Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 March 2009

Maaf

M.A.A.F
Ada 4 huruf sahaja. Tapi paling sukar dilafazkan mahupun diterima. 
"Aku minta maaf"
"Kau cakap memang la senang.Kalau la maaf boleh merubah segala-galanya"
picisan sedutan dari drama2 swasta. Kita selalu dipengaruh oleh persekitaran bila mempersoalkan perlakuan harian kita berbanding rujukan sunnah mahupun wahyu. Maka ya!Jadilah seperti lirik lagu kumpulan Blue.. "sorry seem to be the hardest word".. memang sukar kan?

Tapi mari kita selak seerah, saat nabi menyebarkan dakwahnya. Berapa banyak caci maki cercaan yang baginda perolehi? Saat baginda ingin meluaskan dakwah di Taif dan dipandang sinis oleh Bani Thaqif, malahan di lontar batu oleh anak2.. tak sekali pun nabi mengeji, malah nabi mendoakan, 
"Yang aku harapkan agar Allah membangkitkan satu generasi dari mereka yang menyembah ALlah dan tidak menyekutukanNya"
Betapa hebatnya Nabi Allah s.a.w. Sampai begitu teruk diperlaku,namun tetap jua memaafkan, malah mendoakan pula kebaikan..
Ya!memang kita bukan nabi, tetapi kitalah warisnya..kitalah penerus agama Allah yang perlu meneruskan qudwah yang nabi kita telah tinggalkan..
....................................................................
*maaf.kisah ditarik balik kerna mencetus kontr0versi*
-ok??harap semua puas hati-
m0hon maaf atas kejahilan diri dalam menjalin kata
~sekian~

9.45pm
12th RC

30 March 2009

Baju-T bermotif rekaan Islam


BrotherhoodArts jenama identiti Islam mempunyai mesej dakwah 

SESUNGGUHNYA Islam itu indah dan penuh warna. Bijak mengolah idea berteras dua prinsip berkenaan menjadi titik mula kepada Anfaal Saari, 30, dan suami, Ammar Mohd Zain, 30, untuk menceburi bidang kreatif seterusnya mengedarkan baju-T bermotif abstrak khusus bagi remaja Islam. 

“Semuanya bermula hanya dengan satu niat iaitu mengubah pandangan semua pihak terhadap Islam. Lantas idea itu kami zahirkan menggunakan medium pencetakan baju-T kerana ia mudah difahami dan boleh diperagakan apabila dipakai.

INFO:
lamanweb:
 www.brotherhoodarts.com
c0ntact pers0n:
Ammar  (019-2777202)
Anfaal (019-2227201)
e-mail:  
brotherhood_arts@yahoo.com

Boikot atau tidak boikot

oleh Maszlee Malek

Usai perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen EU dan juga pegawai-pegawai dari EU commission di pejabat EU di Brussels, saya dan ahli kumpulan pelobi isu Palestin dari Durham mula mencari ruang untuk merehatkan minda. Tidak mudah untuk melakukan usaha lobi, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam isu berkenaan. Lebih sulit lagi apabila ianya melibatkan pihak yang sinis terhadap perjuangan Palestin.

Kumpulan pelobi dari Durham ini majoritinya non-Muslim. Saya yakin kebanyakannya tidak beragama. Apa yang menjadikan mereka begitu bersemangat mengenai isu Palestin ialah soladariti dan juga sikap kemanusiaan. Jika dibuangkan rupa fizikal mereka, dan hanya ditinggalkan kerja-kerja, semangat dan juga fikrah mereka berhubung isu tersebut, nescaya ramai yang akan mengatakan, mereka ini pendokong HAMAS ataupun rakyat Palestin yang benar-benar ikhlas di dalam perjuangan. Bayangkan, berulang-ulang kali mereka mendesak pihak-pihak yang terlibat di dalam isu ini di parlimen EU untuk mengiktiraf HAMAS. Tidak keterlaluan juga ada di antara mereka yang tidak jemu-jemu memuji dan menegaskan bahawa HAMAS adalah hero rakyat Palestin. Saya yakin, Husni Mubarak, Mahmoud Abbas, Raja Saudi dan juga Raja Jordan pun tidak pernah berfikir seperti ini.

Mereka inilah juga yang berdiri di bandar Durham pada setiap minggu pada hari Sabtu untuk memegang sepanduk dan gambar-gambar kanak-kanak Palestin untuk tujuan memberikan kesedaran kepada warga Durham mengenai isu berkenaan. ‘Vigil’ ataupun tunjuk perasaan tersebut telah berlangsung semenjak serangan ke atas Gaza lagi. ‘Selagi isu Palestin tidak selesai, selagi itu kami akan berdiri di sini pada setiap hari Sabtu untuk menunjukkan solidariti kami terhadap rakyat Palestin!’, antara kata-kata mereka yang amat menyentuh hati saya.

Mereka bukanlah orang-orang muda. Rata-rata mereka berumur 50 tahun ke atas. Jika ada orang muda pun, hanya presiden ‘Friends of Palestine’ di Universiti Durham, Ruqayyah anak Prof Mawil Izzudin, penyelia kebanyakan penuntut-penuntut PhD dari Malaysia di University Lampeter. Warga Malaysia jarang-jarang kelihatan, mungkin hanya sekali dua, silih berganti. Warga Arab lain, juga tiada. Bagi warga Saudi ataupun mereka yang bertaklid buta dengan para ulama Saudi mengatakan perbuatan sedemikian adalah haram. Haram kerana ianya perbuatan khawarij, haram kerana ianya meniru orang kafir dan haram kerana orang lperempuan berdiri di hadapan orang ramai, ini adalah ikhtilat yang haram lagi bid’ah menurut mereka. Malang sekali mereka tidak pula berfikir bahawa hubungan intim rejim Saudi dengan kerajaan Zionis dan AS adalah lebih haram. Tidakkah juga mereka terfikirkan bahawa sokongan rejim Saudi terhadap serangan Zionis dengan tidak melakukan apa-apa tindakan ke atas sahabat karib mereka di Tel Aviv dan juga Washington merupakan dosa yang lebih besar….

Lebih malang lagi, ada sekumpulan manusia juga yang mengatakan perbuatan seumpama itu haram dan bersikap keduniaan, sepatutnya umat Islam ‘keluar’ berdakwah di Gaza agar umat Islam di sana bersolat di masjid. Bagi mereka, ‘bala’ ke atas rakyat Gaza adalah kerana masjid mereka dibiarkan tidak diisikan dengan amalan sifat sahabat. Saya tidak pasti samada golongan sedemikian tahu atau tidak bahawa majoriti masjid2 di Gaza telah dibina oleh para aktivis HAMAS. Masjid2 juga telah menjadi sasaran serangan kejam rejim Zionis. Tidakkah mereka sedar juga Syeikh Ahmad Yassin juga telah ditembak sewaktu keluar dari masjid selesai solat subuh bersama para jamaah dan pejuang HAMAS yang lain?, Tidak mengapalah, biarkan mereka menikmati adreanalin dengan aktiviti ‘keluar masuk’ yang mereka imani itu…

Bagi kumpulan solidariti Palestin yang ‘kafir’ dari Durham itu, mereka hidup dengan isu Palestin. Kekafiran mereka tidak menjadi tembok untuk merasakan bahawa umat Islam di Palestin merupakan saudara dan juga manusia seperti manusia yang lain. Kekafiran mereka juga tidak menjadi sebab untuk mereka beriman bahwa semua umat Islam adalah musuh dan pengganas. Kekafiran mereka juga tidak menjadikan mereka melihat umat Islam sebagai ‘orang lain’ ataupun ‘manusia yang jahat’. Teringat saya ketika kami ditawarkan dengan minuman Coca Cola, mereka semua menjawab, ‘Kami memboikot Coca Cola semenjak hampir 10 tahun yang lalu, semenjak Intifadah ke-2!’. Teringat saya kepada seorang rakan dari Timur Tengah yang pernah mengatakan, “Telah berkata Syeikh Fulan,…boikot tidak wajib, malah mungkin haram kerana ianya merupakan perbuatan ‘meniru’ orang kafir, maka Rasulullah SAW di dalam hadis yang disahihkan oleh Syeikh fulan… melarang kita meniru orang kafir!”…

Terkadang saya terfikir, apakah agama menjadikan kita ‘mandul’ untuk berfikir dan menggunakan rasional?

