 2/3 dunia. Sebabnya motto ni la, rasa Izzah dengan Islam, dan siap promot lagi tu! Pergh~

Basically program ni, dia mengupas kisah hidup para sahabat, supaya boleh kita jadikan contoh kehidupan sehari-hari. Ada satu contoh yang penyampai ni ulas mengenai seorang sahabat bernama Tariq bin Ziyad.

"Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba. Disebabkan memiliki sifat-sifat yang terpuji,dia dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol. Tariq menganggap kedatangan mereka ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh. Dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang. 'Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.' Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad di kalangan tentera Islam." - (sumber: http://latiptalib.blogspot.com/2005/09/novel-tariq-bin-ziyad.html)

Memang tertarik dan terpukul juga bila nak bandingkan dengan keadaan Islam kita dizaman kini. kan?

Ok, sekian dulu tulisan aku kali ni, akhir-akhir ni gemar sangat menulis secara random. Aku orang nya tak gemar mempengaruh, korang baca dan cari maksud tersirat k! (Ala-ala cikgu BM gitu)

Sekian, assalamualaikum.

2 comments:

SI PENGEMBARA JALANAN said...

err.rasenye tariq ibn ziyad ni bukan sahabat, tp golongan terkemudian slps itu..dr zaman umayyah xsilap..(betulkan kalo sy salah, dh lama betul xmendalami seerah ni..huhu)

btw, ada nama sebuah tempat @ bukit di sepanyol adalah bersempena nama tariq ni..iaitu gibraltar ( Jabal at-tariq)..

siti sarah aisyah said...

yup betul2 die kire tabi' tabiin, sebab zaman tu dah zaman Islam melebarkan empayar. Ya tentang Gibraltar itu juga saya ada dengar dari Dr Hafidzi masa Jaulah Ikram PJ hari tu.