Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 July 2016

Selamat bersara, Teacher Miskiah!

Hari ni adalah bersamaan sambutan hari bersara mak.

Mak masa mula-mula posting mengajar di SK Bukit Belimbing, 
sweet 22 gitu!

Mak telah menjadi guru sejak, 1982. Dari Sk Bukit Belimbing, SK Jeram, SK Dato' Sagor, SK Pasir Panjang Ulu dan akhirnya SK Kota Setia. Menjadikan keseluruhan perkhidmatan mak dalam bidang perguruan adalah 34 tahun.

(Pergh lamanya kerja! aku yang baru 7 tahun pun rasa makin lemau)

Sebenarnya, tarikh persaraan mak adalah 30 Jun yang lalu. Masa Ramadhan. Tapi majlisnya tunda ke hari ini.

Aku dan mak ketika umrah pada 2014.

Mak yang aku kenal adalah seorang yang sangat dedikasi dalam mengajar. Walaupun aku belajar secara official dengan mak tak lama iaitu pada darjah 6 menggantikan guru yang sedang cuti bersalin. Tapi, aku rasa mak garang! hahaha. Pernah sekali kena cubit sebab tak siap kerja. Pastu balik rumah aku kondem, sebab mak cubit aku lagi sakit berbanding mak cubit kawan aku. Hahahaha..

Mak suka buat macam2 untuk membantu anak2 murid belajar. Dulu masa masih mengajar di SKDS dan baru berpindah ke SKPPU ramai juga yang minta mak ajar tuisyen. The tuisyen last for several years juga. Mak ajar sebab nak tolong je lah, bukan nak side income sangat pun. Sebab aku dengar RM30/month jer mak ambil untuk each student. Tak dapat rate tu kalau kat PJ nih.

Aku rasa ahli yang paling perform dalam Villa Oren Kg Gajah tu adalah mak! Sebab mak paling rajin di antara semua ahli yang lain. >.<

Walaupun mak sangat berpengalaman berbanding anak-anak tapi mak selalu layan jer cerita2 anak dia yang baru nak merasa hidup nih, pastu cerita macam paling hebat. (Walhal semua mak dah lalu dah dulu) Kira nya pendengar yang bagus lah mak nih.

Mak juga tak pernah mengehadkan keinginan anak2 yang selalu ingin mencuba. Sebab mak dulu selalu terhalang untuk buat sesuatu oleh parent, jadi bila sampai tang anak2 mak cuba untuk tak halang dan biar anaknya mencuba jatuh dan bangun sendiri setelah tahu itu sakit.

Terima kasih mak untuk seluruh pelajaran dan pengajaran terbaik dalam menata hidup ini.

Terima kasih teacher miskiah, andalah cikgu terbaik selepas pengalaman.

Aku dan mak, 2010.

Selamat bersara Guru Besar Hjh Miskiah bt Yunus ^^,

Maaf tak dapat sertai hari bersara mak.
Semoga mak terus diberi kesihatan berpanjangan dan kelapangan hati dalam meneruskan kehidupan bersuri-rumah tangga. ^___^
Terus sabar dan kuat untuk beribadah mak! Moga Allah hadiahkan syurga untuk mak atas kesabaran dan ketabahan mak membesarkan kami 6 beradik dan juga seluruh anak murid mak selama ini.

Amin.

No comments: