Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

16 May 2017

Assumption Kills

Merasa jatuh bukan lah membawa maksud Allah tidak sayang. Sedang sebenarnya itulah tanda cinta Allah kepada kita. Allah tidak kejam bila memberi kita jatuh, kerana Allah lah yang lebih tau bahawa jatuh itulah titik kembali hamba yang lupa ini kepadaNya.

Tinggal marilah kita petik hikmah pada kejatuhan itu. Tertegun seketika tiadalah salahnya, andai kelak kita beroleh satu akhlak yang lebih mulia dari sebelumnya.

Dalam banyak hal dan masa di sejuzuk kisah kita yang hidup sebagai manusia ini, kita dipengaruhi oleh sangkaan-sangkaan. Yang sekadar bermain main pada persekitaran otak kita yang singkat dan langsung tak dapat menggapai makna setiap kejadian tuhan.

Dan sesungguhnya sangkaan-sangkaan ini lah pada banyak masanya menjadi sebab penghancur keadaan, Kita hanya bersangka tanpa langsung mencari benar salah sesuatu perkara. Dan dari sangka sangka yang kecil kita biarkan dan membukit. Lalu entah setelah tinggi gunung apa sangkaan itu di kumpul-kumpul. Meletuslah pecah oleh sedikit saja lagi kesilapan kecil.

Maaf. 
kerana pernah memberi ruang untuk kalian salah sangka.
tetapi jika pernah terbit sangka2 itu dan kalian merasa hairan, kemarilah dan tanyakan kepadaku. Kerana aku juga manusia yang tak pernah mampu membaca sangkaan kalian. Belum juga lagi aku belajar ilmu membaca pikir manusia.
Janganlah disimpan sangkaan itu sehingga menjadi luka dan bernanah. Langsung tak mampu aku hilangkan parutnya kelak.

Maaf. 
kerana candaku, kau akhirnya menganggap biadab. Tak sangka negeri kita tak sama bahasanya, tak kenal kau agaknya akan lirih senda orang kasar seperti aku.

Maaf aku juga salah. 
kerana aku juga sebenarnya bersangka yang kau kenal akan aku. 

Dan benarlah sangkaan itu membunuh. 

15 May 2017

. . .

Tak dapat tidak,
ada masanya, pada ruang-ruang penulisan sang penulis,
dipenuhi draft lebih banyak dari yang di paparkan pada khalayak.

hai ide.
dimanakah kau?


05 May 2017

Sibu (Day 3rd)

Kira-kira langit Maghrib di Sibu, aku pun tiba. 5.45 kan terbang, dalam 6.20 macam tu kut sampai kat Sibu. So, sampai-sampai je, ambil beg then terus cari kereta sewa. Usha2 kereta, boleh dapat kancil manual RM90. Sebab asalnya RM100, cuma sebab kitorang akan sewa tu tak sampai sehari, jadi dia bagi diskaun la RM10. Eh ofcourse bukan aku yang pandu! haha.

Dari airport kami pun menuju ke Hotel Paramount Sibu. Kurang lebih 33 minit. Tapi hujan teruk juga semalam dari airport. Alhamdulillah berjaya diharungi dengan tabah. Sampai hotel, parking terus check in. Imah cakap ada kedai burger sedap kat bawah hotel ni. Maka, kitorang pun refresh lama sikitlah kat atas tu. Siap mandi solat semua, baru turun cari makan.

Imah order burger, aku nampak ada mi kolok, ini lah masanya! Maka aku order mi kolok! Tak tau la apa yang sedap sangat mi kolok yang diperkatakan ramai ni. Pada pendapat aku, rasa dia macam biasa je lah. Macam wantan mi kicap je kalau kat semenanjung. Tapi ofkos la takdak wantan dia kan. (Lol, oklah macam rasa mi kicap.. hmm)

Balik makan tu terus naik hotel, dah tak lelah bertahan dah. 2 hari straight bangun 3 pagi memang sakit kepala. Terus tidur.

Khamis,

Pagi-pagi, turun makan dulu. Hotel ni include breakfast kan. Lepas tu terus cari pump station. Lepas pam, pergi kerja! Ingat macam semalam laju je boleh siap, semalam sejam setengah je kut, dah setel. Hari ni ada problem pulak. 2 jam jugak tadi duk godek2.

Pukul 11 bergerak balik untuk check out. Lepas checkout, berpusinglah kitorang kat pekan Sibu ni duk cari makanan halal. Siap google ok! 'Makanan halal di Sibu' dan boleh pulak diorang rekemen satu restoren ni, kitorang pun gigih pergi, eh eh alih2 tak halal, dia cakap kalau nak halal boleh pergi restoren kasturi kat tingkat atas. Kitorang pun naik, macam aneh je kedai ni. Oklah, xpelah kita cari kedai lain.

Last resort? Memang KFC lah citer dia! haha.

Tentang Sibu? Aku baca-baca depa cakap Sibu ni Hongkong Malaysia. Haa.. Aku duk bercakap dalam hati, eh eh macam ss2 je sibu ni. Memang most people kat situ adalah chinese. Restoren pun memang restoren cina ja bersepah kat sana-sini. Selain tu? Oklah maju gak Sibu ni (kalau nak compare dengan Bintulu) Mengikut pembacaan aku jugak, Sibu ni adalah pekan (or bandar?) ke-3 terbesar di Sarawak selepas Miri dan Kuching. Sebab tu juga, tahun 2017 merupakan tahun melawat Sibu. Ha apa lagi, datanglah Sibu u oll! ^^,

(Masa aku order KFC tu adik tu duk cakap sarawak dengan aku. Setakat sikda tu boleh lah akak faham dik. Sekali dia cakap 'itu je?' dalam bahasa sarawak, memang aku pun.. haa??? Muka sarawakkah kamik?)

Airport Sibu,
MAS Wing MH3806.

03 May 2017

Bintulu (Day 2nd)

(Ok letih plak nak reka ayat berdrama kan. So kita buat biasa je lah kan. Puas hati sikit. Haha)

Semalam malam, aku pi makan kat warong nusantara pekena nasi goreng special sarawak. Peh, recomended! Ada terubuk masin ok. 1/3 dari sekor terubuk tu di persembahkan untuk menjamu selera. Erm dapnyer!! (Tapi makan malam kn, mana lah mampu nak habis. Jadinya postpone untuk sarapan sekali 😂, ok ar kut RM9.50 utk makan dinner and breakfast.lol)

Eh nak citer Bintulu kan,

Flight aku pagi tu 6 pagi Air Asia, imah naik mas wing 6.30 pagi. Memang 4 pagi sepatutnya kena keluar dah dari hostel sebab nak kena check in beg dan pulang kereta. (Ok sebab James ni macam akan sampai lambat je utk claim kereta dia, aku tinggalkan je kunci dalam kereta dia. Haha)

Bintulu menyambut dengan sinaran mentari yang berwarna jingga dan lapis lapis awan karpet yang membuatkan kita terbayang akan syurga! Subhanallah. Luar biasa.

Hari ni kerja di Pejabat Tenaga Kerja Bintulu, sekejap je kerja dah setel. Untuk di Bintulu ni memang tak plan nak bermalam, jadinya kami ambil teksi saja. Tapi dah habis awal pulak. Call la teksi minta hantar ke airport semula. Nasiblah pakcik tak gerak jauh lagi. Airport ke PTK 30minit juga!

