Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

13 June 2013

Mentally Break Down

Cewah, tajuk nak power kan.

Ok ceritanya akhirnya aku ke Tabur. Yeay! Hi warga KL, i should say you should try this!

(sambung tulis after 4days)

Sekitar jam 5.30 pagi macam tu anggota rombongan berkumpul di Masjid Ar Rahman, UM. Tunggu grup dari Shah Alam, dan bergerak lah ke Masjid Hidayah Taman Permata. Selepas sembahyang subuh, maka bergeraklah kami ke kaki bukit tabur.

Walaoweh, ramai giler plak orang pepagi tu kan.. nak parking pun dekat 10-20 minit.

kira-kira 7.10 pagi maka mulalah pendakian kami mendaki Bukit Tabur (West).  Senang pancit sebenarnya, walaupun pada peringkat awal pendakian. Mungkin disebabkan oleh kecuraman darjah pendakian agaknya. Nasib baiklah, first peak hanyalah dalam tempoh 10minit pendakian. hehehe.

Subhanallah! cantik. Antara landskap empangan, dan juga kota raya.


Bila da sampai puncak pertama maknanya dah reach tempat yang berbatu sahaja. hanya kadang-kadang akan jumpa balik tanah bukit. Most of the time adalah bersama batu-batu. da macam bukit batu dah.

Maka lepas tu teruslah kami berjalan dan berjalan dan berjalan. mencabar diri terus menerus. Perkara yang aku rasa perlu dititik beratkan dalam pendakian ini adalah, sarung tangan dan kasut mesti power. Sebab macam yang aku cakap tadi, mostly kita akan bersama batu. Ala-ala rock climbing tu.. kan kena pakai glove. dan kasut? sebab kat atas tu memang ada kemungkinan kita jalan di lereng2 yang jarak antara gaung dan kaki kita adalah kurang 2 inchi. So memang perlu sangat2 take extra percaution.

bersama partner in crime




Terus kepada tajuk, kenapa tajuk macam tu? sebabnya group kami, yang terdiri dari 9 orang anak gadis ni.. akhirnya tiba ke peak-ke-berapa-ntah yang dimana kat situ.. ada satu batu yang sangat besar. dan tak ada jalan lain nak kesebelah sana bukit melainkan kena naik batu tu. kecuraman batu tu 90 degree. maknanya memang tegak sangat. tapi ada orang baik hati letak tali la kat situ.

Sampai part ni, masa tu jam dalam 8.30 macam tu. kat situ ahli kumpulan mula berbeza pendapat.. samada nak teruskan mencabar diri atau patah balik. lama jugaklah nak buat decision. 30minit ke sejam jugaklah. Aku sebenarnya haruslah bersemangat waja nak teruskan kan. even though still separa hati sebab cuak gak kan. tapi sebab dah halfway kut.. dan satu lagi sebab.. sebab aku rasa aku dah tanak lagi datang sini. hahaha! sekali cukup. lol!

Masa tu, gerak alam sebenarnya banyak membantu. Lepas kitorang membatu kat situ untuk satu senggang masa yang agak lama, tibe-tibe matahari macam memancar terik. so memaksa kitorang buat keputusan dengan cepat. alhamdulillah, lepas hantar kak aishah duk buat review orang-orang kat situ.. maka kami decide untuk teruskan. Dengan separa hati terus kami melangkah. dalam hati macam nak pecah.

Dan Allah Maha Tahu betapa cuaknya kami ni. Tup tup muncul seorang uncle cina entah dari mana, rasanya orang setempat sebab dia cakap memang every weak datang kecuali weekend tu ada hal. Pakcik ni la yang duk tolong bagi instruction, mana tempat nak pijak dan guna kaki kiri atau kanan. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah!

Orang cakap, kalau part paling susah kita dah berjaya tempuhi, seterusnya dah takda masalah dah. So macam tulah.. selepas-selepas tu semuanya Alhamdulillah dipermudahkan. Dan lebih mencabar sebab masa kami turun tu hujan dah mula perlahan lahan membasahkan tanah bukit. Ok, licin licau le jawabnya berlanggar ngan tanah merah kan..


But, still its worth it! Jemput mendaki semuanya. Kalau orang ajak lagi, aku rasa maybe nak try east kut? kut lah..

p/s: naik tabur pun dah nak mental bagai kan.. agak2 akankah aku sampai ke kinabalu? hakhak. ok selamat menonton gambar. ^___^


p/s2: oh ya kalau perasan toward the end of the path.. korang akan nampak UIA Gombak kat sebelah kanan.



:: Sebuah lagi projek GEMA Backpackerz ::