30 March 2010

.Ayuh berdoa.^_^.

Tuhanku . . .

Aku berdoa untuk seorang lelaki yang
akan menjadi bahagian daripada hidupku
Seorang yang sungguh mencintai-Mu
lebih daripada segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan aku pada
posisi keempat dalam hatinya
setelah Engkau, Rasul dan umminya

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri
tetapi untuk-Mu.
Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting

Yang penting adalah sebuah hati
yang sungguh mencintai dan dekat dengan-Mu
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Muada pada dirinya

Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan
untuk apa ia hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang yang memiliki hati yang bijak,
tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormatiku

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku
tetapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi
sahabat terbaikku setiap waktu

Seorang yang dapat membuatku
berasa sebagai wanita ketika aku di sisinya.

Tuhanku . . .Aku juga meminta,
Jadikanlah aku wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu
Sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku

1 comment:

  1. semoga ketemu jade yg kamu cari..insyaAllah.. (^_^) nasi minyak kg gajah ada beza x ngn tmpt len? hehehe..

    ReplyDelete