"Uncle, apa menarik Bintulu?"
"Tak ada apa"

😂😂 memang jadinya kami pun xda selera dah dengan Bintulu. Duk sembang ngan pakcik je la. Pakcik ni cakap dia bawa teksi dah 30 tahun. Dia tunjuklah kawasan2 yang 20 tahun dulu masih hutan banat.

"Nanti lagi 10 tahun dah jadi bandarlah tempat ni"
"Ye ke pakcik? Oklah 10 tahun lagi lah saya datang lagi" 😅

Pakcik cakap, kalau dari Bintulu nak ke Kuching naik bas, 10jam! Tiket sehala Rm80. MasyaAllah ya ampun. Aku amik bas KL-Penang ritu pun da semut2 kaki. Tu baru 4-5 jam.

"Tapi kalau ada Hiway Borneo nanti mungkin boleh laju sikit. Sebab sekarang jalan ada satu lane saja"

Pfft, nak muntah pulak aku dengar jalan 10 jam lane ada sebatang je.

"Bila tu nak ada hiway?"
"Tak tau lah. Tapi berita pasal nak bina hiway ni 30 tahun dulu saya dah dengar"

C'mon pok jib, apa cerita ni sarawak kesayangan!

"Jomlah saya tunjuk rumah panjang"
Eksaited tau aku bila dia nak tunjuk rumah panjang! Selama ni tengok kat taman mini je kan.

Tapi sayang, tinggal rangka je. Taktau sama da diorang nak tambah baik atau memang nak demolish. Sedih plak! Pakcik tu siap cakap dia boleh cakap iban jadi kalau nak usha2 rumah tu dari dekat dia boleh nak kawtim 😭

So macam tu je la perjalanan di Bintulu. Bintulu ni tempat dia sendu je. Oil & gas company banyak la. Tapi menjanjikan peluang pekerjaan terbesar di Sarawak! Kata pakcik tu lah.

Itu jelah perjalanan kat Bintulu. Patut pukul 5.30 flight depart ke Sibu. Tapi delay. 5.45 baru dapat masuk kapal.

Bye Bintulu. Jumpa 10 thn lagi?
😎

1002, Hotel Paramout Sibu,
Jalan Datu, Sarawak.

02 May 2017

Kuching (Day 1st)

Kuching menyambutku dengan awan hitam dan gerimis.
Apakah sedih atau terharu dengan kedatanganku.
Pemandangannya sejuk dan sayu.
Oh bau hujan!

James membawa Kancil walaupun pada asalnya menjanjikan Viva untukku.
Syukur masih ada, dari tiada.
Tapi maafkan aku James, sudah di saman Kancilmu !==

Bangunan Binamas yang tegak tinggi kelihatan jelas dari Jalan Padungan.
Dan disitulah tempat aku menghabiskan hari yang pendek untuk tugasan yang panjang. *sigh*
Terima kasih kak Norlia sudi meneman kami makan Mi Kolok dan Laksa Ambal di Icom Square.
Juga meneman kami check in di My Place Hotel & Lodge.
Kawtim lagi kitak kak sama adik kaunter.
Terima kasih juga kepada Talib, Kak Kathy, Mr Hii, Kak Rowina dan semua yang begitu mesra menyapa kami yang singgah.

Terima kasih.

Kuching,
mungkinkah kau akan muncul lagi lewat mimpi2ku dimasa depan?

via wifi @ Room 203,
My Place Hotel & Lodge,
Jalan Padungan, Kuching.


30 April 2017

Sepetang yang sedih bersama kak wani

Sebenarnya tak bercadang untuk ke KLIBF tahun ni. Memandangkan sejak sekian tahun, buku buku yang dibeli banyak tak terbaca. Dan sejak itu sebenarnya, aku menahan diri dari ke KLIBF. Bukan apa, takut-takut terjatuh ke kategori pembaziran.

Tapi beberapa hari yang lepas adalah birthday kak wani. Dia ajak ke KLIBF. Tak sangka terjebak! Pagi tu masa kak Siti tanya, confident aku cakap taknak ikut, tapi petang tu, bila rasa macam ah betapa tak produktifnya Sabtu ku, maka laju2 aku join.

Pergi agak lambat juga. Pukul 3 lebih baru nak keluar makan lunch. Singgah di Jaya One untuk lunch. Makan, eh dah Asar. Maka, bergerak terus ke NU Sentral dan park kat sana. Solat Asar, kemudian baru cari KTM menuju stesyen Putra. Train kitorang naik ni, oklah lengang je. 

Sampai je kat Putra, (which is several station je from KL Sentral and it just RM1.80!) masyaAllah ya ampun, ramai gila orang beratur nak balik. Sampai ke tangga depa beratur nak beli tiket KTM. Kira macam kami sampai ni, cross the wave la. Orang dah balik kami baru sampai. 

Betul2 sampai depan pintu KLIBF tu, jam 6 petang! (Ok, jauh jugak berjalan nak ke PWTC ni ya bila hujan) Maka, set time dengan Kak Wani, jumpa balik kat pintu jam 8 malam. So ada 2 jam untuk peek-a-boo dengan buku2. Aku gerak dengan Kak Siti.

Sebab jalan tanpa any idea nak beli buku apa, maka kitorang singgah je lah kedai2 yang ada. Dah tak tau apa menarik, singgahlah ke booth imanshoppe (4090-4095) Eh eh banyak pulak nafsu melihat buku-buku kat imanshoppe ni. Ahaha~ Selain imanshoppe, IBTM dan Dubook la another 2 kedai yang berjaya menggamit hatiku untuk melakukan transaksi jual beli. (Ada jugak hasrat di hati nak singgah mustread, dari jauh buku dalam wishlist aku tu terpampang jelas. Tapi sekatan masa dan wang, aku bypass je lah)

Walaupun plan nak jumpa jam 8malam kat pintu KLIBF, tapi nampaknya pukul 730 dah jumpa kat surau PWTC ^^, Alhamdulillah, kak Wani pun dah penuh tangan dengan plastik buku. Misi berjaya diselesaikan dalam tempoh 2 jam.

Pukul 8 kami pun bergerak pulang, perut masing-masing pun dah lapar. Sampai persimpangan antara nak naik KTM atau STAR, sebulat suara nampaknya memilih untuk naik KTM, dan makan di NU Sentral. Time balik ni memang boleh kira beberapa orang je lah gerombolan di belakang kitorang. Memang lain banyak la amount manusia kalau nak compare dengan masa kami datang tadi. (Jadi kalau korang nak datang, sila lah datang odd hour ye kalian, Asar-Maghrib. Hehe)

Cerita Sedih bermula

(sekeping je gambar sepanjang the trip, sungguh kuberasa begitu dewasa dan tidak bbnu)

Maka, kami pun menunggu penuh sabar, gerabak komuter yang menuju ke KL Sentral. Tengok kat skrin, mulanya ETA 8.21 lepas tu 8.23 lepas tu 8.27. Aik, lain macam ni. Tak lama lepas tu, ada announcement bagitau ada short of power supply. Jadi semua perkhidmatan komuter tergendala, dan meminta penumpang mencari alternatif lain untuk ke tempat yang dituju. Ok fine! (dalam hati yang sedih dan lapar) Maka berbondonglah manusia bergerak keluar dari KTM Putra.

Tak boleh tahan dengan kelaparan, kami pun makan di Sunway (depan PWTC tu). Setelah tu barulah sambung lagi berjalan ke STAR. Sebelah PWTC je STAR ni. Dengan confident yang datang dari mana, aku lead the way. Aku tak tau pun apa nama stesen STAR yang kitorang berada tu, tapi dengan confident aku lead the way. (Walaupun terang-terang kat situ dah tulis, Putra Height is another platform. Haha) Makanya, naik STAR, hala yang bertentangan dari destinasi. LOL. 

Nasib la the immediate station adalah Titiwangsa, dan interchange dengan monorail. Ok, decided, turun Titiwangsa dan terus menuju ke KL Sentral using monorail je. Ha amik kau, pusing lah all the tren kat KL! RM3.40.

Dan sampailah kami ke NU Sentral semula! 

the sad part. penat gila kut berjalan berjalan dan berjalan.
the best part. so, we knew a new route untuk ke Putra via monorail!

the sad part is there, so do the best part. Thus, just enjoy both! 

Selamat Membaca! Membaca jambatan ilmu. Ilmu Suluh Hidup. Hagituh!
till then~ 

22 April 2017

Love Spark in Korea

a.k.a Jilbab Traveler

Akhirnya, ingat tak aku pernah tulis tentang movie ni? Haa.. dapat jugak layan! Alkisah, balik ke Kg Gajah dan siaran televisyen tak ada! Sigh. Walau demikian, Alhamdulillah connection internet masih mantap gitu! (Harap maklum ya, Kg Gajah tidaklah begitu pendalaman. Ahaha)

Makanya, dapatlah layan the next Morgan Oey movie! (Dah macam Nicholas plak rasa, dulu masa minat Nicholas -ok skrg pun masih minat- habis semua movie dia digali dan ditonton)

Dan,

Baluran!! MasyaAllah cantiknya. Baluran National Park a.k.a Africa Van Java. Mampu? Ahh.. Berlatar belakangkan Gunung Baluran (ke Gunung Raung?).

Walaupun, tajuk cerita dia Korea kan, tapi kenapa Baluran jugak yang menjadi watak utama? Ahaha, tapi sebenarnya Baluran memang watak utama, love spark je kat korea, tercipta kat Baluran. Ha gituh, menjiwai sangat.

Kesimpulannya, Indonesia itu indah banget! Adem~

#bias #wonderfulIndonesia

Komen cerita? Tipikal lah, but the view from most of the scene, priceless! i tell u, priceless!


Ayah, terima kasih..

sendirian menempuh perjalanan mengelilingi sebuah negeri
akan terasa lebih indah jika dinikmati dengan orang2 yang kita sayangi, 
Baluran menjadi istimewa, menjadi momen abadi kerana ayah menikmatinya bersama ibu, 
wanita yang ayah cintai.

mungkin ini yang aku cari selama ini,
momen ini, momen abadi, milikku sendiri

Till next movie. aha!

21 April 2017

You are just on time.

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua.. 👇🏼

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kawin 20 ribu belanja,sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Wallahua'lam..

14 April 2017

Korban rasa

"Dulu korban sebab laki, sekarang korban sebab abang plak.."

Sedih gak citer member ni. Dia kawen, lpstu cerai. Masa dia kawen husband dia duk minta beli kereta. Jadi dia beli atas nama dia, guarantor abang dia.

Bila bercerai laki dia xmau pulang kan kereta. Sampai sekarang dia xpernah da jumpa laki dia ni apatah lagi kereta dia. Maka dia pun tak bayar lah kereta.

Alih2 tahun ni, kena sound ngan abang dia. Sebab bank dah nak isytiharkan muflis dah (abg dia penjamin kan) Nak xnak dia pun duk turun naik la pelbagai bangunan untuk bayar balik jugalah kereta yang takdak ditangannya untuk menyelamatkan abang dia dari di isytihar muflis.

"Bayar buta je lah. Kadang-kadang sedih gak lah.. tapi tu lah, sabaq ja lah.."

😢😢😔
#kisahKehidupan
#bersyukurApaAdanya

Life will be good aite?

09 April 2017

Terfikir jugalah.

Hai semua, selamat petang! Maaflah lama tak bersiaran seperti dikala muda mudi dulu. Sejak sejak dah tak ada internet kat rumah ni. Jadi mood nak membuka laptop ni mmg kelaut teruk.

Ok petang nan syahdu ni, (sebab td baru je beramah mesra dgn family and now semua dah balik ke pgkuan rumah masing-masing) aku pun berkesempatanlah buka group wasap sekolah. Then sebuah cerita menangkap perhatian aku. Kisah usaha seorang kawan aku yang nak mencari jodoh, dimana akhirnya dapat tahu lelaki yg baru dia nak kenal tu rupanya suami orang.

Dan the drama begin.

Alkisah wife dia nampak husband dia duk berchat dgn member, then terus dia contact member ni bgtau laki tu sbnrny husband dia. Baru setahun kawin dan dh ada anak. But the husband side, lepas kantoi dgn bini dia tu, kawan aku pun nasihatkn lah suh value skitlah perkahwinan diorg kn. Laki dia plak ckp sbnrny dia mmg dah bergaduh ngan wife dia and bila dia duduk sendiri dia mula fikir yg dia kawen ngn wife dia sebab kasihan je. Dan dia rasa dia da tersalah dan nak start anew. Ok i feel like pfft. Duh, ni bukan game lah bang 😣 frust leh restart.

Maka, aku pun mula terfikir kisah ni.. dia cm da ala2 cari kerja lak bila da bosan kerja lama. Nk cr kerja baru xleh trus berhenti. Kena stdby keje baru dulu bru boleh tender resignation letter.

🤔 oleh itu, adakah isteri spt kerja? Yg hanya di kejar ketika tiada. Dan di lupakan bila sudah bosan/inginkn yg lebih baik?

🎶Terlalu Sadis Caramu
Menjadikan Diriku
Pelampiasan Cintamu
Agar Dia Kembali Padamu
Tanpa Perduli Sakitnya Aku🎵

Oklah itu je lah siaran hujung minggu dari aku. Aku doakan korang yang dah kawen di hindarkan lah dari cerita cinta 3 segi sebegini. Dan utk yg bujang pun, berhati hatilah dalam mencari pasangan. Kita tak mahu jugalah kisah spt 'deritamu bahagiaku' an..

walau bagaimanapun, jika benar terjadi sesuatu yang sangat2 kita taknak.. percayalah Allah tahu kemampuan kita.

💅 xoxo.

29 March 2017

ketahuan

Dari kecil muda aku sering dilabelkan sebagai skema, nerd dan seangkatan dengan nya, well i think its true somehow!

Aku rasa, manusia yang skema ni fall into 2 type of person.

1. Memang skema sejak azali.
2. Tak boleh tak skema, push to be.

Dan aku rasa, aku no.2 Hehe.

Sebab? sebab aku bukan tak pernah nak cuba buat benda-benda tidak skema a.k.a break the rule, dan biasanya percubaan melakukan perkara tersebut akan kantoi pada fasa2 awal. Aku pun tak faham kenapa, tapi macam tu lah. Menjadikan, aku pun takut dah nak buat, takut ketahuan!

Macam beberapa waktu yang lepas, keluar dengan klik sebab boss pi meeting. Jadi lunch panjang sikit. Elok je nak naik lif, terserempak dah kau dengan boss! dia ngam ngam baru habis meeting :D Haaa.. macam tulah.

Jadi, hei gais.. tak susah pun nak ikut peraturan~ gaji berkat, akhirat pun insyaAllah selamat.

Sekian.

28 March 2017

Hilang.

1 Jun 2012,
http://merentashorizon.blogspot.my/2012/06/smart-phone-hilang.html

12 Jun 2015,
http://merentashorizon.blogspot.my/2015/06/telefon-bimbit.html

25 Mac 2017,
Akhirnya sekali lagi aku merasai perit saat mendebarkan kehilangan Si Samsung! Kali terakhir aku online dan melihat beliau, adalah pagi Sabtu 25 Mac sebelum MAWK PJ. Dan setelah itu, langsung tak kelihatan kelibatnya di mana-mana.

Benarlah jodoh itu ada tempohnya.


Till we meet again Sam!

25 March 2017

of mesyuarat agung (2) and Makcik Aziah

Hari ni is the day, sila harap maklumlah, jika anda katakan anda penggiat aktiviti persatuan, maka mesyuarat agung tidak dapat berpisah dari anda. sekiranya anda bergiat tetapi tidak ke mesyuarat agung, maka tanyakan lah balik, apa sebab asalnya anda berpersatuan. kerana menghadiri mesyuarat agung adalah sumbangan terkecil ahli kepada persatuan.

(pergh kasara tetiba kan nak bersemangat persatuan sangat.. kasi chance plis deknon!)

Tahun ni, tahun pertama lah berhempas pulas menjayakan mesyuarat agung, mencemaskan tetapi interesting to do! an?

Oh dan tahun ni, merupakan mesyuarat agung yang sedikit istimewa memandangkan tahun ni ada perlantikan Ketua Wanita baru, sebab mak cik Aziah telahpun berpindah daerah.

Bertahun-tahun duduk di PJ, aku banyak mengenal dan belajar dari makcik-makcik dan kakak-kakak di daerah. Semua tak ada yang perfect tapi mereka melengkapi sesama mereka. Tak ada yang tak sibuk, tapi mana yang kurang sibuknya terus menghulur tangan membantu yang lebih sibuk.

Subhanallah.

and here goes the late ketua wanita, makcik Aziah!

Sangatlah membanggakan melihat komitmen makcik dalam menggerakkan wanita daerah. Selain sentiasa turun padang untuk program-program wanita dan wakil wanita, makcik Aziah juga banyak memainkan peranan besar dalam pengurusan masa dan dokumentasi program/mesyuarat.

Aku kira tanpa mak cik Aziah, barangkali perjalanan mesyuarat hari ini takkan selancar tadi. Alhamdulillah.


Farewell makcik, semoga makcik terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan tugas-tugas dakwah di daerah yang berbeza tetapi insyaAllah semangat dan komitmen yang sama atau lebih baik. Terima kasih makcik, sangat banyak membantu dan sudi tunjuk ajarku sifu! ^^, 

Semoga dapat berjumpa lagi di program-program akan datang. 


Dan tak dilupakan terima kasih juga kepada tangan kanan dan kiri kami, cik pencatat minit! the Khadijah. (Dua-dua pencatat minit tahun ni nama sama! Siti Khadijah, yang berbeza nama bapa je.. mungkin nama Siti Khadijah ni memang berbakat menjadi setiausaha agaknya ya! Sebab bekas setiausaha wanita dulu pun nama Siti Khadijah juga. Ahaha~)


Takziah untuk perlantikan jawatan kepada Dr Normah. Semua tahu tentang kesibukan Kak Nom, tapi semua juga tak dapat menidakkan komitmen Kak Nom terhadap jalan ini InsyaAllah. 

Selamat memimpin Kak Nom :) 

Pesanan kak Nom sangat menyentuh hati, 
"Sekiranya kita mampu untuk tidur malam, sebenarnya VISI kita belum cukup hebat, 
andainya kita tak mampu tidur maka VISI itu sungguh hebat sampai kita tak mampu tidur"

Terima kasih juga untuk barisan AJK yang banyak membantu dan semua ahli yang hadir mencukupkan korum ^^,

(Ok, sekianlah ucapan ala-ala menang award..)

Oh ya kawan, jangan lupa register untuk program Beroga 5+1 k! Jumpa kakak disana! 
(Jumpa kat puncak je ok, jangan cari kat jalan, kakak biasanya yang semput tu! kihkih)

19 March 2017

random rant.. again

Hari Jumaat lepas merupakan hari pernikahan sepupu merangkap adik susuan di Kuala Selangor, esoknya resepsi buat di dewan. malamnya pula (iaitu semalam) buat pula BBQ di rumah kampung. Aduhai lotih!

Taktau la apa yang nak diletihkan sebenarnya. Kerja-kerja merewang hanya pagi Jumaat, itupun nak masak untuk sanak saudara kerabat belah maklang dan paklang (yang nilah belah kami) makan tengahari. Jamuan untuk nikah, memang dah tempah catering.

Kenduri kawinnya pula buat di dewan, pekej terus meja kerusi pelamin dan lauk makan. So kami datang tolong bawakan popcorn je. Kerja yang ada masa majlis? Edarkan doorgift untuk tetamu. Ofcourse lah bukan zaman aku dah, kita kasi lah anak2 dara gadis2 yang tengah market jadi muka hadapan kan, so aku banyak duduk dan ulang minum je rasanya. (dan dikejar anak2 sepupu menagih cerita hantu. LOL)

Aku rasa penat makan je kut! ahaha.

Ni baru sampai PJ (setelah melepaskan diri dari cengkaman anak2 sepupu yang comel belaka). Dalam lift tadi, naik sekali dengan sorang brader india. Rambut merah. tapi bahasa melayu bagus, sekali dengar memang ingat melayu. Dia hisap rokok masa menunggu lif aku macam panas hati juga, tapi bila dah masuk dia da buang dan baik pula tolong tekankan butang lif. Aku usha sekilas, ada iras Damien VE ni.

Lalu aku teringatkan kumpulan VE ni. Beberapa tahun lepas ketika semangat menuntut ilmu agama ni ada semacam satu fenomena besar di kalangan artis, VE antara kumpulan yang terkesan dan ikut sama berubah kearah kebaikan ni. Dan yang lebih mengagumkan bukan sahaja yang Islam kembali mengislahkan diri, malahan yang belum Islam pun memeluk Islam, Damien.

Macam nilah kan, barulah orang cakap kawan sampai syurga, Masya Allah!!

Oklah. tu je nak citer, nak gi usrah jap.. nak cukup kan 7x pergi..

(Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa.. Amboi amboi!)

15 March 2017

of Mesyuarat Agung.

Di hari yang tenang pada suatu masa lepas di 2015 seorang senior dari UM minta tolong aku hadir jadi pencatat minit untuk sebuah mesyuarat agung. Memandangkan aku ahli, tiadalah salah kiranya dapat menyumbang sedikit bakti. Maka challenge accepted! Dan tak sangka itulah titik perubahan segalanya.

Hmm.

Pada tanggal 7 Febuari 2015, tanpa kusedari rupanya double agenda, eh eh tiba-tiba terlantik jadi penolong setiausaha.

#flashback few month before

"Sarah dah berapa lama dengan GSB, sampai bila nak duduk dalam tu je?" Urwah.

MAN GEMA Selangor 2015 (Barisan AJK)
Mula-mula masing-masing akward juga, first time kenal dan kena gerak as organisasi. Paling kerap berhubung pun Naufal je lah, dah program Backpackerz boleh tahan kerap jugak. Tapi macam orang cakap, is about time je. an? And, time flies..

Retreat!
Dari 10 orang yang terlantik secara rasmi di mesyuarat agung, hanya tinggal 6 bertahan hingga ke hujung (dengan tambahan 1 ajk baru di pertengahan) Ofcourse it was a roller coaster a bit, but we manage till the end.


#takadayangabadi

dan 12 Mac 2017 merupakan mesyuarat agung untuk sesi 2017-2019. Beberapa muka lama terpadam dari kisah, dan ada muka baru yang tampil meneruskan perjuangan. Kehidupan, macam tu lah, an?

Hingga ke akhir Barisan AJK GS 2015-2017
#sedihsikitdalamhati #terimakasihpernahsinggah #gemaselangor

Barisan AJK GS 2017-2019, langkah bermula!
oh tahun ni, aku pun ada mengajak Sima menjadi pencatat minit. dan eh, hai penolong setiausaha :) Roda telah pun berputar!

Sayonara! dan lets start again ^^,

10 March 2017

Exam mengejut

Semalam di pagi yang hening, tiba-tiba dapat wasap dari boss.

"Nanti ada exam untuk u, be prepare"
"5 soalan java, 5 soalan system data flow"

oh men!

Lebih kurang sejam kemudian boss sampai. Aku sedang membaca kitab-kitab java yang bertaburan di laman sesawang.

Lepas lunch, tunggu punya tunggu boss tak sampai-sampai. kira-kira jam 4 petang baru muncul semula dan emelkan soalan exam.

"No google, jawab dalam 30 minit"

Dengan qilah sekali terlibat dalam exam serta merta ni! Lepas exam, terus bincang jawapan. Ok, bertambahlah sikit kefahaman aku.

"Ok ini baru level beginner, nanti akan ada 2 exam lagi"
"Macam ni baru lah u all nak belajar"

Fine boss fine, kasar cara boss nak suruh aku belajar.
(Tapi kalau tak kasar, aku pun tak belajar plak. Haha)

"Ok boss, tapi janganlah on the spot boss, I dah tua mudah terkena serangan jantung"

^^,

07 March 2017

Sis insof

Ok sambungan cerita semalam, habis program aku pun minta lah sorang kakak usrah penyayang, Kak Djah untuk hantar balik ke kereta aku. Kalau dah larut macam tu, seram pulak kan nak jalan sorang. Ternyata memang brader tu park dan terus naik tidur. Kereta dia masih kat situ. fine bang, fine!

"takpelah sarah, kita tengok kalau boleh tolak"

Macam tak biasa kan duduk flat, tolak menolak ni memang sebahagian dari norma kehidupan lah. Maka menolak lah kami semalam. Hehe. Setel.


Pagi yang permai ni, ketika aku nak keluar dari LRT, buat hal lagi. Aku selalu letakkan kad touch n go dekat dalam dompet, setiap kali lepas guna aku akan masukkan terus dalam tu. Tapi, bila sampai dekat gate nak keluar, aku cari tak jumpa!

Ah, gelabah!

Seluk poket, ok terlekat dekat handphone. zzzz.

Turun dari LRT terus menuju mamak, jumpa qilah, sarapan.

"Teruk betul lah akak punya panic attack lately, penatlah asyik lupa2 ni"

"Kena banyakkan baca quran lah nak kasi kuat ingatan, jangan makan benda masam"

Ok sis sentap, tazkirah yang tepat.

Jomlah korang, kita banyakkan membaca AlQuran! Ah nampak, takkan lah aku nak berubah sengsorang, moh le kite sesama!

(p/s: Ramadhan lagi 81 hari)

till then :P

06 March 2017

Black Monday

Bertepatan dengan tema aku hari ni, so aku nak blog kn lah jugak pasal monday black (instead of monday blues) ni.

Pagi tadi aku beli tealive, sebab kan syok sangat dengan cawan tealive yg total black tu maka aku mengisytiharkan hari ni sebagai monday black.

Ok kusangka panas hingga ke petang, rupanya memang hujan nak dekat senja.

Masa balik, aku cari kunci kereta. Habis semua poket jeket dan beg aku seluk. Xada! Aku buka laci, x ada! Raba sana sini tak ada. Ok, ini tak kelakar. Tapi xpe, aku terus gak berjalan ke lrt. Sambil sembang dengan rakan sekerja worst case scenario apa boleh jadi.

Sampai kat lrt aku pun berpisah ngan qilah. Sambil tu aku wasap kak siti, incase in need of spare key.

Dan aku buat carian terakhir lah kan sebelum train sampai. Jengjengjeng!

Ada! Terselit dalam beg!! 😂😂

Ok habis drama sebabak. Aku pun meneruskan perjalanan ke sri manja, pj. Ada barang nak cari jap. Elok aku nak cari park, ada kereta keluar. Baik! Maka aku park. Masuk kedai cari barang, cis! nan hado. Keluar kedai.

😲 aduh, siapa lak main double park ni!

Sakit gak hati kite. Xpe kita tunggu dulu. 10 mnt, xde. 20 mnt, masih xde. Segan kat orang je duk hon juta kali pun tapi orang xada gak mai nak tukar parking ke apa.

Terus aku give up, angkat handbrake, angkat beg, angkat payung, kita gerak lah dulu. Jap lagi baru fikir macam mana.

(Sambil doa kuat2, agar orang tu tak double park lalu pi tido malam dah kat rumah dia. Mampuih keras la cheq satgi)

Nota kaki ya semua, aku tak salahkan lah hangpa nak double park. Tapi common sense tu jangan lah duk simpan dalam beg ja, guna lah.. orang takkan marah kau double park sebab memang dalam dunia ni kita xnafikan wujudnya perkara yang mencemaskan. Cuma, kalau sampai 30 minit kereta tu duk tangtu gak.. cemas macam mana pun, panas jugak lah kan orang yang duk tunggu dalam kereta ni.

Sekian.
🔥sis panas.
Isnin yang hitam.

03 March 2017

Sooth.

Bila kau tengah tak berapa nak 'balance'
Sedekah terbaik yg diperlukan hanyalah sebaris kata-kata yang baik!

Jzkk, mahirah! 😓

01 March 2017

23 February 2017

tak ada yang abadi.

setiap rasa akan teruji.
dan sesungguh nya tiada yang abadi.

setiap perkenalan memaknakan risiko perpisahan
kerana itu lah hakikatnya kehidupan. 
pergiliran antara keduanya.

yang datang dan yang pergi.
walau telah terbiasa dengan keduanya,
tetapi mengapa masih sering
bersarang duka di dalam dada.

ada yang pergi bersama kau yang pergi.
ada yang tinggal saat kau meninggalkan.

kau ku serahkan kembali kepada tangan terbaik, pemilik abadi.

membesarlah.
bertahanlah.

seperti pertemuan yang tak abadi,
perpisahan juga tidak kekal.

mari aku dakap lebih kejab.
buat bekal hingga pertemuan kelak.

salam sayang dan 
selamat maju jaya sahabat :)
moga kau baik-baik disana. 

farewell twin! life hard, be a strong girl then~

"bertemu kita bertemu,
berpisah janganlah resah
seperti pelangi senja. 
datang dan pergi"

10 February 2017

the girls school

Hari ni dalam sejarah.

17 tahun yang lalu.
hari pertama berjauhan lama dari keluarga.
hari aku belajar menjadi dewasa.
hari aku berdikari.

Alhamdulillah

terimakasih untuk semua nya.
Allah.
keluarga.
guru-guru.
sahabat.
pengalaman.
ilmu.
cinta.
pengorbanan.
persahabatan.

i'm blessed!

~the quick post, tengah nervous ni, esok kakak exam. Doakan ya!

01 February 2017

Gunung Berembun, Jelebu

Orang cakap hiking ni tempat yang bagus untuk heal 'luka' betul ke? aku cuba try lah kan.

Pertengahan minggu last week tiba-tiba Naufal keluarkan idea nak pergi mendaki Gunung Berembun dan Telapak Buruk kat Negeri Sembilan. Aku rasa dah lama sangat dah tak hiking (satu memang aku malas, dua sebab musim hujan) tapi, tempat ni aku pernah dengar jadi terus teringin nak pergi.

The last time hiking, April 2016. Lepas tu langsung lemau. Takde jogging, takde run. Paling cantik Disember aku stop sat kelas zumba. Memang totally tidak bersenam. Dan 1 Januari plan nak naik gunung. Ahaha.

Aku tak baca, aku tak trening. So mentally kosong. Untuk elakkan stress dan takut. Tapi pagi tu lepas Subuh terus memerut. Masa sarapan pun aku hilang selera, makan beberapa cubit roti canai dan teh o panas je. Serius eh naik gunung punya panik tu memang susah nak hilang. Lepas pekena breakfast ala kadar tu aku setelkan last phase memerut.

Kemudian barulah menuju ke starting point. Loji air.


Tudia muka start, masih ada sinyum. Total line up, 9 perempuan 10 lelaki. Dalam ni aku akan citer kan log perjalanan aku lah kan, sebab ni bukan log diorang. haha! Oh ya, group kali ni merge dengan geng2 ultra marathon. Maka, kau kena imagine dan pahamkan how hard to catching up (alasan sangat)

8.50 pagi - Start hiking.

Sepanjang perjalanan ni aku memang among the last person in line (tak leh jadi last, sebab last sentiasa sweeper). Masa awal-awal lagi aku dah boleh bajet akan pancit. Tapi trek awal macam ok lagi, mostly mendatar. Belanja view hutan yang indah mata memandang. 

(Awal-awal trekking lagi, tapak kasut ita dah koyak. Ahaha, apa akan terjadi kepada Ita. Ita, jom mental sesama ^^,)

Disebabkan kitorang dalam group yang slow, jadi tiba-tiba terjumpa port cantik terus rasa excited nak bergambar. (Aku share gambar afiq je lah, sebab ada gaya model sikit, maklumlah kaki panjang. Untuk kitorang yang taraf hobbit ni simpan dalam fon je lah gambar semasing. Aha)


9.40 pagi - balak tumbang. 

Dan aku rasa kat sini lah kebahagiaan dan kegembiraan aku mula diragut perlahan-lahan. Ada satu kayu balak patah yang sangat besar merentang sungai. So, kita kena meniti balak tu. 

Sumber: google (link)
Selepas je dari titian balak tu, the challenge start. Ada banyak part menaik dari part mendatar atau menurun. Sobs. Aku punya kaki dah beberapa kali diserang cubaan untuk krem. Sat sat dekat betis, kadang bila nak melangkah balak yang super besar tu, kat paha pun dia duk kream. Tapi tak pa ejas2 sikit, xjadi krem. 

10.48 - gua kambing

Lepas gua kambing adalah klimaks azab! Pangok all the way. Dan kat sini lah aku layan mental. Tepaksa drag naufal ngan Fareez sekali dalam ke'mental'an tersebut.

"Saya tunggu sini je lah, korang naik. Nanti turun kita jumpa balik kat sini"
"Ala ok je kasara, kaka sara boleh" Fareez

Aku terus kan lagi perjalanan. Walaupun kaki dah hazab nak diangkat. Masa ni lah aku duk nak menyesal tak makan sarapan dengan proper. Tapi sebabkan penyesalan tiada berguna, maka terus lah membara rajuk dan tangis sang hati ke puncak berembun.

"Beg tu berat sangat ke, meh barang sikit" Naufal
Aku pass 2 butane.

Untuk hilang kan bosan dan penat, kadang-kadang duk sembang pasal retreat. Eh eh dah tinggal lagi 2 minggu nak retreat. Tetiba aku macam teringat tugas teknikal aku. Macam tak setel lagi. Tapi tak serius sangat lah duk pikir, layan mental punya pasal. Memang tak kemana la. Haha.

"Akak kalau saya pasang lagu akak ok tak?"
"Kalau dah mental tokie, ada lagu ke takde ke sama jer" (azab betul nampak gayanye aku ni)

Lagi 800m nak ke puncak, berselisih dengan adik2 ni depa turun.

"Jauh lagi ke dik? Tadi turun dari puncak berapa minit?"
"Tak jauh dah, tadi 20 minit" adik
"Kalau turun 20 minit, so kita lagi sejamlah kaka sara" fareez

Walaupun aku dah boleh agak dah respon dalam hutan yang biasa dengan terma tipu sunat ni, tapi aku tetap nak tanya kan. Hmm, lagi sejam. Tokie dah hilang dah ke depan. Ita masih ada. Tadi ada jugak hakim lalu lalang. La ni, mungkin dia pun dah sampai puncak.

Tengok teruk sangat, Fareez dan Naufal berusaha keras buatkan tongkat (yang aku pakai sat ja, lepas tu buang sebab nampak tongkat yang lebih pendek dan ringan. Sorry guys) Tak lama ita pun dah hilang.

"Fareez, selain hiking memang selalu jogging ke? atau bersenam"
"Aku? mana ada. Last tu lah masa yybtn tu. Mana ada dah" fareez
"Tapi korang fit je eh. Ke ni faktor usia eh"
"Mana ada. Semua nya bersenam je. Kena rajin training. Kalau usia, ada je pakcik2 40, 50 tahun tu boleh marathon lagi" fareez
"Tapi memang lah bila kita semakin tua, kekuatan tu akan degrade. Tak sama dah lah dengan zaman kita muda. Tu lah kena lagi rajin latihan" naufal

Bila aku dah sampai 10 langkah berhenti. Naufal mintak beg. Dia cakap, nanti dah dekat puncak ambil balik beg tu. Aku lepas bagi beg pun tetap rasa takde beza gak. Penat dia sama je. Aduh

"Rasanya saya memang dah kena berhenti lah buat benda ni"
"Eh apa pulak berhenti, kan kita baru je bermula. Baru 1 Januari, takkan nak berakhir dah" fareez
"Tapi takleh lah kalau macam ni"
"Apa-apa pun sihat tubuh badan tu kan 10 muwasofat muslim. Kena gak bersenam" naufal

Ok sedas. pedas. Terus aku dah tak mengomel lagi sehinggalah sampai ke puncak,  

12.15 - puncak berembun (30 minit lewat dari amar dan orang depan)


Aku sampai je puncak, diorang dah siap makan. Kak siti minta nugget dalam beg aku. Aku pun buka beg, keluarkan nugget pas pada kak siti. Keluarkan kain batik. Cari port, terus baring! Lupakan sat makan-makan. Aku terus demikian kurang lebih 10 minit. Lepas tu bangun, makan. Dan cari ubat panas yang mampu menguatkan kaki. 

