Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

27 November 2014

teh caramel.

disebabkan opis yang begitu sejuk mengalahkan suhu musim sejuk di korea (bajet pernah ke korea), aku yang berkulit tipikal Malaysia amatlah tidak mampu menahan kesejukan tersebut.

aku decide nak buat air panas. disebabkan dalam fasa nak kurang kan caffein, maka aku rasa kopi/ bercirikan neskepi haruslah dielakkan. Aku selak drawer ada teh ahmad perisa lemon. ahha~ nice timing.

bancuh la seuncang teh ahmad. lalu duduk la siap siaganya aku dengan kaki dah tambah pashmina kasi hilang sejuk. minum seteguk, macam tak boleh brain air tanpa gula. dek kerana malas, aku buka drawer sekali lagi. ada gula gula cloud 9 perisa caramel. mihmih.

satu uncang teh ahmad perisa lemon + 2 biji gula-gula cloud 9 perisa caramel.

selamat mencuba :)

jangan muntah dengan rasa dia yang autentik itu k!

*rupanya gula-gula dan gula tak sama !==

17 November 2014

Siapa wardah?

Semalam, Nana membangkitkan tentang seorang budak masa kitorang form 1. Budak ni dikatakan setiap masa menangis. (Normal lah tu untuk form one nangiskan. Biasa la first time berjauhan ngan family) Tapi yang rare, gugurl ni tetiap masa nangis, kenalkan diri nangis, waktu biasa nangis, sehinggakan ada satu masa ni, Nana hulur biskut, pun dia nangis!

Memang rare kes macam ni sebenarnya.

Menurut nana lagi, dia tak ingat nama budak tu, tapi bunyi bunyi macam wardah. Tapi sayang wardah tak stay lama, adalah dalam 3 minggu bertahan. Pastu quit.

Bila mula-mula nana mention tentang wardah, aku rasa macam pernah kenal, macam ingat. Tapi semakin lama semakin kelabu ingatan tersebut. (haih, byk makan semut nih)

Crucial betul isu macam ni, nak push otak untuk ingat perkara yang 14 tahun lepas. Dengan data yang limited. Nama taktau, dan hanya di sekolah dalam tempoh 3 minggu.

Boleh migrain gak rasanya.

Siapa wardah weyh?

p/s: So nampak tak peri pentingnya dokumentasi? Ok Sarah, berapa dah laporan tertunggak dalam tangan? ktengsbai.