Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label edisi khas. Show all posts
Showing posts with label edisi khas. Show all posts

25 May 2020

Selamat Hari Raya 2020

Assalammualaikum semua..

Apa kabar kalian di 2 Syawal yang mendamaikan ini? Ada bunyi burung, dan mungkin bunyi tupai jugak kut. Aku pun tak berapa fasih dengan bunyi-bunyi binatang ni. Tapi seperti itulah setakat pendengaran aku. Kadang-kadang berselang-seli dengan bunyi kereta yang sayup-sayup dari jauh. Dengar tak dengar. Seronoknya yang tu lah bila duduk area Ulu Klang ni. Bangun pagi nampak Bukit Tabur. Tengok je lah dari sebalik jendela.

Oh ya, berbalik kepada raya kita ni kan. Semalam aku tengok ig kak Mashirah, anak dia tanya "Ummi is raya cancel? Cause no body coming, i'm bored" Pertama kali k dalam sejarah, raya cancel! Kelakar pulak tengok. Ya dan macam tulah, raya pertama aku pun sedikit kepisangan.

Pagi raya bangun, mandi, solat sunat, dengar khutbah, makan. Kitorang makan lambat sebab imam tak sabar nak solat dan baca khutbah, jadi kitorang layan kan je lah. Lepas makan, duduk-duduk sekejap sambil aku buat 2nd attempt untuk layan Money Heist. Dalam nak tengahari Naim dan keluarga nak pergi beraya ke Shah Alam. Aku tak nak la ikut kan. Sebab kalau ikut plan asal aku patut balik Kuala Selangor. Tapi, tapi, tapi. Begitulah, nampak tak pishangnya?

Kawan ofis kat Melati ada ajak makan mi kari kat rumah dia. tak pergi.
Kawan sorang lagi bagitau dia ada di Kemensah. tak pergi.

Aku hanya duduk di katil sambil bermain dengan photoshop. Cukup masa pi depan sambung makan ketupat cicah daging dendeng dan kuah kacang. Kemas pinggan dan meja, masuk balik bilik. Sambung tengok The King pulak.

Dah Maghrib, Naim dan keluarga pun balik. Masuk rumah, solat Maghrib pastu sambung beraya rumah jiran merangkap penjaga anak-anak diorang. Aku masih bersama Netflix, tak turut serta dengan alasan, anak dorang yang bongsu tidur balik dari Shah Alam, jadi aku tolong tengokkan.

So kesimpulan dia gais, 1st Syawal 1441H adalah hari raya idaman aku selama ni! hahahaha.

Nah aku belanja gambar yang aku edit semalam.

Tulisan ini bertujuan untuk ingatan aktiviti hari raya ketika pandemik Covid-19 menyerang dunia dan Malaysia sedang menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP). Antara perkara yang aku serbasalah raya tahun ni adalah, tak balik kampung ketika raya. Kampung Perak mahupun Selangor. Akan ku kenang di masa depan. Minta maaf orang kampung, tak dapat balik raya. Sesungguhnya walau nampak tenang, aku adalah sejenis paranoid jugak for some cases.

p/s: draf yang berlambak aku tulis separuh jalan sebelum ni.. maybe ada yang aku akan post backdated (kalau aku rajin habiskan menulis lah pun)

Sekian,
2 Syawal 1441H,
Kemensah.

06 September 2018

Kak DIjah dah kahwin oi!

1.9.2018

Pagi tu, masa program JUS kebetulan ada Makcik Chom selaku warga Taman Jaya turut hadir, makcik bagitau nak ikut sama ke kenduri Kak Djah. Kebetulan aku pun plan nak pergi dengan Ain je, so why not? kan.

Toward the end of JUS dapat lagi satu call, dari Kak Syam. Dia cakap dia salah tengok jemputan, jadi dia boleh join ke kenduri Kak Djah. Maka terjadilah rombongan berlima (campur Nukman)

Jadi, selepas program JUS, kami bertiga dari PJ pun bergerak ke rumah Kak Syam dan pergi bersama-sama.

