Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

15 July 2010

after all

dari 5 hanya 2 yang bersisa..

dah setahun,

Selamat ulang tahun bekerja Sarah ^^,
(also goes to my dear friend Awanis)

susah2 pun dah setahun jugak kerja kat sini.

Afterall,

Verily, every hardship there is relief..[90:6]

Kalo kome tanya aku.. relief ke?? terlalu subjektif untuk dijawab..

apa yang penting,

aku mahu,
mencuba menghargai semua yang disekeliling ini..

setidak-tidaknya,
aku bekerjaya..

sedar tak sedar,
aku belajar berdikari.

paling penting,
aku masih diberi peluang
untuk terus berjuang bersama kalian dibumi PJ yang tercinta ini..

meski Iman punya surut dan naiknya,
aku terus berdoa untuk esok yang lebih baik.

Catatan dari hati.

terus disini,
.Kelana Jaya.

13 July 2010

Semasa

UTUSAN ONLINE 02JUL2010 - 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa

IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).

Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009. "Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi. Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008" titah baginda.

Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.

Berita ini sungguh menggemparkan. Lalu apa peranan kita?

-Kelana Jaya.

12 July 2010

jiha da kawen

best gak mengembara ke kuantan bersama rakan-rakan

------update: 9 Mac 2011------

macam tak de keje kan? dah lepas berapa bulan ni dari tarikh kejadian? haa.. xpayah jawab. aku punya masalah malas hari tu sudah aku kesalkan. so aku jot down sket2 la, takut nanti kalau satu hari hilang dari otak aku, bleh la aku revised kat sini.

Jiha kawin 10 july kan? utk kes ni, kami pergi dan balik pada hari yang sama. pagi2 berkumpul di stesen U (aku rasa la) trip kali ni 8 orang (sham, harith, ain, mun, raihan, awanis, aku, nirah) dari KL. sementara 3 org (jan, shake, zana ok plus pudin) lagi dah ready dari Kuantan.

ktorg sampai kuantan around zohor gak la. Harith duk bising bgtau pasal sekolah die. err.. but then sesat sket mencari rumah jiha. kami pun tunggu la kereta baby elite Shake menyelamatkan keadaan.

dan keluarlah kami bersama para hadiah. yang tidak sampai pun, turut mengirimkan hadiah tau.

ok. lepas makan, bergambar lah pulak kan? oh penat tau tunggu pengantin ni.. bizi men.. pergi menyambut para tetamu yang hadir.

atlast,



after bergambar, kami pun singgah di rumah shake untuk solat.


refresh sket, then barulah berjalan ke pantai teluk chempedak. bleh tahan angin petang. layanzz..


pastu minum petang. dan berangkat pulang.


*aku ada nampak staff tekad, oh encik boss pun ada nampak jugak. tapi aku sempat tegur sahril je kut. kut la. sapa kah namanya tu adik free hair yg ada anak comel tu. pun xsempat tegur. hurm~

sekianlah update aku tentang perkahwinan jiha dan sham. time aku tulis ni, dia tengah tunggu masa je nak bersalin. hahaha! maaf puan najihah. lama giler aku stuck mendapatkan master inspirasi utk karang post ni.

Semoga kamu selamat melahirkan tanpa sebarang komplikasi yang serius!

05 July 2010

hidup + ofis + smoke = double stress

hai semua! Bertemu lagi kita ye..

ok, hari ini sebenarnya adalah hari yang stress.. it should b Monday blues tp end up with Monday Stress lak.. hurm layan kan sajalah..

Tak perlulah ceritakan ke'stress'an macam mana or sebab apa kan.. biasa lah kerja, mana ada yang tak stress.. kan? ^__^

jadi, enjoy the pic ajelah kan.. balik kampung weekend lepas dapat sikecil comel ini..

Hampir-hampir ia terhilang dek kerana keciciran ketika memunggah barang malam semalam..

Kita kasi zoom sikit lagi..
Amacam, comel kan?

Ok sebelum berpisah.. sedikit peringatan.. ayuhlah kita menyiapkan diri.. tak lama lagi Ramadhan.. ^____^, stretching lebih sikit la tahun nih.. nak berjuang sebulan ni.. Belajar tahan marah.. Belajar jadi sabar lebih lagi.. yang lebih penting!Lebih kuat menambah amal ibadah.. Ameen..


Oklah till then semua,

Selamat Beramal!

Me@Ofis Kelana Jaya.

02 July 2010

Tersenyumlah Wahai Dunia!

Biasa kita dengar..
Saat kita diperlaku buruk oleh manusia lain,
maka seringlah melihat sisi baiknya.
Mungkin hari ini dia berbuat buruk,
tetapi kan pernah dulu dia berbuat baik pada kita.
Sungguh amat zalim untuk kita menghukum dia
sekadar sedikit keburukan yg mungkin kesilapan..
(Manusia kan resminya alpa)

Tetapi,
ada saatnya serasa rengkung nafas menjadi sesak..
Berkali-kali dia melakukan yang buruk dan yang buruk juga..
Sehingga seakan tiada lagi kebaikan dia yang bisa terlihat..
Hati pun mula berdetik
"Asyik aku je nak ikutkan rentak kau, pernah kau ikut rentak aku?
Pernah kau cuba untuk faham aku?"

Lalu,
Kita ikutkan amarah, api itu kita simbah dengan minyak, biar marak..
Satu persatu silap kita ungkit..

Sehingga..
segalanya menjadi berantakan..
Hati bernanah luka..
Keakraban sebuah persaudaraan mula lerai..
Sahabat bertukar menjadi musuh..

Dan
Kau menjauh mengikut haluan kau..
Dia terus menjunjung perjuangannya sendiri..

Sungguh!
Ini senario dunia hari ini. Tidak sedikit kejadian sebegini berlaku.
Atas dasar apa perlu kita berantakan.

Nafsu kan??
Jangan begitu sahabat..
Kerna pedoman kita bukan nafsu,

Renungkanlah [Al-Hujurat:10]
“Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Untuk setiap sakit yang terus kau terima atas keburukan sahabatmu itu,
maafkanlah..
mungkin fahamnya tidak seperti kita.
Kitakan besarnya dari cara yang berbeza..
Jika berpeluang nyatakanlah apa yang tak kau sukai itu,
mana tahu dia tidak menyedarinya.
Mungkin dia akan membaik kelak..
Jika tidak, terus lah berlapang dada..

InsyaAllah,
Sabar itu sentiasa ada nilainya..

Teruslah belajar dari pohonan yang sentiasa memberi buah
meski tekadang daunnya di sapa asap sampah,
dan batangnya ditoreh-toreh..

Teruslah belajar dari ibu dan ayah
yang sentiasa berbuat baik kepada kita
meski sering kita berlaku buruk pada mereka..

Belajarlah,
yang Allah itu sering memberi peluang untuk hambaNya membaik..

Maka,
untuk semua ini..
teruskan berSABAR sahabatku..

Ingatlah,
Atas semua payah dan musibah ini..
Allah sentiasa bersama kita.
Sekarang dan Selamanya..

*tarik sikit pipi*
tersenyumlah kerna itu lebih manis ^___^

Cebisan Nota Hati,
Kelana Jaya