Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

17 July 2015

Sudden death of a dear friend.

Satu waktu yang lepas, aku tulis komen di blog Nad (Nik Nur Nadiah)

:D

im having u while im struggling.. losing sisters in GB. Siapa tahu, untuk seketika cuma. T.T But still, thanks for pinjamkan nadia for me T.T 

Tak sangka, akhirnya nadia yang dipinjamkan pun telah diambil balik oleh Dia.

Sejak beberapa waktu jugak, Nadia keep telling me that she want to withdraw GSB. Bukan, bukan dia tak bertanggungjawab, tapi atas rasa tanggungjawab la dia request perkara tu. Dia rasa mulfunction dan tak dapat menyumbang bila bersama GSB.

But im the one, keep telling her to stay. Rasa bersalah jugak sebab tak betul2 memberi tugas kat dia, sehingga dia rasa space out sangat.

But Nadia, today akhirnya Allah sendiri yang memutuskan keputusan terbaik untuk awak.

Dari teman-teman dia, aku dapat tau, Nadia suka sangat baca Contengan Jalanan (CJ).. 6x repeat baca. Subhanallah, memang suka sangat tuh. Tak dapat dinafikan novel tu memang sangat motivate untuk beramal di bulan Ramadhan.


Menghembuskan nafas pada 1 Syawal, sama dengan Chad (watak dalam CJ) yang eksiden pd 1 Syawal. Allahu!

Aku dikejutkan lewat maghrib semalam, dari grup wasap gema backpackerz, memberitahu tentang Nadia sedang kritikal di wad temerloh akibat jangkitan kuman pada otak (Meningitis Meningoencephalitis). Sangat tiba-tiba. Bila risik-risik. Ceritanya mula dari awal minggu, bila dia bagitau kawan kata rasa tak sihat. Hari Selasa, keadaan macam semakin teruk demam + sakit kepala.. tak boleh tido sampai waktu sahur. Akhirnya Rabu pagi, tak tahan sangat ambik half day. Bila cek, terus kena warded. Hari Khamis gettin worst, koma. dan masa tulah adik dia start announce di FB.

Pagi ni, before solat raya, Nad wasap bagitau chances Nadia 50-50. Sebab pagi ni Nadia da tak respon pada ubat. Dan 8.50 dapat wasap lagi dari Nad, Nadia da tak de..

Innalillahiwainnailaihirojiun. Bila sampai masa, tak kan tercepat mahupun terlewat. 

Nadia seorang sahabat yang sangat baik, seorang yang sangat komited dalam berbuat amal, sangat laju dalam menginfakkan tenaga untuk tugas dakwah, tarbiyah dan kebajikan. Dia berhenti kerja company sebelum ni sebab tahu gam yang kilang dia buat, ada berurus niaga dengan syarikat arak. (Supply gam tu untuk lekatkan label arak) Sangat berhati-hati dan komited dlm kerjaya.

Orang baik Allah selalu ambil awal kan? Indeed, she is way too good!


Semoga Ramadhan yang lalu menghapuskan dosa-dosa nya yang lalu, semoga Ramadhan yang lalu juga menjadi jambatan paling ampuh untuk dia menjejak syurga Allah.

Selamat berbahagia di syurga Nadia, tenanglah awak kat sana. smoga kami yang tinggal dapat menjejak langkah seperti mu di sana. Gambar, aktiviti kedua terakhir under GSB dengan Nadia ;) Nasi goreng Nadia sedapp~~

p/s: i just knew that Nadia dan Mumtazah Maridi yang juga meninggal before ni (juga disebabkan jangkitan pada otak) adalah schoolmate.

will be missing u, mate~

6 comments:

Nurul Ain Jamari said...

Mohon share...sebab dia....memang a very dearie friend...

siti sarah aisyah said...

sure. silakan~

Diana said...

Maaf, saya nak betul kan...Nadia xde demam, die hanya sakit kepala....Diana

siti sarah aisyah said...

oh ye ke diana, ok jap betulkan. sorry n thanks betulkan.

Diana said...

Maaf, sye bru terperasan...sakit nadia is meningoencephalitis...bukan meningitis

siti sarah aisyah said...

ok done :)