Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label Outdoor Adventure. Show all posts
Showing posts with label Outdoor Adventure. Show all posts

15 November 2021

Cerita Gunung Tahan

Tiba-tiba ada yang share link cerita dari Gunung Tahan. Sedih pulak membacanya, ada line up yang meninggal dalam trip diorang. Sebenarnya, setiap kali GEMA nak open trip, perkara ni selalu je bermain di fikiran. Lagi-lagi bila nak open trip, kalau diorang minta lead, memang perkara macam ni lah yang selalu bermain di fikiran. Minta simpanglah dari terjadi. 

Kisah pertama yang aku baca adalah di kongsikan oleh Hafizuddin. Perkongsian oleh Aziz Riadi tentang kematian sahabatnya di Gunung Tahan pada pendakian di tahun 2007

THE UNTOLD STORY : TANAH TAHAN - GUNUNG TAHAN 2007 (M2K)

Kisah dia ada 3 part. Tapi nanti ada sambungan part 4 pun cerita kematian jugak cuma part tu tak keluar lagi. Bolehlah korang baca dulu 3 part yang awal ni. Kalau yang pernah naik G Tahan tu bolehlah bayang betapa masyaAllah nya laluan dia nak pergi balik pergi balik tu. 

Aku memang tak bleh bayangkan lah kalau jadi kat line up sendiri.. Wargh!! Nasib cerita ni tak keluar sebelum aku naik Tahan dulu. Sobs.

Sebabkan terlalu sedih, dan menyesakkan dada. Jadi aku pun sajalah google pengalaman mendaki gunung tahan. Tengok cerita lain pulak. Lalu terjumpa cerita dari Aden Lee

Ekspedisi Gunung Tahan (Malaysia) 1982 (K2K)

Cerita tahun 1982 ni geng! Cerita Aden ni memang agak epik lah. Boleh pulak guide dia tarik diri lepas sehari perjalanan dan line up dia first time masuk hutan (bayangkan apa je agak-agak ration yang diorang bawa? huhuhu). Gunung Tahan kut! Lol. Dan Aden ni pun well prepared, dia still bleh carry the trip meskipun first time sampai Tahan. Pakai peta je gais. Pastu plak zaman tu belum ada tangga kat gunung tangga 15. Ada tali je. Walao weyh. Standard hiking tahan zaman tu Kuala - Puncak - Kuala adalah 11 hari. Diorang berjaya buat 6 hari. Mantap, bukan kaleng2.

So jemputlah membaca pada yang berminat ye.

03 November 2021

Datuk (re-visit)

Kali pertama menjejak kaki ke Datuk adalah tahun 2013. Antara projek awal GEMA dulu. Memang aku kalau naik gunung ni dengan GEMA je masa mula-mula dulu. Ye lah, kau kan penakut. Takut untuk keluar dari zon selesa. Duk kat hutan dengan orang yang kita tak berapa kenal background gitu kan. Biasalah, baru habis belajar kut time tu. Mana biasa sangat bermasyarakat. LOL. eh tibah, macam jauh sangat lak aku punya kona ni.

2013 (5 Oktober 2013)

Masa ni naik dengan Fazira, Kak Zira dengan Saidah, beg pun pakai beg laptop. Kasut tak de lah sesuai spek gunung, kasut bata biasa je time tu, tapak tak berapa nak ada bunga pun. Mana ada lagi hiking gear time tu. Bagpack yang ada pun memang beg laptop je. Maka bawa je la beg tu. Pancit teruk masa hiking ni. Walaupun berat aku time tu baru sekitar 42kg. Tapi nak buat macam mana, ringan tak menjamin stamina. 3 jam naik saja. Mengah mintak nyawa. Aku dengan kak Zira hampir tersadai, tapi Saidah tetap cool dengan kamera digital kaler hijau dia sambil menyemangati kami berdua supaya tak betul-betul tersidai.

Serius said, penat gils.

Sampai puncak rupanya ada tangga, nak kena naik tangga tu baru sampai puncak berbatuan. Tangga zaman tu, tangga tegak 90 degree tu ha. Kalau yang gayat memang seriau jugak.

Tangga ke first batu besar

Tangga ke puncak

Kasut Bata dan Beg Laptop. Lejen.

Alhamdulillah, syukur. Di puncak Datuk

Selepas dari yang tu, aku pun dah berapa kali datang Datuk ni. Most of the time datang untuk training ke trip akan datang. Dan biasanya bersama partner in crime, Tokie. 

2021 (31 Oktober 2021)

Kali ni.. sajalah datang lagi, tambahan border negeri baru boleh buka ni kan. Bolehlah kita cuba try test kemampuan diri. Setahun lebih mandom ni. Ada jugak suara-suara yang bertanya kenapa Datuk. Ye lah kan banyak lagi bukit/gunung lain yang boleh pergi area Selangor ni. Tapi tu lah tu, Datuk ni macam sentimental gitu. 

On the way ke Rembau, tengok kampung-kampung tu teringat pulak zaman buat Eksplorace Batu Maloi. AJK siap datang recee sampai 3 kali ada kut. Aku tak ikut pun recee, know2 hari kejadian jadi fasi. Memang fasi yang kelautlah jawabnya. Kenangan.

"Kita kena repeat kak eksplorace tu" edah

"Haah, kertas kerja dah ada dah" tokie

"Ini last chance untuk kita gerakkan balik GH ni, kalau tak berjaya gak tarik anak muda, kita tukar nama jelah" aku

Sempat gaklah sembang terbang sampai langit ketujuh patah balik. Sembang je lah, kut? haha. Biasalah, tak sama dah kan keadaan sekarang. Banyak dah berubah. Banyak benda kena consider. Tapi kalau ada chance, why not? 

Ok perjalanan kali ni kami ber-9 orang (termasuk Dhuha) Perjalanan dimulakan dengan terpecah kepada 3 kumpulan - Salha, Maza, Hanan - Sarah, Edah, Tokie - Nina, Amar, Dhuha

Tapi lepas check point pertama, Tokie dah masuk ke kumpulan Nina, Amar, Dhuha. Maka aku dan Edah meneruskan step longlai dengan masa pendakian 3 jam. Ahaha! Nampaknya sejarah itu, telahpun terulang sendiri. Penat tu biasalah, nama pun hiking. Yang berubah kali ni adalah, aku takdelah rasa stress or frust sangat tak jumpa2 peak. Pendakian kali ini lebih tenang dan santai. Mungkin betul, kita takut/stress/frust sebab kita tak tahu.

Ok, sepasukan!

Lepas sikit dari Checkpoint 1. Maka terjumpalah Nina Amar Dhuha

Nak dekat ke puncak, jumpa amoi hiking solo. Takda kawan katanya, sajalah nak bergambar together taknak nampak lonely sangat. Gituh!

Dik, satgi kalau kawan akak tanya kenapa lambat, akak bagitau kitorang sweep awak tau. 
Eh eh camtu plak
Biasalah dik, dalam hidup ni kita kena sentiasa diperguna dan mempergunakan. Win win situation Camtu.

Pekena kopi dan megi!
Ni tangga nak ke 1st batu. Boleh compare dah lah.

Nampak tak, tangga ke puncak jaya u oll, boleh dah feeling pwincess!

Disebabkan pagi tu hujan, thus the view .. kabus je la gais.

Pada akhirnya suka saya nyatakan, masa takkan mengubah stamina (sekiranya kita tidak mengusahakannya), masa hanya akan mengubah saiz badan. Huhuhu.

Dahla wak, sampai situ je lah cerita aku untuk Datuk 2021. Turut di lampirkan log perjalanan beberapa kali ke Datuk sebelum2 ni. Korang tengoklah betapa kertu hit so strong.

 

Post-hiking: 
1st day - segala sendi sakit. 
2nd day - sakit macam lagi teruk dari semalam
3rd day - sakit slightly better than 2nd day.
4th day - masih sakit, ketika orang lain semua dah ok. 
5th day - sakit berkurang tp masih sengal² kalau banyak jalan
6th day - keadaan biasa dah tak sakit, cuma kalau naik tangga masih sakit mild² gitu.
7th day - sembuh, Alhamdulillah 😭

Sekian catatan dari aku.

