Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

04 July 2013

Bau Ramadhan

2 Ramadhan tahun ni, genaplah 2 tahun hijri aku bekerja di Jalan Klang Lama ni. Macam tak perasan je dah 2 tahun. Sekejap kan. Geng-geng yang masa mula-mula masuk dulu pun dah banyak yang bertukar ganti. Yang bertukar tak berganti lagi la banyak kan.

Meskipun 2 tahun tapi tak terasa sangat, macam-macam belajar kat tempat baru ni. Walaupun apa yang dibuat sekarang adalah berbeza dari kerja sebelum ni, tapi oklah belajar benda baru kan. Dan masa depan aku ingat akan lebih baru lah. Dah mula fokus untuk mobile bunyinye.

Hurm.

Masa mula-mula masuk dulu memang aku ada letak target, paling kurang 2 tahun untuk beri percubaan pada diri kat sini. Sekarang dah 2 tahun.. tiap-tiap kali aku ada rasa nak bertukar, boss akan mula bagi aku kerja baru, cabaran baru, senang cakap tanggungjawab baru. dan tiap-tiap kali tu perassan aku tu akan terus tertangguh dengan sendiri.

Disebabkan cabaran baru yang begitu mencabar di depan, maka aku tak berhasrat untuk membuat penilaian lanjut untuk berhijrah dalam masa terdekat ni.

Tak lama lagi, nak puasa dah. Ada 5 hari lagi, tapi kalau bulan Syaaban tahun ni 29 hari maka ada 4 hari lagi. Pejam celik saja.

Ah bau Ramdhan dah melata di mana-mana. >.<

[sebak.gembira.terharu]

Setiap tahun pasti azam Ramadhan akan kita senarai panjangkan sebelum berkumandangnya azan maghrib pertama 1 Ramadhan. tapi tak pula kita bilang berapa banyak yang berjaya kita jayakan T_T

Seperti doa-doa tahun lalu,

aku harap kita semua menang bergaya dalam sekolah Ramdhan tahun ini ^___^

Ramadhan sebuah medan tarbiyah dan medan amal untuk kita hadapi diri kita 11 bulan yang berikutnya.

Moga Ramadhan ini, membasah semula hati kita yang makin kering dek kejamnya dunia.
Moga Ramadhan ini, mengembalikan semula jiwa kita yang terkadang hilang.

Selamat Menyambut Ramadhan semua! Maafkan salah dan silap saya, saya juga maafkan anda. Sama-samalah kita memasuki Ramadhan dengan hati yang tenang untuk membaik.

3 comments:

Amoi Farah said...

salam ramadhan

ladygirl said...

sy akan miss jelajah masjid dgn anda tahun ni.. kita buat wiken nak? hehe.

siti sarah aisyah said...

wow! wiken eh. boleh cuba :P InsyaAllah.