Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 January 2015

Of a Polygamy and marriage thingy.

Ini bukan cerita aku, tapi kawan aku di FB. tapi the story line sounds good.. Jadi, share to u guys :)

Pernah seorang wanita meluahkan rasa pada saya. Dalam perbualan kami disentuh hal rumah tangga. Walaupun saya belum berumah tangga, tapi ilmu rumah tangga itu menarik untuk diketahui sebelum masanya.
Wanita ini, kak Adiba (bukan nama sebenar) mengadukan hal tentang suaminya yg curang. Namun apa yg diluahkan itu nampak berbeza dari apa yang biasa saya dengar.
Dia nampaknya tidak menyalahkan suaminya secara total.
"Dik, akak ni bukanlah cantik sgt. Dunia telah meletakkan satu benchmark yg tinggi untuk semua wanita. Dihiasnya dengan produk2 kecantikan, dibentangkan dengan fashion2 yg cntik2, sehinggakan semua wanita berlumba2 untuk menjadikan diri mereka cantik dan kelihatan cantik."
Saya tersenyum dan menunggu lagi butir kata Kak Adiba.
"Bila macam tu dik, dlm iklan wanita cantik. Luar iklan wanita cantik. Seksi, mengiurkan, maka benchmark tersebut, jika tak dapat di capai oleh seorang wanita yg bergelar isteri, maka si suami mula bertanya 'kenapa awak tak boleh cantik mcm diorg. Diorg tu cntik je'"
Saya tersentuh Mendengar. Tapi kak Adiba hanya senyum sahaja.
"Itu sebabnya dalam Islam adanya konsep JANGAN BERTABARRUJ. Dan Islam juga tak melarang untuk wanita mencantikkan diri. Tapi bukan lagi untuk dipertonjol dan dipertontonkan. Kerana ia bakal menjadi fitnah kepada dunia terutama lelaki."
Kak Adiba memandang saya dan tersenyum lalu menyambung kata-katanya.
"Bukan bermakna akak membenci wanita cantik. Wanita cantik itu mendapat bonus dari Allah SWT. Tapi cukuplah sekadarnya. Menyimpan kecantikan untuk si suami dan mahramnya. Bukan untuk dipertontonkan. Dan wanita yg berlumba2 untuk kecantikan itu sudah luar dari syariat yg ditetapkan. Sepatutnya kita jadi takut jika iman seorang lelaki muslim itu jatuh disebabkan kita."
Saya mengangguk setuju. Saya meneruskan bicara,
"Apa penghujung cerita rumah tangga akak?"
Kak Adiba sekali lagi tersenyum.
"Akak izinkan suami akak berkahwin dengan Sarah (bukan nama sebenar). Akak ingatkan suami akk, akk sayangkan dia. Akak tak mahu dia masuk neraka jika tidak adil. Tapi akak juga tak mahu dia masuk neraka kerana berzina. Jadi akak izinkan dia untuk berkahwin lagi. Sebab dalam Islam juga mengajar kita tentang konsep POLIGAMI selagi si suami sanggup berlaku adil. Islam memberi penyelesaian bukan bebanan. "
Kak Adiba tersenyum lagi. Saya fikir itu penghujungnya. Tapi kak Adiba terus menyambung.
"Nora mesti ingat akk dh bermadukan?"
Saya terkejut.
"Suami akak tak jadi kawin, sebab dia taknak masuk neraka sebab tak berlaku adil."

...........

Kalau kita fahami betul2 kisah ini, kita akan faham, Islam mengikut panduannya telah meletakkan kebahagian dalam setiap perlakuan manusia itu, namun kita sendiri yg sering merosakkan kebahagian yg ada.

Konsep yg mudah:
Tabarruj = keruntuhan rumah tangga = hubungan terlarang

Penyelesaian:
Jangan tabaruj
Bernikahlah

#ini hanya pandangan peribadi dari seorang yg bergelar isteri. Apa yg baik darinya, ambillah sebagai iktibar.

No comments: