Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label 505. Show all posts
Showing posts with label 505. Show all posts

07 May 2013

Politik Negara di balik kaca mata saya.

Aduh.

Ingat selepas 505 dah taknak citer pasal politik, tapi macam kena jugak sembang kencang kan.

Berdasarkan pembacaan, lanskap politik negara Malaysia benar-benar tergoncang sejak peristiwa Reformasi 1998. Sejak itulah, pertempuran medan politik negara semakin hari semakin tenat. Bau permusuhan bertebaran melata. Nista dan fitnah menjadi seakan kayu api yang berbara, pantang minyak tertumpah, api mula marak. Pelbagai media perdana pula samada televisyen, radio mahupun surat khabar mula menjadi condong, memihak ke arah satu pihak sahaja.

Nyata, Malaysia telah meragut kebercayaan rakyat marhaen. Benarkah kebenaran itu benar? dan yang salah itu sebetulnya adalah salah? Minda rakyat tidak dapat lagi mencerna normal. Apatah lagi sekiranya sumber berita rakyat adalah dari sumber yang terhad, media perdana yang telah pun pincang dari ketelusan dan kelantangan menyuarakan yang haq.

Aku, ketika kejadian reformasi itu baru berusia 11 tahun, darjah 5. Apalah yang aku tahu tentang reformasi. Tapi aku tahu ia adalah satu isu yang besar. Hanya baru-baru ini aku mula membuat pembacaan tentang isu tersebut kembali. Ya, terdapat banyak kepincangan dan dan dan.. aku temui isu yang lebih besar. Negara kita mengalami isu korupsi yang makin teruk, makin membarah dan bernanah dalam daging.

Disebalik semuanya, aku mula menemui isu-isu seperti rasuah, kronisme, BMF & BBMB, NFC & Kondominium di Bangsar dan S'pura, misteri pembunuhan Jalil Ibrahim di Hong Kong, pengeboman Altantuya, kapal selam Scorpene. Kemudian, ada jugak kisah-kisah seks songsang, isu perkauman, isu kalimah Allah, dan paling sedih apabila Tuan Guru Nik Aziz juga turut menerima tempiasnya gelombang politik lucah ini.

Aku, bukan mengajak kita semua untuk mengagungkan parti BN mahupun parti PR. Kerana bagi aku, siapa-siapa  pun yang memegang tampuk pimpinan, yang berhadapan dengan wang berjuta-juta depan mata pasti akan di duga. samaada terduga, atau mampu menahan dugaan, semuanya bergantung pada tahap integirti dalam diri. Sejauh mana ketatnya keimanan dan kepercayaan masing-masing terhadap Allah, terhadap kepastian hari pembalasan.

Aku cuma menyeru, supaya kita sama-sama membuat satu penilaian yang benar berdasarkan fakta dari kedua-dua belah pihak. Jangan sekadar mendengar kata-kata pimpinan BN mahupun sekadar mengagong-agongkan pimpinan PR. Apa guna belajar sehingga peringkat tertinggi tapi langsung tak kritis dalam membuat pemilihan.

Setelah media perdana menjadi bias dalam mempamerkan kebenaran, adakah kita harus turut sama menjadi condong dan tidak adil dalam membuat keputusan? Letakkan tanggungjawab kepada negara terhadap bahu kita. Kerana pada akhirnya dunia ini milik orang muda! Dan kerana pada akhirnya semua kita akan dipersoalkan di Masyar tentang apa yang kita perjuangkan, tentang apa yang kita pilih.

Dengan keadaan hutang Malaysia yang bertambah dan terus bertambah tahun demi tahun sejak 1980-an hingga hari ini. Adakah masih, kita mahu memperjudikan nasib negara kita, yang kita cinta ini?

Di tanah ini kita mengenal tarbiyah,
Di tanah ini kita membina Islam dalam diri kita.
Di tanah ini kita menjadi dewasa, belajar dan bekerjaya.

Maka, tegarkah kita membiarkan ia hancur di tangan kita? Atas ketidak jujuran kita dalam memilih?

Fikirlah.

06 May 2013

Pasca GE13 - siri 505 (akhir)

Oh! Begini rasanya selepas pilihanraya ..


hurm. well, tak semestinya bila jadi pemerintah baru nak berjuang mendapatkan keadilan kan?

*agak-agak episod Altantuya akan bersambung tak? macam mana pulak isu NFC dan juga kapal selam scorpene? Ala, tak syok la tak tau ending.

05 May 2013

Warga Emas - siri 505

Aku melihat ini di FB Fanpage TV PRU13,


Entah kenapa, tiba-tiba mata berkaca.

Sampai macam ni rakyat marhaen berusaha demi mendapatkan satu keadilan, satu perubahan!

Berbaki lagi 70minit, anda berhak untuk memilih Malaysia yang lebih baik.

#ubah

Pengundi Hantu - siri 505

Alhamdulillah, buat pertama kali dalam sejarah aku berjaya menunaikan tanggungjawab kepada negara. (Ehem hopefully didn't categorized as 'undi rosak'. Risau sangat dakwat cap jari terlekat pada kertas)

ok, berbalik kepada tajuk. Sebenarnya untuk berlakunya pengundi hantu di Kg Gajah ni agak sukar (bagi aku lah) Sebabnya di Kg Gajah satu-satunya etnik yang wujud adalah berbangsa Melayu. Memang tak ada india mahupun cina. Jika ada mungkin bukanlah penduduk asal disini. Jadinya, kami sekeluarga cuba merungkai jugak persoalan ini pagi tadi, seandainya pengundi hantu di hantar masuk ke Kg Gajah.. dari negara apakah ia? susah sebenarnya. Mak cakap, even kalau Indonesian pun mak boleh beza.

So, sangat-sangat berharap takda lah isu pengundi hantu di Kg Gajah.

Tetapi sedikit sedihlah kan, untuk tempat-tempat mengundi di kawasan bandar/ pekan. Sebab tempat-tempat macam ni memang agak sukar lah nak kawal. Ada kemungkinan orang-orang yang kita sangka pengundi hantu tu, memang warganegara. Bandar ni, kita kena jangka yang kebarangkalian untuk berlakunya kahwin campur adalah tinggi.

Meskipun macam-macam rumours/ fakta mengenai kemungkinan pengundi hantu ini di bawa masuk oleh pihak tertentu untuk memenangkan parti politik tertentu, aku tak nak komenlah tentang itu. Yang cuba aku fokuskan dalam penulisan ini cuma,

KESIAN!

Kau bayangkanlah, (Bayangkan orang Bangla yang kau selalu nampak dalam perjalanan ke pejabat, ok sekarang bayangkan kau adalah diorang) kau kena angkut bawa masuk Malaysia beberapa hari sebelum mengundi, kemudian di berikan kad pengenalan. Seumur hidup kau tak pernah terbayang pun yang kau akan menjadi warganegara Malaysia (aku cakap macam ni sebab, incase lah kan.. macam kau tetiba diterbangkan ke Korea Selatan. Kau mungkin dah ada basic vocab bahasa diorang. Ya lah kpop kan femes)

Pastu dapat pulak arahan, esok kau masuk kat tempat tu dan mengundi. Mestilah kau dengan innocent-nya akan ikut perintah diorang (merujuk kepada orang yang bawa kau masuk ke Malaysia tadi) kan. Berdasarkan prinsip "you help me, i help you".

Tanggal 5 Mei kau pun ke pondok undi, orang cakap apa pun kau tak faham. Tak alih-alih, apa yang kau paham.. gaya semua orang macam tengah maki kau. Kalau orang kat situ tak terbawa-bawa dengan darah muda, selamatlah kau dihantar ke pakcik polis. Dapat-dapat yang perasan tu orang yang memang baran, muda plak tu. Dapat penyepak sekali memang .. hurm!

so amacam, korang rasa kesian tak?

Mereka adalah contoh-contoh orang yang terpaksa menjadi boneka dan peluru dalam pertempuran politik Malaysia. Itu hanya sedikit, ada banyak lagi yang dah jadi mangsa.

MALAYSIA..  negaraku yang aman dan permai.. adakah telah musnah? bersama keghairahan manusia yang tamakkan harta dan darjat..

Dilampirkan beberapa gambar yang di ambil di FB. Suasana pilihanraya ke-13.





Semoga keputusan GE-13 memberi satu nafas baru untuk negara tumpah darahku ini ^____^

18 April 2013

505: Jom Balik raya!

Hey, mid of April already passed, and what? i haven't put any post yet? Pemalas!

Ok, where to start?

Agenda 505? 
Untuk mengatakan sesuatu yang memihak kepada mana-mana parti politik bukan lah aku. :) is it? Barangkali? hehe. Sesungguhnya aku hanya membaca mengenai isu politik apabila ada isu besar yang muncul. Kali lepas bersamaan PRU12, aku hanya membuat sedikit sahaja bacaan mengenainya, kononnya masih belajar. Alasan masih student aku kira (ketika itu) kuat untuk menidakkan pembabitan otak terhadap isu politik negara. Ignorance! tak bagus.

Dan boleh dikatakan kali ini aku lebih kan sikit usaha membuat bacaan. Alhamdulillah, oklah tu kan sedikit-sedikit kita buat perubahan. Lagipun, PRU13 ni dah sampai masa untuk mengundi :P.. First-timer, semangat dia lain macam sikit. Dan sebab kesedaran as first-timer ini jugalah aku perlu dan mewajibkan diri untuk membuat bacaan tentangnya lebih dari kebiasaan.

Pada aku, mana satu pun warna yang dipilih, semuanya perlulah berasaskan ilmu dan pengetahuan yang jelas tentangnya. dan tiap apa yang kita tulis saat hari mengundi nanti, pastikan kita ada basis yang jelas. Mengenai isu ini aku bersependapat dengan seseorang di FB,


Sebab seperti yang kita sedia maklum, dunia ni kan tempat persinggahan saja. Kat dunia memang takde siapa nak pertikaikan kita atas keputusan kita. Percayalah, nanti di Sana, setiap tindakan akan dipersoalkan. Make sure jawapan kita valid. K!

Sebelum mengakhiri, aku tamatkan dengan perdebatan KJ dan Rafizi, UKEC debate, Feb 2012. Worth to see i think, something to ponder on.


Memang panjaaaang.. tapi spend some time k!..^_____^

SELAMAT MENGUNDI!