Quotes..
Sedikit Renungan
28 November 2023
Jenazah Syuhada' Dimakan Anjing Liar
Kemudian aku teringat hadis sahih di mana Rasulullah SAW telah bersabda tentang penghulu syuhada’ Hamzah (maksudnya): “Kalaulah tidak kerana Sofiah (adik beradik Hamzah juga ibu saudara Nabi SAW) yang akan rasa terkilan, nescaya aku akan biarkan jenazahnya di makan oleh burung-burung dan binatang buas supaya dia bangkit di Mahsyar nanti daripada perut binatang-binatang itu.”
Maka timbul soalan dalam diriku: kenapakah baginda bercita-cita untuk lakukan demikian terhadap Hamzah sedangkan Hamzah merupakan insan yang paling baginda sayangi? Hamzah adalah bapa saudara baginda, saudara sesusu baginda, sahabat dan pembela baginda dalam dakwah sejak di Mekah. Dan baginda SAW amat sedih dan banyak menangisi kewafatan Hamzah. Bukti sayangnya baginda kepada Hamzah sehingga ahli keluarga baginda yang pertama lahir selepas kewafatan Hamzah baginda arahkan supaya menamakannya dengan nama insan yang paling disayanginya, Hamzah!
Jadi, kenapakah baginda bercita-cita jenazah Hamzah, sayyidusy-syuhada’ dimakan oleh anjing-anjing liar?
Aku berkata kepada diriku: pastinya hal itu akan memberikan pahala yang lebih besar, ganjaran yang lebih sempurna lagi mulia daripada pengkebumian dengan cara yang biasa. Kemudian aku mencari dalam syarahan-syarahan hadis. Maka aku menemui syarahan yang menyejukkan dadaku:
“Supaya Hamzah memperolehi pahala yang sempurna sepenuhnya dan supaya kesemua bahagian jasadnya jadi korban di Jalan Allah SWT.”
Demi sesungguhnya Allah telah pilih para syuhada’ itu (yang jenazah mereka dimakan anjing-anjing liar) untuk dianugerahkan apa yang dicita-citakan Rasulullah SAW untuk penghulu syuhada’. Maka dengan itu, mereka adalah sebenar-benarnya para penghulu syuhada’.
Kemudian aku teringat hadis sahih daripada Rasulullah SAW (maksudnya): “Penghulu syuhada’ ialah Hamzah dan seseorang yang bangkit di hadapan seorang penguasa yang zalim dan menegurnya dengan menyuruhnya (melakukan kebaikan) dan melarangnya (dari melakukan kejahatan), maka penguasa itu membunuhnya.”
Dan mereka ini bukan bangkit melawan seorang penguasa yang zalim. Sebaliknya mereka bangkit mendepani penguasa-penguasa zalim yang sangat ramai, bahkan mereka bangkit melawan system yang mendominasi dunia seluruhnya yang kezaliman, kekejaman, kebejatan dan kerosakannya sudah sampai ke kemuncaknya.
Dengan itu, aku memujuk dan menenangkan hatiku bahawa sesungguhnya mereka itu memang benar-benar berhak disifatkan sebagai penghulu-penghulu syuhada’.
Aku harap tulisan ini sampai kepada ahli keluarga penghulu-penghulu syuhada’ itu supaya dapat meringankan kesedihan mereka serta meningkatkan kesabaran mereka dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.
Terjemah daripada tulisan Prof Dr Wasfy Abu Zaid
https://t.me/drwasfy
27 August 2014
Gaza . sneak peek.
nak nak, member sebelah meja. yang takleh nak skip langsung perbualan even sehari, setiap hari catch up, setiap hari gossip, setiap hari bertukar senyum dan salam.
bila aku tengok gambar ni,
aku rasa.. banyak lagi reason untuk aku bersyukur.
atleast after working hour,
aku boleh lagi drive somewhere n meet them.
ajak outdoor activities. enjoy the time flies.
skype hari hari. update story hari hari.
xchange kdrama. (hehehe)
xchange gift on special occasion.
tapi diorang?
dah tak dapat jumpa kawan diorang.
cari kat mana pun, they gone!
ah sedih.
bilakah semuanya akan berakhir? untuk dunia yg lebih tenang.
sebab tu aku benci untuk mengejar $$.
kerana pada certain reason,
$$ dan pangkat mudah menjerumus kita kearah menjadi lebih binatang dari binatang.
berhentilah merasakan kita lebih mulia dari orang lain.
kita bukan siapa-siapa.
sekadar pengemis cinta di kaki lima rumah Tuhan.
T.T sobs.
#SaveGaza
11 February 2014
Palestin & Syria
Palestin.
dan Syria.
Hari Sabtu..
Program Awareness di Uptown Kota Damansara: Pray 4 Syria & Palestine.
Perancangan awal adalah jam 9.30 malam hingga 12.00 tgh malam. yela uptown kan haruslah bermula 10 malam dan keatas. so, kita adakan persembahan artis, kutipan derma dan edaran flyers. ok, boleh sign juga. Program akhirnya drag sedikit ke 12.30pg. Hantar orang sana-sini. Maka aku sampai rumah 2 pagi.
tido.
mandi.
gerak.
Hari Ahad..
Program Kutipan Derma di Bukit Broga, Semenyih: Pray 4 Syria and Palestine.
Nama tajuk cam sama kan? sebenarnya penganjur berbeza.. So, macam zombie lah aku yang mampu tidur sejam je tu kan. Bangun tido pun kaki masih lenguh lagi, post-program uptown. tapi disebabkan pemegang bendera.. maka takde alasan untuk melarikan diri kan.. >.<
(nampak tak kat situ, get involved supaya takda alasan untuk melarikan diri :P)
both program were awesome.
post mortem.
.kena lipat gandakan lagi ilmu pasal both country. take note, and follow rapat the issue.
.get involve tak semesti angkut barang je, dan rilek2 bila sampai tapak. kena spread the awareness jugak.
.plan nicely, and optimize setiap ruang untuk achieved the goal!
ok la, till then~
31 May 2011
Mavi Marmara
On 30 May 2010, while in international waters and en route to Gaza,Israeli Naval Forces communicated that a naval blockade over the Gaza area was in force and ordered the ships to follow them to Ashdod Port or to be boarded, the ships declined and were boarded in international waters.The boarding started at 2 a.m. on 31 May 2010 and was completed by 8. Unlike the other vessels on the flotilla who came peacefully, dozens of Mavi Marmara's activists armed with knives, bats and metal pipes confronted the Israeli naval raid and immediately attacked the soldiers. In the violent clash that followed, nine activists were killed (according to the UN Report), and several dozen activists were injured. Israel stated that at least seven of its IDF soldiers were injured. [linkWiki]
27 May 2011
Konvoi Palestin
kat atas tu sedutan dari astro awani, liputan mengenai konvoi hari tu. hari tu aku janji nak bagi gambar kan? so, here some;
23 May 2011
ketik pantas
akhirnya, kucuri juga sedikit senggang masa untuk menulis. Alhamdulillah, Sabtu lepas aku berkesempatan join Konvoi Pembebasan Palestin (Masjid Wilayah - Masjid Shah Alam). Apa yang boleh aku katakan, ia sungguh² suatu pengalaman yang berharga (Ya Allah, sampaikan aku kepada Al-Aqsa T_T) Solat Maghrib di Masjid Shah Alam, dengan bacaan Imam Masjidil Haram, Syeikh Maher Al-Mu'aiqiliy. Rasa macam syahdu sangat. Priceless!
ok itu cerita konvoi, tapi aku tak sempat nak duduk sampai habis program (konsert dan deklamasi puisi oleh Dato' A. Samad Said). Malam semakin larut kan. esoknya pula mengisahkan tentang mesyuarat, malam ni pun akan ada mesyuarat lagi. Jadinya memang mencuri masa betul untuk menulis.
*ok, pengalaman di escort oleh Marshal dari Kelab Scooter Malaysia paling priceless. Ada rasa macam PM sudah. Nak² tengah jalan minyak abis, so 2 org brothers ni escort kitorang ke Petronas berhampiran. Sorang naik Ducati Scooter, sorang lagi (aku syak) VTS 200.
*gambar? nantilah aku letak next post. Mungkin 2-3 hari lagi, sebab aku kemungkinan akan merempat untuk beberapa hari dan tidak kembali ke pangkal jalan. ahha~
Ok, selamat bekerja dan jumpa lagi ^____^
07 June 2010
fake it till you make it~
03 April 2009
New York mula kempen boikot motorola
Khamis, 02/04/2009 - Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen Boikot Global Terhadap Israel yang akan menyaksikan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia.
Motorola Israel telah bertanggungjawab membuat fuis yang digunakan dalam bom berangkai, bom pemusnah perlindungan bawah tanah dan bermacam-macam bom lagi serta alat telekomunikasi canggih yang digunakan oleh tentera Israel yang dikatakan paling selamat. Orang ramai menjerit dan melaungkan “Motorola Apartheid”,” “Jangan Beli Produk Israel”, dan “Selamat Tinggal Israel”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
ehem.kita bila lagi..mari boikot-memboikot..teruslah..istiqamah..
