Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 December 2020

2020 was sureal!

Bismillahirahmanirahim.

Dalam pada takdak Covid pun dah rasa satu tahun berlalu sangat laju, inikan pula dengan pandemik yang melanda dunia di 2020. Tapi masa PKP hari tu, pening kepala gak rasa tengok syiling manjang. terasa lamanya lahai dunia. Dalam pada banyaknya masa kat rumah tu, idak jugak di habiskan membaca buku2 yang dah bersusun dalam rak yang juga dah ber rak rak. 

❗❗Iklan tak berbayar sat!

Aku menulis tulisan penutup untuk tahun 2020 ni di atas katil di Homestay Melur yang terletak di Kepala Batas, Kedah. So gais, tadi acik Homestay ni ada bgtau, suruh viralkan homestay dia. Kalau korang ada hal di Jitra, Kepala Batas atau Alor Setar dan berdekatan, memerlukan pulak tempat bermalam, boleh lah roger acik ni. Ni no fon dia (+60 12-598 0207) Bukan nak kata lah, bilik ada 2, each bilik ada queen bed. pastu ada hall, ada dapur (dan perkakas memasak), ada peti ais, tv, mesin basuh, toilet, bilik air. Aircond di main hall dan each room. Apa lagi mau gais, tak dapat masak2 gais kalau duk hotel! Oh ya, dan agak rare.. kain basah disediakan jugak! Padu kan bossku? Moh kita moh.

Re-cap 2020

Aku memasuki Januari dengan satu perasaan yang fresh. Cuba bermula kembali setelah merasa sedikit exhausted di 2019. Tambahan time ni aku baru je balik dari bercuti di Bengkalis kampung partner in crime, Tokie. Kehidupan yang perlahan dan sederhana di sana memang menginsafkan. Berbanding apa yang aku tak ada, banyak sebenarnya yang aku ada. Muhasabah terbaik sebagai penutup 2019. 

On the 25th January 2020, the first case of COVID-19 was detected in Malaysia and traced back to 3 Chinese nationals who previously had close contact with an infected person in Singapore [22,23]. They had travelled into Malaysia via Singapore on the 24th January 2020.

Febuari selalu menjadi momen pengenang, sebab, 10 Februari 2000 adalah tarikh aku masuk sekolah agama perempuan yang banyak membentuk siapa aku hari ini. Dan tahun 2020 ni lebih special sebab buat julung kalinya batch aku buat reunion. Ahaha! Selain dari itu masa ni, dah tersebar luasnya tentang Covid-19 di China. Tapi tak begitu membimbangkan lagi utk Malaysia sebab tak banyak kes jangkitan tempatan. Hanya yang ada contact rapat dengan China man saja. Dalam hujung minggu yang sama reunion aku, terdapat satu jur tabligh Asia yang bertempat di masjid Sri Petaling. (Tiba2 meletop2 nama Tabligh di Malaysia di bulan2 berikutnya)

Mac datang bersama ketidak tentuan. Tapi disempatkan juga aku memanjat antara gunung G7 Malaysia, gunung Yong Yap. Haru weyh hiking kali tersebut! Barai? Turun je YY bersamaan 2 minggu selepas himpunan tabligh. Dan yeah the numbers  of people infected by Covid 19 spike vigorously. Thus MCO!

Maka Mac, April, Mei first time terkurung dalam rumah, keluar hanya untuk stock up makanan. Tapi takpaham, tetap tak jugak habis membaca buku buku yang bertimbun tu. Kebanyakan masa duk rumah sendirian ni, banyak yang aku fikirkan. Sebab lama duk termenung menghadap kipas kan. Tambah-tambah ada satu masa tu aku duk sorang je kat rumah (masa student dapat kelepasan balik kampung), sempat jugaklah aku terpikir, macam mana kalau aku mati? Ada orang ke akan notice? Sampai begitu ya gais!

Jun dah start CMCO, jadi kerja macam biasa masuk ofis, tapi limited time and day. Julai dah start kerja macam biasa. Dah boleh rentas negeri. First time dalam sejarah, mak warded. Nasib dah boleh rentas negeri. Ambil cuti seminggu sebelum raya haji, maka berkampunglah kami adik beradik kat rumah kampung, siang berulang ke hospital. Sendu habis rumah. Aku sempatlah anxious tiap malam terutamanya masa mak kat ICU. Bila dah sedar, dan boleh balik, bermulalah journey pulang kampung setiap hujung minggu.

Hujung Ogos sempat ke Selatan untuk kerja-kerja selenggara. 

September, GEMA try runcit-runcit buat camping trip tepi sungai untuk lepaskan gian, dan mencuba nak restart dalam kemelut wabak ni kan. Susah jugak ya gais! Dan september jugak, first time aku dapat sakit pelik kebas-kebas ni. Nowadays, getting better tapi still misteri.

Oktober, November, Disember, CMCO lagi. dan lagi dan lagi sebab fluctuate kes dan mutation virus sehingga berjangkit tanpa simtom. Disember sempatlah menghujungkan tahun dengan kerja kerja selenggara ke utara. 

Trip Sabah Sarawak tak dapatlah nampaknya tahun ni.

Kesimpulan tentang 2020, 

+ banyak company besar terjejas kerana pandemik Covid-19

+ belajar untuk lebih banyak bersyukur dari mengeluh. berusaha terus positif dalam kepayahan. Memaknakan redha dengan ujian. Memaknakan sabar dalam menghadap dugaan.

+ lemas, aku ingin bebas! 

sekian. bye 2020, welcome 2021~ macam biasa post2 yang dalam draft tu aku baki bawa kedepanlah eh. harap2 akan terkeluar di 2021!