Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

15 January 2015

Tamparan, syukur.

Bila kita nak rasa bersyukur, tengoklah orang yang lebih tak mampu dari kita, bukan melihat mereka yang lebih dari kita.

ayat ni masih berlegar-legar.

sejak aku belajar, sejak aku bekerja. aku kira mungkin ada kaitan dengan sosio-budaya yang telah berubah. aku selalu melihat perawakan manusia yang lebih berduit dari aku. sejak aku belajar di UM, sejak aku bekerja di PJ.

ada duit, pergi travel. pusing pelbagai negara. yang lebih menarik tu, ada yang pergi dengan family. aku kira-kira .. kalau lah kos untuk seorang tu dalam 5k, kalau pergi satu family 6 orang.. waahh banyaknya duit T.T aku macam biasa tetap di Malaysia hanya mengharapkan belas gift orang yang terbang-terbang jer. Nak pergi terbang sendiri macam, erm.

mustahil ada orang tak suka travel. menarik kut tengok kepelbagaian manusia dan cara hidup. kan?

kadang-kadang rasa down. aku ni boros sangat ke? sampai tak leh nak kumpul duit nak travel. takde duit nak menyimpan utk masa tua. etc

sehinggalah baru baru ni, aku duk follow fb syed azmi. setiap hari, membaca cerita dia tentang manusia yang pelbagai. ok, insaf sangat.

"Every year when school opens, kids in their class will tell their holiday stories. My kids never have those kind of stories. So this year, my daughter wants to follow me with the little one to talk about the kampong I drive by. A road trip like her cartoon Dora."
I look at him. I smile. He smile.
Then the father said "I am so happy the kids are with me today. One day they will grow up and they don't want to follow their old daddy anymore"
sedih. teary eyes.

dan cerita ni terus memberi tamparan kepada aku. keras. kenapa nak mendongak kelangit tinggi dan merasa diri kecil, sedangkan banyak lagi yang Allah dah beri.

maafkan aku Allah, terima kasih untuk tazkirah ini.

Alhamdulillah untuk yang kita punya.
tak begitu glemer, yang adanya saja,
tapi selesa. InsyaAllah.

2 comments:

syuhadaa said...

Yep betul tu setuju sangat. Saya pun selalu fikir macam mana orang lain boleh ada duit nak pergi travel sana sini, yg kita ni jenuh nak catu perbelanjaan bulanan. Nak travel jauh sekali. Hati jahat ni mula lah rasa jeles, kan.

Paling-paling pun travel naik public transport. Bila tengok ada orang lain yg susah payah kerja siang malam, terus rasa rendah diri dan bersyukur apa yg ada. Terus ingatkan diri, Tuhan dah tentukan rezeki masing2. Jgn jeles2, hehe. :)

siti sarah aisyah said...

yup syuhada.. jom mula counting syukur :)