Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label sekolahku. Show all posts
Showing posts with label sekolahku. Show all posts

10 February 2020

20 tahun yang lalu

10.2.2000

Hari ini luar biasa dari selalu. Rasa excited bercampur baur. Selepas mendengar cerita2 tentang kehidupan di asrama kak Siti, ada rasa seram jugak, sebab dia selalu cerita hantu. Tapi, dalam masa yang sama rasa tak sabar sebab kadang-kadang macam seronok jugak dengar life kak siti kat SMKASAS tu. Hari ini aku akan masuk ke sekolah berasrama. Akhirnya dapat jugak sekolah asrama, setelah permintaan aku masa darjah 6 untuk duduk asrama desa dibantah oleh mak.

Meninggalkan Naim dan Fikri yang masih bersekolah, emak dan ayah membawa Amin dan Jiha (yang masih baby ketika itu) menghantar aku ke Ipoh. Untuk seorang anak kampung seperti aku, Ipoh bukanlah satu tempat yang biasa buat aku. Pekan terdekat untuk kami berbelanja ketika aku kecil hanyalah Teluk Intan yang jaraknya 30-45 minit perjalanan.

Aku hanya membontoti emak sepanjang proses pendaftaran. Dari membayar yuran di dewan sekolah, sehinggalah menghantar barang keperluan peribadi ke bilik asrama, Rumah Putih Bilik D (RPBD)  Selepas menghantar segala perkakasan mak nenek, aku pun mengikut mak ke kereta.

"Ok Sarah, mak hantar sampai sini je lah ya, mak nak kena balik ni, nak ambil adik2 kau habis sekolah lagi ni"
"Ok mak" aku pun bersalam dengan mak dan ayah lagaknya seperti anak solehah idaman ibu bapa setanah melayu. Sekolah ugama kan. 

Sejurus kemudian kaum keluarga pun pulang meninggalkan aku yang baru sahaja menginjak 12 tahun pada 4 bulan yang lalu. Baru 12 tahun dah kena basuh baju sendiri. Sobs2. Dalam kesendirian aku melangkah ke dewan makan yang terletak di hujung belakang sekolah. Berbetulan dengan waktu makan tenghari ketika itu. Pertama kali aku memegang tray lagenda untuk anak-anak asrama. Sebab kan pertama kali, aku tiru je apa orang buat, ambil tray, beratur, ambil makanan, ambil air dan cari tempat kosong untuk makan. 

Aku duduk di kerusi yang kosong itu bersama makanan yang baru diambil. Sendiri. Dikiri dan kanan rakan-rakan sebaya sedang makan bersama ibu dan ayah masing-masing.

"Mak dengan ayah mana?" Tanya seorang pakcik di hadapan aku.
"Mak dah balik" balas aku. Selaku kanak-kanak yang baru meningkat remaja, dont talk to stranger masih menebal dalam diri aku. Tapi atas dasar courtesy, jawab jugak lah sekadarnya.

Melihatkan semua rakan-rakan ditemani oleh ibu bapa terbit perasaan halus yang menghiris hujung hati. Perasaan yang aneh, belum dirasai sebelum hari ini. Sebaik sahaja menghantar tray ke belakang dewan makan, aku mencuci tangan dan terus berjalan laju ke pagar sekolah. Aku memandang sekeliling tercari cari kereta ayah. Tiada.

Dan tersedarlah aku, hidup tak kan lagi sama. Itulah permulaan kepada sebuah rindu yang panjang. Mungkin rindu adalah satu bahagian yang perlu wujud untuk menjadi dewasa. 

10.2.2020

Tarikh ini, 20 tahun yang lalu. Adalah tarikh yang sama yang banyak mewarnakan siapa aku hari ini. 

Hari ini setelah 20 tahun, dah banyak yang berubah dari aku pada hari itu.

#menujuPertemuan20tahun
#dakdakseratabatch40