Kak Syam dan Kak Chom both naqibah kak Djah, untungnya rasa naqibat datang ke wedding. Hehe. Sepanjang perjalanan dari Subang ke Sabak Bernam, tak banyak la disembangkan sangat, cuma bila dah sampai Jalan Terusan Utama, tepi tali air kat tepi bendang tu, rancak la makcik-makcik ni duk berbual tentang zaman kanak-kanak diorang yang membesar di sawah. Aku ngan Ain selaku generasi yang membesar di rumah perumahan ni, melongo je lah dengar cerita makcik berdua. Menariknya.

Menggagau ikan bila air baru masuk, main layang-layang bila bendang kering, berenang di tali air dan macam-macam lagi lah. Tiba-tiba kita plak feeling sama. Haha! Walaupun tak pernah lah duduk kat kampung sawah padi ni (walaupun atuk sendiri buat sawah), tapi duk jalan kat batas sawah ni, terasa-rasa macam dalam movie plak.

"Ni jap lagi pukul 2, kalau ada angin, angin dia sejuk ni." kata Kak Syam. Aku sempat ragu gak lah, bendang kut, takkan la sejuk. Panas lit lit okay.

Kitorang sampai kenduri kak Djah lebih kurang 2.30 petang. Orang pun dah banyak kurangnya. Kat kenduri jumpa pulak adik beradik yang tak asing lagi, Raihaan dan Hawa. Makan-makan, lepas tu bergambar dengan pengantin perempuan (^^,) Dalam perjalanan nak balik kereta tu, angin kuat menyapa.. sawah kan kalau angin mai, memang takda apa lah boleh menghalang. Ok! memang betul kata-kata Kak Syam, sejuk anginnya!

Ok yang sebaris depan tu la saiz aku dulu2, kini tinggal kenangan, depa menten.. i gerak lu. Came on sampai bila nak berat sama, kan? haha!

Barakallah Kak Dijah! Am sad and happy for u! #tilljannah ya kak.
Kak Djah ni adalah kawan aku dari tahun 2006 atau 2007. Masa tu aku belajar di UM dan kak Dijah di PPUM. Kitorang berjumpa sebab usrah la! :) Dalam dakapan ukhuwah gitu. So sama-sama menggerakkan organisasi dakwah kat UM. Later years, aku jadi bendahari dan dia jadi AJK Dana. Gigih kak Djah beli kerepek dan repack untuk kelangsungan dana kelab.

Setelah bekerja dan rata-rata kawan bernikah dan berkeluarga tinggallah kami membujang sebegini lamanya. Kawan-kawan rapat kak Djah hampir semua dah bernikah, aku pun sama. Menyebabkan, aku jadi rapat dengan kak Djah, terutamanya bila ada program/usrah. Orang pertama yang akan aku hubungi mestilah kak Djah. Selain senang respon, jawapan dia selalu positif jugak untuk tiap pelawaan tu! Bujang kan! Ahaha.

Akhirnya 2018, kak Dijah memutuskan untuk tidak lagi memegang title yang sama. Oh, am sad .. berat nak pikul title ni sorang-sorang! Ahaha.

Begitulah ya, hukum alam, kita taktau pun akhirnya akan berjodoh! :P Macam kak Djah, jodohnya jiran sekampung jugak. Dahsyat kan, punyalah lama menunggu, rupanya jiran je!

Moga Kak Djah diberi sakinah, mawadah dan rahmah dalam kehidupan rumahtangganya. Kak Djah, honeymoon jangan lama sangat k! im waiting for your comeback kat PJ ni.

01 February 2016

Girls School.

Menjadi dewasa bersama perempuan di sekolah perempuan.


menjadikan aku, 


begitu keperempuanan~
(ke?)

#ziarahWana #usrah #endofJan #muchLove

cerita semalam.
melawat Wana yang dah berhijrah semula ke Lembah Klang. 
Moga Wana diberi kesembuhan dari sakit-sakitnya. 
Moga Wana cepat dapat baby. 
Moga Wana berbahagia dengan kehidupan berumahtangga.
Cepat-cepat jadi AJK Makanan Surau Seri Jati. 

Next Ziarah, maybe kena pekena nasi Kambing?
atau main belon di surau setia city mall? 

hehe

okbai

nota: terima kasih beauty effect dari kamera terlibat,
mengembalikan keremajaanku >.<

31 October 2014

Penjelasan Syed Azmi Al Habsyi

Semalam setelah aku berpikir-pikir, aku pilih untuk berada di luar kebiasaan. Hehe. Ingat tak aku punya post lepas. Ada banyak pilihan untuk program pada hari Khamis malam. Tu tak masuk lagi semalam, ada lagi satu program kat unisel. tapi unisel ni dah luar kawasan, luar dari radar tu. tak jatuh sunat muakad nak pegi :P

Jadinya untuk senarai lepas, aku pilih untuk ke program AKHI. Akademi Kepimpinan Kapten Hussein. Hihi. Korang tau tak Akhi ni menda? akhi wa ukhti? bukan. Akhi ni adalah satu akademi untuk membentuk pemimpin muda umno. :) power ar sekarang kan.. siap ada akademi. cantik gak! macam masa aku gi kelas Google dulu, cantik opis dia.

Ok, terus kepada tajuk.

Menurut Syed Azmi, dia memang sengaja purposely letak tajuk dia begitu untuk bagi catchy dan memanggil. (yes, dia betul-betul berjaya memanggil) 

Lepas dia promote kan poster dia tu, media asing yang first contact him. Objektif asal adalah sekadar pembelajaran. Macam mana untuk kita membantu anjing yang dalam kesusahan dan overcome the fear toward dog.

Flow asal majlis adalah, ustad akan bagi ceramah, lepas slot ustad, akan ada animal rescuer slot yang handle anjing ni, ajar macam mana nak calm the dog, and after that, pegang untuk selamatkan dia. Lepas belajar yang ni terus ke next station iaitu sertu. 

 .. it went overboard, 

Menjadi kelam kabut bila:
1. crowd luar biasa ramai. team syed menerima registration sebanyak 300 orang, hence they prepared for 500. end up yang datang 1200 orang
2. tak cukup sukarelawan. sukarelawan hanya ada 40 orang untuk handle 1200 orang, couldnt manage to control the crowd (aku rasa mcm faham perasaan ni, bila kita anjurkan event dan crowd over ramai memang susah kita nak handle)
3. media asing came. some sukarelawan are focus to kawal ustad dan syed supaya tak mengeluarkan atau menjawab soalan2 berbentuk provokasi. so tak sempat nak jaga peserta
4. bila peserta sentuh anjing, rupanya naik syok pulak, sampai mula la rasa nak peluk. anjing cute plak tu kan. 

Apa pun saudara Syed ni memang truly appologize untuk benda yang dia overlook lalu menjadikan kekecohan sedunia (aku rasa satu dunia?korang rasa cmner?) 

.. its a different kind of project and we never know what kind of reaction from the public

But as everything have another side of a coin, 
aku rasa event ni sebenarnya lebih mendidik non-muslim. 
1. everybody in harmony. non muslim try to help understand their pet. 
2. public mesti bawa 1.5L litre air utk sertu. non-muslim share their water for muslim to sertu 
3. 70% produk sertu from JAKIM bought by non-muslim sebab senang dia orang nak cuci kitchen utilities diorang for case of muslim friend come to their house.
if we dont try we dont know..im learning, thats y we agree to disagree..give us the voice to be heard..
- Syed Azmi
a good things thou.
new approach always came with rejection. keep it up bro!

p/s: moral yang aku dapat, thats why Allah tak bagi kita touch a dog. rupanya dog ni bleh bagi feel syok rupanya? ok, tu citer dog, try relate kan pulak kenapa takleh couple before nikah? Subhanallah, another level of knowledge unlock. Everything came with hikmah. right?

case closed. 
pen-off.

31 December 2012

Review 2012

I'll write this a day earlier, so it will be posted while I'm busying in Shah Alam.

Assalamualaikum,

baiklah ini akan menjadi post penutup untuk tahun 2012.

Bagi aku, berbanding 2011, 2012 memberi aku faham tentang sisi hidup yang berbeza. 2012 tak semanis 2011 :( Tapi takpe, aku dapat hadamkan segalanya.

Nak review pun rasa perit, orang kata kisah duka jangan diulang-ulang kan? susah nak move on nanti.. Banyak yang terjadi tahun ni, terlalu banyak. Semuanya tertulis lewat post-post aku yang lalu. Pendek kata, aku dah boleh pahamlah perasaan orang yang ikat perut tiap hujung bulan :P.. Kalau nak sort kan pun, rasa bikin nangis je kan.


By the way, i think i can endure it InsyaAllah. Tuhan akan duga kita sekuat mana yang kita mampu tahankan? Optimis lah. Semuanya Allah bagi pergiliran. Sang pelangi takkan selamanya muncul lewat jendela rumah kita, orang lain pun ingin lihat keindahannya juga kan?

Dalam kepayahan aku melangkah saat terjatuh, aku belajar melihat dari sudut berbeza. Allah beri ruang untuk aku rasa kasut yang berlainan saiz. Dan aku perlahan-perlahan memahami, kenapa wajah mak dan ayah nampak sangat tua, dan ternyata senyum mereka ada warna yang berbeza dari orang muda. hakikatnya dugaan mereka lebih-lebih hebat lagi dari yang sedang kita alami.

Nota: Kerjaya juga sudah menunjukkan warna sebenar. *tarik nafas dalam-dalam dan lepas* Langkah perlu lebih kejab, menangkis serangan dari pelbagai arah.

Jika 2011 Allah beri ruang untuk bersyukur dengan kesenangan, 
2012 Allah hadirkan dengan bermacam kesulitan. 
Apa mahu bersyukur lagi atau nggak?

Untuk pelbagai cerita manis dan sakit, terima kasih Allah!! Nikmat udara dan Islam adalah lebih utama!

Selamat tinggal 2012, kita putus!


Here you come 2013, please be nice to me :)

06 July 2012

Edisi Khas Jun

Akhirnya aku dah sedar yang aku dah tua untuk mem-fancy-kan blog nih =,=. Maka telah sekian lamalah tuan blog membiarkan blognye bersawang termasuk tak baca blog orang lain jugak T_T disebabkan link yang telah menghilangkan dirinya sendiri =P

So, untuk edisi khas Jun dah lambat banyak hari kan, since dah bulan Julai pun sekarang. Ok, bulan Jun menyaksikan pernikahan Kak Mashirah!! yiiha.. kawin sudah kakak sorang tu. Dan diatas usaha sama ejas sana-sini berjayalah aku, kak Siti dan Sofwah menjejakkan kaki ke bumi Terengganu. Cantik sangat!!

Trimass a zillion goes to Kak Zulfa se-familia atas warm welcome yang bersangatan. Tak lupa untuk steady Baheeja baby besar yang comelness. :) Diharapkan Kak Zulfa sekeluarga terus dilimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Kak Shira juga, semoga cepat-cepat mendapat cahaya mata, penyambung perjuangan dakwah InsyaAllah.

Balik dari Terengganu, singgah di Jengka, kenduri kahwin Kak Nodo (housemate). Punyalah lambat sampai.. sampai je kendurinya, pengantin pun dah salin baju. hihihi.

Ya, dan tentu sekali klimaks kepada pengembaraan kami adalah apabila berlakunya perlanggaran sandwich antara kereta depan dan aku, juga aku dan kereta belakang. Pheww.. berat mata membaca, berat lagi kami yang melaluinya. Peh~ cakap perlanggaran sandwich tu macam teruk sangat je kan. Actually xdelah teruk sangat pun, alhamdulillah hanya effect bahagian rangka-rangka sahaja.

Meskipun demikian, disebabkan kereta belakang yang langgar harus bertanggungjawab, maka terpaksalah Saudara Vijay Kumar kita dikuarantinkan selama hampir sebulan ye di Bengkel Produa Cheras =,=. Sepanjang masa tu memang back to basiclah aku ke kerja. Dan aktiviti malam pun mana yang wajib je aku utamakan, almaklumlah nak kejar bas punya pasal =P

Now MyVijay is back!! Ahaha..

So, last week kami pun balik ke kampung halaman. Perjalanan jauh pertama selepas beliau keluar dari bengkel. Last week adalah ulang tahun kelahiran mak dan ayah. Mak pada 30hb manakala ayah 27hb. Jadi, kami hadiahkan cheese cake sahaja. ok tak? ehehe..

Di ofis sangat hectic dengan project donation aku yang tak siap-siap lagi nih. =,=


Ramadhan dah tak lama kan? Antara tahun lepas dan tahun ni, aku harap banyak penambah baikan yang aku dapat capai. 

31 May 2012

Edisi Khas Mei

Ahha, menakjubkan bukan menggunakan tajuk edisi khas? Sebenarnya ini langkah awal untuk mendisplinkan diri untuk menulis post di blog yang makin terpinggir ni. Edisi khas aku nak muatkan summary perkara penting satu-satu bulan. Paling tidak, adalah satu post sebulan kan? ;P

Ok, apa yang terjadi bulan Mei? Alamak konon nak recall tapi tahap kemampuan otak aku pun da makin terhad. =,=

Antara yang masih aku ingatlah. Kat office ni, server kena hack. ya maka seminggulah kehidupan aku tunggang langgang. Selama aku kerja kat sini first time gaklah balik jam 10.30malam. ahha~ meskipun sebenarnya previously aku kerap gak balik lebih lewat dari tu, tapi kat kawasan PJS ni aku memang tak berani dan tak berkeyakinan lah nak balik lewat dari jam 7. seram! hehe.

Ok, lepas seminggu sibuk2 dengan hal server, ya itu lah masanya iaitu bersamaan dengan Selasa lepas, aku dah kehilangan Samsung Tab (known as Samsul Maarof) Masa first cicir tu memang sasau. Macam orang hilang anak. Beberapa hari aku termenung, makan tak lalu, mandi tak basah, buat kerja pun takleh fokus (aha, over plak kan penyenaraian kat situ) Meskipun sedikit frust, tapi banyak hikmah yang aku dapat InsyaAllah. :) He knows best isn it? Now, dah seminggu lebih, recover already. kehkeh.

Dalam aku berkabung kehilangan si Samsul, aku dapat sms dari Cikgu Azmi, yang salah seorang ahli Ikram PJ yang bergiat aktif dalam JK Belia ditimpa musibah, rumahnya dimasuki pencuri dan kerugian sehingga sekitar RM10k. T_T Ya akhi dan ukhti ujian untuk kalian nampaknya berlipat ganda lebih besar, betapa Allah menyayangi kalian. Semoga bertabahlah antum dengan ujian ini. InsyaAllah.

Lain-lain? oh ya paksu ku sudah menamatkan zaman bujang beliau, dan kenduri pihaknya adalah minggu lepas bersamaan tarikhnya dengan kenduri Kamariah Ahmat :) Oh ya, Naza juga mengakhiri zaman bujang di bulan ni.

Oklah, itu je kut. Up and down in life. Esok dah 1 Jun 2012. Dah dekat da nak Ramadhan kan? tahun lepas pada tarikh dan hari yang sama, aku dapat retrench letter dari Aiti Solution :) Ah, da setahun..