Ahad, 17 September 2023 (Summit Attack)
Hari kedua di pergunungan ini, kami akan bermula sangat awal. Jam 12.30 pagi aku dah bangun untuk bersiap, amik light breakfast (roti bakar), telan panadol, pasang gaiter. Masa aku kehulu kehilir betulkan gaiter tu, aku tengok dah ada orang yang melintas pelawangan mengejar puncak. Dalam hati aku macam, uh awalnya mereka!
Yang tidak ke puncak adalah Kak Huda, dia tak sedap badan pagi tu. Jadi perjalanan diteruskan oleh kami ber-sebelas.
"Cut off time kita jam 9 di puncak. Sampai atau tak puncak, 9 pagi.. kena patah balik"
Selepas briefing bergeraklah kami dari Plawangan Sembalun 2 menuju ke puncak pada jam 2.30 pagi. Jalan ke puncak ni memang agak menguras tenaga memandangkan jalan nya berpasir dan sejuk. Aku jalan punya jalan punya jalan, terhenti. Zai muntah. Mungkin dia laju sangat masa start tadi. Nak kejar orang mungkin? Aku pun dulu macam tu. FOMO. eh tiber. Nak berhenti, tapi nampak ada Jai. So aku teruskan langkah. Takpelah, biar Jai je handle, aku pun bukan nya stabil benar, tengah mencungap juga tu.
Langkah bukan laju pun. Hampir 10 langkah berhenti. Pishang².. punyalah rasa lamanya dah jalan, eh baru sampai Plawangan 5. Nak nangis rasa. Dah dekat situ, yang padu² tak nampak bayang dah ofcourse. Yang duduk saing² hanyalah aku, Zai, Ita dan Bad. Oh ada Dedi juga. Dedi jaga belakang, Syed kat depan. Jai dimana-mana. Kadang kat belakang, kadang kat depan, kadang tengah-tengah.
"Bad, akak rasa awak teruskan dulu. Nanti kita jumpa kat depan. Macam dah tak larat ni" menjadikan aku di belakang sekali dengan Dedi. Masa tu aku memang dah fikir tak leh gi dah tu. Dah lupa dah awal-awal gerak tu dah cakap ngan Bad, kita jalan sesama. Tapi ye lah, kita da tak larat, takkan nak drag orang sama kan. selfish lak. Cuma lambat juga la aku suruh Bad gerak solo tu sebab dah terkebelakang sangat dan yang ke puncak dah semua kat depan dah.
Menghampiri Cemoro Tunggal aku dah nampak sinar matahari mula menyapa pagi, jadi aku berhenti dulu untuk solat Subuh. (Dah lambat ke ni eh? Aku pun xsure. Lost timing bila kat negara orang plus atas gunung ni) tayamun dan solat.
penampakan aku dan dedi dari kamera Bad |
6.40 pagi - tiba di Cemoro tunggal.
Cemoro Tunggal |
Jalan depan sikit melepasi cemoro, aku nampak Bad. Ita dan Zai dah lama memintas. Dekat sini aku dah tak larat sangat, kaki tu dah ada aura2 nak krem. Dia mai menjalar tu, dari tangkap kat betis naik sampai ke pinggang. Mengantuk tak boleh nak cakaplah. Sangat! Aku dah start tantrum.
Aku cakap kat Bad, aku mengantuk sangat. Bad pun cakap yang sama, dia setuju nak tidur sekejap dekat situ. Disebabkan banyak dan rajin membuat catatan dari vlog2 pendakian Rinjani, aku dah boleh estimate timing untuk sampai ke puncak tu jam berapa kalau aku meneruskan perjalanan.
(Sisi gelap terlebih pembacaan ni is real tau. Walhal, benda tu patut jadi penanda aras je, sah sah lah kita punya pace dan orang tu punya pace lain kan.)
7.10 pagi - give up before starting point letter E (elevation 3200 @ 3300mdpl)
view danau |
"Yeah dah sampai Cemoro Tunggal, jom patah balik" aku memerhati beberapa orang berhampiran pohon cemara itu.Dari bahasanya, aku rasa Malaysian ni. Mereka sepertinya berempat. Happy je. Dan ya, dorang memang tak teruskan, sampai kat situ je dan patah balik. Still an achievement wasn't it?
"Bad nak naik lagi tak?"
"Kak, saya rasa macam tak cukup nafas, ketinggian ni boleh buat kita AMS ke eh?"
Mana lah aku tau. Haha! Mungkinlah, mungkin. Lepas dua2 dah betul2 regain consciousness, kitorang pun decide untuk turun (aku pun dah bentangkan kat Bad tentang targeted timing kalau pun pendakian itu diteruskan. Bahaha, adakah ini strategi psikologi untuk mengajak Bad turun?)
Beberapa waktu kemudian, aku ada tanya Bad. Kalau dia tak jalan dengan aku masa ke puncak tu, agak2 dia sampai puncak tak. Dia cakap tak. Ok lega, lama jugak aku bergaduh dengan diri sendiri, aku rasa macam sebab Bad ikut aku lah dia tak sampai puncak.
Jam 8.40 pagi, setelah menatap puncak yang masih jauh dari pandangan, kami memberikan lambaian perpisahan untuk puncak Anjani yang tak berjaya kami takluki. Langkah yang perlahan bertemankan sedikit rasa kalah, aku melangkah turun ke plawangan. Galau lah juga. Tapi, kalau aku paksakan juga, incase tercedera, aku masih kena turun ke Danau hari ini. Jadi baik lah aku turuti perancangan. Bolehlah simpan sedikit tenaga untuk ke danau.
Kami tiba di Plawangan Sembalun 2 pada jam 10.10 pagi. Bukan main ya, naik sampai 4 jam, turun sejam setengah. Kejam betul. Disebabkan turun awal, jadi dapatlah kami menikmati minum pagi. Kemudian berehat di kemah menunggu makan tengahari. Satu persatu suara telapak kaki sampai di kemah, menceritakan pengalaman yang perit tapi berbaloi setiap mereka ke puncak. Penuh jerit payah ya, kecuali Juju rasanya - stamina level 'bule' Juju ni. Aku dengar sebelum jam 7 dia da sampai puncak. Aku ada dengar jugak the last person yang reach puncak jam 11 pagi jugak. Ahaha. Takpe lah, takde rezeki aku. Susah jugak jadi skema ni. wuhuhu.
2.45 petang kami pun turun ke danau. Ya, perjalanan turun ni memang menguji ketahanan lutut ya. Turun dia pacak teruk. Tak ada view jugak sebab berkabus. Macam biasa, turun haruslah aku dihadapan. Dedi geleng kepala je. Sebab memang dari semalam dia dengan aku kat belakang sekali. Mesti dia nampak betapa mengahnya aku bila mendaki. Bila turun, muka ada senyum.
(setelah menulis balik ni, baru aku perasan kebanyakan masa di perjalanan adalah bertemankan kabus, hari pertama pun sama)
6.20 petang kami pun tiba di danau. 6.20 ni dah agak lewat ya, dah Maghrib.
"Siapa nak ke air kalak, siap2, jam 6.45 kita bergerak"
Aku pun bersegeralah ambil baju salin dan toiletries. Kami pun bergerak menuju ke Air Kalak. Tapi masa tu dah gelap sangat dah. Jalan pun berpandukan lampu dari headlamp. Ingat jalan dia senang je, rupanya noh kemain menjunam jugak turun. Maka yang girl nak ikut ni semua menukar fikiran separuh jalan, tinggal aku ngan Salha je yang meneruskan niat, yang lelaki semua pergi.
Air kalak - ihsan Google |
Sampai je kat kawasan air kalak tu terbau yang tidak sedap, bau dia busuklah. Macam bau longkang pun ada. Air belerang kan. Tapi kitorang teruskan juga. Budak lelaki dah berbahagia masuk dalam kolam air panas. Aku ngan Salha masih terkial kial mencari sumber air. Kami decide untuk celup-celup kaki je dan tidak mandi. Lepas celup-celup terus gerak balik. Hampir sesat juga nak balik pun, nasib Syed perasan kami bergerak balik, jadi dia terus bantu tunjukkan jalan.
Malam tu, kami pun duduk bersantai, berbual ditemani bulan, bintang dan semangkuk megi sup. Paling bertenang aku rasa malam ni, sambil dengar gossip outdoor. Sampai lupa nak ajak berkenalan, mentang2 half dah kenal, terus lupakan yang lain. LOL.
Dan perjalanan paling kritikal dan penting dihari kedua pun berakhir. Di danau, tidurnya tidak sesejuk seperti di pelawangan. Panas juga sebenarnya. Mungkin kedudukan sudah sedikit bawah dan terlindung oleh pokok-pokok dan gunung rinjani itu sendiri.
bersambung..
#rinjaniTrip