Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

14 October 2011

Jimat Cermat Amalan Mulia

Pagi ni, aku ke sebuah kedai runcit berhampiran Flat Taman Sentosa. Kedai ni biasa akan aku singgah untuk membeli roti atau coffee. tapi pagi ni, aku berhenti sebentar depan kedai, keluar purse dan selak-selak beberapa keping not biru yang berbaki. kemudian aku tutup semula purse dan berlalu tanpa masuk pun ke kedai tersebut.

Huhu, belum pun sampai pertengahan Oktober.

Ok semua peminat sekalian, jangan bimbang ini sebenarnya bukan bermakna tahap kekeringan aku semakin menjadi-jadi atau pun aku dah tahap pokai sehingga tak mampu lagi nak membeli setin coffee berharga RM2 tersebut. Sejak akhir-akhir ni, aku dibayangi oleh satu berita yang aku baca awal minggu yang lalu. tentang 41 belia muflis setiap hari. (sebenar aku tak paham, apsal di akhir 41 tu xda penjodoh bilangan, aku nak tau gak 41 tu refer pada orang, organisasi atau peratus. kan?)

Maka, sebagai salah seorang yang merasakan diri ini masih muda belia, aku pun mula mengambil langkah berhati-hati dengan mencatu balik perbelanjaan mingguan. Bila dah mencatu ni baru aku perasan, banyak aku spend selama ni. Boroskah? tak nak mengaku! haha.. Susah sebenarnya nak menahan nafsu ni, kat sini aku dah nampak kenapa jihad melawan nafsu adalah lebih tinggi ganjaran dari jihad di medan perang.

Ini kira detik-detik awal aku nak belajar berjimat cermat. Ok rakan-rakan sekalian marilah kita sama-sama menjadi lebih baik, berjimat hari ini untuk masa depan yang lebih baik.

Nota kaki
1. Berjimat yang aku nak maksudkan disini dari segi perbelanjaan peribadi, tapi jangan berjimat sehingga lupa bersedekah
2. Banyak kita jimat, banyak boleh menabung, nanti esok lusa senang lah bila nak pegi umrah atau bernikah.

 Sekian sampai sini dulu,
jom kerja!

4 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

suka pasal amalan jimat cermat. basyee suka menabung duit syiling. everyday is a must. walaupn masuk seposen. lama2 dalam 3 bulan je tabung dh berat! :) this is one way to save your money

Merentas Horizon said...

wah! idea menawan! kena cuba ni. :) dulu penah kumpul tapi atlast da korek balik tabung. hehe

miss jue said...

sarah aishah,

bawa bekal ke pejabat, sarapan dengan 3-in-1 nestum,coffee etc.

boleh jimat. dan satu pesanan kakak saya pada saya, "setiap bulan 1/3 daripada gaji tetapkan sebagai simpanan tetap"

Merentas Horizon said...

wah ini sgt menarik juga, padanlah kamu macam cukup wang utk melancong, bkn seperti saya T_T.

ok, kena cuba juga!