2.30pagi.3April.
30 March 2009
Boikot atau tidak boikot
oleh Maszlee Malek
Usai perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen EU dan juga pegawai-pegawai dari EU commission di pejabat EU di Brussels, saya dan ahli kumpulan pelobi isu Palestin dari Durham mula mencari ruang untuk merehatkan minda. Tidak mudah untuk melakukan usaha lobi, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam isu berkenaan. Lebih sulit lagi apabila ianya melibatkan pihak yang sinis terhadap perjuangan Palestin.
Kumpulan pelobi dari Durham ini majoritinya non-Muslim. Saya yakin kebanyakannya tidak beragama. Apa yang menjadikan mereka begitu bersemangat mengenai isu Palestin ialah soladariti dan juga sikap kemanusiaan. Jika dibuangkan rupa fizikal mereka, dan hanya ditinggalkan kerja-kerja, semangat dan juga fikrah mereka berhubung isu tersebut, nescaya ramai yang akan mengatakan, mereka ini pendokong HAMAS ataupun rakyat Palestin yang benar-benar ikhlas di dalam perjuangan. Bayangkan, berulang-ulang kali mereka mendesak pihak-pihak yang terlibat di dalam isu ini di parlimen EU untuk mengiktiraf HAMAS. Tidak keterlaluan juga ada di antara mereka yang tidak jemu-jemu memuji dan menegaskan bahawa HAMAS adalah hero rakyat Palestin. Saya yakin, Husni Mubarak, Mahmoud Abbas, Raja Saudi dan juga Raja Jordan pun tidak pernah berfikir seperti ini.
Mereka inilah juga yang berdiri di bandar Durham pada setiap minggu pada hari Sabtu untuk memegang sepanduk dan gambar-gambar kanak-kanak Palestin untuk tujuan memberikan kesedaran kepada warga Durham mengenai isu berkenaan. ‘Vigil’ ataupun tunjuk perasaan tersebut telah berlangsung semenjak serangan ke atas Gaza lagi. ‘Selagi isu Palestin tidak selesai, selagi itu kami akan berdiri di sini pada setiap hari Sabtu untuk menunjukkan solidariti kami terhadap rakyat Palestin!’, antara kata-kata mereka yang amat menyentuh hati saya.
Mereka bukanlah orang-orang muda. Rata-rata mereka berumur 50 tahun ke atas. Jika ada orang muda pun, hanya presiden ‘Friends of Palestine’ di Universiti Durham, Ruqayyah anak Prof Mawil Izzudin, penyelia kebanyakan penuntut-penuntut PhD dari Malaysia di University Lampeter. Warga Malaysia jarang-jarang kelihatan, mungkin hanya sekali dua, silih berganti. Warga Arab lain, juga tiada. Bagi warga Saudi ataupun mereka yang bertaklid buta dengan para ulama Saudi mengatakan perbuatan sedemikian adalah haram. Haram kerana ianya perbuatan khawarij, haram kerana ianya meniru orang kafir dan haram kerana orang lperempuan berdiri di hadapan orang ramai, ini adalah ikhtilat yang haram lagi bid’ah menurut mereka. Malang sekali mereka tidak pula berfikir bahawa hubungan intim rejim Saudi dengan kerajaan Zionis dan AS adalah lebih haram. Tidakkah juga mereka terfikirkan bahawa sokongan rejim Saudi terhadap serangan Zionis dengan tidak melakukan apa-apa tindakan ke atas sahabat karib mereka di Tel Aviv dan juga Washington merupakan dosa yang lebih besar….
