Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 October 2015

Bercuti di Cameron Highland

Sepanjang hidup tak pernah pergi tanah tinggi cameron. Kesian kan?

Jadi bila mak ajak ikut rombongan sekolah dia.. laju je aku iyakan.

Hari pertama


bertolak dari rumah kira kira 10 lebih. Kami decide untuk ikut simpang pulai. Pertama, sebab katanya lebih ok berbanding tapah. Kedua, sebab kak siti nak pass barang ke kawan dia kt Ipoh. Maka dia setkn kawan dia supaya bertemu di dalam perjalanan.

Sepanjang perjalanan berliku liku. perlahan lahan udara menjadi semakin sejuk.. Zzz.. sejuk smpai mengantuk. Sebenarnya dah start rasa bergelodak perut.. mungkin sebenarnya da pening kut.

Lepas dua kali tidur.. sampai la ke Kg Taman Sedia, Brinchang. Sampai dalam jam 2 rasanya. Check in letak barang semua.. keluar semula. Lajak tengok tanah rata dan beli beberapa barang. Patah balik naik Brinchang sebab baru ingat Sabtu malamkan ada pasar malam kat sana.

Lepas membeli belah sayuran, kami pun bergerak pulang ke chalet. Layan strawberi sat.


Malam tu ketika orang duk bersiap sebelum main event.. aku and the sisters ronda kampung sat. Tidak dpt dinafikan Cameron Highland time musim hujan sejuk dia makaih... zzz...

Makan steamboat & grill .. nyum nyum. Hehehe. Tapi sbbkan agak kelewatan program start.. maka, aku sedikit mengantuk meskipun program belum berakhir.

Esok, free & easy. Yeay.

Hari kedua

Ya ampun sejuk dia, menggigil kut. malam tu aku tidur dengan baju 2 lapis, seluar pun 2 lapis. Pastu selubung dalam selimut tebal~

Paling kagum dengan ayah, mak cakap semalam dia tidur lewat. 2.30 atau 3 pagi, duk sembang dengan geng-geng lelaki sekolah mak. Tapi, pagi tu jam 5 lebih sebaik je azan Subuh dia da bangun pi mandi dan ke surau yang perjalanan nak kesana tak sampai seminit berjalan kaki.

Kitorang anak beranak perempuan ni semua duk menggeliat lagi dalam selimut tengah berlawan dengan syaiton dan nafsu untuk buang selimut. woaha~ sejukkkkzzzz....

6.30 pagi kami semua siap dah solat dan dah panaskan air cerek. Kat Marina chalet tu, dalam bilik ada tv dan toilet ja selain katil. Cerek letrik dan pantri centralised. Kena makan minum kat ruang luar. Pagi tu jam 6.30 kami sekeluarga ja dah kat ruang tu. Maka buat macam dapur sendiri lah, aku pun keluarkan lah semua makanan yang tak abis semalam dan makanan-makanan lain yang kami bawa. Sekali, lepas kami duk berkumpul ramai plak cikgu-cikgu dan keluarga lain keluar. Mak pun dah mula nak memasak nasi goreng.

Jadinya, lepas menghirup secawan kopi, aku pun terus angkat punggung, biar geng-geng senior plak amik turn makan. Aku, Kak Siti & Najihah memulakan perjalanan brisk walk kami :D


Jalan + slow jog Kg Taman Sedia tu kan, hilang sikit kesejukan. Pemandangan mashaAllah indahnya. berkabus-kabus (walaupun aku syak lebih banyak nya jerebu !== dari kabus) Bersenam sambil layan view, sambil angin sejuk-sejuk gitu. Bila dah penat akibat tetiba lari laju, cakap pun tetiba da berkabus. Haa.. feeling sangat. Tangkap-tangkap gambar.. then, balik ke chalet. Tak dapat pergi jauh memandangkan ayah cakap 9 pagi dah kena gerak keluar. Takut jem kat pekan Brinchang dan Kea Farm.

Keluar dari Chalet, singgah pasar tani di pekan Brinchang, seberang jalan dari pasar malam yang kami singgah semalam. Tengok-tengok. Beli beli.

Jalan sikit cari kedai nak sarapan (walaupun tadi dah sarapan kan jam 6.30) haha. Sarapan pagi tu nasi lemak 4 pinggan, bihun sepinggan, kopi o panas 2 cawan, teh o panas 3 cawan. RM17 semua. Harga tu aku rasa bukan masalah, tapi rasa dia. Nasihat aku, nak g cameron masak la sendiri, lebih gembira. hehe.

Jalan depan sikit singgah pula di Kea Farm. Tapi nak ke Kea Farm tu memang bercinta betul. Jem makaih. Okla dapat tempat, jalan-jalan dan tengok-tengok dan beli-beli. Hehe.

Lepas Kea Farm dah ok dah tak jem sangat jalan, cuma kadang-kadang kalau jalan tutup tu memang kena menunggu jugak lah. sebab diorang tengah construction apatah kat sana. duk perlebar jalan barangkali. Selepas tu singgah plak kat Lavender. Oklah tempat tu sesuai la untuk orang minat tangkap gambar. Masuk RM6 adult. Tak sesuai untuk orang tua sebab jalan dia panjang sangat, boleh bikin sakit kaki.


Last sekali singgah kat pekan trinkap. Asalnya nak hilangkan mengantuk. Tapi tengok ada toilet pulak. So, singgah lah. hehe. 20sen sekali masuk. Tak ada yang menarik sangat lah kat situ. Barang kat sana aku rasa setiap persinggahan tu, sama ja. Duk repeat hat tu jugalah. !==

Lepas Kg Raja (dah masuk kawasan Perak) baru lah jalan kosong yang panjang. Cuma kadang-kadang ada nampak pondok orang asli tepi-tepi jalan duk jual madu dan kelulut. Ada juga yang menjual barang-barang buatan buluh. Caution: jalan panjang, bak ular dipalu sangat mengantukkan. hati-hati memandu!

Camtulah cerita hujung minggu di Cameron :P

No comments: