Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label bencana. Show all posts
Showing posts with label bencana. Show all posts

21 October 2015

PLUS Ronda

Selain dari pertama kali mengunjungi Cameron, nampaknya weekendku terus dihujani dengan beberapa lagi perkara yang pertama kalinya~

Sesampai di Kampung Gajah dari Cameron adalah kira-kira jam 4 petang. Emak menumis sayur yang baru di beli segar di pasar tani Brinchang. Lauk pauk hanya di beli di pekan Batu Gajah. Kami tak jadi singgah memandangkan ada lebihan nasi putih yang banyak dari program malam sebelumnya. Selain itu, ayah cakap takut kami kelewatan nak balik ke PJ lagi.

Lepas makan, rehat sebentar. Tidur dan kemudian bersiap-siap untuk pulang ke PJ. Junior silat kak Siti, Zati nak tumpang sama. Jadi nak taknak memang kami kena bergerak malam tu juga. Ada orang nak tumpang kann.. kena lah berdisplin sikit :D

Perjalanan ok saja, relatifnya agak laju. Singgah di masjid untuk qasar solat Isyak dan di Shell langkap untuk isi tangki minyak. Aku memandu sampai ke exit masuk PLUS Slim River. Walaupun telah berbekalkan white cofee segelas, tetap tak dapat nak membantu mencelikkan mata.

Giliran kak Siti pula memandu. Sepanjang kak siti memandu di highway tersebut ada beberapa kali juga aku terlelap, lekas lekas aku ambil jagung bakar makan sebutir-sebutir untuk elakkan mata layu, biarkan mulut terus bertugas. Sebenarnya aku ada juga berhasrat nak memandu sehingga PJ memandangkan kak Siti tak sihat. Tapi sebab dah mengantuk sangatkan, untuk mengelakkan kejadian yang lebih merbahaya perlu lah pertukaran tersebut.

Sampai di antara exit Rawang dan Sg Buloh (U) tiba-tiba kak Siti terlanggar sesuatu ketika sedang menukar lane dari kedua paling kanan ke kedua paling kiri (jalan highway kat situ kan dah 4 lane sekarang) aku tanya, langgar apa, dia cakap entah. Tak lama selepas pelanggaran aku dengar bunyi meletup dan mula bunyi bising di tayar belakang. Aku syak mesti tayar pecah, cepat-cepat suruh kak siti ke laluan kecemasan. Berhenti. Pasang lampu hazard.

Lebuhraya adalah sangat sibuk semalam, taktau lah kenapa, sedangkan dah jam 10 lebih masa tu. Jadi agak susah lah pemandu nak buka pintu. Lagi-lagi baru-baru ni ada banyak kes kemalangan di hiway. Aku pun keluar untuk memastikan syak wasangka yang bermain di fikiran aku. Bila keluar, tengok tayar, memang sah! Tayar dah pecah, siap terbelah lagi segaris kat situ.

Aku pun hanya terfikir satu, PLUS Ronda! Untuk perhatian kalian semua, bleh la save number 1800-88-0000 jika memang pengguna tetap hiway Plus. Secara logiknya sebenarnya memang mudah, kalau tayar pecah, tukar je tayar spare habis cerita. Tapi, takdapat lah nak buat perkara tersebut di hiway yang sibuk itu. Merbahaya ok. Lori pun memandu macam F1. uih seriau.

10.43 aku call Plus minta bantuan, dalam 11.20 diorang sampai. Disebabkan kemalangan berlaku di antara exit Rawang dan exit Sg Buloh arah utara. Maka PLUS Ronda yang dihantar adalah dari Rawang. Untuk kes macam ni, jangan lupa take note KM jalan yang biasanya ada di tepi/ tengah hiway. So, senang untuk pihak PLUS cari kita. macam kes aku, berlaku di KM450.4


Sat ja brader PLUS ni setelkan tukar tayar. aku rasa dalam 10 minit macam tu jer =.=

Lepas ucap terima kasih semua, maka kami pun bergerak seperti siput menuju UM untuk menghantar zati (memandangkan tayar spare adalah kecil berbanding tayar normal maka takleh bawa laju, 80km/j saja). Ah, hari yang panjang~

Eh eh, ingat dah habis ada kes lagi? ok nanti sambung next episod

02 January 2015

iBantu Selangor

Semalam 1 Januari, memulakan hari dengan berehat sebentar separuh hari. Memandangkan masalah kesihatan aku (batuk dan selesema) yang berlanjutan dari hari Jumaat lepas. berapa hari tu? nak dekat seminggu juga kan?

Lepas Zohor, aku bergerak membantu packing/ beli barang/ sorting barang sumbangan iBantu di pejabat Ikram Petaling Jaya. Begitu murah hati warga Malaysia ni. :)

Hasil yang akan berlepas ke Kelantan (InsyaAllah) malam ini.



Ada pakaian, makanan dan sedikit peralatan elektrik dan stove. Semoga Allah beri kecukupan melalui yang sedikit ini. Sebenarnya misi asal adalah mencuci pasca banjir. Tapi, kita buka jugalah untuk mana-mana individu yang masih nak menyumbang. Nampaknya, rakyat Malaysia memang pemurah :) Adhoc cari lori 5 tan nak angkut barang sumbangan.

InsyaAllah jika kesihatan mengizinkan, aku juga akan menyertai pengembaraan ini. Rasanya pernah sekali saja ke Kelantan, adakah pemandangannya akn berubah 360? hmm.

Oh tak dilupakan untuk kisah mengejutkan yang terjadi semalam. Lori iBantu Selangor Ikram Daerah Gombak terbalik sebelum Merapoh. Di percayai tayar pecah dan brek rosak. Ala kulli hal, Allahlah perancang terbaik, lalu pula lori bantuan iBantu Wilayah Persekutuan dan Keadilan. Maka berdikit dikitlah barang sumbangan tadi di agihkan kepada dua lori ni. Tiada yang tercedera Alhamdulillah.



Permulaan tahun dengan aktiviti kebajikan kepada sesama manusia. Semoga amal ini diredhai Allah. InsyaAllah.

30 December 2014

Rayuan Sumbangan Mangsa Banjir

::i-Bantu ikram PJ - fasa #2::


Ok seperti yang aku bagitau semua awal pagi ni, berikut adalah sumbangan barangan yang diperlukan untuk fasa 2 ni. Jadi jika kalian ada nak menyumbang atau tau ada sesiapa yang nak menyumbang tapi tak tau kat siapa.. boleh datang ke pejabat Ikram Petaling Jaya pada jam 8 - 10 malam setiap malam bermula malam ni. insyaAllah hujung minggu ni akan ada team yang akan ke Kuala Krai untuk misi bantuan. hantar sumbangan dan membantu membersihkan tapak banjir.

Sedih dengar, banjir surut rumah pula tiada dah T.T

Allahuakbar, semoga mangsa terlibat bertabah hati. Besar dugaan 2014 ni. Apalah yang Allah nak beri ni kan? ^.^

18 hari.

assalammualaikum semua.

lama sudah tak berjumpa, ah, rindu pula nak menulis. :P lagi-lagi menaip diwaktu hening pagi cenggini. alkisahnya pagi ni, ruang tamu punya lampu dan kipas trippin' so bergelap lah aku melayan laptop ni, berbekalkan lampu dan kipas USB. tu yang feel hening gitu. alla kulli hal, masih rasa bersyukur, atleast ada tempat bermalam dan memblog lagi berbanding sebahagian dari kita yang diuji dengan banjir. Allahu akbar. Semoga terus diberi kekuatan.

Allah uji, sebab nak naikkan iman kan? =) hanya pejuang terhebat menerima ujian paling kental. Begitu.

18 hari tak bersiaran. dan aku rasa aku sedang jetlag sekarang? agak-agak ye ke? haha. sebab aku memang jarang dan pelik bin ajaib untuk berjaga sehingga melebihi jam 12 tgh malam. tapi, ni da hari ke tiga aku tak berasa mengantuk meskipun jam da lebih dari 12 tgh malam. kita tengok lama mana boleh bertahan macam ni.

by the way, tadi baru ke mesyuarat penyelarasan #misi2 untuk iBantu dari team ikram petaling jaya. got a job to settle before mentari esok muncul T.T ok ok, azam baru. hope can fulfill the amanah this time around. taknak jadi munafik. >.<

oh ya, we still need more things to gather untuk convey kepada mangsa banjir, pemfokusan adalah makanan dan elektrik thingy. kalau ada yang berminat nak beri boleh komen below untuk cara penghantaran. Nak senang, esok aku up kan terus cara nak hantar barang etc. Fokus misi kali kedua ni insyaAllah untuk pembersihan.

hurm.

tentang 18 hari yang menghilang, i'll get back to you later? seriously, miss u guyz.

till then, aku siapkan tugasan dulu deh :P

*jeles tengok team Syed Azmi, laju!~ memang betul betul tamak pahala. cara apa pun kita nak membantu, semoga tiap satunya dalam keredhaan Allah insyaAllah.