Lebih malang lagi, ada sekumpulan manusia juga yang mengatakan perbuatan seumpama itu haram dan bersikap keduniaan, sepatutnya umat Islam ‘keluar’ berdakwah di Gaza agar umat Islam di sana bersolat di masjid. Bagi mereka, ‘bala’ ke atas rakyat Gaza adalah kerana masjid mereka dibiarkan tidak diisikan dengan amalan sifat sahabat. Saya tidak pasti samada golongan sedemikian tahu atau tidak bahawa majoriti masjid2 di Gaza telah dibina oleh para aktivis HAMAS. Masjid2 juga telah menjadi sasaran serangan kejam rejim Zionis. Tidakkah mereka sedar juga Syeikh Ahmad Yassin juga telah ditembak sewaktu keluar dari masjid selesai solat subuh bersama para jamaah dan pejuang HAMAS yang lain?, Tidak mengapalah, biarkan mereka menikmati adreanalin dengan aktiviti ‘keluar masuk’ yang mereka imani itu…
Bagi kumpulan solidariti Palestin yang ‘kafir’ dari Durham itu, mereka hidup dengan isu Palestin. Kekafiran mereka tidak menjadi tembok untuk merasakan bahawa umat Islam di Palestin merupakan saudara dan juga manusia seperti manusia yang lain. Kekafiran mereka juga tidak menjadi sebab untuk mereka beriman bahwa semua umat Islam adalah musuh dan pengganas. Kekafiran mereka juga tidak menjadikan mereka melihat umat Islam sebagai ‘orang lain’ ataupun ‘manusia yang jahat’. Teringat saya ketika kami ditawarkan dengan minuman Coca Cola, mereka semua menjawab, ‘Kami memboikot Coca Cola semenjak hampir 10 tahun yang lalu, semenjak Intifadah ke-2!’. Teringat saya kepada seorang rakan dari Timur Tengah yang pernah mengatakan, “Telah berkata Syeikh Fulan,…boikot tidak wajib, malah mungkin haram kerana ianya merupakan perbuatan ‘meniru’ orang kafir, maka Rasulullah SAW di dalam hadis yang disahihkan oleh Syeikh fulan… melarang kita meniru orang kafir!”…
Terkadang saya terfikir, apakah agama menjadikan kita ‘mandul’ untuk berfikir dan menggunakan rasional?
Ataupun ‘golongan agama’ terlalu selesa dengan apa yang mereka ada, lantas tidak mahu berfikir dan melihat ‘apa yang ada di luar sana’?
09 January 2009
Silence is not an option..
Dairi seorang relawan Islamic Relief- Hatem Shurrab.
Untuk hari kedua kami terpaksa menangguhkan rancangan untuk mengedarkan makanan. Setiap jam keadaan menjadi semakin teruk, membuat kerja-kerja pengedaran makanan ke jalan-jalan menjadi sukar.
Rumah tanpa air dan bekalan elektrik. Penduduk Gaza hanya menerima bekalan air seminggu sekali selama enam bulan yang lepas. Bila bekalan elektrik terputus, air bawah tanah tidak dapat dipam keluar.
Ini sangat merbahaya. Tanpa air keadaan menjadi bertambah bahaya, masalah kesihatan dan isu penyakit merebak.
Gaza (lokasi) sekarang berpecah-pecah kerana kehadiran askar Israel dan menjadi sukar untuk pergi ke bahagian tengah (gaza)
Rakan saya yang sedang berkhidmat untuk anak yatim ditengah Gaza, sekarang ia menjadi sukar untuk ke situ.
Tanpa dapat bergerak dengan selamat telah memberi kesan yang buruk kepada usaha bantuan. Baru hari ini saya dapat berada di tempat dimana orang berbaris untuk mendapatkan roti dan bercakap dengan mereka. Letupan bom dapat didengar dimana-mana.
Saya berjumpa dengan seorang perempuan yang telah berbaris dari jam 730 pagi hingga 1030 pagi . Tetapi ada yang lain telah berbaris (untuk mendapatkan roti) sampai 10 jam- disebabkan kekurangan roti. Seorang lelaki saya jumpa, mengatakan kepada saya bahawa dia bertukar-tukar berbaris dengan adik lelakinya supaya tidak terlepas giliran.
Yang lain saya jumpa hanya mampu menangis bila saya mula hendak bercakap dengannya- ianya seperti tidak ada perkataan tinggal untuk diucapkan.
Kadang-kadang saya seperti bercakap perkara yang sama berulang-ulang, tetapi sememangnya keadaan kemanusiaan sesungguhnya mengecewakan. Rakan saya dari UN mengatakan (keadaan ini) adalah sebuah krisis kemanusiaan (yang buruk).
Setiap hari di Gaza rasanya seperti tidak akan menjadi lebih teruk lagi-tetapi itu yang terus berlaku. Orang di sini tidak tahu apa hendak dilakukan atau diharapkan.
Saya mengajak anda untuk membayangkan bagaimana perasaan anda bila berada didalam keadaan dimana anda dan orang yang tersayang (hidup) dalam keadaan makanan yang sikit, air yang sikit dan tanpa bekalan elektrik. Dan sepanjang masa bunyi letupan bom, missiles dan kereta kebal-boleh didengar dimana-mana.
10 hari yang panjang (siang dan malam) penduduk Gaza tinggal dalam ketakutan-kami begitu penat dan setiap hari yang datang membawa bersamanya lebih banyak keganasan dan kepayahan.
Diterjemahkan dari BBC NEWS
Megat Shariffudin Ibrahim 9/1/2009
Palestinian Centre of Excellent (PACE)
DARI IPOH UNTUK GAZA
Http://dariipohuntukgaza.blogspot.com