Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 October 2015

PLUS Ronda

Selain dari pertama kali mengunjungi Cameron, nampaknya weekendku terus dihujani dengan beberapa lagi perkara yang pertama kalinya~

Sesampai di Kampung Gajah dari Cameron adalah kira-kira jam 4 petang. Emak menumis sayur yang baru di beli segar di pasar tani Brinchang. Lauk pauk hanya di beli di pekan Batu Gajah. Kami tak jadi singgah memandangkan ada lebihan nasi putih yang banyak dari program malam sebelumnya. Selain itu, ayah cakap takut kami kelewatan nak balik ke PJ lagi.

Lepas makan, rehat sebentar. Tidur dan kemudian bersiap-siap untuk pulang ke PJ. Junior silat kak Siti, Zati nak tumpang sama. Jadi nak taknak memang kami kena bergerak malam tu juga. Ada orang nak tumpang kann.. kena lah berdisplin sikit :D

Perjalanan ok saja, relatifnya agak laju. Singgah di masjid untuk qasar solat Isyak dan di Shell langkap untuk isi tangki minyak. Aku memandu sampai ke exit masuk PLUS Slim River. Walaupun telah berbekalkan white cofee segelas, tetap tak dapat nak membantu mencelikkan mata.

Giliran kak Siti pula memandu. Sepanjang kak siti memandu di highway tersebut ada beberapa kali juga aku terlelap, lekas lekas aku ambil jagung bakar makan sebutir-sebutir untuk elakkan mata layu, biarkan mulut terus bertugas. Sebenarnya aku ada juga berhasrat nak memandu sehingga PJ memandangkan kak Siti tak sihat. Tapi sebab dah mengantuk sangatkan, untuk mengelakkan kejadian yang lebih merbahaya perlu lah pertukaran tersebut.

Sampai di antara exit Rawang dan Sg Buloh (U) tiba-tiba kak Siti terlanggar sesuatu ketika sedang menukar lane dari kedua paling kanan ke kedua paling kiri (jalan highway kat situ kan dah 4 lane sekarang) aku tanya, langgar apa, dia cakap entah. Tak lama selepas pelanggaran aku dengar bunyi meletup dan mula bunyi bising di tayar belakang. Aku syak mesti tayar pecah, cepat-cepat suruh kak siti ke laluan kecemasan. Berhenti. Pasang lampu hazard.

Lebuhraya adalah sangat sibuk semalam, taktau lah kenapa, sedangkan dah jam 10 lebih masa tu. Jadi agak susah lah pemandu nak buka pintu. Lagi-lagi baru-baru ni ada banyak kes kemalangan di hiway. Aku pun keluar untuk memastikan syak wasangka yang bermain di fikiran aku. Bila keluar, tengok tayar, memang sah! Tayar dah pecah, siap terbelah lagi segaris kat situ.

Aku pun hanya terfikir satu, PLUS Ronda! Untuk perhatian kalian semua, bleh la save number 1800-88-0000 jika memang pengguna tetap hiway Plus. Secara logiknya sebenarnya memang mudah, kalau tayar pecah, tukar je tayar spare habis cerita. Tapi, takdapat lah nak buat perkara tersebut di hiway yang sibuk itu. Merbahaya ok. Lori pun memandu macam F1. uih seriau.

10.43 aku call Plus minta bantuan, dalam 11.20 diorang sampai. Disebabkan kemalangan berlaku di antara exit Rawang dan exit Sg Buloh arah utara. Maka PLUS Ronda yang dihantar adalah dari Rawang. Untuk kes macam ni, jangan lupa take note KM jalan yang biasanya ada di tepi/ tengah hiway. So, senang untuk pihak PLUS cari kita. macam kes aku, berlaku di KM450.4


Sat ja brader PLUS ni setelkan tukar tayar. aku rasa dalam 10 minit macam tu jer =.=

Lepas ucap terima kasih semua, maka kami pun bergerak seperti siput menuju UM untuk menghantar zati (memandangkan tayar spare adalah kecil berbanding tayar normal maka takleh bawa laju, 80km/j saja). Ah, hari yang panjang~

Eh eh, ingat dah habis ada kes lagi? ok nanti sambung next episod

No comments: