Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 April 2018

Seram Dora

Circa 2001

Pagi tu hari Sabtu, macam biasa kelas prep pagi kat sekolah. Biasanya habis tengahari untuk prep Sabtu ni. Lepas habis kelas, maka bertebaranlah para penghuni asrama. Ada yang keluar ke pekan bersama keluarga. Ada yang keluar sendiri. Rata-ratanya yang tak ada aktiviti akan terus ke dewan makan untuk makan tengahari sebelum pulang ke bilik masing-masing.

Tapi aku tak terus pergi makan tengahari tu, aku terus balik ke bilik. Disebabkan itu, memang tak ramailah orang kat kawasan asrama. Masa aku naik tu (bilik aku tingkat 2 bangunan 2 tingkat, terletak di hujung blok, tingkat tu ada 3 bilik je) aku perasan ada kakak pengawas dekat bilik ketua, sebab suara diorang sangat kuat ok dan bilik depa kecik je. So, kalau diorang ada kat bilik automatik ko akan notis. Aku teruskan jalan menuju ke bilik A, bilik aku lah tu. Dari jauh aku nampak Dora kat pintu depan (dekat dengan bilik ketua) dia bersidai kat koridor tu, kepala tutup dekan towel muka je.

"Eeee Cah, nasib baik hang da balik"

Aku hairan sikitlah. Muka Dora macam takut-takut sikit. Tapi dia memang selalu macam kalut-kalut gak. Jadi aku pun terus masuk bilik letak barang kat katil.

"Cah, temankan aku cah"

Aku pun ikut lah Dora. Kitorang punya loker adalah kat hujung bilik. Letak dekat dengan pintu belakang bilik. Loker aku dengan loker Dora sebelah-sebelah gaklah.

"Hang kenapa Dora?"

Dora tak terus jawap, tapi dia terus pergi kat pintu, dia intai2 kat tingkap tepi pintu dan tengok lubang kunci pintu tu. Aku pun tengok jugak, ada benang!

"Tadi aku balik bilik, aku duduk sini (tunjuk loker dia). Tapi lepas tu dengar ada orang bagi salam. Aku bangun, intai dekat tingkap tepi pintu tu. Tapi tak ada siapa. Kat bawah pintu pun tak ada bayang. Pastu aku duduklah balik. Lepas tu ada bunyi orang ketuk. Aku tengok je pintu tu, ada benang masuk kat lubang kunci, makin lama makin panjang. Tapi takda bayang kaki pun cah. Takda bayang pape, Memang teruslah aku lari gi bilik ketua, kebetulan dengar suara kak Imna baru balik makan tengahari"

woho! Aku pun pergi balik tengok benang kat lubang kunci tu. Betul citer minah ni, tapi siapa yang buat eh? hmm.

No comments: