14 May 2018

Politik dan Malaysia Baru

Kinda late to wish Salam Malaysia Baru kepada semua pembaca Merentas Horizon. Tahniah Malaysian! Tahniah Anak Muda! We made this.

Politik

Sebenarnya, politik bukanlah gelanggang aku. Macam biasa, jadi rajin duk menelek cerita2 bila dekat nak pilihanraya atau around time pilihanraya. Lepas tu, habis kemana entah semua hasil bacaan. 5 tahun kemudian, bila diskas lagi macam, er oh cerita ni, rasa dah pernah baca dah dulu!

Begitulah hubungan seorang Sarah dan Politik. Tak begitu akrab, tapi bersahabat.

Tahun 2018 menyaksikan tsunami besar politik negara. Tak sangka, ia terjadi di depan mata, sedang usaha perubahan telah dicetus sejak 1998 lagi, reformasi. 20 tahun kemudian, hadiah untuk Malaysia.

Malaysia Baru 

Untuk Malaysia baru ni, aku takde lah merasa begitu teruja yang overwhelm sebab, kerajaan baru ni adalah totally brand new. Pasti akan ada banyak lompong dan kelemahan sepanjang pembinaannya. No offense, kita yang memberi ruang untuk mereka, lets get it through together. InsyaAllah sentiasa ada harapan. Kerana harapanlah menjadi nyali untuk manusia terus melangkah.

Barisan Nasional tidak lagi relevan selepas 60 tahun beraksi, tersungkur akibat korupsi. Digantikan dengan Pakatan Harapan yang memberi nafas baru untuk Malaysia. Seperti pesakit IJN yang mendapat jantung kedua, nafas lebih nyaman, tetapi komplikasi pasti ada.

Salam Malaysia Baru!

No comments:

Post a Comment