Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

13 December 2013

Endure

Waktu zezaman student dulu aku dah tak ingat dah.. aku ada ke rasa pressure sangat eh? ada kut? tapi dah lupa?

at least, nak dekat exam mesti pressure punya. oh ya, tapi masa nak hantar thesis.. tak pressure kut? Nampak cam steady jer. Kalau masa presentation lain citer lah kan.. memang tak cukup napas. ini memang simptom orang yang stage freak.

Bila da zaman bekerja ni, stress adalah antara kawan yang begitu handshake tak mau lepas lagi. So macam tu lah kan.. stress telah menjadi pengikut setia anda setiap hari dan sepanjang tahun. Lagi-lagi bila anda pi kerja dengan separa hati.. still kerja sebab banyak sangat komitmen kena bayar. so nak tanak kena kerja.

Nak dijadikan cerita ada sorang kawan aku nih.. punyalah tahap stress dia aku tak tau la tahap mana.. selalu aku nampak dia ni macam steady ja. Tapi.. uih diam tak diam..

Hujung minggu last week dia mimpi,

Dia demam.. tapi belum sempat nak sms boss bagitau dia demam so tak datang ofis. Punyalah terlupa sampai da sampai lunch hour. Da lunch hour tu, keluar pulak pi Pizza dengan husband. Entah macam mana terserempak boss kat pizza. Apa lagi hangin lah boss sebab tak datang kerja tapi lepak pizza makan makan.
"Kenapa you tak datang kerja?"
"Sakit. Tapi tak sempat lagi nak sms"
"Sakit tapi boleh pulak makan kat sini"
"Sebenarnya saya memang sakit.. blabla.."

tak sempat dia habis cakap. boss tetiba bertukar menjadi naga.. keluar api dari mulut dia, then bakar satu pizza hut.


Peh. aku rasa memang dia ni stress teruk dah ni. sampai boss da bertukar jadi monster bagai. ini memang kes serius nih. uhui~

So, for me.. just endure the stress as much as u can. kalau tak mampu, u better leave lah.. search for new environment.. gila kau.. buat sampai ke tanjung rambutan.. berat tu kes nya.

Aku? erm.. i choose to endure it a lil bit more? perhaps.. he he he..

05 December 2013

Tugas yang berat.

Sebabkan dapat tahu ada orang yang silent reader blog ni.. maka berkobar-kobar pulak nak update blog ;P rasa macam perlu bertanggungjawab pulak.

Semalam, diadakan perkongsian program yang aku tak dapat pergi 23 November lepas ..

"Rasa macam meeting UM pulak" - Ismail.

Aku pun perasan, dari kami 6 orang.. 4 dari kami adalah orang yang sama yang kami jumpa tiap kali mesyuarat bulanan while in our University Life.  *Oh, those good all days!You knew that i missed u.much.*

Now.. 2 dari 4 tu dah kahwin dan dah ada anak pun..

Ok, paling gigih adalah Samihah.. anak kecil dia belum pun sampai 2 bulan.. dan anak sulung dia next year akan masuk 3 tahun dan dia datang ke sharing session nih T.T ok nangis. gigih. Semoga Allah terus melindungi sahabat-sahabatku ini, diberi kekuatan dan kesihatan juga.. :) (dalam diam I admired her much) Ismail juga gigih. macam macam jadi kat dia, anak dan isteri. Tapi, tetap keep moving. Orang-orang power ni biasa mesti ujian hebat. kann?

Bagi aku, nak datang meeting ke nak pegi program ke.. untuk orang bujang macam aku ni.. tinggal nak berlawan dengan rasa malas je. kalau aku kat tempat samihah.. aku pun tak tau.. akan sampai kah aku ke program. woaha!

Kadang-kadang orang bertanya.. kenapa da anak berderet pun masih sibuk sibuk lagi nak buat kerja-kerja luar camni. Duduk rumah je lah jaga anak, jaga suami.

Aku macam tak berapa berkenan sikit lah dengan pandangan macam ni. Sebab berbaur selfish sangat. Hanya mahu uruskan diri sendiri sahaja. Pedulik lah orang lain. Sedangkan negara kita dan dunia hari ini dah makin tenat ni.. dan.. later on anak kita tu, akhirnya akan terjun ke dalam masyarakat jugak. Kalau kita tak berbuat sesuatu.. apa agaknya akan terjadi kepada anak anak kita?

Ya, senang untuk kita salahkan kerajaan. salahkan sesiapa keatas kebobrokan teruk yang terjadi keatas Malaysia dan dunia hari ini. Tetapi kenapa tidak kita mulakan langkah mula dari diri kita sendiri. Orang yang melangkah walau satu tetap akan bergerak berbanding kita yang hanya disini sambil menuding jari ke arah orang lain. "Ini semua kau yang salah!"

Ingat satu, kalau tidak kita, siapa? Kalau tidak disini, dimana? Kalau tidak sekarang, bila?

02 December 2013

A Brighter Side

budak praktikal tu ditukarkan ke cubical baru. cubical baru itu, betul-betul berhadapan dengan boss. sebelum dia di arahkan berpindah, baru sahaja dia menyampaikan kerisauan yang menjengahnya,

"lambat-laun sy yg end up dekat depan tu? harap2 tak payah la" - KMT

tak sampai beberapa masa, dia diarahkan pindah. dan aku hanya tergelak sebenarnya bercampur terkejut. aku rasa dia berat hati. tapi sebelum berpindah, dia ada berkata,

"oklah, akhirnya saya dapat duduk bawah aircond" - KMT

betapa memandang ke arah sisi baik sebenarnya banyak membantu kita untuk terus bergerak. meninggalkan yang perih, dan hanya fokus untuk mencapai yang terindah dan bahagia!

Abaikan herdikan dunia kerana dunia sering mengajar kita sisi buruk seperti busuknya jiwa kebanyakan manusia di dalamnya.

Ya Allah, mohon hatiku juga sepertinya.
Mampu memandang air yang separuh penuh didalam gelas, berbanding yang separuh kosong pada gelas yang sama.

Bahagia itu adalah sebuah pilihan. Berusahalah untuk memilikinya.