Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 April 2012

Seperti mimpi

"sedang kita berseronok dan gembira hari ini, sebenarnya ramai lagi yang sedang berduka dan bergelut dengan kematian di tempat lain."
Ayat ni nampak klise kan? dan rasa biasa sangat dah baca. Aku pun rasa yang sama. Aku selalu jugak kaitkan dengan kehidupan aku sehari-hari yang kadang-kadang begitu bergembira dengan apa yang aku ada pinjam sekarang. Keluarga, kesihatan, harta dan rakan-rakan. Tu tak kira lagikan dengan nafas percuma tiap-tiap hari ni.. Bila aku kenang-kenangkan semua ni, aku cuba kaitkan dengan keadaan saudara Muslim di negara-negara lain seperti Palestin dan beberapa tanah Arab yang masih dilanda krisis, memang menginsafkan.

Tapi kali ni, aku dah mengalami dan menghadap sendiri maksud dari kata-kata tersebut. Melihatkan saudara sendiri yang mengalami perubahan keadaan diri (semakin lama semakin teruk) Dari kacak hensem bergaya, kemudian sakit-sakit. berulang kemoterapi, hospital rumah kedua, beberapa kali di tahan wad, dan pada saat-saat akhirnya mengalami kesukaran bernafas kerana keadaan paru-paru yang lemah (hanya 1 per 4 masih berfungsi dengan baik) serta kesakitan pada seluruh tubuh disebabkan sel kanser telah menjangkiti bahagian badan secara menyeluruh.

Bila pada satu sisi, manusia sedang sibuk bertanyakan apa keputusan terbaru Arsenal vs. M.city, dan pada satu sisi lain pula orang ternanti-nanti siapa bintang paling popular tahun ni, pada masa yang sama abang long sebenarnya sedang bertarung dengan saat-saat terakhir dalam hidup beliau. Petang itu aku melihat dia sedang tidur, dan rasa tenang kerana tidak kedengaran bunyi rengekan betapa sakitnya derita yang ditanggungi. Pada hakikatnya, dalam tidurnya aku tidak tahu apa yang beliau mimpikan. Semuanya rahsia Allah.

Abang long, semoga tenang disana. Berakhirlah keperitan selama 3 tahun menghidap kanser rektum. Semoga segala keperitan dan derita menjadi penghapus dosa.


Ahmad Razib b Abdul Majid
(29.12.1976 - 9.04.2012)


Semuanya macam mimpi, meskipun 3 tahun telah berlalu dari masa-masa awal kansernya di kesan. tetap terasa macam mimpi. sebab selama ni, aku selalu tak percaya dengan kata orang kanser tak dapat diselamatkan. sebab aku lebih percayakan cerita-cerita tentang mereka-mereka yang akhirnya bebas kanser. aku selalu berharap itu juga penghujung cerita bang long. tetapi ternyata, perancangan Allah melebihi segalanya. Dia Maha Tahu yang terbaik untuk abang long. Al-Fatihah. 


9 April merupakan ulang tahun kelahiran Mak Uda (mak abang long), dan sudah pasti hadiah ulang tahun kelahiran kali ini menjadi sesuatu yang tidak boleh dilupakan oleh Mak Uda. 

p/s: meskipun pada asalnya banyak yang nak tulis, macam biasa.. sampai je laptop segala bayangan-bayangan nak menceritakan terus hilang bersama-sama masa dan panjangnya perjalanan. 

2 comments:

miss jue said...

salam takziah. tiba-tiba meremang bulu roma.

sakit itu hanya "sebab" daripada Allah. Ajal tu dah ditakdirkan sejak azali.

Najihah(Jia) said...

Lagi sedih, siap ada gambar sekali. sob sob sob...