Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

22 October 2013

Ragut.

Death is something happened when we least expect it to happen, so do accident.

the story begin.

"Kan dah cakap, jangan main phone sambil jalan"
"Lain kali free gear"

kata-kata macam ni adalah antara 'nasihat' yang biasa kedengaran selepas berlakunya kemalangan. Pada aku, ada benarnya. Tapi aku cadangkan, mungkin boleh lambatkan sikit lah nasihat tu. Mungkin beberapa hari selepas kejadian? Sebab sebenarnya sesetengah nasihat adalah common sense, atau kita dah tahu pun. Keadaan orang yang baru lepas kemalangan adalah need some motivation so boleh move forward, jangan letak kan kata-kata yang boleh bikin mereka down! T_T

ok terus kepada cerita. pagi tadi aku datang sedikit awal dari kebiasaan. mungkin sebab bangun awal sikit hari ni tambahan pula tiada penyediaan makan sarapan di rumah.

Dalam perjalanan tu, siap-siap aku call kakak sekerja minta belikan sarapan. Dah terbayang bayang makan sarapan di ofis bersama rakan sekerja. Rasa macam jarang dah buat, sebab selalu sangat datang ngam ngam.

Masa aku nak parkir tu, aku nampak Goh. Dia senyum-senyum saja kat aku, aku pun balas angkat 2 jari tunjuk *peace* saja. Ye lah dalam kereta apa saja yang boleh aku buat kan. Goh berjalan dengan Shelley. Shelley kemudian masuk untuk punch card, hanya Goh seorang yang tinggal kat luar sambil tangan pegang Note 2 nak balas we chat.

Kereta aku dah ngam masuk parkir, tapi aku tak keluar kereta lagi ingat nak ejas sikit lagi. Rapat sangat dengan kereta Goh. Masa ni lah aku nampak ada satu motor yang mencurigakan. Dia jalan bergerak menghala kedai mamak hujung sana bangunan, tapi kemudian u-turn. Aku tengok orang ni, macam bukan orang ofis. Nampak agak selekeh, lepas u-turn dia naik sedikit atas koridor depan ofis.. aku kemudian ingat staff baru nak parkir motor tak pun orang nak tanya jalan. Rupanya dengan satu kerlipan mata, diorang dah rampas Note 2 Goh. erk?!

Aku macam, eh eh..

Aku tekan minyak ala-ala nak langgar motorist. tapi lepas tu aku break. apa kes? diorang macam nak tumbang sket, tapi aku rasa diorang profesional kut. Lepas nak tumbang tu.. steady je terus pecut. Aku panggil Goh naik, then kami kejar .. tapi apakan dia. Dia motor kan. Selit sana sini dah hilang.

Goh nampak pasrah, cuma sedikit ralat aku rasa. Sebab dia keep on saying.. "my picture.." ya dia baru cuti panjang last week and all the image of the vacation ada dalam tu. tsk.

"kenapa u tak hon?" - Goh.

Ok my bad! aku memang ada masalah nak tekan hon. Ini pun masalah gak ni. tak suka hon orang kat jalan, end up bila urgent case otak tu tak laju nak tekan hon.

and that's it.. how the story goes, in split second smile can change to frown. sweet become a bitter taste.

Pengajaran dari kisah?
cuba korang senaraikan sendiri lah eh. KBKK.

tapi ada satu perkara, mula-mula aku regret sebab tak langgar je mamat2 tu. Tapi bila aku fikir dalam-dalam ada hikmah jugak. Buatnya kalau betul aku langgar, then dorang bengang and pecahkan kereta aku pulak.. dah satu hal.

dunia-dunia, seriau!

2 comments:

ct cucubi said...

pd sy awak dah ckup brani nak buat sesuatu... sbb bukan semua org dpt kekuatan mcm tu.. hmm..

Basyirah Abd Rahman said...

Ya.. jika berlaku pada saya yg begini orgnya, saya akan kecut perut dan hanya ternganga dan hanya akan menunjukkan riak muka kecemasan.. Sarah.. U did your part well! Thank you 4 reminding. Semoga kita sentiasa lbh berhati2..