Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 December 2014

arsyad comel

Sabtu lepas, aku ke program Ikram di MBSA. Alkisahnya pergilah bersama Samihah dan dua tentera beliau, arakain sang suaminya sedang berjauhan, menjadi separa tanggungjawablah untuk membawa beliau yang begitu sangat ingin menghadiri program tersebut.

Nisa, agak clingy. Belum nak dengan orang lain, sama je macam arsyad masa dia kecil dulu. Tapi sekarang bila dah masuk 3 tahun ni, ok sikit. Dah masuk nurseri kan, mungkin sebab da banyak jumpa orang (kut?)

Disebabkan itu, maka aku jadi nanny lah kejap untuk arsyad supaya maknya boleh fokus kepada Nisa. Dulu masa aku duduk dengan anak usrah aku yang dah ada anak sorang, dia pernah sebut. Anak ni, satu jer dia nak, perhatian. Kalau cukup yang tu, insyaAllah dia tak mengamuk (untuk kes ketika tidak lapar dan tidak mengantuk) Maka, tiap kali aku jumpa budak aku cuba aplikasikan yang itu. Cuba dengar bila diorang bercakap, dan cuba bermain apabila mereka ajak main. Agak-agak korang dah bosan nak main perkara yang sama, korang cuba lah reka permainan lain yang lebih mesra korang .. haha! pastikan tak membosankan kanak-kanak lah tapi :P

Arshad leka main play dough, aku pun layan lah kejap main dengan dia. tiba-tiba ada pakcik pengawal (aku rasa) takpun majlis bandaran lalu dekat dalam auditorium, selisih kat tepi kami.
"arshad, ada polis lah"
arsyad terus duduk diam tapi tangan masih sibuk menguli.
'polis' berlalu tanpa apa-apa reaksi pun. Dia pandang sebelah mata je kitorang. 
"polis pun tak marah arsyad, tapi mama suka marah arsyad"

haha. ok, aku rasa arsyad comel. 

kredit pic: abi arsyad.

tu jer.

2 comments:

ct nasyrah said...

halolo..arsyad! bijaknya dah. mesti dia perasan mak dia marah suh jaga adik.biasalah anak sulung sng terasa hati bila ada adik.

lps ni turn aku plak...huhu cabaran ade anak lg sorg..

siti sarah aisyah said...

its ok, cabaran make us grow stronger! barulah warna warni idup. haha serabut pun double ar pehtu :P