Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 October 2014

2 Muharam & muhasabah

kan ku terus berlari mencari erti cintamu,
genggam seribu impian cita dan harapan,
kan kuukir senyuman di wajah duka sepiku,
tempuh hari mendatang bak warna warna pelangi.

Akhirnya semalam, aku tak dapat jumpa pun orang-orang yang aku harap dapat berjumpa T.T

its ok, Allah tak jumpa kan dengan diorang, tapi ada ramai lagi yang aku tak expect berjumpa, and i bumped into them. ah rindu, ah cinta. hahaha. overloadd..

sekali balik semalam, bukan main sakit kepala. cuaca sekarang (panas tengahari dan hujan petang), plus kebergantungan dengan aircond, memang menyumbang kepada mara bahaya lah. is it heat stroke? biasa la aku memang over sket bab bab paranoid tentang sakit ni (kakak aku selalu cakap camtu)

dalam umur 27 ni tak banyak achievement buat aku. *sigh*
most things is still the same.

T.T

walau banyak kali berazam untuk berubah. hmm hmm..

ok, semalam masa aku sampai rumah makcik chom (sebelum ke PTI) aku dengar ceramah ulangan kat radio ikim. dia pesan, sempena maal hijrah ni kita harus lah banyak bermuhasabah.. tentang beberapa aspek..

1. Solat
- Berapa banyak solat kita yang dalam waktu? Di luar waktu? (cth kes tertidur/terlupa sbb bz nau) Pastu berapa kali plak kita solat berjemaah di masjid? (di rumah acaner lak? huhu)

2. Al-Quran
- Berapa kali sehari kita pegang Alquran dan baca? Berapa kali kita khatam dalam setahun? Adakah setiap hari kita berusaha untuk mendekatkan diri kepada Alquran atau menjauhkan diri? tak perlu tengok orang, tanya diri sendiri. Nanti kat akhirat, macam tu lah Alquran akan buat kat kita

T.T

3. Harta
- Berapa banyak yang kita sedekahkan? zakat?

4. Tanggungjawab
- sebagai anak, pekerja, rakan, anggota masyarakat, isteri, suami, mak, ayah? sejauh mana kita telah bertanggungjawab keatas setiap tggungjawab kita.

Aku dengar ustad tu cakap ralit sangat sampai makcik turut aku masuk rumah dia.
Tapi sangat benar, apa yang ustad tu cakap betul2 menampar aku.

Claim nak syurga,
Claim nak pengakhiran yang baik,
Claim nak ustaziyatul alam.
tapi dalam diri pun belum tertegak nilai individu muslim.

Allahu.
Astaghfirullahalazim.

*Lagu ni memang aku sediakan khas untuk lagu latar post kali ni. Semoga sampai maksudnya kedalam hati hati kalian :) uhibbukumfillah ya ukhti.

3 comments:

SI PENGEMBARA JALANAN said...

devastated jugaklah xleh jumpa u time tu.. keep praying time tgh majlis berjalan tu, supaya dpt dijumpakan juga dgn org2 yg sy rindu.. smp tghr break time makan tu, duk lepak kat bwh tu pun mata duk perati je kot dpt tangkap bayang2 kamu.. end up xdpt sbb pastu terus gerak balik ke kedah. (awal gile cabut lari dr program..muahahah).. nak jd lg dramatik, handphone bateri habis dr pagi, n xleh nak charge sbb umar tu energetic sgt xduk diam..haihhh.. xpela, next time jumpakan kamu dgn baby dhuha terus la.. hewhewhew.. doakan sy selamat bersalin..lg brp hari je ni.. menunggu dgn penuh suspen..

SI PENGEMBARA JALANAN said...

oh btw, selamat hari lahir yg ke 27.. walau terlewat..hihihi.. hopefully matang akan bertambah seiring dgn usia. iman sekali. heh.

siti sarah aisyah said...

mana? mana post baru blog kamu? muahaha..

moga dipermudahkan urusan bersalin nya kak mash.. dan anak anak membesar jadi ulamak terus.. gitew..

(",)