Merasa jatuh bukan lah membawa maksud Allah tidak sayang. Sedang sebenarnya itulah tanda cinta Allah kepada kita. Allah tidak kejam bila memberi kita jatuh, kerana Allah lah yang lebih tau bahawa jatuh itulah titik kembali hamba yang lupa ini kepadaNya.
Tinggal marilah kita petik hikmah pada kejatuhan itu. Tertegun seketika tiadalah salahnya, andai kelak kita beroleh satu akhlak yang lebih mulia dari sebelumnya.
Dalam banyak hal dan masa di sejuzuk kisah kita yang hidup sebagai manusia ini, kita dipengaruhi oleh sangkaan-sangkaan. Yang sekadar bermain main pada persekitaran otak kita yang singkat dan langsung tak dapat menggapai makna setiap kejadian tuhan.
Dan sesungguhnya sangkaan-sangkaan ini lah pada banyak masanya menjadi sebab penghancur keadaan, Kita hanya bersangka tanpa langsung mencari benar salah sesuatu perkara. Dan dari sangka sangka yang kecil kita biarkan dan membukit. Lalu entah setelah tinggi gunung apa sangkaan itu di kumpul-kumpul. Meletuslah pecah oleh sedikit saja lagi kesilapan kecil.
Maaf.
kerana pernah memberi ruang untuk kalian salah sangka.
tetapi jika pernah terbit sangka2 itu dan kalian merasa hairan, kemarilah dan tanyakan kepadaku. Kerana aku juga manusia yang tak pernah mampu membaca sangkaan kalian. Belum juga lagi aku belajar ilmu membaca pikir manusia.
Janganlah disimpan sangkaan itu sehingga menjadi luka dan bernanah. Langsung tak mampu aku hilangkan parutnya kelak.
Maaf.
kerana candaku, kau akhirnya menganggap biadab. Tak sangka negeri kita tak sama bahasanya, tak kenal kau agaknya akan lirih senda orang kasar seperti aku.
Maaf aku juga salah.
kerana aku juga sebenarnya bersangka yang kau kenal akan aku.
Dan benarlah sangkaan itu membunuh.