Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

23 June 2014

terlanjur kata

#throwback 

masa tu mungkin beberapa tahun lepas. dan aku di awal 20-an. baru kerja. masa tu, berkenalan dengan seorang kakak yang sama singgah di Surau Ad-Deeniah PPUM untuk menghadiri kelas pengajian.

"umur akak berapa?"
"28" (aku tak sure 28 atau 26)
"tak kahwin lagi?" kakak tu geleng je
"kenapa?" soalan innocent budak tak berapa nak matang
seyum. "belum sampai jodohnya dik"

bila aku ingat balik citer ni, aku rasa macam nak tampar je diri sendiri balik. !==

bila umur aku pun dah nak baya kakak tu, betapa aku merasa sangat tak patutnya aku bertanya soalan sedemikian rupa. aiyark~

aku harap kakak tu dah kahwin, dan aku harap kalau kakak tu baca blog aku ni,
"kak saya minta maaf"
sobsob.

sebenarnya aku bertanya tu bukan lah dengan nada macam..
"eii da 28 tp tak kawen lagi?!" (terkejut dan annoying)
tapi sebenarnya aku hanya wonder, kenapa ramai anak gadis lambat kahwin dan dengan innocent nya betul-betul nak tanya reason. huhu~


only a question. but, it might hurt others feeling. perhaps?

moga Allah terus memanjangkan kesabaranku sehingga aku bertemuMu Ya Allah. T_T

2 comments:

... said...

erm..btl tu. kadang ada orang tanya mmg sbb innocent xtau. ada yg tanya sebab risau. tak kurang juga tanya sebab nak perli. wa ni pun ada orang asal tgk muka aku je tanya pasal anak. even baru 4hari yang lalu berjumpa. ayat lagi power, mcm ni,"
Kenapa korang sibuk nak merancang?!" wa termanggu-manggu dgr soalan tu macam dia tu mak mertua aku lak lagaknya.

siti sarah aisyah said...

sabar sabar. mulut manusia tak boleh nak tutup.

hati kita ni je yang selalulah mohon dibesarkan, supaya senang berlapang dada dan bahagia.

doa byk. doa dimudahkan dpt anak, doa juga supaya yang bertanya tu terbuka hati untuk tidak lagi menyakiti hati kamu.

p/s: stedila, smentara xde anak ni la masanya bleh nk travel ke nak hiking ke. :P luv your love to d max, sebelum munculnya cinta hati yang baru :P