Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

04 December 2014

rooftop rant

aku baca novel ni lama dulu, masa aku baca tu versi online lagi. tapi versi online ni cerita dia tak tamat kat sana. jadi, bila full novel dah berada di pasaran lekas lekas lah aku meminjam. (haha! bukan nak beli..) aku sambung baca part seterusnya saja. malas betul nak ulang baca.

cuma yang aku ingat lepas habis baca tu, memang la crush ke Jade.. kan? ke ada yang tak crush lepas baca? :P

seingat aku, aku baca novel tu, kak shira punya. kemudian, masa pesta buku awanis ada beli. dan buku tu lepas dia baca, berhabuk je terletak kat rak rumah ni.

baru-baru ni angin hlovate muncul lagi dari entah mana. aku pun baru teringat tentang misteri hlovate yang aku sepatutnya rungkai kan sejak 3 tahun lepas. lepas selesaikan teka teki tersebut, tiba tiba jatuh rindu pulak pada Jade. ahaha~ dan baru aku perasan, anthem story pun aku tak baca habis, stok baca tahap yang online jer. aduyaii..

dulu masa baca first time asyik tertangkap dengan fasa merubah diri.
tapi kali ni baca, macam tertangkap pulak part dakwah fardhiah (DF) oleh Wak Duku kepada Jade. tertangkap juga dengan kata-kata dia dimana kat mana pun kita berada jadikan lah lapangan kita tu sebagai ruang dakwah.

benarlah buku ni, banyak kali ulang baca pun tetap bermanfaat kan. setiap kali baca ada sudut lain yang boleh kita nampak hikmah dan pengajarannya. seiring dengan usia dan pengalaman.

oh how i miss all these Hlovate's story. Semoga urusan Hlovate dipermudahkan, semoga projek novel -novel nya ini juga dikira amal jariah untuk dia di alam sana kelak.

new crush.. Wak Duku, eh?

1 comment:

SI PENGEMBARA JALANAN said...

wak duku dh kawen la wehhh..