Sepanjang ke puncak, memang aku duk setup otak taknak pegi air crashed area, nak lepak puncak je. Punah teruk kut semangat bila jadi orang last. Sobs. Plus rasa down, sebab sampai orang kena bawakan beg. Hmpfh. 

Depa duk siapkan fly lagi bawah beirut, takut hujan nanti lenjun pulak aku kan. Tapi lepas tu aku fikir2 lagi dan lagi. Teringat masa aku sampai pasar bubrah dan melihat puncak merapi. Perasaan yang sama, aku taknak buat. Tapi berkat pujukan dan kata2 semangat teman-teman, aku buat jugak. Same goes this time. Thanks, Tokie, Ita, Salha and the rest. 

12.48 - gerak ke crashed sites

Kemampuan kali ni nampaknya lebih baik dari masa ke puncak. Kali ni, tokie dan Ita decide untuk accompany me. Bagusnya hangpa. Sedih sis keharuan. Ita depan, aku belakang, tokie belakang sekali. Bila letih, tokie depan, ita belakang tokie, aku belakang sekali. 

"Sarah mesti boleh ni, tadi aku tengok ko da makan ayam goreng dah tadi" kata fareez. 

Ok fine. memang pun, membantu sangat lah makanan tu semua. Alhamdulillah. Tapi aku rasa plus dengan trek nak gi crash area ni mostly landai je. Naik sikit, turun sikit. Tapi takdelah teruk macam nak ke puncak. mostly mencanak masa nak ke puncak tadi.

Punyalah syok dah bertenaga dan boleh laju, sampai tak tengok orang belakang yang memerlukan krim ketika cramp. Maaf ye dik non. Saya alpa dengan nikmat tenaga.

Tapi perjalanan kali ni, aku dah boleh enjoy lagu-lagu dalam fon tokie. Sesekali mampulah nak sing along. Lagu nasyid lama, dan kadang-kadang lagu2 kopratasa dan jenis2 ilmiah gak. Kadang bacaan surah. (Masa naik tadi langsung! nak dengar pun tak mampu)

1.55 - air crashed area (10 minit beza dengan orang depan)

Sampai kat kawasan air crashed area akan ada signage dia. Kalau terlajak, akan terus ke telapak buruk. Dekat sebelah kanan korang akan ada satu bangkai ekor kapal terbang yg besar. Kat sebelah kiri pulak ada laluan turun yang curam. Kalau nak tengok lebih banyak serpihan kapal bolehlah turun.

Pada asalnya aku malas nak turun (sebab duk bayangkan kepayahan nak naik) tapi sebab diorang cakap nak group photo kat bangkai kapal, turun jugaklah!


2.41 - gerak ke puncak berembun

Lepas lepak lama layan bergambar dan tempat bangkai, kami pun bergerak pulang ke puncak berembun.

3.39 - reach puncak berembun

Kami solat zohor dan jamak disini, berbekalkan baki air yang masih tinggal. Sebelum bergerak turun. 

4.41 - gerak ke gua kambing

Waktu ni pun terpecah dua. Yang laju gerak dulu. Aku masih di kumpulan belakang. Masa turun dah tak sepenat masa naik. Tapi macam biasa, ibu jari dah mula sengal. Setiap kali menapak rasa nak menangis

"Kalau kita ambil pain killer, sakit ibu jari ni boleh hilang tak?"
"Sakit sangat ke? Kalau boleh tahan, tahan dulu. Pain killer ni tak bagus."

5.26 - reach gua kambing

Kat sini kumpulan depan da sampai dulu. Tapi berhenti lama sikit sebab ada yang tak jamak tadi. Berhenti untuk solat Asar. Tambahan kat sini ada air mengalir macam paip, memang puas kalau nak ambil wudhuk.

Kat sini aku dah tak boleh tahan, maka dua bijik panadol active fast pun masuk ke perut. (Percayalah saya bukan drug addict, saya terpaksa. Saia taa kuad)


5.38 - gerak ke balak

"Kalau sampai sebelum 6.30 kat air terjun then boleh lah nak mandi, kalau sampai lewat dari tu.. kita terus kan berjalan or else kita akan kemalaman dalam hutan" - naufal (yang tak bawa headlamp) 

Alhamdulillah, setelah melupakan rasa sakit (pengaruh dadah?) lancar sikit pergerakan. Namun bukan laju ya. Sekadar lancar. 

6.37 - reach balak

Kumpulan depan dah tiba dulu, maka dari kejauhan nampaklah manusia sedang berkubang di dalam jernih air sungai. 

Aku turun gaklah, basuh muka. Buat lepas gian.

6.45 - gerak ke starting point

Perjalanan menuju ke starting point macam biasa, mostly landai, paling2 ada buluh tumbang. Masa ni kumpulan belakang ada 5 org, aku, ita, tokie, fareez dan naufal. Dan aku ngan ita je bawa headlamp. 

Ita pulak kasut dia memang dah nazak habis. Keep on kena betulkan getah untuk ikat kasut.

Beberapa minit sebelum sampai starting point kedengaran sayup2 suara azan dilaungkan. 

Wahh.. rasa nak nangis! Akhirnya sampai..

7.30 - reach starting point

Dah sampai tu, memang macam biasa lah. Kaki tak serupa kaki. Singgah balik masjid yang sama masa subuh tadi. Tapi toilet kan tak banyak, maka aku tukar apa yang patut dulu dan kejar maghrib. Lepas maghrib barulah mandi dan solat isyak. 

Lepas isyak baru gerak cari makan. Maka singgahlah satu kedai tomyam yang aku dah tak ingat nama ni. Satu kereta tak join. Depa makan gerai tepi masjid je.

"Awak neves ke?" tegur abg pali kpd naim (tukang tangkap gambar).
tapi somehow aku rasa kelakar pula.

3 pasang beradik spotted here.

Sekian, pengembaraan di Gunung Berembun, N9. Lepas sebulan peram, aku up lah hari ni kan. Ahaha~ walaupun hari ini, dua2 ibu jari dah takde kuku, tapi aku rasa kena meneruskan projek pendakian ni (at least konsisten jogging please sarah!). Or else, kau akan menyusahkan orang lagi like forever. Till then.

27 January 2017

Tidur.

Ok ni aku rasa last post dah kut untuk Januari?

Lepas aku belek-belek post Januari ni, aku rasa semuanya sedih belaka pulak. (Walaupun memang sedih sebenarnya) Asal eh Januari tahun ni lain macam pulak syahdunya. Adakah berkaitan dengan hujan yang sering muncul di petang hari? ditambah pula dengan banjir di beberapa kawasan di sekitar tanah air?

Ok, kita stop sat feeling2 sedih ni. Kita tukar genre lah pulak. Citer sedih ni, kita sambung lain kali. Ahaha~

Semalam hari Jumaat, opis lengang. Biasa la, para jejaka mengerjakan solat Jumaat sementara para tak jejaka menghabiskan masa di mall (tipikal kan cerita begini) Oh ya, aku bukan di syarikat selalu. Tempat dirahsiakan :D untuk elemen saspen berlebihan. Kat department ni, memang tak ada cina biasanya.

Jadi aku tinggal dengan sorang je rakan sekerja. Nama dia imah. Imah duduk kat bilik belakang, dan aku duduk depan tepi pintu masuk. Lepas pekena lunch mata pun layu. Lagi2 lampu tutup masa rehat. Penjimatan elektrik kan. Memang membantu sangat. Maka di posisi masing2 kami pun memulakan pelayaran.

Mula2 aku takdela nak tidur. Tapi dah perut kembung kan. Mengantuk juga. Tersengguk ketika menopang kepala. Terus aku tidur betul2 (telangkupkan kepala ke meja) Baru je nak lelap, tiba2 aku dengar ketukan.

Terus aku terjaga balik. Siapa pula nak datang lunch hour ni. Dah la ofis depan halfday hari ni. Aku tengok kat pintu kaca sebelah aku tu, xde tanda ada orang datang. Hmmm.. ok mungkin bunyi dari toilet kut.

Aku pun mencuba lagi nak sambung tidur. Terjadi lagi, baru je nak lelap aku terdengar pulak bunyi pakaian berlaga (bunyi bila org berjalan) dekat laluan antara bilik imah dengan tempat aku. Ah parop gini!

(Aku rasa aku ada buat cubaan tidur kali ketiga tapi tetap tak berjaya, aku tak ingat bunyi apa pulak)

Hilang mood aku nak tidur. Aku pun terus melayari internet sampai la budak lelaki balik dari sembahyang jumaat.

Aku pun tak pasti sejak bila aku sensitif sangat masa tidur siang (sampai bunyi sikit pun terjaga) sedangkan, beberapa hari sebelum ni ok je aku tidur. Ada sampai setengah jam tidur xdengar pape pun, dengan lena lagi.

Hmmm...

Adakah kesan khas selepas pagi tu aku duk baca pasal renjer hutan tweet tanda2 mistik kat hutan.

24 January 2017

the pain & struggle

Malam semalam, aku temankan makcik kalsom ke satu perjumpaan. makcik kalsom ni naqibah lama aku. lama jugaklah aku ngan makcik. style2 mak aku dah makcik ni. cikgu. umo pun saing2 mak.

Walaupun aku sebenarnya dah set date ngan Ita, nak pergi program gelandangan. Tapi atlast aku terpaksa withdraw. Bukan apa, lama rasanya tak gi program jumpa akhwat. Asyik bergema-gema ni, kadang rindu gak suasana program soleh-solehah ni. hehe.

Aku rasa Januari ni gloomy betul kehidupan aku. Rasa macam entahlah. 2017 akan jadi a sadful year to start with. Tapi tu lah, aku terbaca status ni kat FB Ita. Dan aku rasa sangatlah tepatnya.
ALLAH breaks our heart to make us whole..ALLAH sends us pain so we can be stronger..ALLAH sends us failure so we can be humble..ALLAH sends us illness so we can take better care of ourselves.ALLAH takes 'something' away from us so we can learn the value of 'everything' we have.
Kalau Allah tak hantar ujian kesedihan dan kesusahan. Kita akan selamanya 'lepak' di zone selesa. Dan lama-lama tali kita kat Allah pun semakin longgar dan terlepas. Nauzubillahiminzalik.

So, untung lah. dan bersyukurlah bila Allah uji. Allah nak kita balik kat Dia kan?

Bila sedih, ingatlah balik doa-doa lalu. Mungkin ada doa kita yang Allah sedang makbulkan, tapi kita tak sangka doa itu termakbul tapi bersama dengan kesakitan ini. Kan?

Jadi seorang mukmin tu untung, bila bersyukur mendapat pahala, bila diuji pun dapat pahala. Sentiasa dalam kebaikan, insyaAllah.

Allah knows best.
Lets flee to Allah.

Oh ya, balik tadi makcik belanja topup touch n go.
"Eh janganlah makcik, banyak sangat ni"
"Alah bukannya awak nak pergi tempat maksiat pun.."

wuwuwuwu~ Moga makcik terus di beri kesihatan dan keberkatan umur. Aku selalu amazed dengan orang-orang yang pemurah dan dermawan ni. Moga aku pun akan tergolong dalam golongan ni satu masa nanti. Ok, kena kerja keras nak jadi kaya dan dermawan ni. Hihi.

18 January 2017

Pelangi petang?

Pelangi pelangi alangkah indahmu
Merah kuning hijau di langit yang biru
Pelukismu agung siapa gerangan
Pelangi pelangi ciptaan tuhan.

Musim hujan mesti selalu ada pelangi. 🌈
Untung2 tak hujan petang ni.
Atleast sampai aku naik train la. 🚇

Hehe.
(Selfish sangat ke bunyi?)

17 January 2017

Alex 2

Ok semakin banyak cerita dalam cerita.
Dan menyakitkan.

Chill.
Chin up.

Lets strive and pray.
Allah will show the way.

10 January 2017

Merasa jatuh.

dan ditinggalkan.

Aku kira ini adalah perasaan biasa dimana jua. Apa lagi dalam jalan dakwah. Pernah sekali betapa aku merasa 'jatuh' bersangatan bila tiba-tiba aku sedar yang aku sedang berlari sendiri. Lalu aku memperlahankan larian, berjalan kemudian tanpa sedar aku kini sedang merangkak perlahan.

Merasa jatuh. bukan perkara main-main. Terlalu menyakitkan. Tapi aku ambilnya sebagai sebuah pengalaman kehidupan. Yang dari nya aku belajar tak semua kita hari ni akan terus bersama sehingga ke akhirnya. Tak semua yang kita harapkan sedari awal akan berakhir seperti yang kita harapkan. Tak semua rasa harus terpenuhkan. Dan dari situ lah kita mula yakin itulah jodoh. Singkat atau panjang. Semuanya akan berakhir.

nyata, tak ada yang sempurna.

Kadang-kadang,
pada yang berakhir tanpa kata, dan penjelasan. Ada juga terbit perih. Manusiakan diberi perasaan. Kerana pengetahuan yang terbatas, dan dipenuhi dengan prasangka.

Bila hari berganti minggu, dan minggu berganti bulan. Kadangkalanya bertahun terasa ralat. Kita akan juga sedar. Tak ada yang harus kita pertahankan selamanya, kerana tiada yang milik kita.

Sabarkan hati.
Redhakan lah rasa.

Moga yang pergi baik-baik sahaja. Begitu juga yang tinggal.
Ayuhlah kita terus melangkah, bertemu lagi muka baru, kembali mengait cinta baru.

Terima kasih untuk sejuzuk kisah saat jalan cerita kita pernah bertaut.

Jom. moving on!
hehe.

till then.

03 January 2017

the lonely planet.

Hai semua, selamat tahun baru!! Alhamdulillah, its 2017 gais.

Fresh new start everyone?
Lupakan mantan gais. hidup perlu move on.

Jumaat lepas bersamaan 30 Disember adalah hari terakhir officemate aku. Menjadikan aku the lonely Malay girl alive kat department aku (the last man standing ke sis? sobs). So now, im back to the starting point. Last time masa aku mula-mula masuk pun aku lah melayu tunggul kat department.

How big live had changed and i came back to the first point again.

Hi the lonely planet, welcome back! This time around, be nice please! kaka da tua. kaka da taaa kuad.

Apa pun, lets kick it out beb!

Terus bersemangat!


#2017goals

p/s: and im installing instagram again! ^^, c u there peeps.