Ataupun ‘golongan agama’ terlalu selesa dengan apa yang mereka ada, lantas tidak mahu berfikir dan melihat ‘apa yang ada di luar sana’?

source:http://palestinkini.info/?p=3729#more-3729

29 March 2009

muhasabahlah wahai jiwaku..

hidup ni satu pencarian kan?..
hurm~ 
status:baru balik dari dinner kolej.
apa pandangan kalian mengenai dinner.Ya!ada yang membangkang ada yang tidak kesah..dan tidak kurg juga yang ternanti-nantikannya..aku??hehe..(ade mknn weh!yuran da kene potong lak tu..xpegi membazir)..atas alasan itu, las mnt call, aku brsama rkn2 sebioinfo di 12th ni pun gi mndftr. Dan pergi la ke time square tadi..

tema:retro
almaafla..kami xreti ikut rules haha..asalkan baju menutup aurat,sapu saja..tak perlu berabis bagai, untuk satu malam je kut! 

artis??
1.izwan pilus
huh!artis memang ber'DASAR' nya artis kan?si izwan dengan selamba dek menarik tangan seorang perempuan.Ya!dia bertudung..dah separuh jalan baru bertanya..
"eh boleh ke saya pegang ni?dah ada cik abg ke belum?" lantas gadis itu menggeleng.
"kalau xde lagi xpelah saya pegang?" what??** fahaman apakah yang dia pakai agaknya?
2.dina MI
artis ke2 ialah dina.hurm..masuk dengan lagu yang pasti rasa nak goyang. sekumpulan manusia meja belakang aku bangun sambil bertepuk tgn dan joget. Ya! mcm ballr0om tu diorg yang punya. hurm.. (kalau tuhan nak turun bala time tu.memang aku kena sekali dah tadi).. dina terus menyanyi, kali ni lagu dia, malu tapi mahu. ya spt dasar artis yg disebutkan tadi, kali ini.. spot nya adalah lelaki..apalah perempuan nak cari perempuan kan?.. ya! mlm tadi menyaksikan seorang lagi lelaki ternoda tangannya..kerna sentuhan..*astgfirullah..aku kenal lelaki itu..

bukan artis sahaja sebenarnya..berapa banyak lagi pergaulan yang tidak bertapis.& disini dapatlah kita lihat betapa parahnya zaman, betapa sebenarnya kita perlu bekerja lebih kuat dari yang biasa..

Akhirnya, 
dgn perut yang telah penuh terisi. aku jadi musykil sendiri terhadap keputusan yang aku ambil.Tegarnya aku, memuaskan laparnya sang jasad, sedangkan ruhaniku? aku biarkan tersiksa..(mata ini berdosa,tangan ini juga, telinga ini punya saham, dan jiwa ini..merenyuk sedikit sedikit..)

Malam yg bersulam noda,
29 mac 2009
003o.


28 March 2009

~freEze~

ya!saya baru mendapat berita...
berita yang agak2 dah basi (kut) mengenai Dr Izu saujana. 

erm.. 
ia terlalu meng'ejut'kan ruang minda..SGT tidak percaya.. sgt.. sgt..
Dr Izwan, itu bukan kamu kan..saya harap ia bukan..

ya!! beliau sedang diuji..
bertabahlah.. moga pangkalnya akan di temui semula..

~i wonder,
apa agaknya pula ujian yang akan aku tempuh di masa mendatang..
..moga aku kuat dan sabar menghadapi segalanya..