Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

05 June 2011

Crime fighting coder.


Tahniah kepada Ahmad Mujahid Mohd Razip diatas kejayaan membangunkan aplikasi untuk iphone dan ipad semasa menyertai Purdue's Summer Internship Research Fellowship (SURF).

Kagum jap. hurm.

04 June 2011

Wedding dan wedding

ingat tak post list kenduri kahwin ni? ha, rupa²nya betul sangkaan ku, ada tambahan. latest update;

28 Mei - Anith Hashim (Taayah,UM)
29 Mei - Pa'an (Taayah)
3 Jun - Kak Miah (Biotek UM)
4 Jun - Kak Kema (Fizik UM), Kak Fairuz (Fizik UM), Ismail (PPUM)
Done!
5 Jun - Didi (Taayah), Icah (9th kolej, UM)
7 Jun - Kak Mira (Kimia UM)
11 Jun - Nasyrah (Bioinfo, UM)
12 Jun - Cik Mizi (saudara)

Aku berjaya menghadiri 3 dari 6 kenduri yang telah berlangsung. Kepada Ismail, Kak Miah dan Pa'an. Maaflah tak dapat sampai ke rumah kalian. Tapi jangan bimbang, aku doakan agar kalian berbahagia sehingga ke syurga bersama pasangan kalian :)

So, pagi tadi (nak dekat tengahari jugak) berjaya lah sampai ke kenduri kak Fairuz di Bagan Pasir, Tg Karang. Meskipun memang rata-ratanya kawan kak siti lah kan. tapi rilek² saja. kawan dia sapa je yang aku tak kenal. hehe. Oh, lupa. Kak Fairuz merupakan kawan kak siti di UM yang first aku kenal, jumpa masa balik program ISK kat Serdang bersamaan seminggu selepas haluansiswa.



Tahniah kak Fairuz & Sabri! Selamat pengantin baru! 

masih teringat2 lagi luahan perasaan akak kat library UM satu masa dulu. ^___^

sesampai saja encik sabri, iaitu tuan pengantin. maka kami pun bergerak pula ke Gombak. ya, kenduri kak kema. yg ni pun agak awal gak lah kenal, sebab dulu dia pernah sebilik dengan kak siti. masa dorang 2nd year. tapi sebab kak kema nampak cam garang sket, so aku kurang sket lah berseloroh ngan kak kema. :)


Selamat pengantin baru Pn Akmaliah dan En Shahrul

erm.. Encik Shahrul Nellis ni penyelia 12th. tapi macam aku tak pernah kenal pun sepanjang duk situ.

esok.
Didi, Air Kuning. maaf memang nampaknya aku tak dapat pi la kenduri hg..
Icah? Gombak. sapa nak teman pi Gombak nu?? 

Pantai remis, Jeram.

semalam disebabkan dapat MC, maka aku pun angkat kaki pulang ke kampung di Kuala Selangor. elok-elok saja jejak kaki di rumah kampung. sempatlah duduk dalam 15 minit. Sepupu aku ajak ke pantai. Seafood time! yeeha.. kalau orang mengajak ni tak baik kita tolak kan? hehe. 

Maka berangkatlah kami se-kereta ke pantai remis yang terletak di Jeram, Selangor. kalau kalian ke utara sikit dari pantai remis ni, maka akan jumpalah pantai jeram. 

Dulu zaman kecik² aku datang, tempat ni tak banyak sangat orang meniaga. pantai dia je sepanjang-panjang. kalau nak cari gerai seafood adalah satu dua, situlah first time aku dengar retak seribu. kalau nak ada gerai ikan bakar pun kat pantai jeram lah kut.

Tapi la ni, aku pegi huih, masuk ja kiri kanan dah naik gerai makan. rambang mata jugaklah nak memilih tempat. 

rupanya sunset di sini tak kalah cantiknya ^____^. Subhanallah!

aku syak, sekarang ni mungkin air tengah pasang. sebab, ombak ni naik kat pantai.. antara ombak dan gerai kita orang mkn ni, muat-muat satu kereta saja nak lalu. rare! selalu aku datang, memang air tengah surut. Kalau korang tiba rasa nak datang, mai lak time air surut. Fuh, memang habaq siap² pasti kuciwa. bukan saja susah nak nampak ombak pukul kaki hampa, silap hari bulan lumpur je lah yg menghias pandang. hihi. boleh sampai sepanjang 2 meter tau nampak lumpur je kat pantai tu..

Tapi kalau air surut, ramai gak orang gi laut, aku pun tak tau dorang kutip apa dalam selut tu, mungkin sedara mara mentarang atau kerang. Oh, dinner semalam adalah mentarang 3 rasa dan kerang bakar! Nyum2.
(adik tu cakap retak seribu dah payah nak jumpa la ni..T_T)

Jemput makan semua ^___^ !

03 June 2011

extraction

Ok, another youngest tooth being remove. Aha~ relief. (plus dapat MC lagi, sweetlah tu kan?)

rentetannya? semalam aku rasa sakit balik gigi di bahagian yang telah melalui RCT tahun lalu. tapi sakit tu, macam beritma gitu, kejap sakit lepas 2 jam hilang lah.

So, pagi tadi aku sampai jam 8.10, kaunter pun tak bukak lagi. Jam 8.30 mendaftar dan terus ke doktor. Buat xray, dan doktor cakap takde pape infection pun. mustahil! hurm~ layankan.. dia cuma bagi amoxycilin dan paracetamol. dalam 9.15 setel.

Alang-alang dah sampai klinik gigi kan (susah tau nak dapatkan kekuatan untuk gi jumpa dentist ni..) aku pun request nak cabut gigi bongsu yang dah half fracture tu kan..

masuk jumpa doc tu aku tengok jam dia 10.25. Dia bagi bius 3 tempat, then 10.35 setel. hilang sebatang lagi gigi ku. eheh~


tengok tempat pun membantu keyakinan untuk mencabut gigi. ceria! kaler ungu lagi tau.

*brother yang runner kat BRU tu masih sama. first time aku sampai 2008, sekarang da 2011. tak banyak yang berbeza pun dental clinic.

02 June 2011

pagi semua..

Baru jam 5.45 pagi, hari ni aku menulis awal sikit. Semalam, keluar makan dengan Naim yang baru belajar2 hidup di bumi KL ni. Dia lepak sini 3-4 hari. Baru dia tau, orang KL lagi polite memandu dari orang Penang. (ahaha, kalau hangpa rasa orang KL memandu macam teruk ke kan, try la gi Penang. silap sikit hon, sakit jantung mak!fuh semangat)

Ok, berbalik cerita tadi semalam selepas kerja aku ke SDMC. Macam pernah aku bagitau sebelum ni, pasal cousin aku disana yang mendapat treatment once in a while cause of cancer. Sekali kimo belas-belas ribu kut bil. Dahsat wo! Tapi alhamdulillah, company tanggung. ringan sikitlah rasa kan?

Jadinya semalam kami berempat iaitu aku 3 beradik dan abg long keluar makan sikit. Selain dari kantung kimo tu, aku tengok abg long ni nampak sihat je. rilek2, happy. Pendek kata boleh jadi sumber inspirasilah! Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. dan secara tak langsung dia mengajar aku, kemana pun bucu takdir akan bawa kau, Be strong! ^___^.

Sebelum balik, kami tinggalkan beliau dengan HDD kak siti, kasi die layan sket muvie. ye lah duk mengadu bosan kan.. :)

er..(ni khas utk tuan putri yg bertanya) pasal RCT? huhu.. RCT is root canal treatment. perasaan menghadapi RCT? erm sepatutnya perasaan ni kena tanya sebaik sahaja selepas treatment. sebab kalau dah lama giler selepas treatment. perasaan yang tinggal adalah kepuasan! hehe. sedap wo lepas treatment. takat ni akak da pegi 2 rawatan akar. 1 student buat, pegh yg ni hazab! yg ke-2 doktor buat, waktu ni mmg gigi tgh sakit tahap dahsat sangat, jadi dah xperasan dah doc buat sakit ke dak. hehe :)