21 September 2020

Hari Malaysia 2020

the idea:

"Kak, Hari Malaysia nak gi mana kak? Ada apa-apa aktiviti tak?" Saidah

"Wow, lain macam sekarang sejak pindah kerja ni. Sebelum ni busy memanjang" Aku

"Tu lah kak, banyak pulak cuti semenjak pindah sini. Kalau takde aktiviti saya nak balik kampung je" Saidah


the throwback:

Hari Malaysia, 16 September.

2020. Bukit Batu Condong, Air Terjun Batu Asah, Bukit Gasing. Phew~

2017. Foodgasm 2.0 - Sungai Pertak

2016. Jerangkang Waterfall

2015. Pine Tree & Twin Peak 

2014. Kembalikan Negara-Ku, Taman Jaya 

Rupa-rupanya, memang agak normal semenjak 2014 untuk aku beraktiviti di Hari Malaysia. Bertepatan dengan tahun 2020 ni pulak Hari Malaysia jatuh pada hari Rabu, dengan kata lain, susah lah nak sambung cuti kan. Sebab kalau nak sambung cuti kena amik cuti 2 hari. Maka disebabkan itu, kita cari tempat yang dekat-dekat dan manja-manja je lah untuk aktiviti tahun ini.

Hari Isnin Saidah bagitau, ada kawan dia boleh lead route ke Bukit Batu Condong (BBC) dan lepas tu ke air terjun. Memandangkan group kereta ke Kenaboi belum bubar, jadi kita sembang terus kat dalam tu je tentang trip terkejut ni. Begitu begini, maka kita plan untuk berkumpul depan Zoo jam 7 pagi. Tokie bawakan nugget, sosej, minyak dan sos. Edah bawa megi, epal, roti, snek. Aku bawa peralatan: messtin, stove, butane, teh, kopi, gula. Fani bawa messtin extra dan air 3L (sepatutnya tak perlu pun since pergi air terjun 😂) Trip ni gabungan kami dan rakan sekerja Saidah. Malam Selasa aku wasap maklumkan supaya edah mai rumah jam 6.30, aku pikap fani jam 6.45 dan jumpa semua di zoo pukul 7. thats the plan.


the day:

Hari kejadian, aku bangun awal lah macam biasa. Sejenis yang kemas beg hari kejadian 😁 Dalam jam 6.30 tu aku text Saidah, sebab nak turun dah tunggu kat kereta. Tapi tak respon. Wahaha. Ingat dah kena game, nasib tak lama lepas tu dia muncul. Sampai rumah Fani dah dekat jam 7. Tapi lama tunggu kat bawah, air Fani tumpah plak dah.

Begitu begini, jumpa kat kaki bukit jugaklah akhirnya sekitar jam 7.30 pagi. MashaAllah gais! Sambutan menggalakkan betul BBC ni. Berbaris gais nak naik! Yang berbaris depan kitorang ni, geng depa saja aku rasa mau 1 bas ada kut. Member Saidah dah start sindir2 sebab janji jam 7 tapi muncul 7.30. Kahkah!

Ok takpe, kita beratur dan start (tak warm up disitu?! kuikui). Berdasarkan pemerhatian, bukit ni memang pendek dan ringkas (lebih kurang Tabur Fareast). Tapi sebab dia naik tu terus canak, kat situlah ujian dia. Plus dengan ramai tu, jadi masa banyak habis kat beratur jugak lah. Sampai di pertengahan jalan, sambil tunggu yang depan berjalan lagi, aku dengar bunyi benda jatuh kat belakang. Mula taknak pusing, tapi sebab terdengar jeritan Saidah, jadi toleh juga lah. Ok, takut! Sorang member kena sawan. Sepanjang mendaki, first time ni jumpa kejadian macam ni. Jadi aku, Fani dengan Din pun turun balik. Mata dia nampak mata putih je, lepas tu badan menggigil kejang.

Yang berhampiran ada Tokie, Saidah, Wan dan Azmi. Jadi depa tolong buka kasut Azril dan tampar2 sikit muka kasi sedar 'ko ok tak ni azril? ko sedar tak?' - azmi. Ulang-ulang. Kurang seminit, Azril respon, 'aku ok' . Lepas duduk kan dia, suruh dia makan sikit dan bagi minum air serta basahkan kepala. Bibir dia memang putih betul, pucat tak berdarah. Phew~ Dalam hal ni, aku lega jugalah pergi trip dengan budak hospital. Jeng kreng gak ni kalau nak mengadap sendiri. 

"Saya ada nasi lemak, nak tak?" bisik seorang indian yang baru turun dari puncak dan berselisih di jalanan cuba membantu demi menyaksikan kejadian kami. 

"eh eh takpe, dia ok je ni" balas saidah

Kitorang tunggu jap, tengok respon dari Azril lepas a few minute rest. Bila Azril nampak dah gain conscious, Azmi suruh dia bangun. Lepas berdiri, dia cakap masih goyang. So, setelah berbincang, Azmi minta Din lead ke puncak, sebab dah half way. Wan dengan Azmi akan tunggu Azril sementara kitorang ke puncak. Meskipun berat hati dan berbelah bagi, tambah dengan rasa bersalah (masa nak balik baru find out ni first time Azril hike) kami berlima pun meneruskan langkah ke puncak.

Jalan dia memang mencanak je, tapi memang dah tak jauh sebenarnya dari puncak. Lepas kurang lebih 10 minit dah nampak batu. Panjat batu tu, pastu ada satu lagi batu yang tegak 90 degrees, kena panjat naik tali. Fuh, nak menaik tali tu boleh tahan debarnya. Lagi2 badan dah makin berat ni. 



Alhamdulillah, we did it! Perasaan yang sama masa naik Tabur sebab puncak dia berbatu-batu. Jadi extra carefull please gais kalau nak naik sini. Kita taknak tambah kes terjatuh dari bukit dah ya! Lepas bergambar kat 2 puncak, kami pun turun. Sian kat member tunggu lama.

Turun haruslah lagi laju kan. Trail run gitu. Ok jumpa balik geng bertiga, dan kami meneruskan langkah ke air terjun Batu Asah. Menurut brader yang selisih di simpang 4 ke air terjun, nak ke air terjun akan ambil dalam 25 minit lagi perjalanan. Oklah no harm pun kan. 

Selepas kira2 30 minit perjalanan, sampailah kami ke air terjun yang di khabarkan. Ok, air terjunnya kecik je, dan orang ramai la jugak. Lepas setup port, maka keluarkan perkakasan, kopi, megi dan nuget goreng siap! Oh ada demonstrasi memasak pek kembara juga ya. Gais, no joke nasi kembara sedap gais. Sedap dari Brahim la atleast. Azmi bawa nasi tomato, nasi beriyani n nasi lemak. 




Begitu begini, nak dekat jam 1 kami pun bergerak keluar dari kawasan air terjun. Naik sikit keatas adalah kawasan lapang tempat parking ATV. Kebetulan masa kitorang naik, geng ATV ni baru turun ke air terjun. So ATV diorang tersadai kosong kat atas tu. Hence, hehehe..

Berjalan keluar tak terasa jauhnya lepas pekena air terjun! Oh tapi yang terasa begitu jauh adalah nak drive keluar dari Kg Kemensah ni. Jem dia bukan main ya kengkawan, aku rasa ada sejam gak ritu sangkut kat jalan nak keluar tu je. 

Alhamdulillah ala kulli hal, untuk nikmat kesihatan dan kesempatan kecil bersosial di Hari Malaysia. Santuy!

Sebuah cerita untuk kenangan di masa depan yang taktahu bilakan berhujung.

Every little things count. Kan? Selamat berbahagia readers. Till then!

26 February 2019

KorGa (4) the end

Pagi tu, memang semua pengsan aku kira! Dekat jam 7 gak memasing terjaga untuk mengejar Subuh. Aku terbangun pun sebab terdengar suara Afiq. "Bangun bangun, Subuh!" Semalam sampai kemsait, fon aku dah nyawa2 ikan disebabkan pasang lagu on trek kan. Jadi, aku biar fon off, caj dan terus letak dalam beg je. Maka, haruslah alarm pun tak de!

Rupanya geng yang terakhir sampai pukul 3.30~4 pagi. Oh dan, disebabkan aku dan Tokie dah tidur dulu malam tu, maka sekali lagi Fani tersingkir. Ahaha, sorry Fani! Fani ajak Kak Mid teman tidur kat 'surau'. Di pagi yang sendu itu aku pun bertemu lutut ngan Fani dan Kak Mid. Rasa bersalah sebab tinggalkan diorang semalam.

"Sorry korang, sebab tak dapat tunggu korang dah masa kat puncak Korbu"
Mujur diorang ok je! yeay.

Bersama Mid dan Fani!

Bergambar sebelum pendakian turun
Kesian jugak diorang sempat tido kejap je sebab sampai lambat kan. Pagi tu makan sarapan bihun goreng dan roti telur tuna. Sedapnya! Lepas makan berkemas semua, jatuhkan kemah, salin baju dan bergerak. Perempuan gerak dulu, budak laki masih mengemas dapur dan sebagainya.

10.40 pagi kami pun mula bergerak turun menuju ke Kem Seroja. Perjalanan turun setakat ni terkawal memandangkan masa naik dia mencanak, so bila turun, menjunamlah turun. Masa dari Kem Kijang ke Kem Seroja ni aku jalan santai-santai aja dengan Mid dan Fani! Immediate belakang adalah Kak Liza dan Kak Fiona. Kadang-kadang biar diorang lepas, kadang-kadang kami kedepan semula.

Nampak tak baju bertukar? haha. teknik menukar baju ontrek~ fuh.
1215 tengahari kami pun tiba di Kem Seroja. Duduk ambil nafas jap. Nampaklah muka Tokie ngan Reen. Tumpang bergambar kat kamera mahal Reen sama. :)


Lepas rehat 10 minit, pada 12.25 kami meneruskan perjalanan menuju ke balak tumbang. Balak tumbang ni memang popular, kira macam kalau nak tunjuk kat orang kau da sampai Korga, memang kena bergambar kat balak tumbang ni lah. Santai gak jalan ngan Fani dan Mid ni. Tenang-tenang aja.

150 tiba di balak tumbang. Ok yang geng depan aku rasa dah letih kut tunggu kitorang. Aku letak beg dan main air sat, tak makan lagi terus ambik wudhuk dan gi solat dulu. Memang plan nak setelkan solat dulu baru buat benda lain. Habis solat ni, semua pun dah sampai. Geng Hassan macam biasa buka stove, masak air kopi! Oh, bestnya! Walaupun aku tak delah berkenal sangat dengan diorang ni, tapi bila diorang buka stove je dan cakap nak buat kopi, tiba-tiba aku dah duduk mengadap stove depa. Opportunist! (Harap-harap diorang tak simpan dalam hati peristiwa aku sorokkan air 1.5 liter aku masa kat puncak Korbu semalam)


255 petang, perjalanan turun ke kereta pun diteruskan. Masa ni dah semakin crucial ya jalurnya. Bukan apa, sebab dah kebawah ni banyak perlu merentasi sungai. Bila merentas sungai ni, kita memang kena peka sikitlah dengan tagging. Selepas beberapa kali merentasi sungai, sampailah ke satu route yang mengelirukan, masa tu guide dah kat depan, yang tahu jalan plak kat belakang lagi. Kitorang confuse bertiga. Tapi betul2 depan aku ada brader ni, group dia pun sedang turun. Jadi aku follow je lah brader since dia cakap dia da few times naik korbu. Tapi Mid ngan Fani masih tak konpiden. Haha sudah! Maka disitulah kami terpisah. Wahaha. Dan aku jalan pulak dengan Reen dengan Din. 30 minit lagi sebelum sampai ketamadunan, jumpa pulak Hafiq dengan Tokie. Cakap dah, tokie ni bukan calang2, rasa level Nurel ni, rajin cucuk guide.


Rasa macam bawa fotografer sendiri masuk hutan.
500 petang sampailah semula kami ketamadunan. Duduk dulu dekat tempat mula2 kami buat warm up sebelum naik kelmarin. Tunggu semua team sampai sebelum balik ke kereta masing2. Masa tengah tunggu yang lain, Fairus buka beg, keluarkan plastik hitam. Dia tanya siapa ada sampah, boleh masukkan terus dalam plastik hitam tu. Aku pun keluarkan nasi tengahari yang aku makan halfway. (Taktaulah perangai apa, tapi aku perasan semua meal masa trip ni aku makan separuh je kecuali makan sarapan sebelum naik gunung) Aku tenung nasi tu. 

"Elok lagi ke ni eh?" Sebenarnya nak cakap dalam hati, eh eh terkuat pulak
"Cuba kak Sarah cium bau dia" kata ustad
Aku pun cuba menghidu bau nasi yang dah bercampur dengan daging dendeng tu. Hmm, macam dah nak basi. 
"Hmm, macam dah nak bau ni"
"Ok sekarang kasarah cuba cium diri sendiri.. macam lebih kurang kan!" gelak2.
Budak zaman sekarang memang macam ni kan. *roll eyes* Sabaq na.. mung tunggu ustad. mung tunggu!

Gaya kesyukuran keluar dari Hutan. Eh!
Lepas cukup korum kesemua ahli berjaya keluar, kami pun angkat beg untuk ke kereta masing-masing. Maka, di kesempatan ini aku pun memberikan hadiah2 persahabatan kepada rakan2 di gunung. (Lebihan snek2 aku banyak la plak, so kita bahagikan sama rata kepada teman2 di perjalanan)

Dari berapa buah kereta yang keluar, ada 1 yang tinggal, kereta Sadam, Naim dan Hassan. Diorang nak mandi dulu kat sungai tepi tu before keluar. Jadi kami tinggalkan diorang dan menuju ke masjid.

Bukan main happy lompat tu, en? Bergambar dengan empangan
Alhamdulillah, semuanya selamat dan tiada kecederaan pada line up. Selepas maghrib, kami singgah makan di Restoren Johan Clasic, sambil menekuni sejuzuk kisah dalam hidup Mid, takpe Mid, perih juga akan pergi, seperti kenang2an yang indah hari ini juga akhirnya akan hilang jua. Mari kita meneruskan hidup dengan sederhana ^^,

kasi rewind sikit.
Menghampiri Maghrib, nampak kereta ustad memasuki perkarangan masjid. Ustad dengan Hafiq dan Abg Zairi katanya ke balai polis nak maklumkan yang semua line up dah keluar dari hutan. Rupanya, diorang lencong ke masjid lain tumpang mandi dulu sebelum datang ke masjid ni untuk solat maghrib. Ustad melintasi aku dengan tangan menutup dagu.

"Ha apehal tu ustad"
"Tercukur dagu kak, akibat cukur tak tengok cermin"
"Tu tanda tu ustad, jangan rajin sangat duk penaya orang" haha
"Minta maaf kak Sarah" sengih2 dan berlalu.

Ok, done! Berakhirlah kisah Trip Korga jangan diduga CNY. Sorry hanya dapat update selepas 11 hari. LOL! Acah2 bz sikit, alkisah directly lepas korga aku balik kampung sambung cuti. Masa cuti tu dapatlah buat 3 episod je, lepas tu wiken selepasnya ada foodgasm dan jushiking. lepas tu bersambung plak next weeknya dengan gus, justalk dan daurah. Begitulah menyebabkan kelewatan ini. Nanti aku smbung citer2 lain plak ek fan! Jangan sedih2. Meski dah banyak medium sosial yang lain, tetap aku tak melupakanmu blog, walau tak seaktif dahulu.

Overall aku kira trip korga ni ok jugaklah, sebab balik dari korga ni takdelah teruk sangat kecederaan kaki. Maybe sebab directly after turun, terus dipaksakan kaki recovery walk kat Ikea Cheras. Wahaha! Takde la rosak sangat tapak kaki atau lutut, jalan pun tak kengkang. Alhamdulillah. The only sad story adalah aku tertinggal kasut kat masjid, dan haruslah tidak ditemui sebab aku hanya dapat datang masjid tu balik selepas 2@3 hari kemudian.

Ok geng, till then! Nantikan next post ya.

14 February 2019

KorGa (3)

Bintang malam setia seperti dirimu,tetap pudar menghilang tiada gantimu
dan ku masih terasa degupan jantungmu, tanpamu ku kan rapuh
(Nastia, Rapuh)

Credit picture: Razreen Ashraf
"Alamak, seganlah saya.. kak pasang lagu kak" pesan tokie yang nak pi membuang air kecil. Aku pun menurut perintah dengan memasang playlist yang ada, Haikal - Epilog Silam. Wahaha, lagu nasyid klasik aku bagi. Tapi memang syahdu lagu tu bila diiringi view bintang macam ni. Menginsafkan

Malam tu langit cerah, tiada tanda awan mendung mahu melindung bintang yang terang. Inilah masanya untuk stargazing! Letak beg, baring kat puncak Chuban, off headlamp menatap bintang. Diiringi lagu nasyid, aduh hampir meleleh ayaq mata bak hang. Tapi sat ja, lepas tu Reen duk sembang pasal bintang, Hafiq nampak berminat melayan. Aku cuba mencerna, tapi apakan daya, satu2nya buruj yang lekat kat kepala aku sejak kecil, hanyalah biduk. Lol.

Dari puncak chuban, kita boleh dengan jelasnya melihat pergerakan lampu headlamp di sekitar puncak korbu. Tapi, tetap tak kelihatan head lamp mereka. Sebelum kami bergerak ke puncak botak, ada kelihatan lampu diantara Gayong dan Korbu, maknanya, diorang belum sampai lagi puncak. Jadi, kami gerak dulu.

8.40 malam, kami meneruskan perjalanan ke puncak Botak. Sejukk grr brr..

9.40 malam tiba di puncak Botak. Dekat sini kami rest lagi, sebab ada tempat lapang yang memungkinkan baring-baring tengok bintang. Ah teringat plak the very 1st time star gazing dengan najwa dan Yan, kat CBL, dengan arwah Nadia (alfatihah) dan gegurl GSB kat Lata Charok, dekat tengah laut dengan Tokie time candat sotong, dekat kaki Kerinchi dengan Toki, Ita dan Kak Nora time atas 4wheel nak balik homestay, momento sangat bila duk teringat2 betapa lamanya dengan gsb. Dari zaman semua bujang, sampai lah sorang-sorang berkahwin dan beranak pinak. Sampai sekarang ni dah batch2 baru dah. Dan aku masih disini. *kesat air mata keharuan*

Eh eh, cerita kemana tadi? Oh, dari puncak Botak kami dah nampak cahaya lampu bersuluh suluhan dari puncak Korbu. Try la suluh2 kat depa, depa balas balik. Maka tau lah kami, depa selamat kat puncak Korbu, jadi tenang sikit. Hafiq bagitau, kalau sekarang masih di Korbu, dalam 3 jam jugak tu beza perjalanan kami.

10.10 malam lepas rehat secukupnya (tak taulah nak cakap cukup ke mende, tapi dah hampir nak beku gak lah sejuk dia, nasib dah training sejuk kat Europe. kah!) kami pun memulakan kembali langkah untuk turun. Oh kat puncak botak tu ada kamera tau. Taktau nak buat apa, maybe untuk kegunaan pejabat hutan or jpam kut. Korang penah baca kan pasal ada pendaki meninggal kat Korbu? Ha.. pi lah cari.

10.55 malam kami tiba di last water point. Ya Allah, bersyukur sangat dapat stop. Sesampai kat LWP, ada air 4 botol dah sedia terisi. "Eh Din isi kan untuk kita" kata Hafiq, dia kenal dari botol air isotonik yang ada ditinggalkan. Aku hanya mampu wow dalam hati je, mulia dan baik hatinya! Diorang duk refill air memasing. Then Hafiq turun ke water point untuk sediakan air kat geng belakang plak. Aku? duk celah2 pokok kayu dan terus tidur. Oh dari tempat kami duduk tu, perlu turun dalam 3~5 meter ke bawah untuk dapatkan air bersih. Untuk aku, yang telah longgar lutut, tindakan turun dan ambilkan air adalah sungguh mulia yang bersangatan. :) Pahala-pahala yang boleh kau kutip dalam perjalanan.

11.10 malam, lepas dapat tidur dalam 15 minit, perjalanan diteruskan. Ahh lengai teruk ni nak turun. Dah overused kaki ni. dah 20k langkah. Lutut dah longgar2 berjangkit plak kat buku lali. Turutan perbarisan turun adalah seperti berikut Hafiq - aku - tokie - reen. Jadi bila aku slow effect kat Toki dan Reen! haha. Sorry both, i is cannot dy. Tapi kalau i biarkan u oll potong ai, lagi kesian kat ai. Haha! Terpaksa selfish sikit gais! Minta maaf banyak2. Hafiq ni rupanya muda setahun je dari aku, tapi sebab dia gaid, jadi segan plak nak duk melabun dengan dia. Lagipun kalau sembang kang lagi semput plak aku. Hafiq akan turun2 dan turun. Dia akan tunggu kalau dia tak nampak aku. Then agak2 dah nampak lampu aku dan 2 belakang, dia akan gerak lagi. Begitulah modus operandi perjalanan kami. Separuh perjalanan mula dengan bunyi air terjun di sebelah kanan laluan. Kuat dan deras!

"Ok dah dengar bunyi air terjun kan? Tunggu bunyi ni kat sebelah kiri, itu tandanya dah dekat" -Hafiq

Ya Allah frust sikit rasanya. Tak lama lepas tu baru dengar bunyi air disebelah kiri. Sayup2. Masa ni Hafiq pun aku rasa dah tak larat nak tunggu kut. Laju je dia pegi. Lagi pun time tu dah jalan lurus je,

Selasa, 6/2/2019

1220 pagi, tiba di Kem Kijang. MasyaAllah! Subhanallah! Alhamdulillah. Sebelum sampai tu dah sembang-sembang dengan tokie. 'Ok tokie, sampai nanti kita terus pi mandi, makan then solat, tidur' Tapi sampai je kat 'surau' letak beg, terus rasa macam mental jem. Perancangan yang dibuat sebentar tadi terus cannot load dah! Ha ha.

"Korang nak air tak?" Tiba2 Din yang berkain pelikat datang membawa secawan air teh o panas. Reen dah tak kelihatan, mana ntah dia. Terus pi mandi or salin baju kut.

"Ya Allah Din, baiknya kau, kau sampai pukul berapa tadi?"
"9.30. Aku memang target tanak sampai lewat sangat"
"Mantap!"
Tak lama lepas tu, dia bangun dan ambil kan pulak makan malam. Bihun sup. Ya Allah saka baik apa yang dah merasuki Din malam ini. Haha! Tapi takpe, kita makan je orang dah bagi kan.

"Din, ko ke letak air dekat lwp tadi"
"Haah, baik kan aku? Aku pun hairan punyalah baik nak ambilkan air untuk korang"
impress.
"Sebenarnya kat lwp tadi aku nampak orang berhenti makan megi, aku ingatkan budak2 ni (refer to Nad, Lin dan Ani) rupanya salah, tapi aku join gak lah diorang makan. Dah makan tu, teringat pulak kat korang, tu aku amik kan air"
"Ya Allah Din, besar pahala kau"

Lepas tu dia duk cerita lutut dia yang dah injured dulu sakit balik along the way turun dari lwp ke kemsait. Tapi maybe tak teruk sangat kut. Sebab ok je aku tengok dia, boleh sampai kemsait tu kira ok lah tu. Kan? Lepas berborak, aku pun bincang balik dengan Tokie, plan asal kitorang. Tokie sejak ontrack turun tadi dia ada mengadu sakit kepala. Angin kut eh? Lepas bincang, kami decide untuk replanning. Masuk kemah, solat then tidur! Haha. Kemah tu tinggi, boleh solat dalam kemah. Best kan?

p/s: Sorry belanja 1 gambar je sini, banyak2 satgi korang malas baca. Jangan jadi netizen ya gais, rajin sikit. Haha! Tahniah da habis baca part 3. Lol

bersambung

13 February 2019

KorGa (2)

Isnin 5/2/2019

Malas betul aku nak ambil semula spek mata nak tengok apa menda kan. Tapi memang sebelum tido tadi aku dengar diorang cakap, ada lagi team yang dari puncak belum sampai kem. Aku dengar je lah bunyi depa duk sembang, tapi tak butir. Cuma tak lama lepas tu, aku dengar satu suara mengajak untuk meneruskan perjalanan. Haruslah, sebab kemah diorang takda kat kem kami, sah sah diorang punya kem kat Seroja. MasyaAllah lagi sejam tu nak kena jalan. Dalam gelap lagi!

Oh ya! dalam kepekatan malam tu, aku masih mampu melihat Afiq tengah tunggu nasik masak untuk sarapan. Ya Allah, besar pahalamu Afiq. moga Allah redha.

Dalam kekecohan dengar team tu nak gerak kembali ke Kem Seroja, tanpa sedar aku terlelap. Malam pun aku lihat dah tak berbintang. Barangkali awan telah menutup sinarnya yang cemerlang.

Sedar-sedar bila alarm berbunyi jam 5 pagi. Oh Hafiq, brader guide pesan, paling awal kita boleh gerak jam 7 pagi. Jadi, kenalah prepare awal, siap2 lepas Subuh boleh gerak dah. Tapi, disebabkan aku bangun jam 2.30pagi nak kencing tadi kan, masyaAllah berat betul perasaan nak bangun. Apa-apa pun kena bangun jugak kan, tidur surau kan. Ahaha!

Masa nak turun ambil wudhuk, hampir terpijak orang dah tadi. Rupanya team yang kemalaman tadi tidur kat batu. Sejuknya oi! Rupanya depa sweep orang injured, jadi tak leh nak go dah kut, so tidurlah ontrack.

Lepas siap Subuh, Afiq cakap boleh terus makan sarapan kalau tanak tapau makan kat atas. Maka, yeay. Makan siap2. Oh ya, tengs lagi kat Reen tolong makankan. Hahahaha! Aku makan gaklah, tapi 1/3 je. Tak lalu plak nak makan disaat kegentaran ni.

Pagi ni pergerakan terpecah sikit, disebabkan Afiq tidur lambat semalam kan, jadi dia request untuk gerak lambat sikit bersama few people. Jadi yang gugurl gerak dulu. (Aku gerak awal pun kena pintas gak ngan depa di masa terkedepan), 8.50 pagi kami pun memulakan langkah. Aku melangkah berbekalkan 2 liter air. Bismillah..

9.30 pagi sampai di last waterpoint. Masa ni aku masih bersama kak mid dan fani. Toki dah tak nampak bayang, dia ikut sekali dengan geng Nad, Ani dan Lin. Oh ya, in the middle before sampai last waterpoint, aku dah di pintas Izzat yang bergerak 30minit lewat dari aku. har har har. Izzat turun sat ambilkan air. Masa tengah regroup ni baru nampak geng Hassan dan sweeper Fairus. Kak Mid tengah tunggu air dari Izzat. Tapi aku dah tak mampu nak tunggu sebab takut aku lambat. Jadi aku gerak solo. Hafiq cakap trek dia single track, insyaAllah tak de hal. Jalan sejam sampai jumpa chuban. Okay! so aku pun melangkah dengan pasti.

"Terima kasih, you've done a good job!" bisik aku pada pokok yang baru saja aku peluk melepas lelah yang teramat! Sebelum meninggalkan pokok, kasi double tap sikit, tanda terima kasih. Puji-puji sikit sebab banyak pahala bagi orang menumpang singgah menghilang letih. Bila kita ontrack solo, maka pokok2lah kawan2 kita. Dulu Azahari pernah berpesan, kalau letih sangat, pegang pokok. So keletihan akan dibumikan oleh pokok. Haha! Dan sampai sekarang memang aku apply kanlah pelajaran oleh Azahari itu.

Di pertengahan jalan sekali lagi dipintas oleh Izzat, dan kemudian Hafiq. Asalnya bleh je nak saing2 izzat, tapi aku macam, breathing lain2 kan. Aku pun merelakan kembali melangkah solo. Memang agak creepy gak bila lama sangat jalan solo ni. Tapi bila agak2 meremang tu, aku baca la ayat kursi. dan doa minta dipermudahkan. Alhamdulillah, menghampiri sejam aku dengar suara orang. Tak lama lepas tu aku jumpa ada brader nak turun.

"Tahniah tahniah!"
"Jauh lagi ke bro nak sampai ni?"
"Eh takdelah, depan tu je dah puncak botak"
"Seriuslah?"
"Serius"

1045 pagi aku sampai kat puncak Botak. Tiba aku puzzle, sebab tadi Hafiq mention chuban, kenapa botak yang aku jumpa selepas sejam? apa semua ni! (Nampak sangat betul2 tak study route before trip. Haha!) Pulaknya, aku bawa phone lain. Semua data trip takde dalam tu. Tapi takpe, aku tetap meneruskan langkah yang makin kelabu. Dah jalan punya jalan makin confuse. Jadi aku duduk tengah2 trek - kira2 5 minit dari puncak botak. Dengan harapan orang lalu lepas ni bolehlah saing2. Tak lama lepas tu Fani muncul, yeay!

Itulah view dari puncak botak, tak sure tu Korbu or Chuban
"Uuii" jerit Fani ke arah belakang
"Uuii taknak minum dulu ke?" balas suara dari puncak botak. Aku rasa tu suara Sadam
"Taknak, kitorang gerak dulu" balas aku
(sedikit yang kami tahu, rupanya minum depa tu bukan berenti sat minum, tapi berenti dan bukak stove buat ayaq panaih. masyaAllah sahabat2ku!)

one with Fani (Fatin Surihani)
Maka beriringanlah aku dengan Fani menuju ke puncak jaya, eh Korbu maksud aku. Tak lama lepas tu kami jumpa Reen kat puncak chuban, nasib tak terlepas. Jadi rest sat kat sana. Sekali dengan Fairus a.k.a sweeper yang hampir givap dengan kehidupan. Maka dia swap ngan Afiq sat tugasan sweeper tu. Menuju ke Korbu, Fairus sweep aku ngan Fani. Bagus gak ada fairus ni, beg dia macam poket doremon. Tiap kali aku berenti ambik nafas, ada ja makanan dia offer.

"Ustad, kat puncak ni satgi apa ja kita nak buat?"
"Kita berenti rehat sat, makan, solat" balas ustad seraya menyambung
"kak siap semua dah ka alat nak solat, spray semua?"
"siap semua dah ustad, sekarang ni imam saja yang takda lagi ustad" *smirk*
"ouch kak sarah!"

ahaha.

1.32 tengahari tibalah aku di puncak kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia. Puncak Gunung Korbu. Korang cari sendirilah ek ketinggian dia, aku takdelah bother sangat dengan tinggi dia. Haha! Baru rehat berapa minit, sampailah Kak Liza dan Kak Fiona. Aku baru nak buka bekal nasi. Kat tengah2 area papan tanda Korbu tu masih dipenuhi dari geng2 trans titiwangsa. Oh time aku sampai tu, Din the last man dari geng depan baru nak gerak ke Gayong. Ada 2 orang brader group V1 pun berlepas nak ke Gayong gak. Tak lama lepas tu, Kak Mid, Sadam, Naim, Hassan dan Afiq tiba.

Bergambar sat kat puncak Korbu. pastu aku makan sikit, lepas tu push Fairus suruh ambil wudhuk. Nak minta dia jadi imam kan. Yang lain semua pakat nak solat di Gayong. Tapi aku macam malas la pulak nanti dah letih2 kan. Selesai solat jamak zohor asar, jam 2.10 petang aku pun bergerak ke Gayong. Solo. Sebab yang lain ada yang masih makan, ada gak yang duk bancuh ayaq. Maka kita gerak dulu, paper roger. Oh untuk pendakian kali ni aku banyak jalan solo, bukan apa. Sebab orang takleh tahan kut ngan aku, haha. Kalau time tengah naik tu, 10 langkah naik. 10 saat berenti. Jadi, untuk memudahkan semua pihak, aku gerak dulu jalan slow2.

Time tengah on track tu 2-3 kali gak la aku selisih dengan brader v1. Time last aku jumpa dia lagi, masa tu aku pun tengah penat. So, aku lepak jap ngan brader2. Depa 3 orang bawa beg 50~60L ada kut. Semua dah tanggal beg.

"Kak, akak sorang je ke? Kenapa jalan sorang ni kak?"
"Ada, kawan-kawan saya dah kat depan. Kat belakang pun ada lagi"
"Kak.." brader tu becakap sambil pegang2 beg dia
"Nak tukar beg tak kak dengan saya"

Hahaha! Sempat lagi bang buat kelakar?

"Hahaha.. taknak! Ok lah saya gerak dulu, jumpa lagi kat depan"

Maka aku pun meneruskan langkah, ada lah 2 kali kut layan puncak tipu. Sebelum sampai ke puncak Gayong, korang akan jumpa satu simpang, nama dia Simpang Proton. Salah satu simpang akan membawa ke puncak Gunung Gayong, manakala yang satu lagi akan membawa ke GunungYong Belar. Beberapa meter sebelum aku sampai ke Simpang Proton, terjumpa sorang mamat penat sangat nampaknya, ni geng2 dengan brader v1 tadi.

"Bang, jauh lagi ke nak sampai ni?"
"Tak jauh dah ni, sikit lagi" ujar beliau tengah duduk, mengah.
"Kak, saya tanya sikit boleh?" serius nampaknya.
"Ada air tak?" ahaha!
Aku pun buka beg dan bagi air kat brader tu
"Habis langsung ka air? satgi ada sumber air tak?"
"Depan nanti ada kem cerek, boleh ambil air kat sana"
"Ok bang, saya gerak dulu, jumpa kat puncak"

Kritikal jugak sebenarnya kalau tak cukup air kat puncak2 ni. Bad bagitau (kat blog dia), hari tu dia amik air kat lumut. Time aku pi ni, kering! Lumut pun kering. Tak dapat nak menjilat. Periuk kera pun hampir kehilangan takungan air.

Rupanya, memang tak jauh pun dari tempat aku jumpa brader tu adalah simpang Proton. Ramai la geng2 v1 tersadai kat situ. Depa tunjuk arah untuk ke Gayong. Separuh perjalanan ke puncak Gayong aku nampak Tokie, Hafiq, Din, Reen dan Izzat tengah bersenang senang nak bergambar. 

4.35 petang sampai lah aku ke puncak Gayong. 2 jam 25 minit gak perjalanan lengai aku dari puncak Korbu. Ahaaha! Disebabkan taknak ketinggalan jauh, maka aku pi puncak tu selfi 2 keping then aku lari balik kat diorang. Kalau tunggu geng belakang, aku risau lagi lambat sampai kemsait nanti. Sebab sebelum ke Gayong aku dah kira2 kalau aku gerak dari gayong pukul 4, pukul 12 baru sampai kemsait. Tapi kalau aku tunggu lagi, pukul berapa plak nak sampai kan. 

4.45 petang - Lepas berpatah balik, aku pun saing2. Rupanya diorang laju sebab belum solat. Hafiq, Izat ngan Din gerak dulu sebab target nak solat kat Korbu. Reen ngan Tokie cadang nak solat on track. So aku, tokie dan reen gerak sekali. Macam biasa, mengah kejar budak berdua ni. Disebabkan masih terang, jadi kalau tertinggal tertinggal sikit tu aku minta maaf je la kat depa dua. Hehe.

Dari puncak tipu, boleh nampak puncak Korbu, Chuban dan Botak. 
7.30 malam tibalah kembali ke puncak Korbu. Masa ni senja baru sahaja menjengah. Hafiq tunggu kitorang sementara izat dan din dia biar gerak dulu. Maybe sebab kami ada girl kut. Pastu dia da pesan siap dekat Fairus untuk regroup dengan geng belakang dan gerak bersama sama. Ok, kalau tak pernah dengar, ni nak bagitau. Kalau kat hutan, time Maghrib kena stop dulu berjalan. Sebab masa ni, masa pertembungan antara 2 alam. Jadi, kita stop jap then baru gerak.

7.45 malam kami berempat dah bersiap dengan head lamp dan windbreaker. Serius sejuk dia bukan mainan. Sejuk gils, lagi2 dah 15 minit berhenti. Masa mula tu aku ingat nak tunggu Fairus je, sebab takut kena tinggal dengan dorang dalam kegelapan ni kan. Tapi Hafiq tak bagi, dia cakap nanti kesejukan. Jadi, aku pun meneruskan langkah. Cumanya better la this time, sebab dah start menurun. Oh, untuk info, dari Botak ke Gayong, ada 22 tangga. 16 botak - chuban, 3 chuban - korbu, 3 korbu - gayong. Fun jugak sambil turun, sambil kira tangga. Takdelah mental sangat. 

8.20 malam, tiba di Chuban. Disebabkan bintang kelihatan jelas bertaburan di angkasa, jadi kami berhenti sebentar. Tokie pun time2 ni lah nak pi membuang. haha!

bersambung

10 February 2019

KorGa (1)

Sejak hari Khamis aku dah longgokkan semua barang-barang untuk trip di suatu sudut. Tapi belum masukkan dalam beg sebab ada few barang masih belum cukup. Biasalah nak trip ni, dah last minit betul2 baru setel kemas barang. kan?

Sabtu. 4/2/2019


Pertemuan pertama di Decathlon, Jalan Klang Lama. Trip ni saja je aku nak tumpang orang, malas ar drive. Membayangkan lepas turun gunung kena drive plak lagi kan. So, kita tumpang orang je. Lepas regroup kat Decathlon, amik satu lagi passenger dekat MRT Muzium Negara, dan pengembaraan bermula kira-kira 4.30 petang. Panjang juga perjalanan kali ni, mungkin sebab kami berhenti untuk solat Asar dan minum petang agak lama. Banyak juga sembang dalam perjalanan. Biasalah, ceria-cerialah sikit sebelum perjalanan. Saja tanak sentuh langsung pasal gunung. Memastikan ketenangan abadi. kihkih!

Sampai ke Taman Botani Ipoh menghampiri waktu Isyak. Kenapa taman botani? sebab ada member nak sangat tengok Masjid Kg Memali dari Kg Gajah yang dipindahkan ke Taman Botani ni. Ok, dah sampai kat masjid aku tak nafikanlah, memang nice! Senibina asal dikekalkan. Kalau ikutkan saiz aku rasa macam surau je masjid ni. Kecik. Memang teringat macam zaman kecik2 dulu balik kampung, gitulah surau/masjid dia kat area Pasir Salak sana. (masa kecik aku pegi ke pun masjid2 ni. haha!)



Selesai solat kami bersegera menuju ke pekan Ipoh untuk makan malam. Destinasi untuk dinner? Mikker Cafe di padang Ipoh. MasyaAllah, beratur bak ang nak dinner. first time aku rasa kena beratur untuk dinner lepas zaman student. Huahua (acah je, nak sushi king pun slalu beratur gak kalau time bonanza) Order yang sama je semua supaya cepat nak siapkan. Chicken chop. :)

Habis makan, dah around 10.30 macam tu, rasa malas plak nak tidur masjid. Berlegar-legar di pekan Tambun dan jumpalah satu hotel yang boleh memuatkan kami berempat. Haha! Sebelum kita bersempit sempitan dan serba kekurangan di hutan, apalah salahnya kita tidur selesa dulu. kan? Plus, dapatlah caj fon sesiap sebelum masuk hutan.

Ahad 5/2/2019

Selepas je Subuh pagi tu, check out hotel dan bergerak ke Masjid An Nur, Batu 8 Ulu Kinta. Hotel ke masjid lebih kurang 10 minit je. Lepas park, kami berjalan kaki menuju ke kedai makan. Pekena roti telur dan neskepi panas. Disebabkan mental tidak diasak dengan ketakutan, maka aku dapat makan sarapan dengan tenang, juga membuang dengan tenang. Haha! Lepas sarapan, pi pasar depan sikit, tapau lunch. Aku amik lunch roti kosong dan sambal paru. Sebab fikir2 dah hike satgi mesti tak lalu nak makan nasi. Lepas tapau lunch, bergeraklah kami ke Pej Hutan.


Untuk Gunung Korbu dan Gayong ni, kena declare barang dulu sebelum masuk ya, sama macam nak masuk Gunung Ledang. Lepas declare semua, barulah bergerak ke empangan, parking kereta kat sana sebelum memulakan pendakian. Bergambar, stretching dan pengembaraan pun dimulai jam 11.15 pagi. Pengembaraan kali ini disertai oleh 10 orang jejaka dan 9 orang perempuan. JK GSB ada 4 orang, aku, Tokie, Fairus dan Afiq. 

1.30 tengahari, sampailah kami ke air terjun (yang ada balak tumbang tu) Hampir-hampir terlepas aku simpang untuk ke air terjun. Sepanjang pendakian naik aku macam biasa solo. Kadang-kadang ada Reen. Reen ni dia tak berapa nak sihat sebenarnya, plus tengah saiko sebab kena bawa beg besar. Reen ni runner. Tapi ok jugak, disebabkan kondisi beliau seperti itu, dapatlah aku saing2. Haha! Lepak makan di air terjun dari 1.30 sampai 2.30 petang. Jadi aku makan dan solat kat sana. Malas plak nak lambat2. Kang kalau tak solat sesiap, dah penat kang lagi malas.


3.35 petang sampai di Kem Seroja. Kat sana barulah aku nampak Tokie. Laju betul makcik ni. Tapi dia cakap dia malas dah nak kejar orang depan, jadi dia nak slow2 je ke Kijang. Maka nak ke Kijang ni dapatlah saing ngn Tokie & Reen. Tapi, laju gak depa 2 orang ni. Cuma, dapat jugaklah berforum ontrek. Haha. Takde keja kan. Oh nak ke Kijang dah tak se canak ke Seroja. So oklah, mampu berforum. 

"Permit mana permit?"
"Permit kat gogo"
"Oh awak bukan gogo? Nama awak siapa?"
"Toki, nama pentas"

Nampak tak, kalau dah market tu. On trek pun market! 
Haha.

6.10 petang sampai di Kem Kijang. Alhamdulillah! 7 jam pendakian. MasyaAllah! Sampai je kat kemsait. Tengok dah ada 1 kemah naik, dan 1 fly da pasang (dapur). Tapi? oh no, kemah kitorang dengan brader paling belakang sekali. Wahaha! Tumpo gak rasanya. Dekat Kem Kijang ni, air dia kecil yakmat. Memang syahdu kalau tengok. Berdasarkan batu-batu sekitar sungai dia tu, aku dapat rasakan ia dulu adalah satu sungai yang besar. Tapi taktau lah apa jadi sehingga tinggal seciput itu sungainya. Rasa nak mandi pun segan. Jadi kami decide mandi malam. 

Oh, sesampai saja sampai tadi, aku terus park beg dekat tepi pokok besar. Aku memang plan sebelum tidur sarung kan je ngan plastik hitam then tinggalkan je kat situ. Elok pulak lepas tu, fairus bentang ground tepi pokok tu untuk solat. Jadi aku pun pinjam kan carry mat. Lepas-lepas tu bila nak solat je memang jemaah kat situ.


Malam tu, kitorang makan nasi dan kambing! (aku tak abis pun, tengs Reen atas bantuan miker. ahaha) Lepas makan, pi mandi, lepas mandi, pi solat. Elok dah solat tu, aku pun panggil Tokie, sebab Tokie ni bagus budaknya, tiap malam baca AlMulk, jadi aku pun ajak la dia nak bejemaah sama. Masa baca ni, kat 'surau' tu lah. Elok habis baca, fairus panggil, afiq minta tolong untuk masak makan lunch esok. Ahaha, mula dia panggil Tokie je, tapi atas kesilapan teknikal, telah menterjebakkan diri sendiri jugak. Aduh. Maka, malam tu, aku, tokie, fani dan din (termasuk fairus yang bz2 kemas beg) membantu Afiq masak lunch. 

Habis masak, pi kat kemah, lepas duk ngejas. Aduh tak celuih plak nak tido 5 orang. Sebenarnya aku rasa kalau tidur serentak takda isu. Ni sebab kami masuk lambat. Maka aku, Tokie dan Fani kembali ke 'surau' bersama sleeping beg menutupi wajah. Tidur berbumbungkan bintang yang terang di langit lepas. Sejukkkk mak aih. Mujur sangat tak hujan malam tu. 2.30pagi aku dah takleh tido, ni rasanya sebab duk pekena kopi o la ni sebelum tidur, membuak buak rasa nak kencing. Nasib tokie sudi menemani langkah ke toilet. huhu.

Tak berapa lama lepas setel urusan, kembali ke 'surau', tak dan tido, ada dengar bunyi bising-bising, diiringi dengan cahaya lampu silih berganti dari kejauhan..

bersambung..

01 February 2017

Gunung Berembun, Jelebu

Orang cakap hiking ni tempat yang bagus untuk heal 'luka' betul ke? aku cuba try lah kan.

Pertengahan minggu last week tiba-tiba Naufal keluarkan idea nak pergi mendaki Gunung Berembun dan Telapak Buruk kat Negeri Sembilan. Aku rasa dah lama sangat dah tak hiking (satu memang aku malas, dua sebab musim hujan) tapi, tempat ni aku pernah dengar jadi terus teringin nak pergi.

The last time hiking, April 2016. Lepas tu langsung lemau. Takde jogging, takde run. Paling cantik Disember aku stop sat kelas zumba. Memang totally tidak bersenam. Dan 1 Januari plan nak naik gunung. Ahaha.

Aku tak baca, aku tak trening. So mentally kosong. Untuk elakkan stress dan takut. Tapi pagi tu lepas Subuh terus memerut. Masa sarapan pun aku hilang selera, makan beberapa cubit roti canai dan teh o panas je. Serius eh naik gunung punya panik tu memang susah nak hilang. Lepas pekena breakfast ala kadar tu aku setelkan last phase memerut.

Kemudian barulah menuju ke starting point. Loji air.


Tudia muka start, masih ada sinyum. Total line up, 9 perempuan 10 lelaki. Dalam ni aku akan citer kan log perjalanan aku lah kan, sebab ni bukan log diorang. haha! Oh ya, group kali ni merge dengan geng2 ultra marathon. Maka, kau kena imagine dan pahamkan how hard to catching up (alasan sangat)

8.50 pagi - Start hiking.

Sepanjang perjalanan ni aku memang among the last person in line (tak leh jadi last, sebab last sentiasa sweeper). Masa awal-awal lagi aku dah boleh bajet akan pancit. Tapi trek awal macam ok lagi, mostly mendatar. Belanja view hutan yang indah mata memandang. 

(Awal-awal trekking lagi, tapak kasut ita dah koyak. Ahaha, apa akan terjadi kepada Ita. Ita, jom mental sesama ^^,)

Disebabkan kitorang dalam group yang slow, jadi tiba-tiba terjumpa port cantik terus rasa excited nak bergambar. (Aku share gambar afiq je lah, sebab ada gaya model sikit, maklumlah kaki panjang. Untuk kitorang yang taraf hobbit ni simpan dalam fon je lah gambar semasing. Aha)


9.40 pagi - balak tumbang. 

Dan aku rasa kat sini lah kebahagiaan dan kegembiraan aku mula diragut perlahan-lahan. Ada satu kayu balak patah yang sangat besar merentang sungai. So, kita kena meniti balak tu. 

Sumber: google (link)
Selepas je dari titian balak tu, the challenge start. Ada banyak part menaik dari part mendatar atau menurun. Sobs. Aku punya kaki dah beberapa kali diserang cubaan untuk krem. Sat sat dekat betis, kadang bila nak melangkah balak yang super besar tu, kat paha pun dia duk kream. Tapi tak pa ejas2 sikit, xjadi krem. 

10.48 - gua kambing

Lepas gua kambing adalah klimaks azab! Pangok all the way. Dan kat sini lah aku layan mental. Tepaksa drag naufal ngan Fareez sekali dalam ke'mental'an tersebut.

"Saya tunggu sini je lah, korang naik. Nanti turun kita jumpa balik kat sini"
"Ala ok je kasara, kaka sara boleh" Fareez

Aku terus kan lagi perjalanan. Walaupun kaki dah hazab nak diangkat. Masa ni lah aku duk nak menyesal tak makan sarapan dengan proper. Tapi sebabkan penyesalan tiada berguna, maka terus lah membara rajuk dan tangis sang hati ke puncak berembun.

"Beg tu berat sangat ke, meh barang sikit" Naufal
Aku pass 2 butane.

Untuk hilang kan bosan dan penat, kadang-kadang duk sembang pasal retreat. Eh eh dah tinggal lagi 2 minggu nak retreat. Tetiba aku macam teringat tugas teknikal aku. Macam tak setel lagi. Tapi tak serius sangat lah duk pikir, layan mental punya pasal. Memang tak kemana la. Haha.

"Akak kalau saya pasang lagu akak ok tak?"
"Kalau dah mental tokie, ada lagu ke takde ke sama jer" (azab betul nampak gayanye aku ni)

Lagi 800m nak ke puncak, berselisih dengan adik2 ni depa turun.

"Jauh lagi ke dik? Tadi turun dari puncak berapa minit?"
"Tak jauh dah, tadi 20 minit" adik
"Kalau turun 20 minit, so kita lagi sejamlah kaka sara" fareez

Walaupun aku dah boleh agak dah respon dalam hutan yang biasa dengan terma tipu sunat ni, tapi aku tetap nak tanya kan. Hmm, lagi sejam. Tokie dah hilang dah ke depan. Ita masih ada. Tadi ada jugak hakim lalu lalang. La ni, mungkin dia pun dah sampai puncak.

Tengok teruk sangat, Fareez dan Naufal berusaha keras buatkan tongkat (yang aku pakai sat ja, lepas tu buang sebab nampak tongkat yang lebih pendek dan ringan. Sorry guys) Tak lama ita pun dah hilang.

"Fareez, selain hiking memang selalu jogging ke? atau bersenam"
"Aku? mana ada. Last tu lah masa yybtn tu. Mana ada dah" fareez
"Tapi korang fit je eh. Ke ni faktor usia eh"
"Mana ada. Semua nya bersenam je. Kena rajin training. Kalau usia, ada je pakcik2 40, 50 tahun tu boleh marathon lagi" fareez
"Tapi memang lah bila kita semakin tua, kekuatan tu akan degrade. Tak sama dah lah dengan zaman kita muda. Tu lah kena lagi rajin latihan" naufal

Bila aku dah sampai 10 langkah berhenti. Naufal mintak beg. Dia cakap, nanti dah dekat puncak ambil balik beg tu. Aku lepas bagi beg pun tetap rasa takde beza gak. Penat dia sama je. Aduh

"Rasanya saya memang dah kena berhenti lah buat benda ni"
"Eh apa pulak berhenti, kan kita baru je bermula. Baru 1 Januari, takkan nak berakhir dah" fareez
"Tapi takleh lah kalau macam ni"
"Apa-apa pun sihat tubuh badan tu kan 10 muwasofat muslim. Kena gak bersenam" naufal

Ok sedas. pedas. Terus aku dah tak mengomel lagi sehinggalah sampai ke puncak,  

12.15 - puncak berembun (30 minit lewat dari amar dan orang depan)


Aku sampai je puncak, diorang dah siap makan. Kak siti minta nugget dalam beg aku. Aku pun buka beg, keluarkan nugget pas pada kak siti. Keluarkan kain batik. Cari port, terus baring! Lupakan sat makan-makan. Aku terus demikian kurang lebih 10 minit. Lepas tu bangun, makan. Dan cari ubat panas yang mampu menguatkan kaki. 

Sepanjang ke puncak, memang aku duk setup otak taknak pegi air crashed area, nak lepak puncak je. Punah teruk kut semangat bila jadi orang last. Sobs. Plus rasa down, sebab sampai orang kena bawakan beg. Hmpfh. 

Depa duk siapkan fly lagi bawah beirut, takut hujan nanti lenjun pulak aku kan. Tapi lepas tu aku fikir2 lagi dan lagi. Teringat masa aku sampai pasar bubrah dan melihat puncak merapi. Perasaan yang sama, aku taknak buat. Tapi berkat pujukan dan kata2 semangat teman-teman, aku buat jugak. Same goes this time. Thanks, Tokie, Ita, Salha and the rest. 

12.48 - gerak ke crashed sites

Kemampuan kali ni nampaknya lebih baik dari masa ke puncak. Kali ni, tokie dan Ita decide untuk accompany me. Bagusnya hangpa. Sedih sis keharuan. Ita depan, aku belakang, tokie belakang sekali. Bila letih, tokie depan, ita belakang tokie, aku belakang sekali. 

"Sarah mesti boleh ni, tadi aku tengok ko da makan ayam goreng dah tadi" kata fareez. 

Ok fine. memang pun, membantu sangat lah makanan tu semua. Alhamdulillah. Tapi aku rasa plus dengan trek nak gi crash area ni mostly landai je. Naik sikit, turun sikit. Tapi takdelah teruk macam nak ke puncak. mostly mencanak masa nak ke puncak tadi.

Punyalah syok dah bertenaga dan boleh laju, sampai tak tengok orang belakang yang memerlukan krim ketika cramp. Maaf ye dik non. Saya alpa dengan nikmat tenaga.

Tapi perjalanan kali ni, aku dah boleh enjoy lagu-lagu dalam fon tokie. Sesekali mampulah nak sing along. Lagu nasyid lama, dan kadang-kadang lagu2 kopratasa dan jenis2 ilmiah gak. Kadang bacaan surah. (Masa naik tadi langsung! nak dengar pun tak mampu)

1.55 - air crashed area (10 minit beza dengan orang depan)

Sampai kat kawasan air crashed area akan ada signage dia. Kalau terlajak, akan terus ke telapak buruk. Dekat sebelah kanan korang akan ada satu bangkai ekor kapal terbang yg besar. Kat sebelah kiri pulak ada laluan turun yang curam. Kalau nak tengok lebih banyak serpihan kapal bolehlah turun.

Pada asalnya aku malas nak turun (sebab duk bayangkan kepayahan nak naik) tapi sebab diorang cakap nak group photo kat bangkai kapal, turun jugaklah!


2.41 - gerak ke puncak berembun

Lepas lepak lama layan bergambar dan tempat bangkai, kami pun bergerak pulang ke puncak berembun.

3.39 - reach puncak berembun

Kami solat zohor dan jamak disini, berbekalkan baki air yang masih tinggal. Sebelum bergerak turun. 

4.41 - gerak ke gua kambing

Waktu ni pun terpecah dua. Yang laju gerak dulu. Aku masih di kumpulan belakang. Masa turun dah tak sepenat masa naik. Tapi macam biasa, ibu jari dah mula sengal. Setiap kali menapak rasa nak menangis

"Kalau kita ambil pain killer, sakit ibu jari ni boleh hilang tak?"
"Sakit sangat ke? Kalau boleh tahan, tahan dulu. Pain killer ni tak bagus."

5.26 - reach gua kambing

Kat sini kumpulan depan da sampai dulu. Tapi berhenti lama sikit sebab ada yang tak jamak tadi. Berhenti untuk solat Asar. Tambahan kat sini ada air mengalir macam paip, memang puas kalau nak ambil wudhuk.

Kat sini aku dah tak boleh tahan, maka dua bijik panadol active fast pun masuk ke perut. (Percayalah saya bukan drug addict, saya terpaksa. Saia taa kuad)


5.38 - gerak ke balak

"Kalau sampai sebelum 6.30 kat air terjun then boleh lah nak mandi, kalau sampai lewat dari tu.. kita terus kan berjalan or else kita akan kemalaman dalam hutan" - naufal (yang tak bawa headlamp) 

Alhamdulillah, setelah melupakan rasa sakit (pengaruh dadah?) lancar sikit pergerakan. Namun bukan laju ya. Sekadar lancar. 

6.37 - reach balak

Kumpulan depan dah tiba dulu, maka dari kejauhan nampaklah manusia sedang berkubang di dalam jernih air sungai. 

Aku turun gaklah, basuh muka. Buat lepas gian.

6.45 - gerak ke starting point

Perjalanan menuju ke starting point macam biasa, mostly landai, paling2 ada buluh tumbang. Masa ni kumpulan belakang ada 5 org, aku, ita, tokie, fareez dan naufal. Dan aku ngan ita je bawa headlamp. 

Ita pulak kasut dia memang dah nazak habis. Keep on kena betulkan getah untuk ikat kasut.

Beberapa minit sebelum sampai starting point kedengaran sayup2 suara azan dilaungkan. 

Wahh.. rasa nak nangis! Akhirnya sampai..

7.30 - reach starting point

Dah sampai tu, memang macam biasa lah. Kaki tak serupa kaki. Singgah balik masjid yang sama masa subuh tadi. Tapi toilet kan tak banyak, maka aku tukar apa yang patut dulu dan kejar maghrib. Lepas maghrib barulah mandi dan solat isyak. 

Lepas isyak baru gerak cari makan. Maka singgahlah satu kedai tomyam yang aku dah tak ingat nama ni. Satu kereta tak join. Depa makan gerai tepi masjid je.

"Awak neves ke?" tegur abg pali kpd naim (tukang tangkap gambar).
tapi somehow aku rasa kelakar pula.

3 pasang beradik spotted here.

Sekian, pengembaraan di Gunung Berembun, N9. Lepas sebulan peram, aku up lah hari ni kan. Ahaha~ walaupun hari ini, dua2 ibu jari dah takde kuku, tapi aku rasa kena meneruskan projek pendakian ni (at least konsisten jogging please sarah!). Or else, kau akan menyusahkan orang lagi like forever. Till then.