Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 January 2018

Ledang Trip - Part 1

Tarikh kejadian: 11 & 12 November 2017

Beberapa hari sebelum pendakian, kebanyakan bahagian Malaysia dilimpahi hujan. Bukan biasa-biasa. Hujan kali ini luar biasa, sehinggakan tidak aku lihat mentari menyinar terang di Kg Gajah ketika pulang kampung halaman pada minggu sebelumnya.

Apabila sehingga khamis hujan masih juga turun pada setiap harinya, gusar di jiwa menjengah juga. Penang dah banjir, sana-sini sibuk dah orang memulakan misi bantuan. Selain Penang, beberapa tempat di Selangor juga ada terlampias kesan air bah.

Jumaat tu, hujan turun lagi mencurah-curah. Ulu Langat banjir, UIA gombak juga banjir. Malah, pekan Seramban pun banjir. Aku dah makin gentar. Cek wether forecast untuk Ledang hari Sabtu dan Ahad, hujan pada kebanyakan jam untuk kedua-dua hari. Ya Allah, apa lah dosa aku! Dah bertahun GSB tak buat hiking selepas bulan Oktober kerana memberi laluan musim hujan, tapi entah percaturan apalah, tahun ini kami buat program pendakian di bulan November.

Ujian demi ujian..

Meskipun bertamu rasa yang pelbagai pada laman hati, namun yuran dah pun dibayar, tinggal nekad sahaja yang perlu dipasakkan lebih kuat. Ledang adalah antara gunung yang aku berkeinginan untuk menjengah puncaknya. Bukan apa-apa, sebab tak pernah sampai sebenarnya, tiada kaitan dengan kisah mistis atau pencapaian peribadi. (Baik filem ataupun teater Puteri Gunung Ledang pun aku tak pernah tengok ya!)

Maka pagi itu, sekitar jam 3 pagi bersiaplah aku dan kak siti masing-masing. Mandi, kemudian bergerak mengambil Imah dan Sima. Saidah wasap malam tadi, tak dapat sertai kerana maknya masuk hospital. Walaupun sedih kerana tak dapat mendaki bareng lejen, hei family first isnt it?

Vijay pun melaju membelah pekat dan sejuknya pagi yang hening. Terlupa seketika batuk yang hampir sebulan menyapa peparu. Turut terlupa akan pesan doktor untuk menghindari kesejukan untuk beberapa waktu ini.

Sekitar jam 5.45 pagi kami pun tiba di hentian R&R Ayer Keroh. Begitulah plan asalnya, berhenti di R&R untuk solat subuh dan sarapan kemudian meneruskan kembara ke titik Masjid yang telah di tetapkan. Selepas solat, kami pun ke bahagian makanan, kena makan gak ni, kalau tak memang gagal pada titik mula ni japgi (teringat kes naik Berembun awal tahun hari tu)

Sementara yang lain sedang merayau mencari makanan, aku duduk di meja. Macam biasa, berpikir dan terus pikir nak makan apa. Tiba-tiba dapat panggilan dari Shidah. Kereta tokie eksiden! Astaghfirullah. Berdebar keras detak jantung. Ujian apa? Petanda apa? Adakah kerana aku tak minta ijin mak untuk naik Ledang? Mak ampun kan sarah mak!

Aku call tokie,
"So tokie camner sekarang, boleh lagi tak nak pergi Ledang ni?"
"Saya nak pergi kak.. kalau ada yang boleh ambil saya, saya memang nak gi"

Kuat semangat budak ni. Bukan biasa-biasa.

Baik, dan kekalutan pun dimulai. Mula lah panggilan demi panggilan dari satu kereta ke satu kereta. Walaupun aku kebiasaannya selalu buat keputusan, tapi bila jadi camni memang haru! Lama gak drag kat Ayer Keroh. Habis aku tarik semua kereta kumpul di Ayer Keroh. Lama juga lah kira-kira kami tersangkut di R&R. Cant decide.

Setelah berbincang, maka ahli kereta yang terlibat kemalangan iaitu tokie, shidah, mid dan naim harus di pecahkan. Naim dan Mid ikut kereta Luke (yang ketika itu ada 3 orang je). Kebetulan Luke dan Amar berenti di Seremban. Jadi sempat melalui tapak kejadian, maka boleh lah pickup. Sementara Tokie dan Shidah diambil Naufal dan Bad yang dari Alor Gajah dibawa terus ke IPD untuk laporan kes. Axia Tokie dihantar ke Perodua Senawang. Dan semua kerta pun bergerak menuju ke kaki Ledang, kecuali kereta Hafizuddin yang menunggu 1 lagi kereta dari Alor Gajah yang memerlukan pemindahan orang.

Redup tetapi tidak hujan

Awan hitam aku lihat sedang memayungi puncak Ledang saat kami tiba di kaki Ledang. Getar semalam kembali menyapa. Allahu!

Sampai di Kaki Ledang, Afiq terus buka ground untuk agihkan ration dan untuk sediakan lunch pack. Kereta Nizam sampai dan barang-barang teknikal juga turut diagihkan. Aku membantu mengedarkan consent form dan declare form (nak masuk taman negara kena declare harta ya gais, turun nanti depa cek harta yang korang bawa naik tu cukup tak dengan harta bawa turun) Guide kami dah ada disitu, banyak yang membantu kami adalah Abang Zali.

Ration dan teknikal stuff dah dimasukkan ke beg masing-masing peserta. Tinggal menunggu kereta Naufal sampai sebelum kami mengangkat sauh dan memulakan pendakian. Memandangkan Tokie tiada, maka tugas-tugas pengarahan di ambil Kem Komandan, Nizam. Alhamdulillah terkendali!



Belum 11 pagi kereta Naufal pun memasuki perkarangan kaki Ledang, alhamdulillah. Ketika yang lain sedang bersiap-siap mengangkat beg, aku dan Tokie pun bersegera ke pejabat hutan untuk membuat bayaran.


11.25 pagi setelah taklimat oleh guide dan membereskan hal-hal bersangkutan dengan fotografi, pendakian pun dimulai. Sempat juga aku mencari awan hitam yang tadinya memayungi puncak ledang, telah hilang dari pandangan. Alhamdulillah.

bersambung..

No comments: